"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 8, 2008

Amrozi , Ali Gufron, Imam Samudra Sudah Ditembak Mati


Hukuman tembak sampai mati telah disempurnakan pada jam 12.00 malam tadi (waktu Indonesia) ke atas Amrozi, Ali Gufron dan Imam Samudera yang telah didapati bersalah kerana terlibat dalam kes pengeboman Bali yang telah meragut 202 nyawa pada tahun 2002.
Perlaksanaan hukuman mati tersebut telah disahkan oleh peguambela dan saudara terdekat Amrozi. Jenazah ketiga-ketiga mereka akan diterbangkan ke kampung halaman mereka di Lamongan, Jawa Timur sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan. Buat masa ini, pihak berkuasa Indonesia sedang melaksanakan pengawasan tahap tertinggi bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini akan berlaku setelah hukuman ke atas pengebom Bali ini disempurnakan.
Berita penuh boleh diikuti [di sini}.
Al-Fatihah buat mereka bertiga. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman. Amin.

Iran Bagi Amaran Pada Obama dan Amerika Syarikat... JANGAN GANGGU NEGARA KAMI !!!!!


CHICAGO: Barack Obama yang mencatatkan kemenangan bersejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) Selasa lalu, semalam berkata bahawa usaha antarabangsa adalah perlu bagi menghalang Iran daripada membangunkan senjata nuklear.
Bagaimana beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluarkan, Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengecam pendirian Obama
Ini menggambarkan kesinambungan dasar yang salah, yang sama seperti pada masa lalu," kata Ali ketika mengulas kenyataan Obama itu, di Teheran hari ini.
Jika Amerika Syarikat mahu mengubah pendiriannya yang berkaitan dengan rantau ini ia harus menghantar isyarat-isyarat baik,' katanya.
Bercakap pada sidang akhbar 20 minit di sebuah hotel di sini semalam, Obama berkata:
Pembangunan senjata nuklear Iran, saya percaya sesuatu yang tidak boleh diterima."
"Iran menyokong pertubuhan pengganas, yang saya merasakan sesuatu yang perlu dihentikan," katanya.
Obama muncul Presiden AS yang ke-44 dengan menewaskan John McCain pada pemilihan Selasa lalu.
Kemenangan itu diharap oleh masyarakat dunia dan dipercayai akan membawa perubahan dalam dasar luar AS.
Obama memberitahu, beliau akan meneliti surat ucapan tahniah yang dihantar oleh Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan akan menjawab sewajarnya.
Dalam suratnya kepada Obama, Mahmoud selain mengucapkan tahniah beliau juga menggesa Presiden yang baru itu supaya mengamalkan perubahan "fundamental dan adil" dalam dasar luar AS di rantau tersebut.
"Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan menawan undi majoriti... saya berharap anda akan mengutamakan kepentingan awam yang sebenar dan keadilan untuk mengakhiri permintaan tidak habis-habis sebuah minoriti yang hanya mementingkan diri sendiri," kata beliau dipetik IRNA.

TNC UM Terima Anugerah Kazue McLaren


KUALA LUMPUR 8 Nov. – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Malaya , Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin hari ini menerima Anugerah Pencapaian Kepimpinan Kazue McLaren daripada Konsortium Akademik Asia Pasifik untuk Kesihatan Awam (APACPH).
Beliau muncul rakyat Malaysia keempat yang menerima anugerah itu selepas Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali pada 1988; Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman (1996) dan Profesor Anuar Zaini Md. Zain (2002).
Penganugerahan tertinggi pertubuhan yang dianggotai 64 universiti daripada lebih 20 negara itu adalah bagi menghargai sumbangan pengamal perubatan dalam meningkatkan taraf kesihatan awam di Asia Pasifik terutama negara-negara membangun.
Anugerah itu diwujudkan bagi memperingati Profesor Kazue McLaren, seorang legenda dalam bidang perubatan komuniti. – Utusan

Pimpinan Mahasiswa Mengalu-Alukan NC Baru UM


KUALA LUMPUR 7 Nov - Pimpinan-pimpinan mahasiswa menyambut baik perlantikan Profesor Ghauth Jasmon sebagai Naib Canselor baru Universiti Malaya.
Di samping itu mereka juga melahirkan penghargaan yang besar kepada Datuk Rafiah Salim yang membawa banyak perubahan kepada Universiti Malaya.
Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional saudara Norazali Zainuddin melahirkan jutaan penghargaan di atas khidmat cemerlang yang ditunjukkan oleh Datuk Rafiah Salim.
Menurutnya, Datuk Rafiah Salim telah membawa perubahan dari sudut integriti dan budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan universiti.
“Kita menyaksikan bahawa Bonda Rafiah mampu membuat banyak keputusan sukar berkaitan dengan integriti dan akauntabiliti kakitangan di UM.Penyingkiran beberapa orang pengetua kolej kediaman yang terbukti menyeleweng adalah antara tindakan tegas beliau yang wajar dipuji.”Ujar Azali ketika dihubungi.
Presiden PMIUM saudara Haafizuddin Abirerah pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bonda Rafiah atas prestasi cemerlang beliau selaku wanita pertama yang menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Malaya.
Haafizuddin juga melahirkan harapan kepada Naib Canselor baru agar meneruskan agenda perubahan dalam Pelan Strategik Universiti Malaya yang dirancang dengan lebih berkesan.
Presiden ECONS saudara Mohd Hasbie Muda mengalu-alukan kehadiran Prof Ghouth sebagai Naib Canselor baru dan melahirkan penghargaan di atas khidmat Bonda Rafiah Salim selama lebih dua tahun dengan cemerlang.
Bonda telah meninggalkan legasi kepimpinan yang cukup dinamik.Visi, Misi dan Nilai Teras UM yang digubal pada sesi kepimpinan beliau perlu dihadam secara berkesan oleh seluruh warga UM yang mahu mengejar status universiti terbilang Asia”
Pengerusi Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) saudara Hilman Nordin turut melahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Naib Canselor baru.Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana kali ini giliran mantan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM pula dipilih menjawat jawatan tertinggi itu.
Beliau juga menyatakan ucapan penghargaan atas khidmat cemerlang Bonda Rafiah selaku Naib Canselor UM sejak 2006.Datuk Rafiah Salim pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.-mahasiswakini

RM 10, 500, 000. 00 Untuk 6 Hakim Dipecat Tun Mahathir


By : V. Vasudevan and Eileen Ng
"...Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) said while he did not deny that the judges deserved the money, he did not understand why they were given both ex gratia and pensions.
Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) said "those who were sacked automatically lose their pensions".
In reply, Nazri said the six were not sacked but were asked to retire early.
"As a result, they would still be entitled to pensions.
"Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) claimed that the payments proved executive interference in the judiciary.
"At the end of the day, we must ask ourselves, what are the lessons learnt?
"The amount is subjective, but what is important is to admit that at that time, there was abuse of power by the executive branch towards the judiciary," he said..."
More from NST
-Pejabat YB Khalid Samad-

AUKU Terbukti Menghalang Kecemerlangan Mahasiswa


Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan beliau kepada media pada 28 Januari 2006 telah menyatakan pendirian selaku pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU) terus dikekalkan tanpa memansuhkannya. Beliau menyatakan pendirian tersebut selepas sekumpulan mahasiswa yang mendesak agar AUKU ini perlu dihapuskan dan termasuk PKPIM yang mewakili pelajar Islam seluruh Malaysia secara langsung bersuara dalam menyatakan pendirian kepada AUKU.
AUKU yang mengandungi lima bahagian dan 27 seksyen memperuntukkan pelbagai pasal berhubung universiti dan kolej Universiti. AUKU juga memperuntukkan pelbagai bidang kuasa termasuk srtuktur organisasi Universiti dan Kolej universiti, etika dan disiplin pelajar serta beberapa lagi perkara yang dilihat penting di dalam memastikan perjalanan universiti terus licin dan sejajar dengan matlamat panubuhan universiti.
Melalui kuasa yang diperuntukkan di dalam AUKU, sejak tahun 2000 hingga Disember tahun lalu, terdapat lebih 1700 pelajar dilaporkan melanggar AUKU dengan disabitkan kes meniru sewaktu peperiksaan, menipu, khalwat, berdemonstrasi dan mencuri. AUKU juga yang digubal pada tahun 1971 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 1975 dan 1983 bagi memastikan AUKU terus relevan mengikut keperluan semasa.
Di dalam AUKU terdapat beberapa seksyen yang jelas mengekang dan menyekat mahasiswa malahan universiti. Antara Seksyen tesebut termasuklah seksyen 15 dan 16. Di dalam seksyen 15 (1) menyatakan bahawa tiada siapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli atau dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan.
Di dalam konteks semasa, peruntukkan kuasa seksyen ini telah tidak begitu relevan di saat Malaysia yang tumbuh dengan pelbagai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan belia. Setiap NGO dan persatuan belia ini pastinya memerlukan tenaga muda terutama pada mahasiswa, kerana mahasiswa tidak pada punya daya pada tenaga, tetapi kepada pengupaayaan intetelek untuk menggerakkan persatuan dan masyarakat.
Di dalam isu yang lebih terkini, kerajaan di bawah usaha kementerian belia dan sukan yang merangka Akta Belia 2005 dan akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi. Akta Belia 2005 secara khusus telah memperuntukkan pelajar terlibat secara langsung di dalam pertubuhan berdaftar terutama persatuan belia. Akta ini secara jelas telah bercanggah dengan AUKU seksyen 15(1).
Seksyen 15(3) pula menyatakan tiada sesiapa jua, semasa menjadi pelajar Universiti boleh menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau pertubuhan atau kumpulan haram
Seksyen 15 (5) memperuntukkan kepada sesiapa yang melanggar peruntukkan seksyen kecil (1), (2), (3) atau (4) adalah bersalah atas kesalahan dan boleh disabitkan, dikenakan denda tidak lebih seribu ringgit atau penjara selama tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 16 dan beberapa seksyen yang lain boleh dikritik dengan memberikan datu bidang kuasa yang luas kepasa Naib Cancelor dan Menteri sehingga dirasakan boleh berlaku kemungkinan penyalahgunaan kuasa. Di dalam seksyen 16 umpamanya, kuasa Naib cancelor menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.
Di dalam aspek sejarah, AUKU digubal sepertimana yang diungkap oleh Muhammad Abu Bakar di dalam buku yang ulung membicarakan perjuangan mahasiswa: Mahasiswa Menggugat (1975), menyatakan bahawa AUKU adalah merupakan satu konotasi kesan daripada kelantangan dan keterlibatan pelajar secara langsung dengan isu-isu kenegaraan yang sememangnya menggentarkan pihak pemerintah. Malah kecenderungan pelajar menyokong pihak pembangkang terutamanya pada pilihanraya 1969 benar-benar menggusarkan kerajaan yang akhirnya melahirkan AUKU.
Dalam hal ini Dr. Wan Abdul Rahman Wan Muda dari Universiti Sains Malaysia pernah menjelaskan dalam satu forum yang bertajuk “Masyarakat Kampus Dan Permasalahannya” pada 4 Ogos 1990, “Perlaksanaan Akta ini merupakan parut hitam d dalam sejarah kebebasan akademik di Malaysia. Semenjak itu, ternampaklah bibit-bibit kelumpuhan budaya universiti yang sebelum ini mempunyai semacam solidariti dalam aktiviti-aktivitit mahasiswa.”
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, sabelum AUKU, penglibatan pelajar dan mahasiswa dalam arena politik negara agak meluas. Pemimpin-pemimpin pelajar dengan berani dan lantang mengkritik kelemahan dasar dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada di atas pentas umum, kenyataan akhbar mahupun melalui manifesto di dalam pilihanraya-pilihanraya umum.
Sejak AUKU dikuatkuasakan kehidupan mahasiswa di institusi-institusi pengajian tinggi dikawal secara khusus oleh Kaedah Tatatertib Pelajar (1975). Pelbagai bahagian di dalam akta ini yang secara langsung mengongkong kebebasan pelajar yang selama ini dikecap oleh mereka. Malah penyertaan pelajar dengan poltik, aktiviti-aktiviti luar kampus dan persatuan luar turut dibataskan.
Persoalan pokok yang ingin dilontarkan adalah kesan AUKU selepas hampir empat dekat perlaksanaannya. Di dalam makalah ini telah digariskan beberapa kesan langsung akibat penguatkuasaan AUKU ke atas pelajar dan gerakan mahasiswa umumnya. Antaranya :
Nilai-nilai individualistik dan materialistik samakin merata dan menebal di kalangan pelajar. Rata-rata bertanggapan universiti tidak labih daripada menara gading buat mendapat segulung ijazah dan seterusnya mendapat pekerjaan yang baik semata-mata. Malah semakin terhakis nilai-nilai untuk memikirkan apa yang berlaku kepada masyarakat luar apatah lagi untuk menilai perkembangan politik semasa yang boleh mempengaruhi masa depan dan nasib bangsa.
Budaya takut atau ‘culture of fear’ mula mencengkam masyarakat pelajar. Masing-masing memikirkan masa depan dan nasib sekiranya mereka malanggar AUKU. Budaya ini akhirnya menyebabkan mahasiswa terus takut untuk mencuba, menyoal, mengkritik dan mengemukakan idea serta gagasan baru ke dalam masyarakat. Ini ditambah dengan ancaman pelbagai undang-undang di luar kampus yang seakan sama sifatnya dengan AUKU telah digubal atau dipinda oleh pemerintah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan. Tekanan dan prejudis pihak pentadbir kepada pelajar yang agak kritikal turut meransang perasaan takut di kalangan mahasiswa.Tidak ada lagi slogan ‘Mahasiswa Jurubicara Masyarakat’ kerana mereka sudah tidak peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka atau hilang upaya untuk melakukan sesuatu. Masyarakat lebih yakin kepada kumpulan lain seperti parti politik untuk menyelesaikan masalah mereka.
Penumpuan kegiatan pelajar hanya sekitar kampus sahaja. Pelajar-pelajar hanya berminat menyertai program-program bersifat rekreasi, sukan dan bersifat hedonistik. Hanya segelintir kecil yang masih bersemangat untuk mengikuti program-program pembangunan intelektual yang membincangkan isu-isu semasa mahupun berbentuk ilmiah.
selanjutnya

Majlis Fatwa keluar garis panduan bersumpah menurut Islam


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan garis panduan sumpah menurut hukum Islam tidak lama lagi bagi mengatasi masalah kekeliruan serta pendapat yang berbeza di kalangan ilmuan Islam megenai perkara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata anggota Majlis Fatwa Kebangsaan sedang meneliti segala hukum berdasarkan nas, agar selari dan tiada perbezaan pendapat di kalangan tokoh agama. "Setelah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ahli Fiqah Islam dimuktamad, garis panduan akan dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Baitulmal-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 2007/2008 di sini.
Ahmad Zahid berkata apabila garis panduan itu dikeluarkan umat Islam yang hendak mengangkat sumpah secara Islam perlu mematuhinya bagi mengelakkan sebarang bentuk penyalahgunaan.
Dalam pada itu, Zahid berkata sebuah institut fatwa akan ditubuh bagi mengkaji fatwa yang pernah dan akan dikeluarkan serta hukum Islam yang dipakai di negara ini serta negara Islam lain di dunia.
Beliau berkata penubuhan institut itu yang dikenali sebagai Darul Iftaq merupakan antara persetujuan yang dicapai pada pertemuan antara anggota Parlimen Islam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat pertengahan bulan lepas
Ahmad Zahid berkata buat permulaan Darul Iftaq akan beroperasi sebagai sebuah unit di Jabatan Agama Islam sebelum kuasanya diperluas sebagai sebuah jabatan di bawah Majlis Agama Islam./BERNAMA

UM NO BAWA DUIT RM750JUTA DENGAN PESAWAT PERIBADI


SEBAIK Parlimen berhenti rihat tengah hari tadi, seorang kawan ajak untuk makan tengah hari di luar. Pekena kepala ikan kari. Mula janji nak makan dengan seorang ahli Parlimen Pas, kebetulan YB itu kena uruskan bininya, temujanji itu dibatalkan.
Tempat kepala ikan bukan jauh sangat. Tetapi kerana jam, perjalanan memakan masa hampir satu jam. Dalam tempoh satu jam, macam-macam yang sempat dibualkan.Kawan itu bertanya apa yang saya postkan dalam blog hari ini (semalam). Rupanya kawan ini belum lagi jenguk blog saya. Dia adalah antara penjenguk setia blog saya. Begitulah dakwanya."Belum baca lagi?" tanya saya dan terus memberi tahu bahan yang dipostkan pagi tadi sebelum turun rumah menuju Parlimen. "Umno sebuah universiti rasuah," kata saya.
Kawan itu ketawa besar. Ketawa ala orang Umno, kaya, berkuasa dan tidak hairan kepada sesiapa. Kalau nak dengar gaya orang Umno ketawa silalah ke coffee house. Dia ahli Umno yang tegar dan tebal dengan cauvinis Melayu. Dua lagi kawan hanya diam membisu. Kawan di sebelah tersenyum, dia sudah membaca catatan saya pagi ini. "Betul yang kau tulis, Umno sudah teruk," balas kawan di sebelah mengiyakan apa yang saya luahkan dalam tulisan."Memang Umno sudah berada di peringkat paling (dia menekankan suaranya) palinggggg....parah.! Parah... Ti..." katanya terus memandu di celah-celah kesesakan lalulintas.
You tahu berapa wang yang digunakan pada setiap persidangan Umno bahagian," kata kawan itu. Semua telinga tertumpu kepada cerita kawan ini."Ha berapa?' tanya kawan yang berada hadapan penuh minat."Banyak... *** **, banyak. Untuk satu kawasan di Kelantan dia orang minta RM150.00 untuk seorang perwakilan. Cuba kali dengan 500 perwakilan, sudah jadi RM75,000. Kalaulah semua bahagian meminta jumlah itu berapa yang harus kena bayar?," katanya."Itu harga paling rendah, tetapi ada sesetengah perwakilan dibayar hingga RM500 sampai RM1,000 seorang. Bayangkanlah..." katanya kawan itu lagi kesal."Iya ke...!?" tanya kawan itu hairan."Iya... I tahu I terlibat.
Dalam satu bahagian I berjumpa dengan orang bahagian, setiausaha ada, ahli jawatakan kuasa PUN ada. Mereka berterusn terang kalau bagi sekian-sekian baru mereka akan calonkan... kalau tak dak... maka tak daklah," jelas kawan itu lagi yang mengakui telah turun ke 80 bahagian Umno sejak dua tiga bulan Lepas kagi. Apa yang dicakapnya mungkin betul sebab dia adalah pengurus kempen kepada seorang calon jawatan tertinggi."Kalau macam ni teruklah Umno," tekan kawan di hadapan bimbang."Memang sudah teruk. Umno sudah punah jahanam," kata kawan itu lagi. Saya dan kawan di belakang hanya jadi tukang dengar.
"Dari mana dia orang dapat duit begitu banyak?" tanya kawan di hadapan buat-buat tidak tahu."Inilah *** **, kerja Umno. Umno sudah nak menjual negara ini. Semua pakai duit..." dia berhenti kerana sebuah kereta melintas liar di hadapannya. "Cis.... ha ini orang Umnolah ni... kalau orang Pas dia tak bawa kereta macam ni...," sumpah kawan itu marahkan kereta yang tidak beradat.
"Macam mana you cam orang Umno," tanya saya
Hai... Ustaz.... takkan tak kenaL!" kawan itu memperli saya dan terus bercerita."*** ** tahu macam mana dia orang bawa balik duit dari luar negera? RM750 juta....duit dari Switzerland dibawa balik.... " Kawan itu terngangga dan saya juga terkejut. Percaya dengan tidak bercampur gaul.
Macam mana tu? Mana boleh bawa begitu saja?" tanya kawan di sebelah saya yang hanya diam membisu. Sejak tadi asyik menggaru-garu gatal dibetisnya.
"Dia orang ada kemudahan *** **. Duit itu diangkut ke Singapura. Semua duit dalam not Singapura. Dibawa masuk dengan menggunakan jet tentera!"
Ha..." kawan itu terkejut beruk sekali lagi.
"Jet tenteraaaa....*** **. Kalau dah masuk dengan jet tentera.... sapa nak ganggu? Begitu juga orang yang ke Switzerland tu pakai jet persendirian..... Ini Umno... bukan Pas!" jelasnya lagi.
Saya tidak terbayangkan dengan apa yang diceritakan kawan itu. Dalam hati berdoa semoga ianya tidak benar. Kalaulah begitu lagak Umno tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi. Suara untuk menghapuskan politik wang hanya sia-sia sahaja. Ia hanya sebuah retorik yang panjang saja.
Kalau dengar cerita para taukeh judi melambakkan duit kepada tokoh-tokoh tertentu yang hendak bertanding dalam pilihan raya memang biasa dan pernah nampak dengan mata sendiri. Kerja angkut duit dalam karung guni macam penyamun memang dibuat oleh Umno pun. Sesampai di restoran kepala ikan kami baham dua ketul kepala ikan sebesar buah kelapa muda. Kelazatan dan kesedapan kari kepala ikan menyebabkan cerita tentang bagaimana wang sebanyak RM750 juta dikatakan dibawa masuk itu sudah tidak ingat lagi. Sambil makan terbetik dalam hati saya, jangan-jangan wang yang hendak dibayar kepala ikan itu nanti juga termasuk wang RM750 juta itu. Jangan!
http://www.malaysiabiz-aloha.blogspot.com/

PENGALAMAN MELIHAT PAK LAH TIDUR DI DEPAN MATA... Cayala, Konpem Pak Lah Juara Tidur

Short Talk:
Flea markets seems to be taking off a big way in KL. The Sunday Sundae Bazaar, held every Sunday in Jalan Klang Lama, is another one such bazaar geared towards the young and trendy looking to buy or sell second-hand, vintage and handmade stuff.
From what I heard, something similar is gonna happen in Kuching pretty soon too.
Look! It's The Prime MinistZZzzz...

Yesterday, I attended the National Integrity Convention hosted by the government of Malaysia.
Yesterday, the Prime Minister himself also make an appearance at the convention.
Regardless of what anybody thinks of Abdullah Badawi as Prime Minister, you gotta give him at least credit for trying. Speaking my personal experience, government services have improved by leaps and bounds over the past 5 years. Since he came to power, many in the government sector has also began taking corruption very seriously.


Prime Minister himself even flew all the way to Kuching just to attend a convention to educate people on integrity. That's dedication!

As the speakers took their turns addressing the audience, the hundreds of us in attendance watched admirably as our Prime Minister fell into deep thought.

5 minutes later, Pak Lah was still in deep thought.

10 minutes later.


15 minutes later.
Errr, that must be one helluva deep thought...



Even our Chief Minister of Sarawak was impressed at how much deep-thinking our Prime Minister does.
But a few minutes later, he fell into another bout of deep thought.
That deep-thinking must have went on for nearly half an hour
.
I wasn't the only one who noticed it. At least 3 other people came up to me afterwards and asked if I saw the Prime Minister doing his serious deep-thinking on stage in front of 600 people, at a convention on integrity. I wondered if Pak Lah knew that we saw him deep-thinking.
Yes, Pak Lah, we all saw it.
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.....
Itulah ciri- ciri terhebat Pak Lah, Perdana Menteri Ke5 Malaysia
dipetik dari kerabu punya blog

Kerajaan Tak Ada Ehsan Ke Pada Pekerja Kontrak ???


Bayangkan jika anda adalah seorang kakitangan perkhidmatan awam Kerajaan Malaysia yang bertugas dengan Jabatan Pendidikan sebagai seorang kerani. Anda telah berkhidmat dengan baik selama 30 tahun (sejak awal anda menjawat jawatan ini ketika berumur 25 tahun). Namun status perkhidmatan anda dibawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bukanlah jawatan tetap, akan tetapi satu jawatan kontrak yang akan dikaji dan disambung setiap setahun perkhidmatan.
Anda memang membuat potongan KWSP selama ini, malah tidak pernah anda cuai menjalankan tugasan anda dengan baik. Walaupun telah lama anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam, namun anda tidak layak untuk mendapat skim pencen atas alasan anda berjawatan kontrak. Akan tetapi pada tahun depan (2009) perkhidmatan anda akan ditamatkan bersama-sama 49.999 orang kakitangan perkhidmatan awam yang sama seperti anda (jawatan kontrak).
Apakah yang anda akan rasa. Tentulah anda kecewa kerana khidmat anda tidak dihargai oleh Kerajaan Malaysia walaupun anda telah berkhidmat lebih dari 30 tahun. Oleh itu apakah yang akan anda lakukan? Adakah anda akan mendapat pembelaan?
Sebagai ingatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Amirsham Aziz) pernah berkata tiada berlakunya aliran keluar besar-besaran FDI di Malaysia dan Menteri Kewangan (Najib Razak) pula ada mengatakan bahawa Malaysia tidak akan menghadapi situasi kegawatan kewangan dalam tahun ini atas alasan rezab negara kekal utuh
Sila rujuk - SINI
“Selamatkanlah Malaysia”
Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS
dipetik dari blog ketua perusuh

Amirsham, Pelaburan Langsung Asing dan Ekonomi Malaysia


Amirsham Abdul Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) adalah seorang bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd., kumpulan perbankan terbesar Malaysia. Dari dunia korporat beliau dilantik dan diangkat kejawatan berkaitan politik. Ramai yang mengenali beliau mengaku bahawa beliau amat hebat dalam bidang kewangan dan pelaburan.
Namun komentar beliau yang saya dapat lihat sepintas lalu di TV dan baca di media cetak melambangkan kehebatan beliau dalam bidang kewangan dan pelaburan hanyalah satu cerita-cerita kosong. Semalam beliau ada menyatakan bahawa dalam krisis ekonomi serantau ini, tiada langsung pengaliran keluar besar-besaran FDI (Foreign Direct Investment) dari bumi Malaysia. Apa yang ada katanya adalah lebih kepada dana portfolio jangka pendek.
FDI adalah satu indikator yang menunjukkan bahawa sesebuah negara tersebut sesuai untuk pelaburan asing dan iklim ekonominya agak kukuh dibandingkan dengan kos buruh yang agak rendah. Oleh yang demikian FDI kerap digunakan sebagai satu petunjuk oleh para pelabur asing sebelum membuat keputusan untuk melabur.
Keputusan untuk melabur di negara asing biasanya diaktifkan oleh pasaran semasa, petunjuk ekonomi, “rating” dari penganalisa pelaburan, dan pelbagai “micro sentiment”. Oleh itu dalam kegawatan ekonomi dunia yang kian mencabar, beberapa agensi penganalisa pasaran kini terpaksa mengkaji semula semua faktor dan portfolio pelaburan di banyak negara terutamanya negara membangun.
Hasil dari kajian semula ini menunjukkan bahawa adalah lebih sesuai (untung) bagi mana-mana pelaburang asing masuk ke negara-negara dunia ketiga seperti Vietnam, Laos, Kampuchea, Singapura, China dan India. Negara-negara yang saya sebutkan tadi adalah negara-negara yang mana kos buruh dan politiknya agak stabil pada masa ini.
Bagi rakyat yang kerja dalam bidang perindustrian memang telah mengetahui bahawa banyak syarikat (kilang-kilang) besar yang dahulunya bertapak di Pulau Pinang, Sungai Petani, Ipoh, Petaling Jaya, Shah Alam, Johor Bharu dan beberapa kawasan lain sedang dan telah menutup operasinya dan berpindah ke negara-negara yang saya sebutkan tadi terutamanya ke Vietnam dan Laos.
Aliran keluar besar-besaran FDI ini sebenarnya telah lama berlaku iaitu diawal pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Malah ianya telah pun sampai ke kemuncaknya sekarang ini apabila iklim ekonomi dan politik tempatan nampaknya kacau bilau hasil daripada tangan-tangan dalam Pakatan Barisan Nasional.
Semua ini sebenarnya ada tangan ajaibnya yang menyebabkan aliran keluar FDI dari Malaysia. Agak-agak anda, siapakah (agensi manakah) sebenarnya yang menjadi dalang yang menyebabkan aliran keluar FDI dari Malaysia secara besar-besaran? Anda mungkin tidak percaya jika saya khabarkan siapakah dalang ini.
Buat masa ini kita biarkan dulu cerita siapa dalangnya. Yang penting sekarang ini bagaimana seorang yang kononnya mahir dan berpengetahuan dalam bidang kewangan dan pelaburan seperti Amirsham Abdul Aziz boleh mengeluarkan pandangan bahawa tiada aliran keluar besar-besaran FDI dari Malaysia. Siapakah agaknya yang hendak ditipu oleh Amirsham Abdul Aziz ini? Anda, saya atau para pemimpin Pakatan Barisan Nasional?

JOM KENAL NC UM YANG BARU... Apa Pandangan Bekas- bekas Pelajar, Staf Prof Gauth di UM dan MMU


PANDANGAN PERTAMA - BEKAS MPP MMU
UM, Universiti paling bertuah di Malaysia.
Tahniah dan ucapan Terus Maju Jaya buat seluruh warga Universiti Malaya. Sebagai mantan salah seorang pimpinan Mahasiswa MMU, saya amat berbangga mendengar berita perlantikan baru Naib Canselor UM.
Nama Professor Datuk Dr. Ghauth Jasmon atau lebih mesra dengan panggilan Prof. dikalangan pelajar MMU cukup tidak asing bagi kami. Bagi kami pelajar MMU, beliau adalah LAGENDA. Nama besar ini telah memberi kesan yang amat signifikan dalam semua kejayaan yang MMU capai.
Kesempatan berkhidmat sebagai SRC atau MPP dibawah era beliau sebagai President atau NC di IPTA, telah memberi saya banyak pengalaman dengan caranya tersendiri. Saya juga percaya, rakan rakan yang lain turut sama bersetuju. Beliau seorang yang amat dedikasi dalam tugas. Masakan lampu di Ofis beliau masih terang pada jam 10.00 malam.
Beliau seorang yang rendah diri dan amat disenangi oleh pelajar. Polisi 'open door' yang menjadi amalan beliau telah membuatkan pelajar merasa amat rapat dengannya. Tidak kira siapa pelajar itu, selagai terdaya dibantu beliau, akan dibantu.
Saya kira, amat jarang sekali untuk berjumpa seseorang yang berada di tingkat satu pentadbiran sesebuah Universiti untuk turun padang bersama sama pelajar. Beliau telah membuktikan, sepanjang perkhidmatannya di MMU bermula pada tahun 1997 sehingga 2007, dari sebuah institut dinaiktaraf sebagai sebuah Universiti, jelas sekali, beliau telah membawa berbagai bagai kejayaan atas kepimpinan beliau yang amat dedikasi dan bersungguh sungguh.
Jika kini President baru United States of America, dengan slogannya 'change we need', kini perubahan telah datang ke UM. Saya percaya dan yakin, dalam tempoh 6-10 tahun, UM pasti akan melihat perubahan sedang berlaku. Dan ia perubahan yang amat baik untuk UM terus maju dan insyaAllah, cita cita untuk menjadikan UM salah sebuah Universiti terbaik Dunia telah sedikit melangkah hampir.
Kami terus doakan buatmu Prof. dan juga selurh warga Universiti Malaya. Sebutir Mutiara kini telah berada puncak Universiti Malaya, yang hanya menanti untuk semua warganya bersama sama beliau menyumbang seluruh tenaga dalam mecapai IMPIAN terbaik DUNIA.
Selamat Maju Jaya buat Universiti Malaya dan juga Prof.
klik disini untuk layari laman web berkaiatan beliau::
dan juga sini
klik disini::
salam~
PANDANGAN KEDUA -
By chihirolala on Nov 7, 2008 Reply

aaaa..aku nak prof jadi pres mmu balik..xmo zaharin xmo..xmo!!
PANDANGAN KETIGA
By hana on Nov 7, 2008 Reply

he is such a great president for MMU..he done so many thing for that UNI.im agree with neba2020…dia amik pendekatan untuk mesra with the student….we so regret that we loose him as the presiden…da new one is yacks… sombong….
PANDANGAN KEEMPAT
By ex-UM student on Nov 7, 2008 Reply

Prof Gauth Jasmon mempunyai rekod cemerlang sebagai pensyarah dan pentadbir semasa beliau berkhidmat di Universiti Malaya pada tahun 80an dan 90an. Kepulangan beliau ke UM bagaikan sirih pulang ke gagang. Profesor aku semasa di universiti menyanjung dan memandang tinggi Prof Gauth Jasmon, kepulangan beliau ke UM pasti membawa sinar baru kepada UM. Diharap Prof Gauth Jasmon dapat menarik bekas-bekas pensyarah UM yang dahulunya telah berpindah ke universiti-universiti lain di Malaysia dan Singapura kerana muak disebabkan politik dalaman universiti.
I hope he can bring UM to greater heights! All the best to Prof Gauth Jasmon!
PANDANGAN KELIMA
By Ridzuan on Nov 7, 2008 Reply

Salam, saya dapat tahu NC baru UM ni, jenis yg berfikiran positif, rapat dgn student, tak campur sgt urusan politik..kalau ikutkan rekod beliau kat UM dulu, masa jd TNC akademik & Dekan Fak Engine, org yg sgt fokus pada kerja..masa di UM dulu, ramai yg puji beliau..apa-apa pun kita kn tgk dulu cara kerja beliau & berharap mampu bawa UM ke peringkat yg lebih tinggi.
PANDANGAN KEENAM
By neba2020 on Nov 7, 2008 Reply

Salam,

Prof Ghauth, kualiti seorang pemimpin universiti yang cukup terpuji…
Aku pernah menjadi pelajar di universiti yang dipimpinnya dan pernah juga menjadi pekerja di universiti yang diterajuinya…
Kami senegeri, bangga dengan anak Johor !seorang ini
MAHASISWA MALAYSIA PENUH YAKIN PEMILIHAN NAIB CANSELOR UM DIBUAT DENGAN TELITI DAN MEMENUHI ASPIRASI DAN KEHENDAK 26 JUTA RAKYAT MALAYSIA.

Pakatan Rakyat Wajar Bina Semula Ekonomi Kampung


Pekan Kati….macam juga pekan-pekan kecil yang lain disepanjang jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik….menunggu masa untuk mati. Sekarang ni pun dah tengah mati…kalau tak diselamatkan…akan tinggal nama saja.
Satu masa dulu, pekan-pekan disepanjang jalan ini, dari Lubuk Merbau..Kati, Sauk, Kuak, Raban seterusnya… walaupun pekan-pekan ini kecil..tetapi hidup dan aktif. Sekarang hanya dihidupkan oleh ahli-ahli politik kedai kopi macam aku. Minum secawan duduk tiga jam.
Bila Lebuhraya KK-Grik siap, peniaga-peniaga dipekan-pekan kecil ini makin teruk. ditambah pula apabila harga getah naik mendadak tak berapa lama dulu…orang kampung dah mampu beli kereta second-hand. Nak beli beras pun kena pergi Tesco diIpoh. Beli baju kat bundle tak ada kelas la…kena pergi kedai Salim di Kuala.
Beli barang-barang kat Tesco…Giant..Parkson, bukan boleh hutang. semua kena bayar cash. Yang tu orang kampung ada duit! tapi bila hari hujan..tak dapat menoreh…fulus sudah kering…terpaksa jugak lah menyembah kedai koperasi, minta hutang dari kedai Ah Loi, minta pinjam dari Maniam. Bila dah kesempitan…masa tu tak tanya harga lagi. Mi Maggi yang dijual kat Tesco dengan harga RM2.80 sen…dijual dengan harga RM3.80 pun depa tak bising. Masuk buku tiga lima!!!
Lepas tu..mula pergi jumpa YB, jumpa Ketua Cawangan minta subsidi…minta pinjaman. Dapat baja dari RISDA…jual balik dengan harga murah…sebab nak bayar hutang. Dapat lembu pawah dari Jabatan haiwan…lelong kat Maniam…nak bayar hutang.
Dah 50 tahun dibawah Umno…ini la mentaliti yang subur dikalangan orang melayu dikampong. Umno memang seronok…bila orang melayu diikat dengan bantuan dan subsidi. Sehinggakan ramai orang Melayu berfikir…bantuan dan subsidi itu sebahagian dari hak Keistimewaan Orang Melayu. Bila PR menang…sapa lagi nak tolong Melayu?
Siapa nak ubah pemikiran subsidi orang melayu ini?
Sebelum menang pilihanraya, orang-orang Pas dan Keadilan boleh buat semua kerja tanpa subsidi atau peruntukan. Sampaikan nak buat markas pun tak perlu minta bantuan dari kerajaan. Dari mana depa dapat duit? Bukan ada hasil balak atau pasir!
Kalau pergi tengok ceramah..boleh tengok orang berniaga. ada yang jual CD, jual minyak atar..minyak kuat tak payah cerita la..semuanya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Ceramah jadi macam satu pesta, kadang-kadang..orang pergi ceramah untuk membeli belah…bukan nak dengar ceramah ustaz.
Tapi bila dah menang…ceramah kena buat kat dewan. Orang berniaga tak dibenarkan. Kat kampung-kampung…markas Pas macam setengah mati. Markas Keadilan lagi teruk.
Sebelum menang…pasal buat banner tak jadi masalah. Setiap simpang ada saja banner..Selamat Hari Raya, Selamat Tahun Baru Cina..Selamat Hari Deepavali. Tapi bila dah menang…banner Selamat Hari Raya pun tak nampak! Ada la sehelai dua kat pekan Kuala, tapi kat pekan-pekan kecil ni pasai apa tak ada? Bila kita tanya…tak ada peruntukan. Fuh!!!
Sidang Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan dalam masa terdekat ini. Dan aku dapat tahu, MB Nizar akan menekankan konsep Negeri Kebajikan. Aku nak tengok…macam mana konsep Negeri Kebajikan yang nak disampaikan.
Harap-harap…jangan la macam Umno jugak. Bagi subsidi ini…subsidi itu.Bantuan ini…bantuan itu.
Jana ekonomi kampung. Bawa perubahan supaya orang kampung boleh hidup tanpa subsidi dan bantuan. Bawa perubahan kepada masjid dan Dewan Orang Ramai. Jangan jadikan masjid hanya untuk orang tua bersembahyang..lepas tu mengumpat budak muda. Jadikan masjid sebagai pusat R&D, pusat ilmiah
Jadikan dewan sebagai pusat sumber. Ubah cara hidup orang kampung supaya banyak membaca. Berikan ruang kepada guru-guru untuk mengambil bahagian dalam pembangunan kampung…sebab mereka ini lah sahaja orang yang ada pendidikan dikampung. Yang lain…lulus SPM dah cabut kebandar cari kerja.
Cipta aktiviti ekonomi dikampung-kampung supaya cerdik pandai mempunyai ruang dikampung. Bukan takat balik kampung bila Raya.
Dan yang paling penting.. sikap orang-orang Pas dan Keadilan perlu berubah. Orang Pas tak boleh lagi bersikap seklusif…tak mau campur dengan orang yang bukan Pas. Jangan marah kat aku…sebab orang kuat Pas sendiri dah naik berang pasai orang Pas tak mau campur dengan masyarakat. (baca kat sini dan sini)
Orang PKR pulak sekarang dah ramai yang tak boleh ditegur. Ada ahli Majlis yang marah kat aku pasai kritik Ahli Majlis. Kita mintak maklumat dari depa pun tak boleh..OSA la…rahsia kerajaan la…
Bila tengok semua ni…makin hari aku makin faham tentang konsep Kerajaan Maya Rakyat (Keramat) yang selalu dicakapkan oleh Dr. Wahab Arbain. Hangpa tak paham? Tanya dia
perisik-rakyat.com

TAHNIAH STUDENT UM... Akhirnya Anda Menerima Naib Canselor Baru Yang Berwibawa

OLEH NAZMI, WEBMASTER MAHASISWA MALAYSIA

Naib Canselor yang bakal dilantik tersebut adalah bekas Dekan Fakulti Kejuruteraan UM sebelum dipilih menjadi Timbalan Naib Canselor UM pada tahun 1995.Terakhir beliau menjawat jawatan Presiden Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
Prof. Datuk Ghauth Jasmon was born in Batu Pahat, Johor on 1st of November 1956. He is the Founder President/ CEO of Universiti Telekom now renamed as Multimedia University (MMU), the first private university in Malaysia located in Melaka and Cyberjaya.
After completing his MCE in 1974, he was offered a JPA scholarship to further his studies in the United Kingdom in Electrical Engineering. He graduated with a First Class Honours Degree in Electrical Engineering in 1979 from the University of London.
Upon completion of the Bachelors Degree, he was offered 2 scholarships to continue his studies to the PhD level, one was a tutorship from the University of Malaya and the other was the Drapers Scholarship from the University of London. He chose the tutorship, as his ambition was to contribute to the nation after his studies. He researched in the area of Power Systems Engineering and was awarded the PhD degree from the University of London in July 1982 and thereafter he returned to Malaysia to serve the University of Malaya.
1982 - dilantik sebagai Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya
1986 - baru berumur 30 tahun tetapi dilantik sebagai Ketua Jabatan
1989 - ketika berumur 33 tahun, dilantik sbg Profesor Madya
1992 - dilantik sebagai Profesor Penuh ketika baru berusia 36 tahun
1992 - dilantik ke jawatana Dekan Fakulti Kejuruteraan
- Antara pengasas Fakulti Alam Bina UM dan telah memperkenalkan kursus seperti arkitek, QS ( quantity surveying - aku punya kos la ) , land surveying dll
1995 - baru berumur 39 tahun tapi telah dilantik kee jawatan kanan UM iaitu sebagai TNC UM
1996 - Dijemput Telekom Berhad untuk membantu menubuhkan, mengasaskan Universiti Telokom ( kini dikenali MMU - Universiti Multimedia ) . Beliau dilantik sebagai Presiden MMU
lain2 - "Also been involved in many professional engineering committees and activities especially in the IEE (UK) and IEEE (USA) and was formerly a Secretary General and Vice President of the Association for Engineering Education in South East Asia and the Pacific. "
HEBAT KAN NAIB CANSELOR UM YANG BARU
MAHASISWA MALAYSIA MENDOAKAN UM MENJADI ANTARA 50 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

Jom Usha- usha Siapa Dia Naib Canselor UM Yang Baru..... SAYA KIRA BELIAU CALON PALING LAYAK MEMIMPIN UM MASA KINI


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim yang mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat tidak disambung memberitahu bahawa beliau akan diganti oleh Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.
Bonda Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.
Pemilihan beliau pada ketika itu dianggap sebagai bersejarah memandangkan beliau merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut, apatah lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti paling berprestij di negara ini.
Naib Canselor yang bakal dilantik tersebut adalah bekas Dekan Fakulti Kejuruteraan UM sebelum dipilih menjadi Timbalan Naib Canselor UM pada tahun 1995.Terakhir beliau menjawat jawatan Presiden Universiti Multimedia Malaysia (MMU).-mahasiswakini
(Biodata NC Baru UM)
Prof. Datuk Ghauth Jasmon was born in Batu Pahat, Johor on 1st of November 1956. He is the Founder President/ CEO of Universiti Telekom now renamed as Multimedia University (MMU), the first private university in Malaysia located in Melaka and Cyberjaya.
After completing his MCE in 1974, he was offered a JPA scholarship to further his studies in the United Kingdom in Electrical Engineering. He graduated with a First Class Honours Degree in Electrical Engineering in 1979 from the University of London.
Upon completion of the Bachelors Degree, he was offered 2 scholarships to continue his studies to the PhD level, one was a tutorship from the University of Malaya and the other was the Drapers Scholarship from the University of London. He chose the tutorship, as his ambition was to contribute to the nation after his studies. He researched in the area of Power Systems Engineering and was awarded the PhD degree from the University of London in July 1982 and thereafter he returned to Malaysia to serve the University of Malaya.
His career began with the appointment as a lecturer in the Department of Electrical Engineering at the University of Malaya in 1982. He was appointed the Head of the Electrical Engineering Department in 1986 to 1988. Based on his research, publication and consultancies, Prof. Ghauth was promoted to the rank of Associate Professor in 1989 and to full Professor at the University of Malaya in 1992.
In the same year, he was appointed as the Dean of the Faculty of Engineering and held the position until August 1995. During this period as Dean, he introduced the Built Environment Programmes in the University of Malaya namely Degrees in Architecture, Land and Quantity Surveying and also several new Engineering degrees such as Materials, Telecommunication, Manufacturing and Environmental.
Based on this track record, Prof Ghauth was appointed the Deputy Vice Chancellor (Development) in August 1995. In this position, he was responsible for the physical development whereby he secured financial allocations from the government and managed the construction and renovation of many buildings and physical infrastucture for various faculties and centers in the University.
Prof. Ghauth was invited by Telekom Malaysia to set up and build Universiti Telekom in October 1996 and commenced duty as University President in December 1996. In March 1997, the Malaysian Cabinet instructed the university to build the Multimedia University in the heart of the Multimedia Super Corridor (MSC).
The Cyberjaya Campus in the MSC as envisioned by the Prime Minister was to act as a catalyst for the development of the MSC analogous to the role of Stanford University in the Silicon Valley. Both campuses in Melaka and Cyberjaya were registered as the Multimedia University in 1999.
As of January 2006, the Multimedia University has more than 20,000 students and 1,500 staff in both campuses, having 7 faculties and one Foundation Centre. Currently the Multimedia University has international students and staff from 77 countries and collaborates with many international companies and agencies
As an academic, Prof. Ghauth has contributed extensively in research and in the Engineering Profession before taking up the position of the President of the University. He has researched in the areas of Power Systems Analysis, Network Analysis, Voltage Stability, System Security and Neural Networks Application. These and other works have been published in 30 international journal papers, 45 conference/seminars, and other publications.
He has also been involved in many professional engineering committees and activities especially in the IEE (UK) and IEEE (USA) and was formerly a Secretary General and Vice President of the Association for Engineering Education in South East Asia and the Pacific.
He was currently has been awarded with the highest post from Melaka state with Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) carrying the title ‘Datuk’ by Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob-sumber

Friday, November 7, 2008

"PAS FOR ALL" Terbukti Bukan Sekadar Slogan. Keanggotaan 20, 000 Ahli Bukan Islam Buktikan PAS Parti Cintakan Perpaduan Kaum


KUALA LUMPUR, 8 Nov (Hrkh) - Penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS telah membuka ruang yang lebih luas bagi PAS untuk menambahkan sokongan daripada generasi muda daripada kaum yang lain.
Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa merakamkan tahniah di atas usaha yang dilakukan oleh sayap PAS, Dewan Pemuda PAS dengan penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS, sebagai kesinambungan kewujudan Kelab Penyokong PAS.
Dalam responsnya kepada Harakahdaily mengenai penubuhan kelab tersebut, katanya, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, keahlian Kelab Penyokong PAS mungkin akan bertambah.
Jelas Mujahid, melalui data yang telah dikemas kini oleh Lajnah Perpaduan Nasional, seramai 20,000 orang telah berdaftar sebgai ahli Kelab Penyokong PAS.
"Jika sebelum ini sukar untuk kita mengadakan aktiviti yang hanya melibatkan golongan muda. Bagaimanapun, dengan adanya Kelab Penyokong Muda PAS ini, kita boleh fokuskan aktiviti untuk mereka yang berumur bawah 40 tahun,"katanya, sewaktu dihubungi baru-baru ini
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mujahid dalam kenyataanya turut melontarkan mengenai perkembangan terkini mengenai perpaduan nasional.
Jelasnya, isu seperti kenyataan tentang pertikaian fakta sejarah, tuntutan kuota 30% pemilikan korporat untuk bumiputera dan pelantikan Pengurus Besar PKNS bukan dari orang Melayu menimbulkan berbagai perspektif yang boleh menggugat perpaduan sekaligus kestabilan politik negara.
Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak mengawal emosi masing-masing dan melihat perspektif yang lebih besar dari kepentingan politik perkauman.
Tegasnya, seharusnya konsensus terhadap kontrak sosial, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara menjadi penghayatan yang perlu dinyatakan maknanya untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.
Justeru beliau mengharapkan, sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat, pengecaman kepada kaum dan identiti budaya masing-masing hanya akan meningkatkan lagi ketaksuban dan sentiment perkauman.
"Seharusnya kita menghindari syak wasangka dan mentaliti ethno-centric yang sentiasa mengundang konflik sosial samada secara sembunyi atau nampak yang melihat kaum lain dengan kacamata kebencian dan permusuhan.
"Rakyat juga seharusnya menghayati kontrak sosial sebagai satu toleransi yang asasnya meletakkan Raja Melayu, Agama Islam dan orang Melayu sebagai asas kepada terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia. Dengan pemahaman ini masing-masing akan lebih peka dalam menyampaikan apa sahaja pandangannya yang membina untuk negara,"tegasnya.
Mujahid berkeyakinan, dengan langkah-langkah ini, keruncingan dari masalah perkauman hari ini dapat diselamatkan apatah lagi selama ini negara diperintah dengan hegemoni BN yang menyalahgunakan kerangka dan asas negara untuk tujuan kepentingan sempit politik perkauman.
harakahdaily.net

KONTRAK RAFIAH SEBAGAI NAIB CANSELOR UM DITAMATKAN... Terbukti Rafiah Gagal Mencemerlangkan UM

KUALA LUMPUR 7 Nov - Datuk Rafiah Salim terkilan dengan penamatan kontraknya sebagai naib canselor Universiti Malaya (UM) kerana tidak dapat menyempurnakan “pelan transformasi” bagi menaikkan kembali kualiti universiti itu.
Beliau berkata, dalam masa dua tahun lagi, beliau “sangat yakin” sasarannya untuk meletakkan UM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia akan dicapai.
“Sekarang ia mula menampakkan hasil,” katanyamengulas pemberhentian mendadak beliau selepas kontraknya, tamat hari ini, tidak disambung.
“UM sekarang ini ibarat benih yang ditanam sudah mula berakar.”Menurutnya lagi, perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan jumlah pelajar asing ke universiti.
Rafiah berkata, sasaran menjadikan UM antara 200 universiti terbaik di dunia boleh dicapai sebelum 2010 dan ia merancang muncul sebagai “universiti lima bintang” menjelang 2020.
“Saya sudah 61 tahun, sekurang-kurangnya hendak habiskan fasa kedua,” katanya hari ini.
Tambahnya, beliau menyertai UM ketika prestasi universiti itu sedang jatuh sehingga kalah kepada universiti lain dalam negara seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bagaimanapun beliau menerima keputusan Kementerian Pengajian Tinggi tidak melanjutkan kontraknya.
Rafiah berkata, beliau hanya dimaklumkan penamatan kontraknya kelmarin - 48 jam sebelum tarikh akhir perkhidmatannya - melalui panggilan telefon daripada ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Zulkefli A Hassan.
Sebab-sebab penamatan itu tidak dimaklumkan, tambah wanita pertama yang dilantik sebagai naib canselor pada 1 Mei 2006.
“Saya tidak tahu apa salah, apa kekurangan saya,” katanya.
Rafiah juga berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak tentang prestasi beliau selama lebih dua tahun di UM.
“Menteri ada cakap, ada kakitangan buat aduan. Saya kata, tengok prestasi orang itu, beliau sendiri jalankan tugas atau tidak. Orang yang jalankan tugas tidak mengadu,” katanya.
Aduan itu, tambahnya, berkaitan dengan kepimpinan akadamik atas alasan beliau tidak mempunyai kelayakan doktor falsafah dan “bukan seorang profesor”.
Menjelaskan lanjut perkara itu, Rafiah berkata, pemilihannya dulu berdasarkan kehendak jawatankuasa pemilihan yang mahu calon-calon yang berpengalaman bagi membangunkan dan mentranformasi universiti tertua itu.
“Itu apa yang dicari,” katanya, yang berpengalaman berkhidmat dengan organisasi besar seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Bank Negara.
Ditanya perancangannya selepas ini, Rafiah berkata, sudah menerima beberapa tawaran tetapi belum membuat apa-apa keputusan.
“Saya ingin berehat dulu. Tahun depan insya Allah saya buat keputusan jika tertarik,” katanya.
Pagi tadi sekumpulan aktivis pelajar yang sedih dengan pemergiannya itu bertemu beliau di pejabatnya.Pro Mahasiswa Universiti Malaya yang diketuai oleh saudara Norazali Zainuddin mengetuai pertemuan dengan beliau pagi tadi.
Waktu dihubungi tadi, beliau sedang memindahkan barang-barangnya di pejabatnya di bangunan Canselori.
“Saya tidak boleh berada di pejabat. Saya jumpa semua orang, semua menangis,” katanya.
Mantan presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon (kanan) dilaporkan akan mengambil alih tugas Rafiah.
Khidmat Rafiah disambung enam bulan sehingga hari ini apabila kontrak dua tahunnya tamat Mei lalu.
Ketika mengumumkan lanjutan khidmat wanita itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata jawatankuasa pilihan akan meneliti calon yang layak memegang jawatan itu.
Rafiah dilantik menggantikan Datuk Profesor Dr Hashim Yaacob untuk menangani masalah kemerosotan kualiti dan kedudukan UM dalam pemeringkatan dunia.
Bagaimanapun, kedudukan universiti itu terus merosot dalam pemeringkatan Times Higher Education Supplement (THES) - dari tangga 169 pada 2005 kepada 192 pada 2006 dan tangga ke-245 tahun lalu.
Tahun ini kedudukannya naik sedikit kepada tangga 230.

NILAI RINGGIT JATUH - The Edge Daily


KUALA LUMPUR : Nilai Ringgit jatuh sama seperti nilai saham di negara-negara Asia. Peniaga luar negara telah mula membuangkan saham-saham di negara yang mula membangun. Ini adalah tanda-tanda bahawa zaman meleset akan sampai. Nilai harga bond naik.
Hari ini 1000Yen - 36.26467
Kelmarin 1000Yen – 35.64064
kah kah kah…. MALAYSIA HAS no ECOMONIC PROBLEMS…. OUR FUNDUMENTAL IS STRONG….. ucapan menteri kuduiatan ke dua dua minggu lalu… kah kah kah…. habis hangus 5bilion ringgit duit KWSP.

LAGI BERITA MENGHIBURKAN : UM NO Tanah Merah Buat Report Polis Dakwa Setiusaha Agung UM NO - Utusan Meloya


KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Tanah Merah, Kelantan, membuat satu laporan polis di sini hari ini terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Bahagian itu Amran Abdul Rahman di Balai Polis Sentul di sini tengah hari tadi.
Amran berkata laporan itu dibuat kerana Tengku Adnan didakwa menyalahgunakan kuasanya berhubung satu arahan bertulis kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan berkaitan mesyuarat cawangan.
kah kah kah…. baru sekarang nak sedar?.... kah kah kah….sebelum buat laporan polis siasat dulu nama betul malaoan ini…. kah kah kah… bila dia jadi tengku…. kah kah kah….
sebelum ini nama dia apa?..... kah kah kah…. munkee ni dapat tengku dari mana?....dari jabatan pendaftar....kah kah kah….. periksa tarikh lahir munkee ni….
bila dah dapat semua data …. baru buat aduan polis…. kah kah kah…. baru saheh… nanti salah orang…. kah kah kah

BERITA GUMBIRA !!! UMNO TERIMA 900 ADUAN POLITIK WANG - Utusan Meloya


KUALA LUMPUR 7 Nov. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.
Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.
Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,� katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.
Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya
kah kah kah…. kesian…. kesian… ada lebih 900 kes …kah kah kah….woit banyak nya…. kah kah kah …. yang datang perhimpunan berapa?........ lebih dari setengah…. kah kah kah…
kesian tengku ni…. dia dah beri amaran banyak kali…. kah kah kah… tapi tak ada sapa nak dengar…. kah kah kah…dah jadi quran buruk…. kah kah kah
nak suruh pelobi balik kampung…. kah kah kah….tak maka lah gro di teratak dan mawar biru…. kah kah kah…. sapa nak jarjir jarjis gro ni… kah kah kah..
SUDAH MENJADI SATU BENTUK BUDAYA…. kah kah kah… abis lingkup…rahai…. terbarai….
tukartiub.blogspot.com

Obama Call 9 Pemimpin Dunia Sebaik Menang... Malangnya OBAMA LUPA CALL PAK LAH, yang digelar RAJA TIDUR


CHICAGO: President Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Barack Obama menghubungi sembilan ketua negara yang menjadi sekutu AS untuk menyatakan terima masihnya selepas menerima ucapan tahniah di atas kemenangannya.
Jurucakap Demokrat Stephanie Cutter, berkata Obama membuat panggilan telefon kepada ketua negara Australia, Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Israel, Jepan, Mexico dan Korea Selatan.
"Beliau menyatakan rasa terima kasih kerana menerima panggilan daripada mereka yang mengucapkan tahniah sebaik kemenangannya pada pilihan raya Presiden kelmarin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Obama yang bakal menduduki Rumah Putih sebagai Presiden kulit hitam pertama, mendapat ucapan tahniah yang mencurah-curah selepas menewaskan pencabarnya, John McCain dari Parti Republikan.
Cutter berkata, Obama berbual dengan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Perdana Menteri Israeli, Ehud Olmert.
Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd, Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, Canselor Jerman, Angela Merkel, Perdana Menteri Jepun, Taro Aso, President Mexico, Felipe Calderon dan Presiden Korea Utara, Lee Myung-bak
*Perdana Menteri Malaysia Obama tak contact ke? adui... Obama tau ke Malaysia?? Obama tau ke Pak Lah???
oleh perisik-rakyat.com

MENGGEMPARKAN LAGI MENAKUTKAN.......!!!!!! 85 HANTU Tiba- tiba Muncul Dalam Persidangan UMNO


Seramai 20 anggota perwakilan Umno Gopeng hari ini membantah keputusan persidangan perwakilan bahagian Ahad lepas kerana mendakwa berlaku penipuan dalam pengiraan undi.
Memorandum bantahan oleh ketua Umno cawangan Taman Lapangan Permai, Ahmad Ishak kepada setiausaha kerja badan perhubungan Perak, Datuk Hasbullah Othman yang mewakili pengerusi badan itu Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Menurut Bernama, Ahmad berkata bantahan itu dibuat kerana terdapat lebihan 85 kertas undi yang dikira dalam pemilihan berkenaan
"Seramai 373 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut dan apabila keputusan dikeluarkan terdapat lebihan 85 undi untuk pemilihan ahli jawatankuasa," beliau dipetik berkata.
Beliau mendesak mesyuarat perwakilan Gopeng diadakan semula dengan pengundian diurus sendiri oleh badan perhubungan negeridan bukan lagi wakil dari bahagian lain.
Agensi berita itu melaporkan, pada mesyuarat lalu, bekas timbalan ketua bahagian itu Hamzah Mohd Kasim dipilih sebagai ketua dengan memperoleh 186 undi, mengalahkan dua pencabarnya Mustaffa Kamal Mohd Nawi (102 undi) dan Rustam Affandy Abdul Aziz (77 undi).
sumber - malaysiakini

Malaysia Sedang Hancur... Malaysia Akan Hancur... Makin Hancur.... Hancur Berkecai... SEMUANYA GARA- GARA PEMERINTAHAN UMNO


Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dalam penghakimannya berkata alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menahan Raja Petra di bawah Seksyen 8(1) ISA adalah tidak termasuk dalam kes ini.
Apa nak jadik dengan menteri-menteri di Malaysia ni? yang pegang jawatan penting dalam perundangan tak paham skop perundangan.
Kalau rasa nak tahan sape-sape, tahan je, tak kisah la kesalahan tu dalam skop apapun, janji tahan.kesalahan penulisan artikel ialah "menghina agama", tapi tahan bawak akta ketenteraman awam... ini gila punya pertimbangan.
Sama jugak dengan kes wartawan Sin Chew tempohari... yang buat laporan kena tahan, yang buat kenyataan pulak tak tahan-tahan... padahal yang buat kenyataan tu la yang paling membahayakan ketenteraman awam.
Menteri-menteri dekat Malaysia ni kalau difikirkan bertindak bukan atas kepentingan negara, tapi lebih kepada kepentingan parti sendiri.
Kalau menterinya dari UMNO/BN maka setiap kebangangan yang berlaku yang datang dari parti UMNO/BN akan diadili dengan penuh "pertimbangan"... kalau boleh tutup, tutup...kalau boleh cover, cover... kalau ambik tindakan pun, lagi ringan dari tindakan atas budak tadika yang curi barang cikgu.
Apa tindakan atas Ahmad Cincin Besar? tengah siasat..? sikit punya lama siasat? siasat kejadahnya?
Dalam kes Petra pulak aku rasa tak de la lama sangat siasat, tau-tau tangkap... orang hina agama, hang pi tahan dalam ISA... yang dah tak paham agama, lagi la jadik makin tak paham.
Pertimbangan paling bangang pernah dibuat... patutnya kalau dah orang tu tak paham agama, bawak la dia pergi kaunseling... mintak JAKIM uruskan kelas kaunseling. bagi paham balik apa tu agama Islam, bukan tahan dalam ISA... Islam ajar macam tu ka?
Makin lama makin jahanam Malaysia dibawah menteri-menteri UMNO/BN... cakap tak konsisten... hari ni cakap tak bubar, tau-tau bubar, hari ni cakap minyak tak naik lepas PRU, tau-tau naik... hari ni cakap minyak naik bulan depan, tau-tau malam ni naik... hari ni cakap 1.7bil, esok lak 1.6bil... hari ni cakap ekonomi kukuh, esok pulak tambah lagi bajet sebab gawat...
Ada lagi? ada... hari ni cakap tutup sebab keselamatan, esok pulak cakap tutup sebab tuan tanah amik balik tanah... hari ni cakap ekonomi tak terjejas, esok lak suruh standby sebab krisis ekonomi... hari ni cakap, tahan sebab laporan salah, esok lak cakap tahan untuk keselamatan diri orang yang kene tahan...
Semua kenyataan-kenyataan lembu tu datang dari mana?
Dari menteri-menteri UMNO/BN la... sape lagi?
Ade sape-sape nak tambah? tinggal komen dekat bawah.

Biro Tata Negara Anti Perpaduan Kaum, Anti Pembangkang dan Meniup Semangat Perkauman


Dewan Rakyat semalam menyentuh soal perlunya Biro Tata Negara (BTN) dibedah dan dikaji semula kerana modul dan kurikulum yang digunapakai BTN selama ini diperalat oleh parti pemerintah untuk kempen memburuk-burukkan pemimpin pembangkang dan kerajaan Pakatan Rakyat.
BTN didakwa digunakan untuk meniupkan sentimen sempit perkauman dengan memberi gambaran kepada peserta-pesertanya bahawa seolah-olah ketuanan Melayu semakin terhakis dalam semua aspek termasuk politik dan ekonomi.
Ada ahli parlimen pembangkang menjelaskan bahawa terdapat anak mereka balik ke rumah menangis mempercayai apa yang didakwa oleh penceramah dalam progran BTN mengenai dakyah itu.
Ahli-ahli parlimen pembangkang akan membuktikan fakta sekiranya kerajaan mencabar untuk membuktikan dakyah perkauman disebarkan pihak BTN.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melahirkan rasa dukacita dengan aktiviti BTN itu kerana membentuk bakal-bakal kepimpinan negara dengan suatu propaganda jahat Umno untuk memecahbelahkan rakyat berbilang kaum dengan sogokan semangat perkauman sempit tersebut.
Antara propapaganda yang dijelaskan ialah orang Melayu tersisih daripada ekonomi, bangsa China dan India monopoli ekonomi negara.
Nama-nama pemimpin-pemimpin pembangkang disebut dan peserta BTN dihasut mengiayakan bahawa pemimpin terbabit sebagai pengkhianat negara.
Justeru, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan agar kurikulum dan modul BTN dikaji semula supaya ia bersesuaian dengan semangat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.
Penulis melihat BTN memang diperalatkan oleh Umno sebagai teras politik kerajaan hari ini untuk meniupkan semangat perkauman Melayu secara tersembunyi agar orang Melayu tetap melihat Umno sebagai pejuang Melayu tulin bukan parti-parti lain.
Ahli-ahli parlimen pembangkang menegaskan tidak sepatutnya BTN diperalatkan begitu rupa untuk kepentingan Umno kerana peruntukan besar diberikan kepada biro tersebut iaitu lebih RM70 juta dalam bajet 2009 perlu dimanfaatkan untuk kepentingan perpaduan rakyat berbilang kaum bukan meniupkan sentimen perkauman sempit.
Jika BTN gagal berperanan untuk menjaga kedamaian hidup antara kaum, penulis mencadangkan ia dibubarkan sahaja supaya wang lebih RM70 juta itu dapat dimanfaatkan untuk program lain bagi kesejahteraan rakyat.
Dewan Rakyat hari ini juga menyentuh soal perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansukhkan dan digantikan dengan akta lain yang lebih bersifat menegakkan keadilan dengan memberi hak yang dituduh untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah terbuka negara.
Ini kerana setiap individu perlu diberi peluang untuk dibuktikan sama ada bersalah atau sebaliknya di mahkamah sehingga pesalah dibuktikan kesalahannya dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang bukan dikurung tanpa bicara di bawah akta zalim itu.
Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, bersedia dan bersikap terbuka untuk berbincang dan mengemukakan cadangan alternatif kepada akta tersebut selagi kerajaan Pusat bersedia memansukhkan akta berkenaan.
Kesediaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu menampakkan keseriusan PAS untuk menyelesaiakan permasalahan keadilan di kalangan rakyat.
PAS tidak mahu melihat undang-undang tidak bertamaddun itu terus bertapak kemas dalam pentadbiran dan sistem undang-undang negara di zaman semua pihak menuntut perubahan berlaku di mana-mana termasuk di Amerika Syarikat sendiri.
Akta ISA jelas bertentangan dengan roh undang-undang untuk perlihatkan keadilan itu dinikmati oleh semua lapisan mesyarakat.
Persoalannya ialah Barisan Nasional (BN) masih mempertahankan ISA yang disifatkan kononyan sebagai satu akta yang boleh menjaga keselamatan negara daripada ancaman anasir yang tidak diingini.
Yang jelas pembangkang menyifatkan akta itu tidak berperikemanusiaan kerana pratikalnya ia anti perbicaraan dan boleh disalahgunakuasa oleh kementerian berkenaan bagi mempastikan Umno terus utuh walaupun umum melihat parti itu tidak 'gentleman' apabila berdepan dengan permasalahan rakyat.
Setakat ini ahli parlimen kerajaan tidak akan bersedia untuk berdepan dengan keluarga mangsa ISA kerana mereka takut melihat kesengsaraan yang ditanggung akibat kejahatan akta terbabit.
Mereka juga sudah tentu takut dimarahi oleh keluarga mangsa kerana Umno menjadi punca kenapa ketua keluarga masing-masing ditahan di bawah ISA.
dipetik dari harakahdaily

Obama diharap jalin hubungan lebih baik - Anwar


KUALA LUMPUR, 7 Nov (Hrkh) - Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengalu-ngalukan hasrat dan hala tuju baru bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk mengadakan hubungan lebih baik antara negara itu dengan negara-negara dunia lain sambil menyifatkannya sebagai satu lembaran baru dalam sejarah kuasa besar itu.
Anwar berkata kemenangan Obama bermula dengan satu harapan hampir mustahil tetapi berani, kini ia sudah menjadi kenyataan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dalam blognya 5 November lalu.
Katanya, sokongan yang diterima bakal Presiden Amerika itu merentasi batas kaum, agama dan generasi.
"Malah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada bulan Mac lalu apabila rakyat Malaysia memilih untuk menolak rejim Barisan Nasional yang masih terikat dengan polisi usang dan gagal," jelasnya.
Katanya, keintiman Obama dengan rantau ini serta keprihatinan terhadap dunia membangun terutamanya benua Asia dan Afrika ketika prospek ekonomi tidak menggalakkan, memberi harapan baru kepada kerjasama yang lebih erat.
Menurut Anwar, negara-negara yang sebelum ini mempunyai pertikaian dengan AS melihat adanya peluang untuk meneruskan kerjasama berhubung isu dasar luar, pembangunan dan alam sekitar.
"Di bawah pentadbiran beliau, hubungan dan dialog di antara negara-negara Muslim dan Amerika Syarikat mempunyai harapan yang lebih cerah," ujarnya.
Isu-isu di Timur Tengah sememangnya memerlukan komitmen terhadap diplomasi yang konsisten, bersedia untuk menyertai dialog yang lebih bermakna dan tidak bertindak sendirian tanpa menghiraukan suara-suara serta pendapat lain.
"Kami berharap bakal Presiden Amerika ini akan memperlihatkan kepimpinannya berhubung isu-isu ini berbanding pentadbiran lepas yang gagal untuk berbuat demikian," katanya.
Anwar berkata, pemimpin diukur bukan melalui retorik kempen semata-mata, akan tetapi melalui dasar yang digarap serta pelaksanaannya.
"Kami mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden, Barack Obama dan Naib Presiden, Joe Biden dan semoga mereka berjaya membawa perubahan," katanya

Agihkan Duit Kepada Negeri Untuk Merangsang Ekonomi Negara... Konpem Lebih Jimat dan Berkesan - HUSAM MUSA


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) -Jika setiap negeri diberi peluang merangka program rangsangan ekonomi masing-masing selari dengan keperluan negara dan diberikan peruntukan RM200 juta setiap negeri, hanya RM2.6 bilion sahaja diperlukan dan diyakini kesannya berlipat ganda kerana pentadbiran negeri lebih memahami apa yang berkesan untuk peringkat masing-masing, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
"Umpamanya perumahan, ia boleh menjadi rangsangan aktiviti ekonomi di negeri tertentu tetapi mungkin menambah 'bubble' pada negeri tertentu.
"Tiba masanya stimulus (ransangan) seperti ini di 'empower' (diberi kuasa) sama kepada negeri-negeri. Rangsangan baru, bukan rangsangan lama diulang tayang berkali-kali," kata beliau.
Exco Kerajaan Kelantan itu menyifatkan rangsangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak lebih berunsurkan rangsangan politik.
"...rumah dan sekolah(pendidikan). Lagi-lagi pengangkutan awam. Saling tak tumpah seperti preemptive strike (tindakan awal) yang pernah dilancarkan Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang berakhir dengan pembinaan sekolah rendah seakan kampus universiti di tengah hutan belantara.
"Setengahnya, bumbung makmal komputer runtuh dan seribu satu macam jenaka dan sandiwara lagi," kata beliau yang menyifatkan tindakan awal sedemikian dijadikan peluang kroni tertentu mendapat projek.
Pakej ransangan yang diterima oleh Dewan Rakyat sebagai sebahagian dari Bajet 2009 itu disifatkan oleh Husam sebagai tidak menggambarkan daya kreativiti Najib sebagai Menteri Kewangan dinamik menggantikan menteri sebelumnya.
"Ransangan (tersebut) amat ala kadar tanpa falsafah kukuh mendasarinya. RM7 bilion dicampur RM5 bilion untuk pasaran saham, RM12 bilion.
"Kita bimbang, wang habis, ekonomi tetap kuyup. Nanti kita kena berbelanja lagi," katanya.
Beliau juga menyifatkan jangkaan Najib bahawa hasil negara tahun 2009 berkurangan hanya RM8 bilion saja "tentunya tak benar".
"Paling tidak, dengan kejatuhan harga minyak mentah, sawit dan getah, hasil negara 2009 berkurangan sekitar RM20 bilion atau lebih," katanya.
Kata Husam, apa yang perlu dirangsang ialah usaha mewujudkan peluang kerja produktif dan juga pengunaan alternatif komoditi utama kita.
"Kenapa tak fikirkan kemudahan canggih dan lengkap untuk industri perikanan di Pantai Timur dan Malaysia Timur?
"Hasil laut kita sebahagian besar kini didaratkan di Thailand dan kita mengimport ikan yang ditangkap di perairan kita sendiri kerana kita tidak mempunyai rangsangan yang cukup dan lengkap untuk sebuah pembangunan industri perikanan yang sempurna. Aneh tapi benar," katanya._

Kerajaan BN sembunyi situasi sebenar ekonomi negara - Husam


KOTA BHARU, 6 Nov (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional tidak seharusnya berbangga dengan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion, sedangkan rakyat tidak mendapat gambaran sebenar ekonomi negara.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, apa yang berlaku hari ini kerajaan belum memberikan gambaran sebenar kedudukan ekonomi negara, sebaliknya hanya mengeluarkan pelbagai kenyataan dengan mendakwa ekonomi masih kukuh.
"Apa yang berlaku adalah di sebaliknya di mana negara sedang menghadapi krisis ekonomi dunia akibat kegawatan yang kronik.
"Sebelum ini pernah berlaku pinjaman bank tidak berbayar setelah berlakunya krisis ekonomi pada 1978 - 1979 di mana pada ketika itu pasaran saham jatuh merudum.
"Sekarang fenomena itu berlaku lagi di mana pasaran saham menjadi tidak menentu," katanya di sini.
Beliau mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu.
Menurut Najib, pakej itu bertujuan mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.
Husam berkata, apabila berlaku kejatuhan pasaran saham, pihak pelabur diminta membayar balik kepada bank, namun lazimnya mereka tidak mampu berbuat demikian.
"Jika perkara ini berlaku, akan terjadi pinjaman tidak berbayar sebagaimana sebelum ini dan ia akan menjejaskan sistem perbankan di Malaysia," ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, kerajaan seharusnya memberi penjelasan secukupnya kepada rakyat terhadap krisis ekonomi dunia, di mana negara kita turut menerima kesannya

KEMENANGAN PERTAMA ANWAR


Mahkamah Rendah telah memberi hak kepada Anwar Ibrahim pemimpin Pakatan Rakyat untuk dibicarakan di Mahkamah Rendah yang sama.
Hakim SM Komathy Suppiah telah memutuskan permintaan pertukaran mahkamah yang diminta oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail tidak sah.
Ini adalah kes tuduhan yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Mahkamah akan bersidang Jumaat depan untuk menetapkan tarikh bicara.

Dalam UMNO Pun Ada "HANTU"..!


Sah...!!! dalam UMNO memang ada hantu. kalau hangpa tak percaya, hangpa tanya perwakilan UMNO dekat Gopeng....
"Seramai 373 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut dan apabila keputusan dikeluarkan terdapat lebihan 85 undi untuk pemilihan ahli jawatankuasa,"- malaysiakini.
Perwakilan ada 373 orang, yang mengundi pulak semuanya 458 orang..! kah kah kah kah kah... dulu depa dok kutuk Pakatan Rakyat bila kita sebut pasal pengundi hantu, la ni dengan kuasa Allah, dalam parti depa sendiri tuhan tunjuk benda yang sama berlaku.
Ni kalau bukan hantu, dah sah satu nama ada 2 keahlian... kah kah kah kah kah...
Kena siasat balik ni, Pak Lah ahli UMNO berapa cawangan, Khairy "Jack" Daniel's ahli UMNO berapa cawangan, Najib ahli UMNO berapa cawangan (yang ni kena siasat cawangan dekat Mongolia sekali... mana la tau kan...), Mat Taib ahli UMNO berapa cawangan (yang ni pun kene siasat jugak cawangan Australia)...
Orang dah lama habaq, jangan dok main-main dengan kuasa Allah... dulu hangpa dok habaq kami tipu, mustahil la... itu la... ini la... la ni hangpa rasa la sendiri...
Puaka-puaka ni selagi tak kena batang hidung sendiri depa tak kan percaya... dah kena batang hidung sendiri baru la nak kalut...
Orang main politik bersih, hangpa main politik kotor... last skali, hangpa makan la sendiri selut-selut tu...
malaysiakini

BTN@ Biro Tata Negara Dikecam Ahli- ahli Parlimen Mainkan Sentiman Perkauman


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Ahli Parlimen, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Krian) mengecam tindakan Biro Tata Negara (BTN) yang masih lagi memainkan isu perkauman dalam modul kursus mereka.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata hingga ke hari ini BTN tetap memainkan isu perkauman yang melampau dalam setiap kursus yang dianjurkan terutama kepada pelajar-pelajar universiti.
Selain memainkan isu perkauman, BTN juga kata beliau melabelkan beberapa pemimpin pembangkang dengan imej negatif yang bertujuan memberikan tangapan buruk kepada mereka yang menghadiri kursus yang dianjurkan oleh badan berkenaan.
"BTN sering melabelkan Marang, Permatang Pauh, Ipoh Timur dan beberapa pemimpin pembangkang lain sebagai subversif yang bertujuan untuk memburukkan imej pembangkang," kata Salahudin ketika berbahas di Parlimen pagi tadi.
Sehubungan dengan itu, beliau mengesa agar BTN mengubah modul kursus mereka ke arah yang lebih membina dan tidak lagi memainkan isu perkauman yang tidak lagi relevan pada masa ini.
Dalam perbahasan itu juga, Salahudin turut membangkitkan isu jumlah bayaran ex-gratia kepada bekas-bekas hakim yang dikenakan tindakan.
Beliau meminta kerajaan mendedahkan jumlah bayaran ex-gratia itu kerana ianya melibatkan duit rakyat.
"Rakyat perlu tahu berapa jumlah yang diterima oleh bekas hakim tersebut kerana duit mereka yang digunakan," tegas beliau.
Salahudin turut menegaskan isu bayaran ex-gratia kepada bekas hakim tersebut menjadi perhatian pengamal undang-undang seluruh dunia.
Sementara itu, ketika menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanya sama ada PAS bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai akta keselamatan dalam negeri (ISA), Salahudin berkata PAS sanggup mengadakan perbincangan apa saja isu yang menguntungkan rakyat.
Beliau berkata, bukan hanya ISA tetapi apa saja bentuk kezaliman akan ditentang oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia tidak selari dengan konsep keadilan Islam dan sejagat.
"PAS tetap berpegang kepada prinsip Islam jadi setiap kezaliman akan kami tentang hatta jika ia berlaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat," kata beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau mengesa kerajaan agar segera menghapuskan ISA kerana akta zalim itu sudah jauh menyimpang dari matlamat asalnya.

harakahdaily

Syed Hamid Yang Meng"hairan"kan Lagi MEMENINGKAN


Syed Hamid meminta pihak yang melemparkan dakwaan rasuah ke atasnya agar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi kesahihan.
Mengulas laporan polis yang dibuat Ketua Penerangan PAS Johor Mazlan Aliman yang mendakwa beliau merasuah penyokongnya bagi meraih jawatan Naib Presiden Umno, Syed Hamid berkata pihak terbabit perlu menggunakan saluran yang betul dalam mendapatkan penjelasan dan bukannya menggunakan taktik fitnah.
"Saya hairan kenapa PAS buat laporan itu. Saya tengok mereka (PAS) ni suka cari benda fitnah. Semua ada saluran dan caranya, siapa tidak puas hati boleh bawa kepada BPR dan terpulang kepada BPR untuk menentukan siasatannya," katanya.
TP - aku lagi la hairan bila Syed Hamid heran...
Dia mintak orang lapor, bila PAS lapor dia heran pulak... heran sungguh la Syed ni...
kalau dah orang buat kaporan tu maknanya depa mintak siasat betul ke salah dakwaan tu... apa la nak hairan dengan hal tu?
Kenapa pulak Syed Hamid tak hairan bila banyak kes rasuah dalam UMNO yang dilapor pada BPR pakai diam gitu je? hairan betoi la kan???
dicedok dari perisik-rakyat

Thursday, November 6, 2008

PENAHANAN BERTENTANGAN PERLEMBAGAAN : Raja Blogger, Raja Petra Dibebaskan Mahkamah


Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi memutuskan bahawa penahanan Raja Petra Kamarudin dibawah ISA adalah salah dan memerintahkan beliau dibebaskan dengan segera.
Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata bahawa penahanan Raja Petra adalah bertentangan dengan perlembagaan.
Beliau berkata bahawa Menteri Dalam Negeri tidak mengikut prosedur dibawah Seksyen 8 dalam penahanan tersebut.
Hakim juga memerintahkan Raja Petra, editor Malaysia Today, dibawa kemahkamah sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan serta merta.
Raja Petra pada masa ini ditahan Di Kem Tahanan Kamunting, Perak.
Raja Petra di tangkap pada 12 September dan ditahan disatu lokasi rahsia sebelum dihantar ke Kamunting pada 23 Sept.
malaysiakini

NAJIB PERLU JADI ANAK JANTAN... Najib Perlu Berdebat Dengan Ketua Pembangkang Mengenai Ekonomi Negara


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mencadangkan debat terbuka mengenai belanjawan negara antara Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jika Najib merasa beliau tidak cukup masa dan kesempatan untuk memberi ruang pembangkang meminta penjelasan darinya di dalam Dewan Rakyat, satu debat terbuka mengenai belanjawan boleh diadakan antara beliau serta dua wakil di pihak Barisan Nasional (BN) dengan Anwar serta wakil dari PAS dan DAP di pihak Pakatan Rakyat (PR)," katanya.
Debat tersebut boleh dibuat di mana sahaja yang dipersetujui oleh Najib termasuk menggunakan kemudahan di Dewan Rakyat sendiri di luar waktu persidangannya dan disiarkan secara langsung untuk dinilai oleh rakyata, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
"Sebagai tokoh yang akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, hentikanlah sikap jaguh kampung yang hanya berani membidas dan mengecam di belakang pembangkang tetapi tidak berani berbahas secara berhadapan mengenai belanjawan negara," kata Mahfuz.
Beliau juga meminta Najib menghentikan pelbagai dakwaan mengenai ekonomi negara."Najib terus-menerus membuat pelbagai kenyataan bercanggah mengenai ekonomi Malaysia.
"Sekejap kata Malaysia tidak akan terjejas, selepas itu kata Malaysia juga akan turut menerima kesan kemelut ekonomi dunia. Satu ketika mendakwa Malaysia mempunyai fundamental kukuh, selepas itu nak gunakan pula lagi RM7 bilion untuk menghadapi kesan kegawatan ekonomi. Najib seperti orang yang terpinga-pinga," katanya lagi.
Paling akhir, Najib tampil dengan dakwaan kononnya Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.
Dakwaan itu bertentangan dengan jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff yang menjangkakan peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan.
"Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.
Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya pula mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998
Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.
Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.
Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

PERUBAHAN KEPIMPINAN DI AMERIKA... Apa Kesannya Kepada 26 Juta Rakyat Malaysia ?????

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- "Perubahan telahpun tiba di Amerika" -- kata-kata yang diungkapkan oleh Barack Obama pada Selasa selepas mencatatkan kemenangan untuk dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44.
Rakyat Amerika dan penduduk di seluruh dunia yang terpaku di depan televisyen, ternanti-nantikan kemenangan Obama disebabkan mereka berkongsi pandangan yang serupa -- kemenangan Obama membawa petanda baik untuk dunia
Tidak dinafikan, malah ahli politik di negara ini turut dilihat menggunakan beberapa ungkapan penarik yang digunakan oleh Obama ketika berkempen namun soalan yang paling tepat ialah adakah perubahan seperti itu membawa apa-apa kesan ke atas sebuah negara yang kecil seperti Malaysia?
Bagi penganalisis politik Dr Oh Ei San, beliau tidak melihat sebarang perubahan ketara daripada segi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.
Beliau berkata satu-satunya kesan ke atas Malaysia ialah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Amerika dan Malaysia akan kurang menjadi keutamaan bagi Presiden baru berbanding pentadbiran semasa di bawah Presiden George W. Bush.
Malah sekiranya mereka berminat untuk mengadakan FTA dengan kita, mereka berkemungkinan memberi penekanan ke atas hak asasi manusia dan hak pekerja di samping perlindungan alam sekitar sebagai faktor utama semasa mengadakan rundingan," katanya.
Malaysia adalah sebuah daripada rakan dagang utama Amerika manakala Amerika pula kekal sebagai antara pasaran eksport utama bagi sektor semi-konduktor dan pengeluaran Malaysia.
Beliau berkata dalam arena politik, beliau percaya wujud sedikit kesan berhubung tanggapan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau dilihat sebagai lebih rapat dengan Amerika dan lebih rapat dengan Republikan berbanding Demokrat.
"Bagaimanapun, pada masa yang sama, ia juga menjadi berita buruk bagi parti pemerintah dan kerajaan Malaysia memandangkan Amerika di bawah kepimpinan baru ini berkemungkinan menyentuh mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan ia merupakan isu hak asasi manusia," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Liew Chin Tong berkata keputusan itu menandakan berakhirnya era penswastaan ekonomi yang lebih dikenali sebagai "Reaganomic" yang diperkenalkan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan pada 1980-an.
"Ini adalah babak baru dalam politik Amerika selain dasar ekonomi mereka. Presiden baru akan membuat lebih banyak pertimbangan ekonomi dan ini akan memberikan dasar seperti penswastaan, suatu pertimbangan semula yang besar.
"Secara tidak langsung, bagi kita di sini, ia akan mendesak kerajaan supaya memfokus semula strategi mereka dalam menyediakan kemudahan asas seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan kepada masyarakat umum," katanya
Bagaimanapun, daripada segi dasar luar asing Amerika, Liew bersetuju dengan pendapat bahawa tidak akan ada sebarang perubahan yang ketara daripada segi dasar luar memandangkan Amerika banyak dipimpin oleh konsensus yang dicapai menerusi pendekatan dwipartisan mereka.
"Mereka mungkin menyerahkan kepada birokrat di Jabatan Negara untuk membuat keputusan," katanya
Bagaimanapun, bagi penganalisis seperti Dr John Lee, felo pelawat di Centre for Independent Studies di Sydney, beliau menarik perhatian bahawa Obama, sama seperti pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton, perkara paling penting dalam strategi keselamatan Amerika bagi rantau ini akan menjadikan hubungannya dengan China lebih akrab.
Lee berkata sungguhpun ini bermakna Amerika tidak akan mengabaikan hubungannya dengan negara di rantau ini seperti Malaysia, namun begitu, China akan mendominasi perhatian Amerika.
"Apabila tiba kepada dasar China yang sangat mustahak ini, Obama tidak mungkin melihat peranan yang signifikan bagi Asia Tenggara. Perundingan akan menjadi kurang dengan perikatan Asia Tenggara, hanya disebabkan Asia Tenggara akan dilihat secara strategiknya sebagai kurang relevan apabila membabitkan isu menguruskan kebangkitan China," tulis beliau dalam artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.
Bagaimanapun, bagi Dr Siva Murugan, pensyarah kanan dan penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, sungguhpun Amerika memberi lebih fokus kepada China, usahanya untuk memulihkan hubungan dengan negara Timur Tengah dan Islam akan meletakkan Malaysia dalam perhatian.
"Tidak ramai cendekiawan dan penganalisis yang melihat dari sudut ini bahawa Obama mahu mempunyai hubungan yang lebih baik dengan negara Timur Tengah dan Islam, anda memerlukan sokongan daripada semua negara Islam, maknanya termasuklah Malaysia," katanya.

lagu hot@mahasiswa malaysia