"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 3, 2008

Duit..duit..duit


Lepas makan tengahari..baru aku nak tengok paper. Seronok jugak tengok nombor-nombor yang begitu banyak dalam suratkhabar
Terdapat 2.1 juta pekerja asing di Malaysia. Setakat Jun 2008, mereka telah menghantar pulang sejumlah RM9.124 billion. Dijangkakan..sehingga akhir tahun ini, sebanyak RM18.1 billion akan di hantar pulang kenegara masing-masing
Pada tahun lepas..sebanyak RM17.2 billion telah dihantar pulang oleh pekerja-pekerja asing ini kenegara masing-masing. Secara purata…setiap pekerja asing menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan.
Whoa!!! berapa banyak wang yang dihantar kekampung setiap bulan? Kesiaaan..ada ibu tunggal yang terpaksa mengharapkan duit baitulmal…duit Welfare..duit sumbangan Hari raya. Nak harapkan anak-anak di Kuala Lumpor..Penang..Johor Baru..anak-anak pun susah. Sekali nak balik…habis dua tiga ratus duit minyak dan tol saja. Apa nak harapkan anak-anak…ada yang kerja kilang…jadi Pak Guard..nak tanggung anak bini pun tak cukup.
RM18 billion yang mengalir keluar bukan sikit, Yob! Dan bila pasaran jatuh menjunam..bukan boleh pinjam duit yang depa hantar balik ni! Sebaliknya duit pekerja kilang…duit Pak Guard ni la yang digunakan untuk membantu pasaran saham.
Hari tu…Najib umumkan sebanyak RM5 billion telah disalurkan kepada Valuecap dari EPF. Senang sungguh! Hari ni…Bursa Malaysia menjunam lagi. setakat 12.44 tengahari tadi, indeks komposit jatuh dibawah paras 900, iaitu 886.67 mata. Hangus lagi! Mungkin lepas ni…duit orang pencen pulak depa sapu. Last-last…semua kantong kering kontang.
Valuecap ni boleh harap ka?
Valuecap ditubuhkan pada tahun 2002, dimiliki oleh Khazanah Nasional, Permodalan Nasional dan Kumpulan Wang Amanah Pencen. Pada masa itu, Valuecap diberikan modal RM10 billion.
Laporan prestasi valuecap hanya didedahkan pada tahun 2003, dimana Valuecap hanya menggunakan sebanyak RM4 billion dan melabur didalam 70 syarikat. Dan bagi tahun kewangan berakhir 2003, Valuecap mendapat keuntungan sebanyak RM250 juta.
Apa jadi selepas itu? Pernahkah Valuecap menyiarkan laporan untung rugi bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007? Valuecap menggunakan RM4 billion dari RM10 billion yang diberi pada tahun 2002…mana lagi RM6 billion? Mengapa sekarang perlu diberi RM5 billion lagi?
Kalau bagi RM10 billion pun habis…apakah jaminan yang RM5 billion ni akan mendapat pulangan?
Mohd Nor Yakop kata..panel pelaburan EPF telah menimbangkan secara terperinci tentang pertumbuhan syarikat, untung dan rugi sebelum menyerahkan RM5 billion kepada Valuecap…depa timbang pakai kati ka? Aku yang tak sekolah pun tau kira…kalau bagi sepuluh ringgit habis…bagi dua puluh habis.. sah syarikat tu tak dak akai.
Tapi orang yang banyak akai kat EPF, kat Kementerian Kewangan boleh lagi bagi kat syarikat yang tak tau urus duit! Tu la aku kata…bagi kat Najib jaga peti besi…habih! Tak lama lagi..peti besi pun dia juai…kot yang ni depa timbang pakai kilo.
perakexpress.com

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia