"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 24, 2008

UMNO dan Azalina Agaknya Lupa Yang Papan Tanda di Putrajaya Juga Berbahasa INGGERIS...


oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia

Kah... Kah.. Kah...

Tergelak besar aku apabila tiba- tiba UMNO dan Azalina si menteri Pelancongan cuba menjadi tokoh dan jaguh dalam isu bahasa Melayu ....
Apakah mereka sudah nyanyuk atau buat- buat lupa ?????
atau apakah mereka itu dalam golongan " melayu mudah lupa " seperti yang selalu diperkatakan Che Det kita...
UMNO tu bukankah bahasa inggeris ?????
Kenapa gelar nama UMNO itu dalam bahasa inggeris dan tidak disebut Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( Pekember ) kalauLAH si AZALINA cintakan bahasa melayu...
kenapa nama- nama jalan di Putrayaja dipanggil Precint ????
Apakah Precint itu bahasa baru dalam bahasa melayu TETAPI Dewan Bahasa Pustaka lupa mengiktirafnya ?????
KLCC itu sapa punya idea... kenapa tidak digelar saja Pusat Bandar Kuala Lumpur ????
Samala ceritanya dengan Petronas Twin Tower.....
KL Tower
KLIA ( Kuala Lumpur International Airport... melayu kah nama ini )
MSC ( kenapa tidak disebut saja Korider Multimedia )
Northport ( kenapa dipanggil Northport bukan pelabuhan utara )
PWTC ( Putra World Trade Center )
Mana melayunya nama- nama di atas ?????
dimana kedudukan bahasa melayu dalam perlembagaan diletakkan di tempatnya sebagaimana kononnya diperuangkan UMNO ?????
dan yang aku paling musykil kenapa Azalina tidak pertikaikan penjenamaan kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan menggunakan nama INGGERIS ????
Kementerian Pembagunan Usahawan dan Koperasi dipanggil MECD ( nama Inggerisnya yang disingkatkan )...
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri pula dipanggil MITI....
Kementerian Ilmu iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pun mau jugak guna nama dalam BAHASA INGGERIS...
MOHE dan MOE.
Bank Pertanian yang dah elok dah nama dia ditukar pula jadi Agro Bank ( Agro tu bahasa Inggeris kan ).....
dan Azalina sendiri pun mungkin lupa agensi di bawahnya pun meminggirkan bahasa ibunda...
kenapa " Tourism Malaysia " ?????
tu belum lagi cerita koridor- koridor raksaksa Pak Lah.. hanya Iskandar Malaysia memuliakan bahasa IBUNDA....
Lain- lain namanya NCER, ECER... ?????
DAN...
Untuk pengetahuan Azalina...
dalam satu undian yang dibuat oleh NTV7, terbukti 85 % rakyat Malaysia berdiri di belakang keputusan Lim Guan Eng untuk meletakkan papan tanda pelbagai bahasa di Georgetown...
hanya 15 % menentang dan mereka ini mungkin golongan orang - orang UMNO yang berfikiran sempit seperti Azalina...
bukankah elok kiranya diletakkan papan tanda pelbagai bahasa...
Ada bahasa Arab...
ada bahasa Melayu...
ada bahasa Cina...
ada bahasa tamil...
dan ada bahasa inggeris...
lagi senang la mau paham ini papan tanda looo...
lagi pelancong suka la...
lagi rakyat pelbagai kaum suka la...
lagi tak da gaduh- gaduh sama kaum lain la...
AIYOO .......!!!!!
Sains dan Matematik tu diajar dalam Bahasa Inggeris bukankah seolah- olah meminggirkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda...
dan samalah ceritanya dengan dasar mengagungkan bahasa inggeris di Universiti- universiti tempatan....
Azalina, Pak Lah, Najib dan semua gerombolan UMNO banyak menipu rakyat.... Kamu tak pernah pun mengagungkan kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa ibunda... Macam saya kata tadi nama parti kamu UMNO itu pun bahasanya adalah bahasa inggeris...
dan kamu sendiri sering bercakap bahasa inggeris hatta di depan orang kampung majoriti melayu pun...

1 comment:

Anonymous said...

Kalau itu ditakrif sebagai pejuang bahasa, maka ayuh kita Inggeriskan semuanya. Jangan hanya sains dan matematik sahaja diInggeriskan. Tak adil begitu. Dan tak perlulah lagi adakan mata pelajaran bahasa Melayu, kalau dah diInggeriskan. Baru boleh maju dengan laju.

lagu hot@mahasiswa malaysia