"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, October 29, 2008

DSAI Khianat?


Saya telah menerima satu soalan daripada Anak Bulan sedikit masa dahulu yang berbunyi begini:

“Salam tuan haji,
Jika ditakdirkan DSAI berpaling tadah dan
bersekongkol dengan Najib selepas Mac 2009, bagaimana keadaan PAS pada ketika
itu?
Apakah perancangan masa depan PAS? ada perancangan
ker sekiranya PKR atau DAP khianat? Pernahkah perkara sebegini dibincangkan
secara tertutup atau terbuka?Minta pendapat tuan haji!”
Wa Alaikum Salaam.Soalan macam ini yang saya suka. Terus terang dan tidak berdolak dalih. Jawapan saya begini;
Kita bergerak melalui sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam sistem ini, sokongan rakyat adalah yang terpenting. Kita kena faham bahawa penglibatan kita dengan PR adalah satu cara untuk kita lebih dikenali rakyat dan dengan itu mendapat sokongan mereka. Kita bersama PR bukan kerana ta’sub Anwar atau sebagainya. Ianya adalah untuk berpeluang mendampingi rakyat dan mereka mendampingi kita. Kita berinteraksi dengan rakyat secara direct, bukan melalui DAP atau PKR. Melalui interaksi ini, atau apa yang sering disebut sebagai ‘engagement’, kita sampaikan mesej kita berhubung Islam dan keadilannya. Dakwah kita mesti bil-Lisan dan bil-Hal. Jangan cakap lain tetapi buat lain. Ini yang kadangkala susah bagi sesetengah orang.
Setelah rakyat mengenali kita dan sokongan mereka adalah atas kefahaman dan penerimaan terhadap mesej kita, maka ini merupakan ‘sokongan sendiri’ bukan semata sokongan atas dasar kita bersama PR - iaitu oleh kerana mereka sokong PKR atau DAP, maka mereka sokong kita. Ini namanya ‘sokongan tumpangan’. Cabaran kita ialah untuk mengubah ‘sokongan tumpangan’ yang telah diperolehi pada Mac 2008 kepada ‘sokongan sendiri’. Sokongan sendiri ada dua jenis. Yang pertama ‘sokongan sendiri-hakiki’. Ini adalah dari orang Islam yang committed dengan perjuangan Islam. Sokongan ini, walau macam mana sekalipun, insyaAllah mereka akan bersama perjuangan Islam. Walaupun parti Islam lemah atau melakukan kesilapan, bagi mereka tiada perjuangan melainkan perjuangan Islam.
Sokongan sendiri yang kedua adalah ‘sokongan sendiri bersyarat’. Ini adalah sokongan dari orang Islam dan bukan Islam yang menyokong selagimana mereka menganggap pemerintahan Islam lebih adil dari yang lain. Bukan semestinya yang teradil. Hanya lebih adil dari kaca mata mereka. Sokongan ini tidak semestinya bersama kita dalam setiap keadaan dan kita kena berusaha lebih gigih untuk mengekalkannya.
Sekiranya DSAI khianat, atau PKR atau DAP khianat, maka rakyat akan menilai sejauh mana keikhlasan mereka. Mereka akan terpaksa menjelaskan kepada rakyat dan mungkin mereka akan hilang kredibiliti di mata rakyat. Sama seperti sekiranya kita (PAS) yang khianat. Kalau mereka khianat, mereka kehilangan kredibiliti, lebih2 lagi sekiranya rakyat sudah mengenali kita dan menyokong prinsip2 yang kita perjuangkan. Pada masa itu PAS akan dilihat sebagai satu-satunya parti pembangkang yang boleh diharap. Ini merupakan satu kejayaan bagi kita walaupun pada waktu itu kita mungkin dikenakan tindakan ISA, wanaudzubillahi min dzalik, sekiranya DSAI berpakat dengan Najib, wanaudzubillahi min dzalik buat kali kedua. Namun, kita kena terus istiqamah dan bina serta tambah kekuatan sokongan kita dikalangan rakyat jelata.
Akhirnya bila ‘sokongan sendiri’ mencukupi, PAS mampu menjadi teras kepada kerajaan yang disokong rakyat. Pada masa itu kemenangan kita adalah atas dasar sokongan terhadap mesej kita dan bukan ‘sokongan tumpangan’
Lagipun apa lagi pilihan kita? Khianat sebelum dikhianati? Kalau kita yg khianat, ‘sokongan tumpangan’ yang kita perolehi akan lenyap begitu sahaja. Seterusnya kita tidak akan mendapat ‘sokongan tumpangan’, apa tah lagi ‘sokongan sendiri-bersyarat’ dari golongan Islam atas pagar dan bukan Islam semasa PRU. Kita akan hanya kekal dengan ‘sokongan sendiri-hakiki’ dan keputusan Pilihan Raya pada masa itu akan mirip 2004.
DSAI dan DAP memahami implikasi pengkhianatan ini dan oleh itu saya yakin insyaAllah mereka tidak akan khianat. Oleh itu juga, persoalan ini tidak dibincang secara terbuka ataupun tertutup. Namun, secara hypothetical, saya jawab juga soalan yang dikemukakan.
Untuk penjelasan lebih lanjut tentang implikasi khianat, sila baca artikel saya yang berjudul “Satu Hari di Hari Raya dan “Respons kepada Pengunjung -Wahai Anakanda”.
WalLahu 'Alam
khalid abd samad
Ahli Parlimen Shah Alam

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia