"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 17, 2008

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TEKNIK DAN VOKESIONAL... Satu Lagi Projek Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Membina Negeri Perindustrian Islam


Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima
Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.
Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.
Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.
Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.
Elaun Kafa dinaikkan
Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.
Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.
"Kadang-kadang sama," kata Khalid.
Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."
Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.
Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.
Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.- mahasiswakini -
Mahasiswa Malaysia menyokong penuh usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diketuai Tan Sri Dato Khalid Ibrahim untuk memperkasakan sistem persekolahan berasaskan Islam. Pembinaan Sekolah Teknik dan Vokesional beraliran agama dilihat langkah terbaik ke arah pembinaan masyarakat berilmu pengetahuan dan berakhlak tinggi . Usaha kerajaan Pakatan Rakyat dalam mereformasikan sistem pendidikan agama di Selangor diyakini mampu dilaksanakan dalam masa terdekat. Langkah ini diharap membantu menjayakan cita- cita untuk membentuk negeri selangor sebagai sebuah negeri perindustrian bukan sahaja terunggul di Malaysia bahkan di Asia. Mahasiswa Malaysia mengharapkan langkah kehapadan ini dicontohi dan diikuti oleh negeri - negeri lain di Malaysia termasuk di negeri bukan Pakatan Rakyat. Adalah lebih baik Kementerian Pelajaran Malaysia pimpinan Dato Hishamudin Tun Hussein menghantar rombongan pakar kementerian untuk bersama- sama kerajaan Selangor mewujudkan sekolah teknik dan vokasional beraliran agama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia