"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 2, 2008

1001 cara merebut pemerintahan MPP pasca PRK


Ali Bukhari Amir
Perang adalah angka. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Perang yang pertama dalam Islam menyaksikan bagaimana 313 tentera Islam telah menewaskan 1,000 tentera Musyrikin. Bermodalkan semangat dan tawakal bulat, mereka akhirnya menang! Tidak dapat dinafikan bahawa hal kemenangan dan kekalahan itu memang berkait rapat dengan angka. Selalunya, angka yang besar menewaskan dan menumbangkan yang kecil. Sekiranya yang berlaku sebaliknya, tentu ia adalah kesan mukjizat.
Mukjizat berlaku apabila jumlah pasukan yang kecil dan kerdil, tapi baik amalannya lalu dengan berkat amalan itu, mereka mendapat bantuan Tuhan. Contoh-contoh klasik selain perang Badar adalah perang Talut melawan Jalut, kes Bani Israel melarikan diri daripada tentera Fir’aun di Laut Merah dan lain-lain.
Mukjizat besar terjadi, lautan terbelah dua dengan sebab amalan pengorbanan Bani Israel; berhijrah meninggalkan Mesir, meninggalkan hasil tanaman meranum untuk mencari satu penempatan baru. Amalan ini berkaitan dengan pengorbanan.
Mana-mana amalan yang menuntut pengorbanan, biasanya mewujudkan gegaran besar di dalam sejarah. Jelas.. angka bukannya kayu ukur muktamad dalam kemenangan. Menang itu boleh jadi tercipta dengan sebab mahir menyusun strategi.
Menang kerana strategiTentera Islam dalam kebanyakan perang, Perang Khandaq dan lain-lain peperangan, telah mencedok strategi ilmu peperangan daripada tamadun lain juga seperti Parsi dan lainnya. Soalan awal yang patut kita tanya diri sendiri .. adakah kita menyusun strategi?
Saufi daripada Upsi akhirnya melayangkan sms, “Aspirasi meletakkan calon menang tak bertanding sebagai YDP. Calon undi tertinggi PRK Upsi hanya diletakkan sebagai exco, memang mainan HEP.” Saya tidak menjawab sms itu kerana penjelasannya panjang.
Maka, buang jauh-jauh pendapat selama ini, bahawa yang mendapat undi (angka) tinggi akan menang. Berasaskan pengalaman sebelum ini pun, kita dah tahu bahawa HEP Umno dan Aspirasi akan melakukan 1001 macam kaedah dan strategi untuk menang.
Kisah pilihan raya di USM itu belum tamat. Inilah sambungannya. Selesai pengiraan undi malam itu, wakil-wakil PMI, Dema yang membentuk pakatan propelajar berasa riang dan gembira. Puas hati kerana mereka mendapat undi tertinggi.
selanjutnya.....

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia