"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 3, 2008

RM 3.5 BILION@ RM 3, 500, 000, 000. 00 WANG RAKYAT DIPINDAHKAN KE BANK ADIK NAJIB


Sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana ekonomi kita akan terjerumus kemelesetan yang teruk andai Umno kekal memerintah, dan jangan terkejut jika dana Pencen Pesara pun akan dihanguskan, Ya! anda terkejut tiba tiba Najib mengumumkan dia menyuntik 5 billion ringgit duit EPF.
Sehari selepas saya mendedahkan Menteri Kewangan yang baru ini akan mencedok segala duit Kerajaan dan rakyat, tetapi apa yang kita tidak tahu adalah 2 hari sebelum ummat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan(kementerian Kewangan) telah sibuk mengeluarkan 3.5Billion duit kerajaan yang didepositkan didalam Bank Bank komersial di malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB yang mana kita sedia maklum bank tersebut dimiliki adik Menteri Kewangan iaitu Nazir Abdul Razak.
Mengapa transaksi ini dibuat secara terburu buru? 2 hari sebelum Raya dan hari pertama Wall Street mengalami kejatuhan teruk semalaman. Mengapa perlu dipindahkan hanya BANK CIMB? Seorang pegawai bank negara telah mendedahkan kepada saya ketika pertemuan dihari raya, dikalangan pegawai pelaburan bank bank Kormersil dan Bank Negara juga tertanya tenya mengapa Kerajaan memindahkan begitu banyak wang. ada yang berkata kalau mahu dikatakan mahu membayar bonus kakitangan awam ia telah dibuat lebih awal, jadi apa yang tergesa gesa Kerajaan pindahkan wang kepada CIMB Bank? Tidak cukup dengan memindahkan 3.5 Billion duit kerajaan kepada CIMB Bank, tidak sampai 2 minggu sekali lagi Najib mengumumkan 5 Billion lagi digunakan untuk menyuntik kedalam Valuecap iaitu sebuah syarikat pelaburan Kerajaan?
Saya meminta mana mana yang terlibat dengan Bank Negara boleh mengesahkan berita ini. Pada saya , saya memperolehi berita ini dari orang yang amat dipercayai. Transaksi itu telah dibuat padaa 29.9.2008.APAKAH USAHA MENYELAMAT PELABURAN CIMB BANK? Untuk pengetahuan sebelum menjadi Bank, CIMB adalah sebuah syarikat pelaburan yang terkenal dengan nama CIMB Investment bank. Syarikat ini fungsinya sama dengan ECM Libra yang pernah dikaitkan dengan khairy dimana pernah bercita cita menjadikan ECM Libra sebagai sebuah bank Kornersil melalui penguasaan Avenue Capital. sejarah itu nampaknya berulang. kini giliran Kroni dan sanak saudara bakal PM membolot segala harta dan hasil mahsul Kerajaan dan rakyat.Selain Public Bank melalui Public Mutual, CIMB antara pengurus dana Amanah yang terlibat dalam pelaburan dalam luar negara dengan saiz yang besar, pernahkah kita dengar pelaburan dana Amanah telah dibuat CIMB di pasaran diluar negara? malah CIMB menjanjikan pulangan melalui Fix Deposit khas untuk pelaburannya dipasaran luar!
Ia baru dilancarkan hampir 2 tahun lalu, jadi apakah tujuan duit dialirkan ke CIMB, apakah untuk mempertahankan Portfolio pelaburan CIMB yang hampir muflis? malah melalui ValueCap sudah pasti pelaburannya nanti akan menjurus kepada sokongan saham saham yang dipegang oleh CIMB Unit Trust.boleh dikatakan selepas pilihanraya semua saham saham mewah seperti tenaga, Telekom dan Maybank nilainya 40% dari harga sebelum mac 2008. Malah saham saham sederhana kini sudah ketahap 1/3 dari nilai harga sebelum mac 2008.
Apakah Value Cap akan digunakan untuk melonjakkan harga Saham yang dipegang CIMB lalu Cimb akan menjual pegangannya seperti mana dilakukan temasek kepada Maybank dengan menjual BII untuk melepaskan pegangannya dalam BII yang berhadapan dengan resiko., lalu yang hangus adalah duit EPF rakyat, apakah Value Cap tidak mengambil iktibar menghanguskan duit amanah pencen pada tahun 2003? anda boleh melihat pendedahan bagaimana 10billion digunakan Value Cap dan kini hasil pelaburannya kita tidak tahu hangus kemana?
Pendedahan ini telah dibuat didalam blog Lim Kit Siang pada tahun 2003 bagaimana dana pencen digunakan.pada tahun 1992 Mamak Keling Nor Mohd yaacob telah menghanguskan 10Billion duit Bank Negara melalui scandal pelaburan matawang asing, apakah sekali lagi Mamak ini bersama pembunuh Altantuya akan sekali lagi menghanguskan duit Rakyat? pada tahun 1992 Malaysia bernasib baik kerana Anwar berjaya mengawal kerugian yang besar yang telah dibuat Nor Mohd Yaacop, malah pada tahun tersebut Ekonomi Malaysia boleh diakatakan kuat, tetapi kini Ekonomi kita dalam keadaaan lemah , malah kita diasak dengan kemelesetan Amerika Syarikat dan Eropah apakah Malaysia mampu bertahan dengan menghanguskan berbillion billion lagi duit rakyat.
Amerika Syarikat yang membelanjakan US 700billion masih tidak mampu mengubah pasaran sahamnya, inikan 5billion Ringgit Malaysia.sekurang kurangnya Amerika membawa usul menggunakan 700billion Dollar ke dewan rakyat dan senatnya, tetapi Malaysia hanya sesuka hati tanpa dibawa ke Parlimen menggunakan duit Rakyat. lebih jelasnya duit simpanan hari tua rakyat. Saya percaya 5 Billion ini bukan satu satunya dana yang digunakan oleh Kerajaan Umno Malaysia. dalam diam mereka kini berusaha memperkudakan pelbagai dana Kerajaan seperti PNB, KWAP dan Tabung Haji.
Andai Kerajaan Malaysia tidak ditukar dalam waktu terdekat, maka tunggulah saat kehancuran ekonomi Malaysia. tanda tandanya anda dapat lihat, semalam Cuepac telah mendedahkan 50,000 pekerja Kontrak Kerajaan bakal ditamatkan perkhidmatan mereka. jumlah ini bukan sedikit, dikalan sektor perkilangan waktu kerja mereka sudah dipendekkan kepada 8 jam dan menantikan 5 bulan lagi sebahagian besarnya akan menutup operasinya. dan apakah bayaran untuk kakitangan awam dan warga pencen tidak lagi dibayar mengikut jadual? mungkin rakyat malaysia menunggu saat kehancuran itu baru mahu turun ke jalan raya, disaat kehancuran Ekonomi itu Anwar Ibrahim pun tidak mampu melakukan apa apa dalam tempoh yang singkat.
Maka bersedialah andai Malaysia menjadi seperti Indonesia 5 tahun dulu. sekurang kurangnya indeks pasaran Saham Indonesia jauh lebih tinggi dari malaysia jika dibandingkan 10 tahun dulu.Andai Kerajaan tidak bertukar, tunggulah saat kehancurannya, Petani , penoreh getah dan penanam sawit sudah melalui merasainya, kini sektor perkilangan , swasta dan Kerajaan menunggu giliran.
Lawan tetap Lawan
Reformis muda
pendedahan Lim Kit Siang pada tahun 2003
http://www.limkitsiang.com/archive/2003/jan03/lks2044.htm
dipetik dari perakexpress.com

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia