"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, November 27, 2008

Kerajaan Baru Malaysia Akan Dibentuk Secara Sulit


KUALA LUMPUR, 27 Nov (Hrkh) - Walaupun dari segi teknikal, pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat gagal pada 16 September lalu, namun usaha ke arah pembentukan masih giat berjalan.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Salehuddin Hashim berkata, usaha itu berjalan di peringkat parti dan Pakatan Rakyat secara senyap-senyap.
"Usaha itu sebenarnya berjalan selepas sahaja pakatan menang di liam buah negeri pada 8 Mac lalu, dan is berterusan kerana melihat kepada sokongan dan harapan rakyat yang begitu tinggi akan pembentukan kerajaan baru," ujarnya ketika mengadakan sidang media di Pejabat KeADILan 25 November lalu.
Menurut Salehuddin, usaha itu dijalankan secara sulit dan tidak boleh didedahkan kerana atasa dasar keselamatan dan memastikan keberkesanannya.
KeADILan melihat, usaha itu perlu diteruskan kerana pada 16 September lalu, sebenarnya rakyat menunggu dengan penuh harapan akan pembentukan kerajaan baru, ujarnya.
Ia boleh dilihat dengan kerajaan yang sedia ada terpaksa menghalang usaha itu dengan pelbagai provokasi dihidangkan semata-mata bagi menghalang usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru, ujarnya.
"Hasil dari pemerhatian kita terhadap mood rakyat, kita dapati memang rakyat menunggu penuh harapan akan pembentukan kerajaan baru menggantikan kerajaan yang korup hari ini," katanya.
Beliau juga menjangkakan isu pembentukan kerajaan baru yang diusahakan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat akan menjadi isu hangat pada Kongres KeADILan pada 28 hingga 30 November ini. - harakahdaily.net -

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia