"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, January 17, 2009

TSUNAMI KE3 MENUJU PUTRAJAYA : Rakyat Raikan Kemenangan PAS Tambah Kerusi Parlimen


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Pakatan Rakyat berjaya menambah satu lagi kerusi di Dewan Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 83 kerusi.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada para pengundi Kuala Terengganu kerana memilih calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.
Tahniah dan syabas saya ucapkan buat Abdul Wahid serta seluruh jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.
Saya percaya Abdul Wahid Endut akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin, bukan sahaja kepada warga Kuala Terangganu, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Kemenangan beliau menjadi bukti bahawa rakyat sememangnya dahagakan perubahan.
Makanya hari ini kita menyaksikan di Kuala Terangganu, rakyat menuntut perubahan. Warga Kuala Terengganu melalui pilihanraya kecil ini telah memilih seorang calon yang mereka yakini akan dapat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat lainnya di Parlimen untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut.
Kemenangan ini juga seharusnya menjadi pemangkin serta pencetus keazaman di kalangan pendokong Pakatan Rakyat untuk terus bekerja dengan lebih kuat, bukan untuk kita, akan tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.
ANWAR IBRAHIM

PAS Ulangi Kejayaan 1999


Sungguh puas berada di Kuala Trengganu. Akhirnya calon PAS Abdul Wahid Endut menang pilihanraya kecil ini dengan majoriti undi 2,631. Berita itu disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di sepanjang jalan di hadapan Stadium Negeri dekat sini. Bagai sudah dijangka oleh banyak pihak, melihat sokongan padu daripada rakyat disini menjadi petanda kehancuran UMNO dan BN. Sungguh memalukan, dengan jutaan wang ringgit yang ditaburkan akhirnya mereka tewas dengan majoriti yang lebih besar daripada kemenangan yang diperolehi pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Inilah tanda-tanda jelas bahawa UMNO dan BN sebenarnya sudah ditolak rakyat. Sejak awal-awal lagi kami melihat dimana-mana termasuk jalan-jalan sekitar Kuala Trengganu dibanjiri dengan penyokong Pakatan Rakyat. Mereka yang datang dari seluruh negara gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini. Satu hadiah yang paling lumayan buat seluruh rakyat yang cintakan keadilan sebenarnya. Kami sempat mengikuti sambutan kemenangan dimana ribuan rakyat Trengganu berarak di tengah-tengah bandaraya itu. Kelihatan juga para remaja yang menunggang motorsikal sambil membawa bersama bendera PAS mengelilingi bandaraya ini dan mewujudkan satu suasana yang begitu gamat sekali.
Di Taman Awam Batu Buruk, kelihatan juga masih ramai para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di situ. Mereka semua teruja atas kemenangan yang tidak diduga dan senantiasa berbangga dengan apa yang berlaku. Sejarah tercipta bahawa Pakatan Rakyat semakin diterima. Rentetan kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu ini bakal memberikan suntikan semangat untuk melihat kejayaan di tempat lain pula. UMNO dan BN kini sudah tidak boleh mendabik dada bahawa mereka masih gagah dan kuat. Takdir penentu segala, bahawa mereka kini semakin diambang kehancuran dan bakal tenggelam ditelan dek zaman. Maka itu kami amatlah berharap kepada rakan-rakan yang masih berada dalam UMNO dan BN supaya mulalah melakukan penghijrahan demi masa depan generasi akan datang. Ingatlah, bahawa kebenaran itu bakal tertegak juga akhirnya. Semoga kita akan bertemu lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Akhirkata, kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh petugas pilihanraya yang telah berjuang bermati-matian di Kuala Trengganu. Salam perjuangan dari Pahang Daily Onlin. Tunggu laporan bergambar disini mulai esok. Sekian Terima kasih

Tsunami Di Kuala Terengganu: Bagaimana ia berlaku


Oleh Zulkifli Sulong
KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Ia bermula sejak jam 3 petang apabila berita kononnya 70 peratus pengundi Cina pergi ke pondok panas PAS dan tidak ke pondok BN di pusat-pusat pengundian.
Namun, keputusan sebenar mulai di rasai jam 5.00 petang selepas semua pusat pembungan undi mula ditutup dengan rasminya.
Ketika itu, selepas menghubungi beberapa pemimpin PAS, dirasai dengan jelas keputusan akan memihak kepada PAS. Tambahan pula apabila disahkan peratusan keluar mengundi tidak melebihi 80 peratus iaitu 10 peratus kurang dari yang dijangkakan oleh SPR sendiri.
"Nampaknya bulan akan mengambang di Kuala Terengganu," kata saya kepada emak saudara Datuk Wan Ahmad Farid (calon BN) di Kuala Lumpur yang sejak pagi ingin benar tahu apakah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Pada paginya, emak saudara Wan Farid itu menelefon saya memberitahu, "Zul, Wan Farid kata, bulan akan gerhana di Kuala Terengganu.
"Saya memberitahu beliau perkara ini kira-kira jam 5.15 petang dalam perjalanan ke Markas Besar PAS di Kuala Ibai.
Di Kuala Ibai, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah berada di situ. Dia nampaknya orang yang kedua masuk ke bilik mesyuarat utama pejabat PAS itu selepas saya.
Di situ sudah ada layar besar yang menayangkan penjumlahan undi yang diperolehi oleh PAS dari agen-agen pengiraan undinya di seluruh pusat pengiraan undi yang diadakan di pusat pengundian.
Tepat jam 5.30 petang, dua keputusan samapi serentak. Kedua-duanya menghasilkan keputusan PAS kalah dengan 33 undi. Selepas itu, keputusan datang bertalu-talu.Pada jam 6.00 petang, PAS menang dengan majoriti 114 undi. Pada jam 6.30 petang, keputusan undi pos diperolehi. Ia menyebabkan PAS kalah 483 undi. Undi pos itu menunjukkan PAS hanya mendapat 86 undi, naik 3 undi berbanding pilihan raya Mac lalu apabila PAS hanya mendapat 83 undi.
Tepat jam 7.01 malam, mula jelas kelihatan trebnd bahawa PAS akan menang. Ketika itu, PAS mula menang 158. Sejak itulah, undi PAS terus meningkat dan meningkat.
Dalam masa yang sama, isteri saya yang berada di rumah memaklum, TV3 menyiarkan keputusan yang menunjukkan BN menang dan terus menang hinggalah keputusan rasmi diumumkan jam 9.30 malam bahawa calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan undi 2, 631 undi.
Kalau ditanyakan, saya akan berkata kejayaan yang dicapai oleh calon PAS ini adalah hasil kerjasama semua pihak khasnya parti-parti Pakatan dalam membantu calon PAS.
Di kalangan jentera PAS pula, saya rasa antara yang terbaik adalah jentera penerangannya yang dipimpin oleh Muhyidin Abdul Rashid.
Dari Pusat Khidmat PAS Dun Alor Limbat, mereka menerbitkan pelbagai jenis bahan penerangan mulai dari Buletin Kuala (yang dibuat versi palsu oleh jentera BN), siri VCD yang terbit setiap hari oleh pasukan Tvpas yang berkampung di situ sejak 31 Disember hinggalah iklan-iklan bersiri yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.
Pujian juga harus diberikan kepada sidang media harian yang dibuat oleh PAS di Markas Besar PAS di Kuala Ibai yang banyak sekali menjawab dan menyerang segala aktiviti BN sepanjang kempen pilihan raya ini. Juga pasukan IT PAS yang banyak membantu jentera dan lain-lain pasukan yang sememangnya hebat belaka.
Pendek kata, semuanya kerana perpaduan dan persefakatan di kalangan parti Pakatan dan jentera pilihan raya.

Pengundi Masih Marah Kepada BN - Ex Ketua Pengarang NSTP


PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).
BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.
Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”
Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tetap atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.
Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.
Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.
Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.
Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.
Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.
Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.
Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.
Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.
Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.
Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.
Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.
Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.
Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.
Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.
Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.
Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.
Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.
Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.

TSUNAMI 3 : Rakyat Menghukum UMNO/ BN Kali Ketiga


Alhamdulillah, calun PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu P.36 dengan undi 32883, manakala calun BN memperolehi 32252 undi.
Rakyat berbilang kaum sekali lagi menghukum BN dengan menolak calon yang bertanding. Mesej yang disampaikan oleh rakyat kali ini jelas walaupun BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan termasuk PDRM dengan hasrat menakut-nakutkan pengundi.
Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu daya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!

Putrajaya Menanti Pakatan Rakyat... PAS Tambah Kerusi Di Parlimen Dengan Majoriti 2,631 Undi


Pakatan Rakyat Menang Lagi di Kuala Terengganu !!!
Kemenangan sedang diraikan di jalan-jalan, rumah-rumah di Terengganu dan seluruh malaysia dan dunia.
Inilah hasil dari kerjasama erat di antara parti-parti Pakatan Rakyat.
Rakyat Terengganu Sudah Humban UMNO/BN ke Laut Cina Selatan!!!
alhamdulillah!!!!
Terima kasih semua para pejuang rakyat!!!
Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan (tak boleh bantu fakir miskinlah...
)keluar mengundi ialah 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.
Pilihan ke-12 sebelum ini Haji Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.
Ha Ha Ha Ha Ha....
Akhirnya Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.

Friday, January 16, 2009

Pengundi Dinasihati Jangan Takut Keluar Mengundi Walupun Banyak Polis dan Helikopter


KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) � Lewat malam tadi masih lagi kedengaran deruman helikopter yang berlegar di udara. Dan ia berterusan sehingga pagi ini, seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena.
Namun, gangguan enjin helikopter tidak menghalang jentera Pakatan Rakyat sehingga sanggup bersengkang mata membuat pemantauan bagi mengekang taktik kotor pihak lawan.
Tinjauan Harakahdaily ke beberapa markas Pakatan Rakyat hanya beberapa jam sebelum proses pembuangan undi bermula, mendapati seluruh jentera pilihanraya masih gagah melaksanakan tugas.
Bahagian keselamatan PAS dan Pakatan Rakyat mungkin antara yang paling sibuk. Pemantauan terpaksa diberi penekanan serius memandangkan beberapa taktik dikenal pasti telah dimanipulasikan pihak lawan.
Antara yang sempat dikesan awal pagi tadi di mana difahamkan mereka menggunakan golongan remaja kononnya dari geng Pakatan Rakyat merosakkan bendera dacing semata-mata mencerminkan keburukan imej PAS melalui tindakan yang kurang beradab.
Bagaimanapun setakat ini tiada apa-apa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Sikap 'excited' segelintir remaja berjaya ditangani secara berhemah oleh petugas Pakatan Rakyat.
Jentera Pakatan Rakyat memperlihatkan semangat kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam semua aspek.
Seluruh warga kerja parti menyambut baik sistem kawalan sama ada di darat atau udara, setiap masa.
Sehubungan itu seluruh jentera pilihan raya Pakatan mengharapkan situasi aman tersebut berjalan lancar sehingga tamatnya proses pengundian dijalankan jam 5 petang ini.
Bagaimanapun terdapat sedikit gangguan berlaku lewat awal pagi tadi apabila berlaku pertengkaran kecil di antara pemuda Umno dengan KeADIlan dan PAS.
Ketegangan itu berlaku seketika di Kubang Ikan difahamkan bermula apabila Umno menghubungkan sebuah pos yang didirikan berhampiran Sekolah Menengah Cendering, iaitu tempat mengundi dihubungkan dengan bangsal panas dengan sebuah titi.
Petugas dan penyokong PAS tidak puas hati kerana titi yang dibina secara haram itu memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mendaftar di pos Umno yang lebih dekat dengan pintu pagar sekolah.
Pemuda PAS dan KeADIla mahu titi itu dirobohkan kerana ia tidak memberi keadilan kepada Pakatan Rakyat bagi menarik sokongan pengundi.
Namun kehadiran Khairy Jamaludin menaikkan semangat petugas dan penyokong Umno. Begitu juga dengan kehadiran Ketua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan Fariz Musa, menyebabkan AMK juga berkeras.
Turut kelihatan pada kejadian itu bekas Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri yang tidak dapat menerima kewujudan titi itu.

BN MULA KALUT DAN RISAU : Pertembungan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional Uji Kekuatan Sebenar


PILIHAN RAYA kecil bukanlah pertandingan antara calon tetapi ianya menguji kekuatan antara parti yang diwakili calon berkenaan.
Ianya merupakan medan bagi menguji parti-parti yang bertanding dalam menghadapi isu-isu semasa dalam senario politik negara yang sentiasa bergolak mutakhir ini, pasca pilihan raya umum ke-12.
Faktor calon merupakan faktor sampingan dalam sesuatu pilihan raya, dan dalam konteks pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, faktor peribadi calon iaitu antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS, sebaliknya lebih menarik perhatian.
Kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing, namun secara realitinya hakikat yang terpaksa diakui banyak pihak bahawa calon yang ditampilkan PAS jauh lebih menyerlah.
Namun, ia bukanlah bertumpu kepada isu pemilihan calon tetapi pilihan yang dibuat itu merupakan satu keputusan bagi menjayakan matlamat pembentukan Dual Party System.
Menjelang Mac 2009, adalah suatu jangka masa yang khusus dan penting dalam merencanakan suasana politik negara.
Dan segala agenda dan perkara yang berlaku dalam perjalanan menuju kepada tempoh tersebut dianggap penting.
Oleh itu, faktor calon adalah terlalu minima berbanding dengan pertarungan untuk merebut pengaruh di antara BN dan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berada di pihak anonymous yakni dalam rangka perancangan menuju ke Putrajaya.
Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat biar pun tidak bertanding seperti KeADILan dan DAP, namun mereka tetap berhempas pulas.
Mereka bekerja bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil ini bagi menambahkan lagi keyakinan terhadap harapan rakyat untuk melihat lahirnya pemerintahan baru.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu merupakan medan ujian sebenar bagi ahli-ahli, penggerak dan pimpinan PAS dalam merealisasikan usul muktamar yang diadakan Ogos lalu.
Kesungguhan jentera Pakatan Rakyat
Kesungguhan yang ditunjukkan DAP dan KeADILan sangat memberi kesan apabila ianya jelas dapat dilihat menerusi komitmen pemimpin mereka yang menjalankan kempen.
Ini merupakan satu lonjakkan besar dalam senario perkembangan politik negara yang tidak berlaku sebelum ini.
Walau apa pun keputusan pilihan raya kecil ini, kesan kerjasama ini menjadi bukti Pakatan Rakyat boleh melangkah dengan gagah dan bukan lagi pakatan yang rapuh.
Sebaliknya BN kelihatan begitu celaru dengan masalah dalaman yang belum selesai, sepertimana yang ditunjukkan oleh pemimpin MCA dalam satu majlis baru-baru ini.
Kita boleh lihat dengan jelas kedudukan antara pemimpin-pemimpin kanan MCA yang terlalu jauh manakala Chua Soi Lek tidak kelihatan pada pilihan raya kecil ini.
Ia membuatkan ada yang beranggapan seolah-olah Chua dinasihati agar menghilangkan diri daripada kempen kali ini.
Hal tersebut nyata menyinggung masyarakat teochew yang merupakan kumpulan Chua Soi Lek, dengan sikap yang ditunjukkan kepada Chua.
Hubungan antara parti dalam BN iaitu antara MCA, MIC dan Gerakan kelihatan dalam suasana yang tidak selesa.
Punca kepada kekeruhan antara Umno-MCA adalah apabila terdapat pihak yang menyebarkan petikan ucapan ahli parlimen Umno dalam perbahasan dewan rakyat yang membuli pemimpin MCA dan Gerakan.
Sebagai contoh, ahli parlimen Sri Gading mengacau Timbalan Menteri Penerangan ketika memberi penjelasan mengenai isu siaran berita cina di televisyen.
Ia adalah kegelisahan BN kerana mereka memikirkan pertolongan mereka dalam kempen ini seolah-olah mereka berkempen bagi memberi kemenangan kepada Umno dan bukan BN.
Pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan pertarungan antara orang-orang Terengganu kerana ia adalah merupakan lambang kepada senario semasa di seluruh negara.
Jika BN tumbang di Kuala Terengganu, ia akan menjadi petunjuk kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menuju ke Putrajaya.
Oleh yang demikian, pilihan raya ini bukanlah isu calon BN dan PAS, tetapi ia merupakan isu penentuan perjalanan politik arus perdana untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. - mj _

Pengundi Dinasihat Keluar Awal, Petang Diramal Hujan


KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Sejak penamaan calon 6 Januari lalu, tumpuan pertandingan adalah antara Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS. Turut bertanding calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam. Kerusi itu kosong berikutan kematian Dato'Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.
80,229 pengundi yang akan membuang undi hari ini di nasihatkan keluar mengundi awal berikutan Jabatan Meterologi meramalkan hujan pada sebelah petang.
Kawasan Kuala Terengganu yang mempunyai 80,229 pengundi termasuk 838 pengundi posmasing-masing akan membung undi di 36 pusat mengundi yang akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang ini.
Kemenangan dilihat banyak bergantung kepada pengundi atas pagar, kerana lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Petugas Pakatan Rakyat kesan taktik kotor Umno


KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) � Lewat malam tadi masih lagi kedengaran deruman helikopter yang berlegar di udara. Dan ia berterusan sehingga pagi ini, seolah-olah memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena.
Namun, gangguan enjin helikopter tidak menghalang jentera Pakatan Rakyat sehingga sanggup bersengkang mata membuat pemantauan bagi mengekang taktik kotor pihak lawan.
Tinjauan Harakahdaily ke beberapa markas Pakatan Rakyat hanya beberapa jam sebelum proses pembuangan undi bermula, mendapati seluruh jentera pilihanraya masih gagah melaksanakan tugas.
Bahagian keselamatan PAS dan Pakatan Rakyat mungkin antara yang paling sibuk. Pemantauan terpaksa diberi penekanan serius memandangkan beberapa taktik dikenal pasti telah dimanipulasikan pihak lawan.
Antara yang sempat dikesan awal pagi tadi di mana difahamkan mereka menggunakan golongan remaja kononnya dari geng Pakatan Rakyat merosakkan bendera dacing semata-mata mencerminkan keburukan imej PAS melalui tindakan yang kurang beradab.
Bagaimanapun setakat ini tiada apa-apa sebarang insiden tidak diingini berlaku. Sikap 'excited' segelintir remaja berjaya ditangani secara berhemah oleh petugas Pakatan Rakyat.
Jentera Pakatan Rakyat memperlihatkan semangat kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam semua aspek.
Seluruh warga kerja parti menyambut baik sistem kawalan sama ada di darat atau udara, setiap masa.
Sehubungan itu seluruh jentera pilihan raya Pakatan mengharapkan situasi aman tersebut berjalan lancar sehingga tamatnya proses pengundian dijalankan jam 5 petang ini.
Bagaimanapun terdapat sedikit gangguan berlaku lewat awal pagi tadi apabila berlaku pertengkaran kecil di antara pemuda Umno dengan KeADIlan dan PAS.
Ketegangan itu berlaku seketika di Kubang Ikan difahamkan bermula apabila Umno menghubungkan sebuah pos yang didirikan berhampiran Sekolah Menengah Cendering, iaitu tempat mengundi dihubungkan dengan bangsal panas dengan sebuah titi.
Petugas dan penyokong PAS tidak puas hati kerana titi yang dibina secara haram itu memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mendaftar di pos Umno yang lebih dekat dengan pintu pagar sekolah.
Pemuda PAS dan KeADIla mahu titi itu dirobohkan kerana ia tidak memberi keadilan kepada Pakatan Rakyat bagi menarik sokongan pengundi.
Namun kehadiran Khairy Jamaludin menaikkan semangat petugas dan penyokong Umno. Begitu juga dengan kehadiran Ketua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan Fariz Musa, menyebabkan AMK juga berkeras.
Turut kelihatan pada kejadian itu bekas Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri yang tidak dapat menerima kewujudan titi itu. -

Wahid Sudah Dapat 7 Undi Pertamanya


KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut mendapat tujuh undi pertamanya apabila beliau, isteri serta lima anak mereka mengundi di SK Pusat Cabang Tiga kita-kira jam 8.15 pagi tadi.
Ketujuh-tujuh mereka sampai ke sekolah itu kira-kira jam 8.00 pagi ketika para petugas BN hampir belum ada di luar kawasan mengundi itu.
Sementara itu, pengundian di Kuala Terengganu berjalan lancar dengan para petugas PAS menguasai kebanyakan tempat mengundi kecuali di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman yang dikira banyak dikuasai penyokong BN.
Di tempat mengundi yang lain, SK Wakaf Mempelam, Sk Losong, SK Seri Nilam, SK Pusat Cabang Tiga serta SMK Tengku Bariah yang di tinjau dikuasai para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar bersama isterinya.Di situ, para penyokong dikira sama kuat antara BN dan PAS. Namun jirannya iaitu di Pasir Panjang, iaitu di SMK Tengku Bariah, penyokong PAS menguasainya.
Abdul Wahid ketika ditemui di SK Sri Nilam iaitu pusat mengundi untuk Merbau Patah berkata, pihaknya yakin bakal mencapai kemenangan jika tidak ada sebarang masalah besar sepanjang tempoh pengundian yang akan tamat jam 5 petang nanti.
Beliau melahirkan rasa kesal kerana Pegawai Pengurus Pilihan Raya ini, Datuk Mat Razali Kassim terpaksa meletakkan jawatan.
"Ini memalukan orang Terengganu sahaja kerana tidak pernah berlaku perkara sebegini sebelum ini.
"Pengerusi SPR orang Terengganu, Setiausaha orang Terengganu, kedua-dua calon orang Terengganu. Tiba-tiba RO kita Datuk Bandar Kuala Terengganu letak jawatan," kata Wahid kepada Siasah.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid juga yakin pihaknya akan menang berdasarkan segala gerak kerja penerangan yang dibuat menepati sasaran dan berjalan dengan baik.
"Kalau kalah pun kita amat berpuashati dengan kerja yang telah kita buat," katanya kepada Siasah.Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu akan membuang undi hari ini selepas lebih 1000 pengundi pos telah membuang undi sebelum ini.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.
Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Persaingan itu membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).
Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain

PAS Diundi Menang Sebanyak 73.3% di Berita Harian, 82% di mSTAR Online dan 70% di KL Pos


Setakat semalam, tinjauan yang dijalankan oleh beberapa akhbar tempatan dan online mendapati calon PAS Abdul Wahid Endut mendahului dengan jarak yang begitu ketara sekali.
Hasil bancian dari pembaca KLpos.com setakat ini menunjukkan PAS mendahului dengan 70 peratus di ikuti calon BN 26 peratus dan Bebas 3 peratus.
Manakala masing-masing 1 peratus memilih untuk rosakkan undi dan tidak keluar mengundi jika mereka diberi peluang mengundi pada 17 Januari ini.
Undian di KLpos.com turut disertai dengan hampir 400 komen ditinggalkan oleh para pembaca setakat hari ini.
Satu lagi akhbar mStar Online yang dikatakan versi The Star berbahasa melayu menunjukkan calon PAS mendahului dengan 82 peratus serta BN dan Bebas masing-masing memungut 13 dan 4 peratus.
Portal Berita Harian pula semalam menunjukkan calon PAS menang dengan undian 73.3 peratus berbanding BN 23.3 peratus.
Itu kata pelayar internet. Keputusan yang bakal dibuat oleh lebih 80 ribu rakyat Kuala Terengganu akan secara rasminya diketahui pada malam 17 Januari ini.

Orang Kuat UMNO Percaya UMNO/ BN Sukar Untuk Menang Di Kuala Terengganu


Esok hari pembuangan undi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi PRK tersebut. Tetapi, katanya, BN “perlu bekerja bersungguh-sungguh.”
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=384002
Tetapi, apakah ramalan Abdullah ini akan jadi kenyataan? Adakah strategi BN “meningkatkan serangan politik secara besar-besaran terhadap PAS” di saat-saat terakhir akan membuahkan kemenangan?
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=383977
Sebagaimana saya tegaskan dalam posting 12 Januari 2008, bagaimanakah undi warga pendidik dalam Parlimen Kuala Terengganu? Dan, adakah undi Cina memang betul-betul jadi penentu kepada kemenangan BN atau PR dalam PRK berkenaan?
Maklumat tidak rasmi yang saya terima daripada seorang kerabat perisikan petang tadi meramalkan peluang BN untuk memang adalah agak sukar. Tetapi, seorang pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu pula mengatakan, peluang PR memenangi PRK Kuala Terengganu hanya 51 peratus. Kata lagi, peratusan ini “mampu dirobah oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak” yang siang dan malam berhempas pula menentukan kemenangan BN dalam PRK berkenaan.
Jadi, adakah ramalan warga perisikan mengenai BN seperti di atas benar? Adakah ramalan pemimpin PAS yang saya temui dua hari lalu juga betul? Siapakah yang akan memang dan siapakah pula yang akan kecundang? Saya sangat berharap BN akan menang. Tetapi, kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya, kepada Allah kita berserah! – Ruhanie Ahmad

Terengganu Kaya Petroleum, Tapi RAKYATNYA TERMISKIN SELEPAS SABAH


KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Rakyat Terengganu perlu menggunakan peluang terbaik esok bagi memilih pemimpin yang benar-benar mampu berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, rakyat negeri ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dengan petroleum yang mampu mensejahterakan kehidupan mereka.
"Namun agak malang bagi rakyat Terengganu biar pun negeri kaya tetapi rakyat masih lagi ramai yang miskin sehingga disenaraikan tempat kedua termiskin di negara ini.
"Masalah ini berlaku kerana kesilapan mengurus kewangan negeri sehingga rakyat tidak mendapat hak sepatutnya yang dinikmati mereka," katanya ketika menyampaikan khutbah di Masjid Penghadang Baru di Dun Alor Limbat hari ini.
Kehadirannya di masjid itu seperti sudah dihidu orang ramai apabila jemaah yang datang agak luar biasa sehingga melimpah ke luar.
Malah ramai yang kelihatan terpaksa turun semula ke bawah ketika solat hendak dimulakan.
Pihak masjid terpaksa menyediakan lebih banyak tikar di luar bangunan masjid bagi menampung kehadiran orang ramai terutamanya petugas pilihan raya yang datang dari luar Terengganu.
Orang ramai juga seperti berpuas hati mendengar khutbah disampaikan seorang ketua kerajaan negeri yang tidak pernah berlaku selepas Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini pada 2004.
Awal pagi tadi di tempat yang sama diadakan Munajat Perdana bermula jam 3.30 pagi diisi dengan program zikir munajat, solat tahajut, solat hajat, witir dan berakhir solat Subuh serta kuliah.
Kelantangan suara Mohd Nizar ketika menyampaikan khutbah menyebabkan penyokong parti yang berada di bahagian belakang bertakbir. - mj

Pemimpin Umno bertaruh RM2 juta?


TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Maklumat terbaru yang diterima satu 'team' yang dinamakan 'Kumpulan 14' dianggotai oleh pemimpin Umno Terengganu dari kelompok bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh akan 'mensabotaj' calon Barisan Nasional (BN) Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan memasang kain rentang di seluruh kawasan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang memburuk-burukkan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu dalam waktu terdekat.
Sumber tidak menyebut 'wording' kain pemidang berkenaan tetapi menjelaskan alat kempen berkenaan sudah siap dibuat hanya menunggu masa untuk dipasang di tempat-tempat strategi dalam pilihanraya berkenaan. Ini menunjukkan bahawa perbalahan dalam Umno tidak pernah reda sehingga ini.
Sumber juga memberitahu dalam keadaan BN terdesak untuk mencapai kemenangan, ada kumpulan tertentu yang pro BN diupah dan bergiat aktif memasang 'billboard' termasuk karektor Anwar menunggang keldai kepala dua yang diturunkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) beberapa hari lalu.Ia bertujuan untuk menimbulkan provokasi di kalangan petugas-petugas pilihanraya supaya berlaku sedikit kekecohan.
Bagaimanapun ia dapat diredakan dengan kerjasama polis dan Penguatkuasa MBKT sebagaimana berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub bergegas ke tempat insiden berkenaan dan menyaksikan billboard itu diturunkan pihak MBKT.
Mereka mengharapkan petugas Pakatan Rakyat menjalankan tugas mengikut undang-undang pilihanraya dan melarang membuat sesuatu tindakan di luar dari batasan undang-undang tersebut.
Sementara itu, jangan terkejut dengan dakwaan ada pemimpin Umno tertentu berjudi dengan mempertaruhkan wang berjumlah RM2 juta jika keputusan berlaku sama ada Calon PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut menang kira-kira 6,000 undi atau jika Wan Farid menang walaupun majoriti 1 undi.
Ia menggambarkan seolah-olah ramai di kalangan pemimpin Umno termasuk pemimpin tertinggi mereka percaya calon BN dalam pilihanraya tersebut akan kalah tidak melebihi 5,000 undi dan jika lebih dari itu mereka bertaruh RM2 juta.
Sementara satu kumpulan lagi bertaruh RM2 juta juga jika Wan Farid menang dengan majoriti walaupun 1 undi. Kumpulan pemimpin Umno tersebut mempunyai sistem kerja mereka sendiri dan tidak terikat dengan bilik gerakan BN dalam pilihanraya kecil ini dan dikatakan mempunyai bilik gerakan sendiri yang dirahsiakan tempatnya.
Sumber itu juga menyebut kedudukan kemenangan calon PAS sehingga hari ini masih ditahap 60 peartus mendahului manakala 40 peratus pula dipelopori oleh calon BN.
Bagaimanapun petugas-petugas Pakatan Rakyat disaran supaya tidak terlalu berpuas hati dengan laporan itu kerana taktik dan muslihat akhir yang akan digunakan Umno di saat akhir untuk mempastikan sedaya upaya calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini.
"Petugas Pakatan Rakyat perlu berwaspada dan mengikut arahan pemimpin," kata Ustaz Nasaruddin yang juga Pengarah Pilihanraya P036 Kuala Terengganu. - azm

Keluar mengundi awal, elak pengundi hantu - Anwar


KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta para pengundi khususnya di kalangan penyokong Pakatan Rakyat untuk keluar mengundi lebih awal pagi esok.
Berucap di kalangan ribuan penyokong di karangan Pejabat Perhubungan KeADILan negeri sebentar tadi, Anwar berkata, rakyat boleh menghalang kemasukan pengundi hantu dengan datang mengundi lebih awal.
Anwar menegaskan demikian ketika ditanya hadirin apakah langkah yang bakal diambil untuk menghalang pengundi hantu yang diupah untuk mengundi calon Barisan Nasional.
Tegas Anwar, beliau telah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong KeADILan supaya bertindak segera jika terdapat bukti pengundi diupah atau dirasuah untuk mengundi BN.
Katanya, jika ada kalangan pengundi yang disahkan pengundi palsu atau dirasuah, petugas KeADILan, PAS serta DAP mesti mengheret mereka ke balai polis seberapa segera.
Menurut tinjauan, terdapat kebimbangan BN yang berada dalam keadaan tertekan sekarang ini menggunakan anggota polis sebagai pengundi.
Sehingga ada yang mempertikaikan tindakan pihak Jabatan Pendaftaran Negara beroperasi sehingga malam.
JPN mendakwa tindakan mereka beroperasi lewat hari kerana untuk memudahkan Suruhanjaya Pilihanraya membuat semakan, bukan untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu.
Namun, banyak pihak mempertikaikan kewajaran tersebut kerana tiada siapa yang boleh 'access' dengan JPN kecuali dari BN, sebagaimana berlaku dalam beberapa pilihan raya lepas.
Tindakan JPN tersebut mengundang kebimbangan kemungkinan wujud pengundi hantu yang bakal menggunakan palsu untuk memenangkan calon BN._

Kuala Terengganu di “round” terakhir


Oleh Roslan SMS
Semalam saya sempat bertemu dengan seorang kawan lama berbangsa Tionghua. Beliau seorang veteran, peniaga yang berjaya dari Kelang dan pernah menjadi ahli MCA, Saya dan keluarga mengenali beliau lebih 20 tahun kerana pernah terlibat dalam industri penternakan satu ketika itu.
Tidak lama kami berbual terus sahaja menyentuh isu pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Ternyata rakan-rakan kita dari masyarakat Tionghua begitu prihatin dalam hal-hal politik dan mereka tidak segan-segan untuk menyatakan sokongan dan pendirian mereka terhadap satu-satu isu seccara terbuka. Ini mungkin kerana mereka memperolehi pendedahan yang lebih meluas oleh kerana media khasnya media cetak bahasa mereka lebih banyak dan kandungannya lebih terbuka dan berani, Tidak dinafikan mereka juga merupakan masyarakat pembaca.
Kata kawan saya itu masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu berkemungkinan akan memihak kepada calon PAS. Antara faktornya menurut beliau, TPM Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN di sana kelihatan begitu agresif dan keras, kadangkala melampau. Masyarakat Tionghua boleh terima kehadiran beliau sebagai TPM tetapi apabila pendekatan beliau terlalu egoistik, angkuh dan besar kepala, mereka tidak dapat menerima dan mungkin juga benci.Beliau juga menyebut Najib punya rekod peribadi yang diketahui oleh masyarakt Tionghua (yang saya tidak cadang menghuraikannya di sini), ternyata pemimpin seperti ini tidak layak memimpin negara.
Ternyata walaupun yang bertanding di Kuala Terengganu itu Wan Farid dan Hj Wahid serta seorang calon bebas, tetapi tumpuan lebih terhadap Najib. Maklumlah inilah manusia yang jika ditakdirkan Allah tiada perubahan berlaku, bakal menerajui negara pada bulan Mac nanti. Lalu apa sahaja yang beliau lakukan sudah tentu menjadi tumpuan dan perhatian ramai.
Dari perbualan kami saya dapat membaca bahawa PAS kini sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Tionghua lagi, tidak barangkali seperti 20-30 tahun lalu. Rakan saya ini boleh terima calon PAS dan malah senang hati dengan penampilan calon PAS di Kuala Terengganu itu.
Saya mengharapkan ini petanda yang baik bagi PAS dan saya mendoakan semoga jika benar bacaan kawan saya itu, masyarakat Tionghua yang terdiri dari para pengundi di Kuala Terengganu akan keluar beramai-ramai mengundi calon PAS pada hari Sabtu nanti.Dan bagaimana pula dengan pengundi Melayu?
Saya sesungguhnya menaruh harapan yang tinggi terhadap pengundi Melayu. Pengundi Melayu di Kuala Terengganu tanpa banyak kira bicara telah dengan berani mengundi Allahyarham Dato Onn Jaafar (Parti Negara) dan Allahyarham Hasan Adli (PAS) dalam pilihan raya 1959 bagi kerusi KT Utara dan Selatan. Bayangkan Dato Onn , anak Johor yang telah menyumbang jasa dan khidmat pada bangsa dan tanahair, pejuang kemerdekaan yang ditolak dan ditendang oleh Umno, diterima sebagai bintang oleh anak-anak Kuala Terengganu pada tahun 1959!
Begitu juga jangan kita lupa bahawa pengundi di Kuala Terengganu telah dengan berani melawan arus, mengundi Dato Manan Osman pada tahun 1990 yang bertanding atas tiket Semangat 46.
Dengan sejarah yang sedemikian saya tidak nampak mengapa pengundi Melayu Kuala Terengganu hari ini tidak dapat memilih dan mengangkat calon PAS Hj Mohd Abdul Wahid Endut, yang mempunyai latarbelakang dan rekod cemerlang, yang berjuang untuk memartabatkan Islam, sebagai wakil parlimen mereka pada Sabtu ini. Jika sinergi antara pengundi Tionghua dan Melayu serta pengundi India yang kecil bilangannya itu dapat disedar dan digerakkan, insyallah suatu gelombang besar akan berlaku di Kuala Terengganu Sabtu ini.
Kini di babak penghujung ini, disamping terus bekerja ke tahap maksima, jangan sekali-kali kita lupa mengadu pada Allah swt, perbanyakkanlah solat hajat dan berdoa agar diberikan Nya kemenangan pada kita Sabtu ini. Wang, sogokkan dan tekanan telah dan bakal digunakan, tetapi tidak siapa berkuasa menolak kemahuan Allah swt.Perkenankanlah hajat kami Ya Allah.

Bila Orang PAS Wakaf Mempelam Yang Masuk UMNO Bercakap Besut …


Oleh Ibrahim BabaApabila orang yang dari Wakaf Mempelam bercakap dengan telor Besut maka dia jadi “bbunyi pelek”. Memang pelik bila menonton berita TV3 malam tadi yang menyiarkan berita 111 ahli PAS menyerah borang kepada Ahmad Said untuk menyertai UMNO.
Apakah sememangnya tidak ada orang PAS yang benar-benar dari Wakaf Mempelam yang keluar PAS maka terpaksa diimport orang luar - yang sememangnya orang-orang Wakaf Mempelam siapa orang PAS dan siapa orang UMNO - maka terpaksa dicari orang yang tidak dikenali … itu yang kena import!Mungkin bagi orang luar Terengganu tidak perasan pertuturan “orang PAS yang masuk UMNO itu”. Tetapi orang-orang Terengganu tahu bahawa orang-orang Wakaf Mempelam bertutur dengan tambahan “g” seperti mana orang-orang Teghanung lazimnya bertutur bukan seperti telor orang-orang di utara Besut/Jerteh atau Kelantan.
Namun cerita keluar masuk parti ini sudah menjadi terlalu kerap digunakan oleh BN hinggakan sukar lagi orang hendak pandang dan percaya. Setiap kali pilihanraya - itulah kaedah lapok yang diguna.
Orang ramai masih ingat lagi kaedah yang sama digunakan dahulu dengan menyiarkan berita kemasukkan kekanda kepada Cikgu Pa masuk UMNO untuk yang ke berapa kali dah … Akhirnya cerita itu menjadi tamparan kepada Man Bakar dan mengaibkan Idris Jusoh yang merasakan dirinya sendiri tertipu dalam majlis di Marang tersebut.
Cuma terfikir juga IB, rupanya kali ini laporan keluar parti kurang diguna oleh BN. Apakah taktik menipu cara ini sudah tidak diterima orang?Sekian, IB

Kemenangan PAS Di Kuala Terengganu Akan Mempercepatkan Jejak Ke Putrajaya


KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak para pengundi Kuala Terengganu mengundi calon PAS esok sebagai pencetus kepada tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, jika Pakatan Rakyat melalui calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menawan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dikuasai BN, ianya merupakan suatu perubahan besar kepada 'trend' sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan KeADILan negeri sebentar tadi, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, pihaknya akan tetap meneruskan agenda menawan Putrajaya.
Katanya, kemenangan Wahid bukan sahaja akan menambah bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tetapi ianya bakal menggugat keyakinan rakyat terhadap BN.
Katanya, berdasarkan sokongan hebat masyarakat keturunan Tionghua di Kuala Terengganu terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat, beliau yakin gelombang 8 Mac 2008 tetap bersemarak.
Anwar menegaskan, rakan-rakan di Malaysia Timur tetap bersama beliau untuk berhijrah meninggalkan BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Malah kita mendapat jaminan dari Ahli Parlimen BN dari kalangan Umno juga (untuk menyertai Pakatan Rakyat)," tegas beliau.
Beliau menegaskan BN terbukti gagal untuk mentadbir negara dengan baik, khususnya dalam menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Katanya, inilah masa yang terbaik untuk rakyat membuktikan 'trend' penolakan yang berterusan terhadap BN, dengan memilih calon Pakatan Rakyat

3 Senjata Akhir Pastikan PAS Menang, UMNO Bakal Dimalukan Di Kuala Terangganu


KUALA TERENGGANU, 16 Jan: Tiga isu terakhir yang berlaku sekitar pilihan raya kecil Kuala Terengganu melonjakkan moral petugas PAS.
Ketiga-tiganya adalah perletakan jawatan pegawai pengurus pilihan raya (RO), Datuk Mat Rozali Kassim, kemarahan keluarga Allahyarham Datuk Razali terhadap calon BN dan kenyataan tertuduh kes perbincaraan pembunuhan Altantuya Shariibuu.
"Ketiga-tiga isu ini benar-benar menaikkan semangat penyokong PAS dan dipercayai menyukarkan kem BN," kata seorang penganalisa.Semalam, Datuk Mat Rozali Kassim meletakkan jawatan sebagai pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan digantikan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Perletakan jawatan ini dipercayai ada kaitan dengan bantahan PAS terhadap kelakuan beliau.Pada jam 1.30 15 Januari PAS menghantar satu surat bantahan kepada SPR berkaitan dengan empat program yang menjejaskan reputasi Mat Rozali selaku RO pilihan raya.
Antaranya berkempen untuk calon BN dan yang paling teruk mengugut kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu akan hilang pekerjaan jika mengundi calon selain BN.
"Perletakan jawatan beliau adalah kemenangan untuk kita. Kita juga akan mengkaji implikasi perlantikan Setiusaha MBKT sebagai RO baru kerana kalau Mat Rozali terlibat, apakah Setiausahanya tidak terlibat dalam kempen untuk BN?" kata Wan Mutalib dalam sidang medianya.
Isu yang kedua adalah hubungan yang sangat tidak baik antara calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid (gambar atas) dengan keluarga dan penyokong bekas anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.
"Kalah di tangan abang Wan Farid untuk merebut jawatan naib ketua bahagian dan selepas itu tidak terpilih sebagai perwakilan ke mesyuarat agung Umno Mac nanti adalah satu yang menekan Razali menjelang kematian mengejutnya.
"Sehingga kini, Wan Farid yang merupakan Ketua Bahagian Kuala Terengganu dikatakan masih belum dapat mendekati keluarga Allahyarham Razali," kata satu sumber.
"Ini menunjukkan betapa ketika hayatnya Razali tidak mendapat pengiktirafan dari Wan Farid dan Umno Kuala Terengganu. Baru sekarang selepas kematiannya, Umno cuba meraih simpati keluarga Razali dengan meletakkan nama beliau kepada maktab perguruan dan sekolah di Kuala Terengganu," kata Tengku Hassan Tengku Omar, Adun PAS Ladang dalam ceramahnya malam tadi.
Sementara itu, isu ketiga yang kini menghantui kem BN adalah pengakuan Chif Inspektor Azilah Hadri yang berkata dia mendapat arahan dari ADC (juru iring polis) Datuk Seri Najib untuk menguruskan Altantunya Shariibuu yang menganggu Abdul Razak Baginda.
"Jika begitu, kini orang ramai tertanya-tanya, siapa yang arahkan ADC Najib itu. Apakah Najib perlu bersumpah sekali lagi dia tidak membuat arahan itu di Kuala Terengganu ini," kata seorang pemerhati.
Sebelum ini, Najib berkali-kali membuat sumpah termasuk di masjid bagi menafikan penglibatannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengundi K. Terengganu Sedia Kejutkan BN - Ex Ketua Pengarang NSTP


SESIAPA sahaja yang berhasrat membuat ramalan mengenai keputusan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu Sabtu ini boleh melakukannya daripada dua sudut.
Pertama sudut sejarah dan kedua daripada perspektif semasa.
Kalau dilihat daripada sudut sejarah, pilihan raya kecil ini, sama dengan PRK sebelumnya – kecuali Permatang Pauh Ogos lalu -- memihak kepada Barisan Nasional.
Tetapi daripada perspektif semasa, Pas mempunyai harapan yang cukup cerah untuk merampas kerusi itu sekali lagi.
Kali terakhir Pas memenangi Kuala Terengganu adalah pada pilihan raya umum 1999 apabila calonnya, Dr Syed Azman Syed Ahmad, mengalahkan Allahyarham Abu Bakar Daud dengan kelebihan 14,132 undi.
Pada PRU itu juga BN kehilangan Negeri Terengganu kepada Pas. Penyingkiran Anwar Ibrahim dan protes terhadap Menteri Besar ketika itu, Wan Mokhtar Ahmad, adalah punca utama kekalahan BN.
Dalam enam PRU daripada PRU 1986, BN memenangi Kuala Terengganu sebanyak empat kali, Pas dan Parti Melayu Semangat 46 masing-masing sekali.
Populariti BN merudum antara PRU 2004 dan 2008. Dalam PRU 2004, Allahyarham Razali Ismail menang dengan kelebihan 1,933 undi. Dalam PRU 2008 dia menang dengan hanya 628 undi.
Sampai hari ini pun kemenangan Razali sering dikaitkan dengan personaliti beliau yang disenangi oleh pengundi.
Sekiranya BN gagal menyekat trend ini dan populariti calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tidak sehebat Razali atau calon Pas, Abdul Wahid Endut, maka harapannya mempertahankan Kuala Terengganu adalah tipis.
Jika hasil kajian pendapat oleh Merdeka Centre di kalangan 527 pemilih Kuala Terengganu antara 1 hingga 11 Januari boleh dijadikan panduan, maka BN terpaksa melakukan yang terbaik.
Dalam kajian itu, Merdeka Centre mendapati 46 peratus pemilih Melayu dan 56 peratus Cina bercadang mengundi pembangkang.Walaupun “sampling” kajian itu kecil berbanding bilangan pemilih Kuala Terengganu seramai 80,000, namun ia memberi gambaran yang menarik mengenai kecenderungan pemilih, khasnya pemilih Cina.
Selama ini para pembesar Umno dan BN berulang kali menguar-uarkan pemilih Cina sebagai penentu kemenangan mereka. Dalam erti kata lain, BN mengharapkan majoriti pemilih Cina mengundinya.Reaksi responden Cina itu cukup menarik kerana pemilih Cina lazimnya tidak menyatakan siapa atau parti mana yang akan mereka undi.
Hasil kajian Merdeka Centre itu juga mengesahkan tanggapan iaitu pemilih Melayu lebih mudah diyakinkan melalui kempen dan propaganda media massa daripada pemilih Cina, khasnya dalam isu ekonomi.
Manakala 70 peratus pemilih yang ditemu ramah oleh Merdeka Centre bersetuju bahawa keadaan di Terengganu dan di seluruh negara sedang bergerak ke arah yang betul, hanya 36 peratus pemulih Cina yang berpendapat begitu.
Ini tidak memeranjatkan kerana pemilih Cina yang tinggal dalam bandar dan terbabit dengan perniagaan umumnya lebih peka terhadap ekonomi dan kerana itu lebih kritikal di dalam membuat penilaian.
Apa pun, keputusan PRK Kuala Terengganu adalah cukup kritikal bagi BN dan Pas.
Bagi BN, khasnya Umno, kemenangan boleh dikira sebagai bukti keberkesanan proses pemulihannya dan sokongan (endorsement) kepada peralihan kuasa Mac ini.
Bagi Pas pula, kemenangan sekali gus mengesahkan bahawa ia boleh berjaya walaupun tanpa sokongan atau persetujuan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam isu-isu pokok seperti Negara Islam dan Hukum Hudud.Malah pembabitan PKR dan DAP dalam PRK Kuala Terengganu dilihat sebagai membebankan Pas daripada membantunya.
Kesimpulannya, Kuala Terengganu boleh sekali lagi membuat kejutan kerana kejutan sudah sebati dengan pemilih kerusi Parlimen ini.
Mungkin tidak ramai tahu atau sudah lupa bahawa pemilih Kuala Terengganulah yang memberi kemenangan kepada Presiden Parti Negara, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, dalam PRU 1959 dengan bantuan Pas.

Wednesday, January 14, 2009

DEBAT ROYALTI MINYAK: CALON PAS vs CALON UMNO Hari Ini Jam 8.00 Malam

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh)- Isu royalti Petroleum yang didakwa oleh Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri Terengganu masih 'samar-samar' dan tidak jelas.
PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalty disekat serta 'dirampas' oleh kerajaan pusat.
Berikutan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.
Kini, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu telah membangkitkan semula isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato� Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.
Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) akan menganjurkan satu Majlis Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan pada hari ini 2009 (Khamis) jam 8.00 malam di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini.
Antara ahli panel yang dicadangkan oleh Mampat iaitu Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Manakala, pengerusi Debat Perdana itu akan dikendalikan oleh seorang Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato' Paduka Dr Muhammad Bakar.
Persetujuan rasmi serta kesanggupan semua pihak ahli panel dan pengerusi debat telah diperolehi penganjurnya (Mampat) kecuali ahli panel dari Barisan Nasional (BN) yang menurut laporan tidak rasmi sebuah media tempatan telah menolak pelawaan debat tersebut.
Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.
"Kita (Mampat) mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya ketika ditemui Harakah, hari ini.
Katanya, agenda 'Debat Perdana' yang dicadangkan itu kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding.
Menurutnya, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi melihat serta menilai personaliti calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil ini. - azm

Najib Dedah Sifat-sifat Keji yang ada pada Wan Farid, Calon BN


Oleh Mummy Rokiah
1. BERLAGAK. NAIK KERETA MEWAH. BERLAGAK TUAN KEPADA RAKYAT.
"Jangan berlagak... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN” kata Najib.
2. TAK MESRA RAKYAT. SALAM TAK TENGOK MUKA. SALAM PILIH-PILH ORANG.
"Sebab itu, saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat," katanya "Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur salam semua” kata Najib.
3. SALAM TAK IKHLAS KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA SAHAJA. BERSIKAP ELIT.
"Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita (BN) menang. Ini (salam) bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen," katanya.
4. BILA NAK PILIHANRAYA BARU NAK MESRA RAKYAT.
Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu memilih tema "mesra rakyat" dalam kempen mereka kerana konsep tersebut sebenarnya dapat memenangi hati rakyat.
5. LUPA DARATAN. TAK BERADAP DI KAMPUNG.
Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat di Kuala Terengganu berbeza dengan masyarakat bandar lain kerana mereka masih berpegang kuat kepada adab kampung.
6. ANGKUH DENGAN KEKAYAAN. ANGKUH DENGAN KELULUSAN. TAK BERBUDI BAHASA.
Katanya masyarakat di sini, tidak melihat kepada kekayaan atau kelulusan seseorang pemimpin itu, sebaliknya nilai yang tinggi kepada budi bahasa.
KOMEN:
UMNO nampaknya dah makin parah. Ciri-ciri asas sebagai wakil rakyat dan budi bahasa pun kena diajar kembali kerana kurang ajar. Kita tidak faham bagaimana UMNO memilih calun yang sebegini teruk untuk bertanding dalam pilihanraya Kuala Terenganu.
Sekarang ini nampaknya rakyat tidak bodoh dan tidak mudah dipancing dengan projek. Bawalah projek berjuta ringgit pun tetapi kalau sikap wakil rakyat UMNO menyombong dan tak berubah, rakyat akan tetap tolak UMNO.
Nampaknya pilihanraya Kuala Terengganu menghadapi krisis personaliti calun bukannya masaalah pembangunan atau hudud.
http://mummyrokiah.blogspot.com/

Anwar Ibrahim Vs Ezam Mohd Noor


Menyorot perbalahan antara bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan bekas ketuanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung isu 'surat perdamaian' yang melewati kerancakan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Walaupun pada asasnya apa yang didedah Ezam itu bukanlah isu yang boleh menyentuh minda pengundi di Kuala Terengganu, namun sedikit sebanyak ia menjadi fokus kepada seluruh masyarakat.
Ezam berhujah bahawa Anwar sendiri yang mengajar kepadanya tentang kebatilan itu tidak boleh disimpan walaupun 10 tahun atau sampai bila-bila.
Bagi Ezam, kebatilan yang kononnya didakwa dilakukan Anwar mengenai usaha menyuruh Ezam menemui Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja dipecat dari kerajaan pada 7 dan 8 September 1998 perlu didedahkan.
Isu itu kini mula berlegar dikalangan peminat dan musuh-musuh Ezam yang mungkin mua berkira-kira untuk menjawab persoalan yang diutarakan Ezam terhadap Anwar itu.
Hari ini, Ezam seperti yang dilaporkan Sinar Harian akan mendedahkan rahsia yang dinyatakan Ezam bakal mendedahkan siapa sebenarnya Anwar.
Anwar pula pastinya akan ada hujahnya yang tersendiri terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu dan ia bakal ditunggul ramai penyokongnya.
Namun persoalannya di sini apalah peri pentingnya Ezam membungkai bicara perihal Anwar hanya pada pilihan raya kali ini yang pastinya KeADILan tidak bertanding.
Sedangkan jika beliau mahu membongkar rahsia itu yang kononnya bakal tidak terjawab deka Anwar, mengapa tidak pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh lalu?.
Ezam pastinya mempunyai strategi tersendiri, namun seperti kata Naib Presiden PAS, integriti bekas Ketua AMK itu sendiri sudah tidak boleh dipercayai apabila dakwaan pemimpin sebelum ini yang dikatakan ada dalam enam kotak rahsia masih belum didedahkan sepenuhnya.
Begitu juga ujar ada benarnya kata Husam yang melihat mengapa Ezam tidak bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno.
Hasrat Ezam menyertai semula Umno tahun lalu adalah untuk menghapuskan rasuah, justeru hal ini sangatlah dituntut kerana kata Husam ia semakin parah dalam Umno.
Begitupun yang diperkatakan tentang perihal Ezam-Anwar, rakyat kebanyakan pastinya mahu mengetahui isu sebenar yang tidak sekadar meniti dibibir media.
Sebaliknya kata seorang rakan penulis, Zuhairi Mohammad yang kini berkempen di Kuala Terengganu, perlunya satu pentas yang khas untuk dua tokoh ini menjelaskan segala yang keliru.
Peri pentingnya dua tokoh ini bertemu ialah bagi menjelaskan kepada rakyat apakah hal sebenar yang belaku, kata rakan itu lagi.
Benarlah mungkin apa yang disimpulkan seorang penganalisis sosial, Dr Riduan Tee Abdullah dalam rancangan Hujah pada 13 Januari lalu yang dikendalikan Pensyarah UKM, Dr Agus Yusof.
Kata Dr Riduan, seseorang pemimpin itu perlu ikhlas kepada rakyat dan segala yang dilakukan bukanlah untuk membuncitkan perut atau mengkayakan kroni, sebaliknya matlamat membela rakyat tanpa mengira latar belakang adalah keutamaan.
Terserah kepada Ezam dan Anwar untuk menyatakan perihal masing-masing, dan pentas terbuka mungkin sesuai bagi semua ini.
Anwar pernah bertemu Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shaberry Cheek dalam debat khas isu kenaikan minyak, dan pastinya keberanian Anwar ini adalah kunci kejayaan beliau selaku pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).
Kejayaannya dalam debat itu menyuntik semangat rakyat, dan kini rakyat terus menyokong kepimpinan beliau.
Mungkin kali ini pentas terbuka sekali lagi menjadi wadah Anwar menjawab persoalan Ezam, terpulang kepada tokoh-tokoh ini?._

Pro Aspirasi Buat Solat Hajat Minta Diazabkan Mahasiswa Pro Mahasiswa.... INSAFLAH PRO ASPIRASI

Kuala Lumpur, 13 Jan - Presiden Kolej Kediaman Bestari Universiti Malaya, saudara Ahmad Junaidi Mohd Shukri semalam telah meminta jemaah surau kolej kediaman tersebut agar mendirikan solat hajat mendoakan supaya diturunkan azab kepada Pro Mahasiswa atas fitnah dan provokasi yang dilakukan oleh kumpulan mahasiswa tersebut.
Beliau yang mengimamkan solat hajat tersebut selepas itu telah memberi pengisian Maghrib kepada jemaah yang ada.
Dalam pada itu, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya merangkap Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, saudara Norazali Zainuddin ketika ditemubual menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional dan menyalahgunakan institusi Balai Islam sebagai tempat berpolitik.
“Kami diperingkat Pro Mahasiswa meminta agar Aspirasi berkelakuan profesional dalam segala hal termasuk menjawab persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh kami.
Bukan provokasi kosong semata-mata yang dicetuskan tetapi kami ada fakta dan bukti.
Secara peribadinya, saya menyifat Aspirasi bertindak tidak profesional malah kurang daya intelektual pada kali ini, yang wujud hanyalah emosi semata-mata,”ujar beliau panjang.
Pilihanraya kampus kali ini yang dijadualkan bermula 14hb hingga 19hb Januari dianggap antara yang menarik dengan pelbagai isu menghiasi lanskap politik kampus.
Antaranya isu krisis identiti Aspirasi-Penggerak Mahasiswa yang kronik, penyalahgunaan wang oleh jentera Aspirasi dan tema Harapan dan Perubahan yang dilaungkan oleh Pro Mahasiswa.
Mahasiswa seluruh Malaysia tertunggu-tunggu dengan perubahan yang ingin dilakukan oleh Pro Mahasiswa

Tuesday, January 13, 2009

Penamaan Calon Meriah di UM,UPM


Kuala Lumpur, 14 Jan - Penamaan calon pagi ini meriah di harapan Komplek Perdana Siswa, Universiti Malaya. Kumpulan Pro Mahasiswa dan Aspirasi masing-masing telah berkumpul di Padang Varsiti dan di hadapan Fakulti Sains seawall jam 8.00 pagi.Pro Mahasiswa kudian berarak ke hadapan Fakulti Sains dan melaungkan “Hidup Mahasiswa!’ dan ‘Hope and Change’ sepanjang perarakan.Barisan kumpulan Pro Mahasiswa yang diketuai oleh Saudara Norazali Zainuddin selaku Pengerusi Pro Mahasiswa UM merangkap Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, dibantu oleh pimpinan front mahasiswa yang lain membawa kumpulan seramai 450 orang penyokong mereka ke harapan Fakulti Sains bertentangan dengan
Kumpulan mega yang berwarna oren itu telah bersorak dan menyatakan isu-isu yang timbul dihadapan kumpulan Aspirasi dan pegawai yang Komplek Perdana Siswa untuk menghantar calon-calon dalam proses penamaan calon.bertugas.
Pro Mahasiswa dengan sepanduk mengkritik penyalahgunaan wang pelajar oleh jentera Aspirasi serta isu rasuah. Salinan laporan polis berkenaan isu rasuah TNC HEP Prof Azrae dilihat diedarkan oleh aktivis yang bertugas.
Dalam pada itu, di Serdang, Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini juga telah membuka proses penamaan calon seawall jam 900 pagi.
Ratusan mahasiswa penyokong Pro Mahasiswa UPM berarak menghantar calon mereka untuk proses penamaan calon.-

Jauh Bezanya Arwah Razali Dengan Wan Farid

Bolehlah IB katakan bezanya antara arwah Razali dengan Wan Farid adalah umpama bumi dengan langit. IB berani berkata demikian kerana IB kenal kedua-dua mereka.
Arwah yang biasanya IB panggil dengan nama Abang Zzali sahaja adalah seorang yang amat mudah didekati. Amat jauh bezanya dengan Wan Farid yang IB panggilnya dengan panggilan Yek tidak semudah itu - terlalu banyak berkira dan berprotokol. Kini hendak dipanggil Yek pun nampak reaksinya tidak begitu menerima begitu …
Yek IB kenali semenjak kami kecil. Hisham (Wan Hisham) abangnya pun sama-sama kita sekampung dulu. Hisham lebih tua dan Yek lebih muda dari IB. Kalau dulu kita mudah berkawan - tetapi kini itu semua sudah sukar. Semasa Hisham kerap ke pejabat TDM di Menara Promet - pernah beberapa kali IB cuba mendekati. Teramat sukar untuk membuat temujanj - macam tak pernah kenal pula jadinya.
Yek pun tidak jauh bezanya dengan abangnya. Gonglah kata orang Terengganu. Manalah dia nak layan IB kerana masing-masing tahu perbezaan parti yang kita sokong (walaupun IB tidak menganggotai mana-mana parti politik). Namun IB tahu bahawa IB tidak mampu membawa undi apatah lagi business untuknya - malah dirasakan pula IB hendak menempel tumpang cari business darinya.
Abang Zzali pula jauh lebih tua dan hanya IB kenali sekitar lebih 10 tahun lalu. Kami kerap berkomunikasi. Kami sentiasa bersembang dan selalunya memikirkan nasib anak-anak muda dan isu-isu sosial. Sekadar menghantar SMS sahaja, pasti arwah akan telefon balik apabila dia mempunyai masa jika tidak dia akan jawab SMS tersebut. Malah beberapa minggu sebelum beliau menghembus nafasnya beliau ada memberitahu sesuatu yang memang IB tabik arwah dan mengkagumi sikap dan keperibadiannya.
Arwah menceritakan bagaimana beliau menghadapi pemilihan parti di bahagiannya. Mengetahui bahawa lawannya mempunyai bekalan dana yang besar untuk memastikan pengundi berpihaknya, arwah bertekad untuk tidak mengguna sebarang umpan wang untuk meraih undi. (antara sebabnya beliau sendiri tidak mempunyai dana untuk kempen tersebut hanya sekadar mempertaruhkan air liur, maruah dan keperibadiannya)
Malah Menterinya sendiri bersedia memberi serta menawarkan sumbangan untuk arwah berkempen dalam pemilihan bahagian tersebut. Namun, arwah berkeras tidak mahu mengguna sebarang wang untuk membeli undi - walaupun mengetahui lawannya telah menabur dana.
Arwah memberitahu Menterinya bahawa beliau menolak tawaran tersebut kerana mahu membuktikan sendiri bahawa budaya politik wang tidak wujud di dalam UMNO sekurang-kurangnya jika beliau menang. Namun, ternyata beliau gagal membuktikannya dengan kekalahannya itu.
Di atas kekuatan peribadi Abang Zzali lah yang telah memenangkan beliau dalam PRU2008 lalu walaupun majoriti undi kepada calon-calon di keempat-empat DUN dalam P036 berjumlah lebih 2000 beliau tetap menang di Parlimennya walaupun menentang tokoh dari PAS seperti Mat Sabu.
Untuk Yek mengulangi kejayaan arwah - IB yakin ianya suatu yang amat sukar. 2000 orang yang mengundi calon PAS di DUN dan memilih arwah Razali untuk P036 sudah pasti memilih Wahid Endut. Jika Razali menang atas modal personalitinya maka Wahid juga akan menang atas personalitinya juga. Dan begitulah juga Yek akan tersungkur atas sebab keperibadiannya.
Sekian, IB

Jom Sembang2, Gosip2 Pasal Proton

Yang aku tayang dekat bawah ni ialah komen-komen yang berfakta dan yang sepatutnya korang terutama sahabat-sahabat BPN ambik tau. tengok pada komen korang, aku dapat sahkan yang hangpa semua (geng-geng BPN) masih cetek pengetahuan berkenaan industri automotif di Malaysia.
Anonymous said...
Assalammualaikum
Bukan nak belah mana2... Cuma nak memberi penjelasan. Proton sebenarnya tak pernah keluarkan enjin sendiri dengan erti kata sebenarnya.
Enjin CamPro yang di war-warkan adalah sebenarnya merupakan enjin Mitsubishi Lancer yang di beri sedikit nafas baru oleh Lotus. CamPro adalah abrv. utk "Cam Profiling" dimana sepatutnya mempunyai ciri-ciri Variable Valve Timing.
Tetapi apa yang terjadi Proton tidak dapat/tidak sempat (tak pasti yang mana lebih tepat) untuk mengubahsuai enjin Mitsubishi Lancer lama tu kepada enjin yang menmuyai ciri Cam Profiling yang sebenar tu.
Hasilnya, batch awal Gen2 yang menggunakan enjin CamPro tersebut suffer from underpower. Sedikit lagi adjustment dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut dan batch kedua Gen2 ini kemudiannya di pasang pada Proton Waja.
Btw,.. sya bekerja di bahagian teknikal Proton.
January 12, 2009 8:00 PM
TP: Tambahan - Berkenaan dengan CamPro, kalau tak silap aku versi yang dilengkapi dengan Variable Valve Timming dah ada dipasaran dan dinamakan CamPro CPS seperti yang digunakan oleh pihak PDRM (unit siasatan jenayah). untuk pengetahuan korang jugak, individu yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan R&D bagi Cam tersebut ialah Charlie@MatSpeed. betulkan aku kalau silap.
Anonymous said...
proton perdana...adalah kereta proton rebadge engineered yg diambil dari mitsubishi Eterna generasi ke-7.
proton perdana menggunakan enjin dari mitsubishi drpd awal diperkenalkan proton perdana (1995)sehinggalah sekarang.
enjin2 dari mitsubishi utk perdana....2.0 L 4G6314 (1995-2000)...dan 2.0 L 6A12 V6 (1999-hingga kini)selepas proton "kicked out" mitsubishi (habis contract)...sekitar tahun 90an....maka mitsubishi tidak lagi menyumbangkan "quality control" kpd proton....maka bermulalah era kemerosotan kualiti produk2 kerata proton.
kalau proton tiada...penyokong2 PAS yg hidup susah dah boleh drive honda jazz, toyota vios, honda city, toyota altis...tak perlu bawak2 moto....tak percaya???...then tanye kerajaan (ameno) kenapa still tak mahu kuatkuasakan AFTA secara "jujur, ikhlas & menyeluruh"???....foreign cars takkan kene taxes yg melampau dlm AFTA...tidak seperti yg dilakukan skang demi survival proton....harga kereta akan murah...harga kereta proton pun akan jauh lebih murah berbanding skang sbb proton perlu compete dlm penjualan kereta....so ketika nie point paling penting dlm membeli sesebuah kenderaan hanyalah soal KUALITI
iiii.kalau kualiti baik pasti akan ada yg membeli....kalau kualiti hampeh cam skang...hhmmmm...faham2 sendirilah ye.pekerja2 proton???...kalau proton tiada (demi populariti che det sebagai orang politik, maka dimanjakan proton)....pekerja2 proton skang sudah pasti sedang bekerja dgn honda, toyota, merc, BMW....malangnnya.... kerajaan thailand merampas peluang yg ada dari malaysia....seperti mana thailand merampas sektor pertanian, begitulah jugak mereka dgn bijak merampas dari malaysia sektor automotive & urusniaga export kenderaan.
January 12, 2009 10:39 PM
TP: tambahan - enjin code 6A12 (V6) ada dalam beberapa model iaitu 1.6 (cyber mirage), 2.0(Galant), 2.0MIVEC (Lancer & MIVEC), 2.0 Twin Turbo ( Eterna), 2.4 (Galant) dan jugak 3.0 Twin Turbo (GTO). betulkan aku kalau silap.
Kesimpulannya apa yang korang bangga-banggakan selama ni bukanlah kereta tempatan, sebaliknya kereta jepun. bila aku kondem Proton, bukan sebab aku kondem buatan Malaysia sebab pada hakikatnya Malaysia masih belum ada apa yang nak dibanggakan dalam bidang automotif.
Proton Saga asalnya ialah Mitsubishi mirage. jurutera Proton masa tu cuma ambik model asal, ubah lampu depan, dashboard, bumber depan & belakang, sikit interior dalaman lepas tu letak lambang proton. enjin pulak masa tu cuma pakai (4G13 & 4G15) 8valve, lepas tu cyclone (cyclone ada lagi 8 valve kecik extra), lepas tu baru keluar model 12valve.
Mula dari proton saga, proton modified sikit jadik proton night, iswara dan seterusnya. kalau dekat jepun masa tu dah kuar versi injection tapi malaysia masih gunakan teknologi carburator sebagai nadi sampai model terakhir iswara kereta kebal. punyala jauh ketinggalan.
Proton wira pulak ambik dari model Mitsubishi lancer. kalau model asal lancer mula dari enjin 4G13, 4G15, 4G91, 4g92, 4G93 & jugak 4G93T (GSR).
Apa lagi?... proton tiara pulak diambik dari model Citreon. kalau model asal citreon depa ada versi turbo.Proton Perdana? dah cerita dekat atas... kalau tak paham jugak, memang hangpa bukan takat bangang... tapi tahap keras hati... kalau tak percaya, aku cabr Proton bawak keluarkan Blue Print yang mengesahkan bahawa semua dekat atas tu keluaran asli proton dan bukannya "copy, modified & paste" dari Mitsubishi.
Kenyataan yang korang kena terima ialah, proton tak pernah keluarkan jentera sendiri. setakat hari ni, yang proton ada cuma rangka iaitu waja, juara, gen2 dan jugak neo.... yang lain semua bantai produk jepun lepaih tu lekat lambang Proton.Sape yang dok pertahankan Perdana V6 sebenarnya tak patriotik... awat hangpa dok pertahankan sangat kereta jepun tu? berapa jepun tu bayaq dekat hangpa yang dok jadik balaci depa?
Lagi satu nak tanya hangpa... kalau hangpa pegi kedai sparepart, mintak sparepart original, awat kedai selalu bagi yang ada cop "Mitsubishi"???Mitsubishi tu anak syarikat proton ka?

Monday, January 12, 2009

MAHASISWA UTM .. Undilah Calon2 Ini


PRO MAHASISWA UTM :
1) ANIS B ABD WAHAB
2) MOHD AFFENDI B ISMAIL ( FKA )
3) NUR AZIM FAHADA B AHMAD ( FKE )
4) PUTRI MUBINA SUJAK ( FP )
5) NORSAMSINAR BT BIDIN ( FP )
6) NURULADILAH BT ABU SIN ( FKSG )
CALON PRO ASPIRASI TAPI ALIRAN PRO M :
1) MUHAMMAD ZAKI B OMAR ( FP )
2) MOHD TAUFEK B MOHD NOH ( FP )
3) ABD HADI B ABD HALIM ( FKM )
4)HAIROL NIZAM B MOIDEEN KUTTY ( FP )
- SUMBER : pro m utm

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional Bergabung Bentuk Satu Parti Hari Ini




Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Persidangan khas Parlimen hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dalam sejarah Malaysia apabila Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar parlimen bagi tujuan membela nasib rakyat bumi Palestin.
Apa yang lebih membanggakan buat pertama kalinya juga semua Ahli - ahli Parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri - menteri bahkan ahli Parlimen berbangsa Cina, India dan etnik lain hadir sebagai simbolik menyokong usaha membela rakyat Palestin. Juga turut kelihatan pada hari ini Tengku Razaleigh Hamzah iaitu veteren UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang yang pernah memimpin Semangat 46 juga turut meluangkan masa untuk hadir ke sidang khas tergempar ini.
Sejarah juga tercipta apabila ahli - ahli Parlimen baik dari Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun Bebas sama- sama senada satu suara mengutuk dan mengecam penindasan Zionis di Israel terhadap rakyat- rakyat Palestin di muka bumi mereka sendiri. Dalam kata lain tidak timbul hari ini soal mewakili mana- mana parti sebaliknya apa yang kelihatan hari ini hanyalah suara mengutuk dengan keras kezaliman Israel seolah - olah semua Ahli Parlimen ini datang dari parti atau pakatan yang sama.
Menyentuh perbahasan pada hari ini, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR mencadangkan agar Malaysia bukan sahaja mengutuk Israel sebaliknya mengutuk dengan keras juga negara Amerika Syarikat, White House dan Presiden Amerika yang secara terang- terangan menyokong hasrat Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat di bumi Palestin.
Manakala Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga pemimpin no 1 DAP dengan keras menyeru kerajaan agar mengambil langkah tegas dan drastik bagi menunjukkan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin. Beliau juga menyeru agar Menteri Dalam Negeri yang mengawal pasukan polis agar mengambil tindakan yang lebih lembut terhadap penganjur dan peserta demonstrasi mengecam Israel juga membebaskan dengan segera aktivis- aktivis Demonstrasi mengecam kezaliman Israel yang ditahan pihak polis. Ini penting bagi membuktikan kerajaan benar- benar prihatin terhadap penindasan yang berlaku di Bumi Palestin. Katanya adalah penting untuk membenarkan rakyat berdemonstrasi bagi menunjukkan tanda protes mereka terhadap kezaliman Israel dan sekutu- sekutunya terhadap rakyat di Bumi Palestin.
Hampir semua Ahli Parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini termasuklah Ketua Pembangkang, Presiden PAS, Setiusaha Agung DAP dan pemimpin - pemimpin utama parti - parti politik dalam Kompenen Barisan Nasional. Sehingga artikel ini ditulis pada jam 9.20 malam, perbahasan khas isu Palestin ini sedang rancak dibahaskan ahli - ahli Parlimen.

Pro-M USM Persoal Taraf Apex

Kesedaran
Hari ini sudah hampir dua minggu Rejim Zionis Laknatullah melancarkan serangan ke atas para pejuang-pejuang mujahidin Hamas. Sasaran juga tidak terkecuali pada penduduk awam tidak kira tua, muda hatta kanak-kanak.
Seluruh dunia menyatakan simpati dengan serangan tersebut pelbagai cara. Tidak terkecuali juga bagi sebilangan rakyat Malaysia yang dalam hatinya punya kesedaran terhadap apa yang berlaku ke atas negara Palestin.
Pelbagai cara dibuat bagi memberikan kesedaran, mengutip dana, larian amal termasuk forum-forum dan kempen. Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri selaku universiti tersohor pertama negara yang mendapat status Apex Universiti (AU) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai cara bagi menyedarkan warga kampus tentang penderitaan rakyat Palestin.
Namun, usaha ini tampak tidak mendapat sambutan hangat daripada warga kampus lantaran banyaknya program lain yang menjadi pilihan para pelajar.
Warga Hiburan dan Keseronokan
Penulis amat kesal dan hanya mampu menggeleng kepala apabila warga kampus Apex Universiti berpusu-pusu untuk ke Dewan Budaya untuk menghadiri Malam Kesenian Anak-anak Negeri bagi merebut Piala Naib Canselor 5hb lalu.
Tatkala serangan hebat Rejim Zionis Laknatullah ke atas pejuang-pejuang islam kita di Palestin, warga kampus kita dengan tawa dan riangnya bersuka ria tanpa sekalipun memikirkan penderitaan yang dialami saudara-saudara seagama di Palestin.
Bukannya yang menari dan terkinja-kinja itu bangsa cina, India ataupun mat saleh tapi warga kita yang beragama ISLAM. Amat cetek sekali sensitiviti mahasiswa kita berkaitan isu Palestin ini. Sepatutnya, taraf AU yang dikecapi kini, mampu membuatkan dan melahirkan mahasiswa yang bijak dan sedar akan isu semasa dalam masyarakat.
Tidak cukup setakat itu, pada 9hb hingga 11hb ini, diadakan pula Karnival Rakan Muda yang bertemakan “Menjana Perubahan Generasi Masa Depan” dengan penajaan besar daripada Milo dan Cimb Bank.Menjana generasi masa depan? Dengan pelbagai acara seperti Live Band, shuffle, program sukan dan nyanyian?
Dengan program serupa ini ke kita ingin menjana perubahan? Penulis rasa ingin tergelak namun dalam masa yang sama berfikir sejenak adakah dengan program semacam ini kita mampu menjana generasi masa depan?
Memang kita mampu menjana generasi masa depan tapi menjana generasi hiburan dan suka berhibur. Mana pengisian atau program berbentuk ilmiah?
Dapatkah anda semua gambarkan kepimpinan masa hadapan yang akan diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang gemar berhibur dan berseronok tanpa adanya penerapan aspek ilmu dan pengamalan agama itu sendiri?
Adakah masa muda kita hanya dihabiskan dengan berseronok, berhibur dan mencari populariti untuk dikenali orang ramai? Bangga dikenali? Terkenal?
Dengan pencapaian ini akan dibawa mengadap pada Sang Pencipta, Allah SWT?Adakah ini yang anda akan jawab di mahkamah agung Allah tentang masa muda yang digunakan? Berseronok tanpa mempedulikan saudara seislam yang ditindas di Palestin dan negara-negara lain?
Adakah anda sanggup bersama-sama menghantar nama menjadi sukarelawan untuk membantu mujahidin Hamas di Palestin sana?
Semua persoalan ini penulis lontarkan kembali pada diri penulis dan para pembaca sekalian. Adapun penulisan ini bukan untuk menghukum atau mencari kesalahan sesiapa, namun ianya dibuat atas dasar untuk memberi kesedaran pada mahasiswa yang terlalu banyak leka dengan masa muda disamping untuk ingat-mengingati sesama saudara islam.
Daripada Abdullah Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: 2 nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya iaitu SIHAT dan KELAPANGAN. (HR BUKHARI)
Oleh itu, penulis dan seluruh barisan Pro-Mahasiswa USM, menyeru seluruh warga kampus supaya sama-sama kita menjana perubahan pada tahun baru 2009 ini dengan bersikap lebih matang dan tidak terlalu leka dengan permainan dunia semata

Evolusi Mahasiswa Takut Berdebat Terbuka Dengan Pro-M UTM


Skudai, 11 Jan - Pro Mahasiswa UTM semalam sekali lagi mengadakan rapat umum bertempat di Arked Kolej 9. Ratusan Mahasiswa yang hadir menyambut baik rapat umum yang dianjurkan.
Ramai Mahasiswa yang mengetahui rapat umum ini sanggup datang dari kolej yang jauh dari Arked K9 semata-mata untuk melihat rapat umum yang diadakan oleh Pro Mahasiswa.
Ini merupakan respon yang agak baik dan sambutan terhadap pro mahasiswa setakat ini sungguh menggalakkan. Jentera Pro Mahasiswa juga terpaksa menolak beberapa tempahan terhadap baju oren Pro Mahasiswa yang telah habis dijual dalam masa yang begitu singkat.
Rapat Umum tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran ASPIRASI atau lebih dikenali dengan Evolusi Mahasiswa dengan seragam merah semasa calon Pro Mahasiswa sedang menyampaikan ucapan.
Kehadiran ASPIRASI ke Arked K9 di sambut baik oleh Pro Mahasiswa dengan Laungan “Selamat Datang” oleh semua penggerak Pro M. Namun pertembungan tersebut tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak di ingini.
Setelah duta-duta Pro Mahasiswa selesai menyampaikan ucapan dan manifesto yang ingin dibawa kepada pengunjung Mahasiswa UTM yang hadir, Saudara Hafiz yang merupakan Pengerusi Majlis pada rapat umum hari ini merangkap ketua jentera Pro Mahasiswa UTM, seterusnya membuka gelanggang dan menawarkan kepada semua calon-calon Umum ASPIRASI untuk mengadakan debat terbuka bersama calon-calon Pro Mahasiswa UTM berkenaan isu kepimpinan kampus.
Sementara menunggu calon ASPRISI mencari calon yang sesuai, penggerak Pro Mahasiswa sempat melaungkan “mari..mari..mari debat” sebanyak 4 kali .
Cabaran untuk berdebat secara terbuka tersebut adalah untuk membuktikan kepimpinan manakah yang layak, berkaliber dan berwibawa untuk memimpin mahasiswa pada masa akan datang.
Namun cabaran dan tawaran dari Pro Mahasiswa untuk berdebat tidak berani disahut oleh mana-mana calon umum ASPIRASI mahupun ketua jentera mereka sendiri.
“Sekiranya isu kepimpinan tidak dapat dihadam dengan baik oleh mana-mana calon ASPIRASI, apakah lagi yang mereka ingin perjuangkan,” ujar saudara Hafiz semasa ditemuramah.-mahasiswakini

Sunday, January 11, 2009

Surat Dari Hati Raja Petra Untuk Pengundi Kuala Terengganu

From The Din Merican’s blog
Dear Voter,
I trust this letter finds you in good health. You probably already know why I am writing to you. So please allow me to dispense with all the bullshit and cut to the chase, as much as this may appear extremely abrupt and not within Malay culture. I feel I should not labour too much on Malay, Chinese or Indian culture when our mission is to see the emergence of a new culture, a Malaysian culture, a melting pot of cultures if you like.
I am not a politician. I am not a political party member. Neither am I holding any position in any political party, association, movement, or whatever. I am just, what the government calls me, a Blogger. Why they call me a Blogger I do not really know. But I suppose it is because they view me as being behind Malaysia Today and they consider Malaysia Today a Blog.
Anyway, what the government chooses to label me as is not important because what I am going to say to you is not about me but about the future of this country. So, maybe what I would like to be called is a Malaysian. That’s right. I am a Malaysian, just like you, and I am addressing you as one Malaysian to another.
On January 17, 2009, you will be coming out to vote in the Kuala Terengganu by-election. Nevertheless, while you may view this as merely a by-election, it is not really a by-election as much as it is a proxy war between Barisan Nasional and Pakatan Rakyat. Yes, it is an election to decide whether you, the Kuala Terengganu voters, are happy with the federal government or whether you would like to send a message to Barisan Nasional that you are not happy with the way Malaysians are being treated.
On March 8, 2008, half the Malaysian voters voted for Pakatan Rakyat. Granted, it was not a vote in support of Pakatan Rakyat as much as it was a vote against Barisan Nasional — a protest vote, as some would call it. But whether it was a vote in support of Pakatan Rakyat or a vote in protest of Barisan Nasional is not really the issue. The objective was to send a message to Barisan Nasional that the people are not happy. And the people demonstrated this by not voting for Barisan Nasional.
But did Barisan Nasional get the message? Did they take pains to change? No! What happened instead was that Barisan Nasional became even more arrogant. They did not understand that Malaysians have had enough of the arrogance of power and the result of the 8 March 2008 general election was meant as a medium to send a message to Barisan Nasional that 51 years was enough. No more arrogance! But the arrogance continued. Barisan Nasional did not repent. Instead, they demonstrated even more arrogance.
The Permatang Pauh by-election, again, proved that Barisan Nasional had not repented. The dirty tricks they pulled off managed to reduce Anwar Ibrahim’s majority from almost 20,000 to just 15,000. Okay, Anwar Ibrahim still performed better than Dr Wan Azizah Wan Ismail in the general election just five months before that. He still got two out of three votes or 66% of the votes. But what would have happened if the vote-majority had been razor-thin like what happened in Kuala Terengganu on March 8, 2008 where the UMNO candidate won by a mere 600 votes? The almost 5,000 votes that they robbed Anwar Ibrahim off would have turned victory into defeat.
I am aware that many of you have received RM300 over the last few days. Some have received RM500 and others as much as RM1,000. This money is aimed at buying your votes. They hope that once you take this money you will feel obligated to vote for Barisan Nasional and that you will feel guilty if, after taking the money, you vote for Pakatan Rakyat.
Well, don’t feel guilty. Take the money by all means. But you need not vote for Barisan Naisonal even if you do take the money. The money does not belong to Barisan Nasional. It belongs to the people. It is your money. So you are just taking back the money that was originally yours in the first place.
Do you really think Barisan Nasional would hand out money that belongs to them? No way! They took this money from you. Over 25 years, from 1974 to 1999, they siphoned out an estimated RM12 billion in Oil Royalty due to Terengganu. Then, from 2000 until 2008, they siphoned out another RM8 billion in the guise of Wang Ehsan. That comes to a total of RM20 billion. And how much are they throwing back at you in this January 17, 2009 by-election? Yes, that’s right, only RM80 million.
Okay, RM80 million sounds like a lot of money. It certainly is when you consider that the law says you must not spend more than RM200,000 in the election. So RM80 million is way above the allowed RM200,000. And that is just the Ang Pows they are going around town to hand out to the voters. What about the posters, flags, banners, balloons, T-shirts, caps, food and drinks, vehicles, helicopters, police outriders, salaries, etc., which you, the rakyat, are ultimately paying for? Don’t be surprised if I tell you that the total amount spent is going to touch at least RM250 million and that this is probably the most expensive by-election ever. And we are yet to calculate how much it costs to station 6,000 police personnel in Kuala Terengganu over the two-week period.
But whose money is all this? Why, yours of course. They are spending your money, or should I say, wasting your money, just to retain the Kuala Terengganu parliament seat. And why the need to spend what may come to RM500 million in the end– if we take into consideration the total mobilisation cost — just to win a by-election? Well, as I said earlier, it is because the Kuala Terengganu by-election is not just a by-election but a proxy war between Barisan Nasional and Pakatan Rakyat.
Malaysians from all over the country are hoping that you, the Kuala Terengganu voters, will do the right thing. And the ‘right thing’ here is to send a message to Barisan Nasional that you can’t be bought, especially with your own money — which they robbed from you in the first place. Also, send a message to Barisan Nasional that you have had enough of the arrogance, the threats, the rampant corruption and wastage of the rakyat’s money, the abuse of power, and whatnot. Tell Barisan Nasional on January 17, 2009 that 52 years is enough. After 52 years it is time for change.
With regards to the 6,000 police personnel based in Kuala Terengganu over these two weeks, don’t be too alarmed. Sure, it is partly meant to intimidate you and to give an impression that trouble may be brewing over the horizon, especially if Barisan Nasional does not win the by-election. But this is not the real reason. Remember, when they handed you the RM300, RM500 or RM1,000, they asked you for copies of your identity cards on the excuse they need this ‘for the record’? Well, it is not really ‘for the record’. They want to use these copies of your identity cards to create ‘phantom voters’. And don’t be surprised if on Polling Day many of the 6,000 police personnel turn up in ‘plain clothes’ to vote in your place.
They are hoping that at least 20,000 to 25,000 of you will not come out to vote. This is quite normal because in any election the best we can expect is a 70% or so voter turnout. 30% of 80,000, therefore, comes to roughly 20,000 to 25,000 ‘no show’ voters. They can then always ‘safely’ increase the voter turnout to 75% and no one will be the wiser. This means they can pad the ballot boxes with about 4,000 to 5,000 ‘additional’ votes with no problems whatsoever. Now can you see why they need 6,000 police personnel in Kuala Terengganu? Take a wild guess and no prize for the right guess.
I urge you, therefore, to come out and vote so that you can deny them the opportunity to vote in your place. And come out early. Come out as soon as the polling stations open. If you go and vote after lunch you might find you are not able to vote because you ‘already voted’ — as many found out in the Permatang Pauh by-election on 26 August 2008.
In the Permatang Pauh by-election, at least 600 voters could not vote because someone else had already voted in their place. And that is only what was reported. Many just silently went home without complaining that someone had voted in their place. We expect the incidences of ‘sudah undi’ to be very high on 17 January 2009. And if that happens lodge a protest. And make a police report as well. In Permatang Pauh, about 50 police reports were made — and of course no action was taken.
One issue they are playing up to the hilt is the issue of the Islamic State and Hudud laws. This is aimed at frightening the Chinese voters. Why don’t you turn the tables on them and, for once, place Barisan Nasional on the defensive. Ask UMNO what their stand on the Islamic State is. Instead of allowing them to demonise PAS, ask UMNO to declare that they are opposed to the Islamic State and will never agree to Islamic laws. Make this a condition before you decide whether you will vote for the Barisan Nasional candidate. If Umno refuses to do this then why are they demonising PAS? Will UMNO, therefore, not also be considered in support of the Islamic State and Islamic laws?
Then ask UMNO why they are giving so much problems to the Christians. The Christians are very unhappy with the UMNO-led government’s policy on churches and the Bible. But all this is happening at federal level and only in the UMNO-run states. The Christians face no problems in Pakatan Rakyat-run states, not even in Kelantan. Is it not Umno, rather than PAS, that is intolerant of the non-Muslims? This is the reality. And almost 20 years of PAS rule in Kelantan lies testimony to this.
So why are they demonising PAS when it is UMNO that causes so much problems for the non-Muslims? Many reject PAS because they fear Islam. But PAS has been very tolerant and helpful to the non-Muslims. Kelantan offers the non-Muslims permission to build places of worship even when they did not approach the state government for permission. UMNO repeatedly denies non-Muslims permission to set up places of worship.
Yes, it is time that UMNO be asked to state very clearly its stand on the Islamic State and Islamic laws. PAS is not in power. PAS can never be in power. PAS has only 23 seats in Parliament. Even if it wins the Kuala Terengganu by-election it will still only be 24 seats. PAS can never win more than 30 seats in Parliament. Even in the best of times, like in 1999, it won only 27 Parliament seats. PAS can never go beyond 30 seats. Anyway, every general election, PAS contests only 60 seats. So how can it win more than that?
It is UMNO that leads the federal government. And it is Umno that decides the policies and makes the rules. And it is UMNO that is giving the non-Muslims all these problems. So why is PAS being demonised? Why do the non-Muslims fear PAS? This, I can’t seem to understand. You fear PAS because of what it MAY do if it comes to power — even though it can never come to power, not without DAP and PKR. But you do not fear UMNO when it is already in power and is the one giving the non-Muslims all these problems. Is this logical?
It would be very nice if the Kuala Terengganu voters, once and for all, force UMNO to state its stand on Islam. Let UMNO declare its stand openly and before 17 January 2009, if they dare. I dare bet that they won’t. That is because, while they are demonising PAS on its Islamic State stand, Umno itself does not dare state its stand. At least PAS is honest about the matter. Can we say the same for UMNO? UMNO whacks PAS but it is not PAS that is the problem to the non-Muslims. It is UMNO.
i would like to end by saying I hope you, the Kuala Terengganu voters, will not let Malaysia down. We are depending on you to teach Barisan Nasional a lesson on January 17, 2009. A message needs to be sent to Barisan Nasional. And you have the opportunity to do this in the Kuala Terengganu by-election. Do this for Malaysia. And, more importantly, do it for the future generation, your children and grandchildren. You owe them this much.
Yours truly,
Raja Petra Kamarudin

Juara Lumba Motosikal Bantu Jentera Kempen PAS


KUALA TERENGGANU, 11 Jan: Bekas juara lumba motorsikal berkuasa kecil Malaysia, Mohd Yasir Said menyertai jentera PAS bagi kempen pilihan raya di Kuala Terengganu.
Beliau yang datang bersama empat rakannya telah mengadakan demonstrasi 'menunggang motor cara selamat' di Pasar Borong Gong Pauh dekat sini sebentar tadi.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sempan beramah mesra dengan Yasser serta rakannya dalam program tersebut yang dianjurkan Nisa Terengganu.
Beliau yang ditemui selepas membuat pertunjukan tersebut menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS untuk menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Ujarnya, calon dan kepimpinan PAS tidak kira bagi pilihan raya kecil ini mahupun dalam apa juga keadaan memahami kehendak orang muda.
Baginya, pengundi muda di sini akan memberi undi kepada Wahid yang baginya sangat prihatin kepada golongan muda.“Sangat penting bagi golongan muda untuk memberikan peluang kepada PAS untuk membuktikan bahawa pemimpin PAS memperjuangkan hak yang menepati citarasa golongan muda,” ujarnya.
Yasir adalah salah seorang anggota jawatankuasa Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pemuda PAS Pusat yang telah banyak membuat program bersama penunggang muda.Beliau berada di Kuala Terengganu bersama jentera pilihan raya PAS beberapa hari sehingga proses pembuangan undi pada 17 Januari ini.

lagu hot@mahasiswa malaysia