Oleh kerana aku dalam musim cuti dan tak da kerja mau buat, maka pada hari khamis ( 20.11.08 ) aku pun bukak la sidang parlimen live di http://www.tvpas.com/...
Aku tertarik dengan isu yang dibangkitkan Ketua Whip Pakatan Rakyat merangkap Naib Presiden PKR, Saudara Azmin Ali. Apa yg best nyer Azmin Ali bangkitkan 2 perkara...
1) Persoalan mengenai salah guna wang sebuah syarikat milik kerajaan, UDA Holding Berhad di mana menaja majlis hari raya 3 Ahli Parlimen BN dengan nilai lebih RM 500, 000. 00.
Kalau hampa semua kata aku dan Azmin Ali klentong...
Azmin Ali ada bukti kukuh
Apa yang diperkatakannya dalam Parlimen disertakan bersama bukti2 untuk perhatian semua Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat
Siap Azmin Ali bawa lagi resit, invois tu. Dalam resit tu dinyatakan jumlah yang dibayar ( kepada 3 Ahli Parlimen BN ) dan KEPADA SIAPA bayaran tersebut dibuat ( Ahli Parlimen BN la ) ????
Yang aku tak puas hati Ahli Parlimen BN songlap DUIT RAKYAT PUNYA LA BANYAK....
Dah la UDA tu ditubuh untuk tolong orang melayu miliki premis perniagaan di bandar- bandar utama...
PEJUANG MELAYU APA MACAM NI...
Kan da terbukti UDA tu dah jd tempat MP BN songlap duit...
Patutla UDA x main peranan bantu org melayu miliki premis perniagaan di bandar ????
Patutlah orang melayu makin miskin ?????
Ketuanan Melayu ?????
Hakikatnya.... Inilah Perosak Melayu yang SEBENAR- BENARNYA ........ !!!!!
2) YANG NI YANG AKU MAU CERITA SEBENARNYA..... Terkejut sangat- sangat aku dengan apa yang Azmin Ali bangkitkan dalam Parlimen.... Sekarang aku dah tahu kenapa siapa- siapa yang kenal Menteri cepat sangat jadi kaya raya.... Ini ceritanya.... Azmin Ali bangkitkan persoalan kenapa mudahnya Menteri- menteri UMNO/ BN dengan kerjasama Kroni bina kekayaan Ratusan Juta..... Apa yang dipersoalkan Azmin Ali ialah mengapa AP ( Permit Import ) hanya diberi kepada syarikat - syarikat yang dimiliki oleh individu yang sama.. Peliknya pemilik- pemilik syarikat tersebut mempunyai hubungan rapat termasuk hubungan kekeluargaan dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz..
Buktinya daripada beberapa buah syarikat yang diberikan lesen Permit Import atau AP, 3 daripada syarikat tersebut adalah dimiliki oleh BESAN Rafidah Aziz. Jika digabungkan, ketiga- tiga syarikat tersebut memiliki lebih 11 000 ( sebelas ribu ) permit import..
SO....
Mudah tak mau dapat RM 300 JUTA. Anda hanya perlu kahwinkan anak anda dengan anak Menteri Permit Import...
Kemudian anda tubuh 2-3 buah syarikat dan mintak permit import daripada besan anda...
DAH DAPAT 11, 000 Permit Import...
Gerenti anda KAYA RAYA SAMPAI 7 KETURUNAN....
Apa Tidaknya....Sebagai contoh
1 Permit Import boleh anda jual dengan harga antara rm 30, 000. 00 - rm 50, 000. 00...( tiga puluh ribu - lima puluh ribu )
Kalau dah dapat 11, 000 Permit Import Kenderaan. So kirala berapa banyak anda dapat buat duit dengan begitu mudah. Buat kerja yang sama 3 kali KONPEM JADI BILIIONAIRE..
Tak Percaya Ke ?????
Aiyooo !!!!
Tak sekolah ka tidoq macam Pak Lah masa Cikgu ajar matematik !!!!!
11, 000 x RM 30, 000. 00 = RM 330, 000, 000. 00
11, 000 x RM 50, 000. 00 = RM 550, 000, 000. 00
RM 330, 000, 000. 00 - RM 550, 000., 000. 00 ( rm 330 JUTA - rm 550 JUTA ) dapat free aja tanpa susah payah tanpa pening kepala tanpa risiko dan tanpa perlu buat pinjaman...
Mintak 11, 000 Permit daripada Rafidah. Bila dah dapat, juallah kepada taukeh- taukeh cina yang menjual kereta - kereta import mewah seperti Bentley, BMW, Mercedesz Benz, Audi, Volkswagen, Lamborghini, Ferrari dan lain- lain.
So...
mau lagi ke sokong org yg suka songlap duit hampa ( kita semua pembayar cukai kpd kerajaan, so duit kita la )
aku tak halalkan duit aku yg dirompak penjenayah2 pilihan rakyat ni
ANDA BAGAIMANA ?????
Sekali lagi Inilah Perosak Melayu yang SEBENAR- BENARNYA ........ !!!!!
No comments:
Post a Comment