"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 3, 2008

Naib presiden Gerakan ditemui mati

Naib Presiden Gerakan Dr S Vijayaratnam ditemui mati di luar kliniknya di Seremban pagi ini. Beliau berusia 58 tahun.

Difahamkan, mendiang jatuh dari bumbung bangunan tiga tingkat, yang dikenali sebagai 'Vijay Mahal' di Jalan Tengku Hassan - tempat terletak kliniknya - pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua orang anak lelaki.

Menurut laporan, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut. Difahamkan para pemimpin Gerakan kini berada di Hospital Seremban tempat mayatnya dibawa.

Vijayaratnam - seorang doktor di Seremban - merupakan pemimpin bukan Cina tertinggi dalam parti Gerakan. Beliau dilantik sebagai senator pada 2002 dan berkhidmat selama satu penggal sebagai setiausaha parlimen Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komiditi.

Dalam pemilihan parti bulan lalu, beliau berjaya mengekalkan jawatan naib presiden bagi penggal kedua.

Menurut pemerhati, Vijayaratnam mampu mengekalkan jawatannya kerana beliau dilihat sebagai 'orang presiden'.

-malaysiakini






No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia