"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, January 19, 2009

Saya Mangsa Keadaan - Syazrizul Ayuni


Bangsar, 18 Jan - Calon Kerusi Umum bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, Shah Rizul Ayuni malam tadi telah membuat kenyataan kepada wartawan mahasiswakini di pejabat media tersebut di Bangsar sejurus selepas Malam Pelancaran dan Pengenalan Calon Pro Mahasiswa.
Beliau yang bertegas dalam penyataannya kepada media menyatakan bahawa penyataan tersebut dibuat untuk membersihkan namanya atas rasa kecewa dengan tindakan TNC HEPA universiti tersebut yang membuat kenyataan terbuka di hadapan peserta program di kolej tersebut yang memalukan diri dan keluarganya.
Ayuni menyifatkan bahawa beliau sebenarnya telah menjadi mangsa kepada keadaan ini apabila surat yang dibawanya disifatkan sebagai dibuat sendiri atau sengaja direka oleh beliau.
“Saya sebenarnya mangsa kepada kes ini, tetapi akibat fitnah dari pihak yang tak bertanggungjawab, maka diputar belit sehingga menampakkan sayalah yang merancang semua ini.
Kenyataan bahawa saya membuat dan merancang sendiri keadaan ini ialah fitnah, kalau pun surat itu datangnya daripada saya, saya mestilah pastikan tidak akan ada sebarang kesilapan.
Saya tidaklah terlalu lalai sehingga nak beri surat ‘palsu’ itu kepada polis,”jelas beliau panjang.
Beliau menjelaskan bahawa beliau mengambil tindakan berdiam diri kerana dinasihatkan oleh polis supaya tidak membuat sebarang penyataan, bukan kerana mengaku atau mengiyakan tuduhan ke atas nya.
Menjawab keraguan berkenaan tahun ‘2008′ yang ditulis, beliau menjelaskan, tarikh itu hanya kesilapan teknikal. Apabila beliau sedar akan kesalahan tarikh tersebut, beliau telah membuat penyataan semula (restatement) kepada polis pada 14hb yang lepas.
Penyataan semula berkenaan tarikh tersebut tidak dapat diambil oleh beliau kerana disimpan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.
Calon kerusi umum PRK UM, Shah Rizul Ayuni dalam pada itu menimbulkan persoalan siapakah yang menghantar surat tersebut kepada beliau?. Menurut beliau, surat berkenaan diambil oleh beliau di dalam rak pelajar pada petang 13hb yang lalu, dan terus membuat laporan kepada polis apabila mendapati ianya ialah tawaran yang bersifat rasuah.
Beliau juga hairandan sedih mengapa TNC HEPA bertindak melatah dalam mempertahan dirinya sehingga mengganggu perjalanan program lain.
Pilihanraya kampus Universiti Malaya menyaksikan pelbagai isu menjadi tanda Tanya pelbagai pihak. Pro Mahasiswa telah mendedahkan isu rasuah dan surat tawaran menjadi calon kepada calon kerusi umum mereka,Shah Rizul Ayuni.
Persoalan timbul berkenaan surat yang kelihatan palsu. Adakah perkara ini dirancang oleh pentadbiran kolej atau sesiapa sebagai pihakketiga di kolej tersebut apabila surat itu di ambil oleh Ayuni di rak surat pelajar kolej tersebut.-mahasiswakini

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia