"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 3, 2008

UM, UKM Lima Terbaik di Asia Tenggara.... Kah2.. kah2... Kelakar2


Oleh NAZMI, Webmaster MAHASIWA MALAYSIA
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada di kedudukan keempat dan kelima dalam ranking universiti terbaik Asia Tenggara, menurut Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).
Justeru Khaled menegaskan, dakwaan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bahawa universiti negara ini adalah lebih buruk daripada universiti di Indonesia adalah tidak benar sama sekali.
Kah.. Kah.. Kah...
Khaled oo Khaled.. Tak faham ke soalan Lim Kit Siang dalam Parlimen... Aku dengar dia tanya mengapa Indonesia yang jauh lebih mundur mempunyai calon dalam anugerah Nobel ( pengiktirafan terulung ahli akademik ) sedangkan Malaysia tiada ?
Tambahnya, berdasarkan ranking kedudukan universiti Asia Tenggara, tempat pertama ialah Universiti Nasional Singapura (NUS), kedua ialah Universiti Nanyang Teknikal Singapura, ketiga Universiti Chulalongkorn Thailand dan tempat keempat ialah UM serta tempat kelima UKM.
kah.. kah.. kah
Lagi orang kampung khaled mau kencing.....
Untuk pengetahuan Khaled, NUS tu rankingnya 30 terbaik DUNIA...
Nyanyang pula tangga 77 terbaik DUNIA..... ( 2-2 singapura punya )
Chulalangkorn tu di tangga 166 terbaik DUNIA... ( melonjak 57 anak tangga dari kedudukan ke 223 pada 2007 )
JADI semuanya berada dalam kelompok 200 Universiti terbaik dunia...
UM pada 2008 = hanya di ranking 230
UKM pula pada 2008 = hanya di ranking 250
TAPI tak jauh di belakang Malaysia Thailand di kedudukan 251 diikuti Filipina di kedudukan 254 dunia, dan 276 dunia
Lebih memalukan NUS yang ranking 30 terbaik dunia tu dulunya adalah Universiti Malaya ( sebelum Tunku Abdul Rahman halau Singapura keluar Malaysia )
Universiti-universiti Indonesia masih terletak di bawah universiti di Malaysia dan saya tidak tahu daripada mana Ipoh Timur mendapat fakta bahawa universiti negara ini lebih teruk,” katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Betul la Indonesi bawah Malaysia... TAPI
Indonesia mengalami lonjakan mendadak daripada kedudukan 395 dunia pada 2007 ke kedudukan 287 dunia pada tahun 2008. ( peningkatan 108 anak tangga dalam tempoh 1 tahun berbanding UM yang hanya mengalami peningkatan HANYA 16 ANAK TANGGA manakala UKM pula HANYA 59 anak tangga )
Bukankah jelas Indonesia lebih cemerlang berbanding Malaysia pada tahun 2008
Lagipun Indonesia bukanlah ketinggalan terlalu jauh di belakang 2 universiti Malaysia walaupun Indonesia adalah sebuah negara mundur dan dipenuhi pelbagai krisis...
Beliau memberitahu, lima universiti negara ini juga masih berada dalam kedudukan 500 universiti terbaik dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education-QS World Universiti Ranking (THE-QS- WUR).
Kah.. kah.. kah
orang mau kita dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia lah...
mendahului atau sekurangnya menghampiri 2 universiti jiran kita Singapura yang dalam kelompok 100 terbaik dunia
Indonesia pun dalam kelompok 500 terbaik dunia... Filipina ngan Thailand pun dalam kelompok 500 dunia
Jelasnya, ranking yang dibuat oleh THE-QS- WUR tidak boleh diambil perhatian sangat memandangkan kriteria penilaian berdasarkan enam indikator di mana penilaian rakan kesepakaran iaitu sebanyak 40 peratus adalah jelas tidak memihak kepada universiti di negara ini
”Penilaian rakan kesepakaran merupakan kriteria terpenting tetapi sebahagian besar responden adalah daripada negara-negara maju yang mempunyai sistem pendidikan berbeza daripada negara-negara Asia.
”Justeru mereka lebih cenderung untuk memberi penilaian yang rendah kepada institusi pendidikan tinggi di negara-negara Asia termasuk di Malaysia,” katanya.
Jelas beliau, penilaian-penilaian lain yang menentukan ranking universiti di dunia ini ialah kekerapan kajian dirujuk, nisbah pelajar dengan pensyarah, kajian majikan, nisbah pensyarah antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa
kah.. kah.... kah
kalau tak mahu THES nilai kedudukan ranking universiti2 Malaysia... kenapa pula benarkan univirsiti- universiti kita dinilai THES... PELIK BIN AJAIB LAH...
TAPI GUA PALING MUSYKIL 1 JE...
Kenapa ketika UM tersenarai kelompok 100 dan 200 terbaik dunia... terhegeh2 pak menteri kita sebarkan dalam Utusan Meloya dan Berita Hairan dan lain2 akhbar mengatakan universiti kita antara yang terbaik dunia dan bertaraf dunia...
walhal tak silap kitala... THES juga yang membuat penilaian ketika UM di ambang kecemerlangan.. dan kriteria nya pun hampir sama...
Khaled memberitahu, berdasarkan penilaian itu kementerian tidak dapat memenuhi banyak kriteria kerana ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan modal insan rakyat negara ini.
kah.. kah... kah...
itu Harvard university, MIT, Yale University dan Princeton University di Amerika yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia tak mampu ke keluarkan modal insan cemerlang..
bukankah Harvard melahirkan ramai negarawan, ahli politik, peguam, ahli perniagaan terunggul di dunia pada hari ini... begitu juga MIT yang berjaya mencipta bom atom dan melahirkan tokoh2 perniagaan dalam bidang teknologi dan IT...
Bukankah Oxford, Cambridge, Imperial College dan UCL di UK yang berada dalam kelompok 15 terbaik dunia juga seringkali diagong2 kan rakyat Malaysia..bahkan pak najib TPM juga bekas graduan Cambridge...
Tegasnya, kalau kementerian membenarkan universiti melantik banyak pensyarah asing dan membenarkan lebih banyak pelajar asing, apa jadi dengan pensyarah serta pelajar tempatan.
”Adalah jelas dua kriteria itu akan menyebabkan negara kerugian kerana tidak dapat memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat negara ini,” katanya.-Utusan
Kah... kah.... kah
aikk.. apa cerita dengan UIAM, Limkokwing yang banyak mengambil pensyarah dan pelajar asing...
apa salahnya kita benarkan 30% pelajar asing belajar dalam negara demi meningkatkan kedudukan universiti TETAPI pada masa yang sama kita tingkatkan jumah pengambilan pelajar tempatan ke universiti...
maksudnya, tak payah kurangkan bilangan pelajar tempatan ke universiti- universiti awam TETAPI tambahkan tempat di IPTA untuk kemasukan pelajar asing. Mungkin antara 20% - 30%. Secara tidak langsung kerajaan juga dapat memperoleh keuntungan hasil dasar tersebut ( 1 student overseas = RM 200, 000. 00 - RM 800, 000. 00 yuran ).
Kalau digunapakai kaedah ni, kemungkinan Kementerian Pengajian Tinggi juga boleh menawarkan pendidikan percuma untuk semua pelajar tempatan di IPTA melalui keuntungan yang diperoleh daripada yuran yang dikenakan ke atas pelajar asing...
Pelajar kita lagi suka dan bertambah maju....
oleh NAZMI, webmaster MAHASISWA MALAYSIA
RUJUKAN :

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia