"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, March 8, 2009

Komen Mahasiswa Malaysia Mengenai Dasar PPSMI dan " 3 KEBODOHAN "


Oleh nazmi, webmaster Mahasiswa Malaysia
Dasar sains dan matematik dalam bahas inggeris jika diteruskan akan mewujudkan masalah 3 KEBODOHAN...
Apa kesan jika pelajar itu pintar dalam mate dan sains tapi dia lemah dalam bahasa inggeris ( bahasa penjajah ) ???
Kesannya sudah tentu beliau akan bodoh ketiga- tiga subjek hanya atas sebab pelajar - pelajar ini tidak dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik. Sudah tentu ia malang kepada negera kita yang selama ini bekerja keras untuk melahirkan teknokrat- teknokrat unggul.
Lebih mendukacitakan, didapati rata- rata guru tidak pandai mengajar dalam bahasa inggeris terutama guru- guru di sekolah biasa. Tinjauan seorang bekas felo kanan Insttitut Kajian Strategik dan Antarabangsa atau ISIS mendapati hampir 99% pelajar luar bandar tercicir akibat dasar ini.
Jika hujah kementerian pelajaran adanya peningkatan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam keputusan peperiksaan pmr dan spm boleh menjadi satu faktor merestui dasar ini, maka
Apa yang saya mahu persoalkan ialah
1) ia tidak boleh dijadikan ukuran oleh kerana pelajar diberi pilihan dwibahasa. Cuba lihat adakah pelajar luar bandar lebih berminat menjawab dalam Bahasa Inggeris. Saya kira pelajar melayu di bandar juga hanya segelintir yang menjawab dalam bahasa inggeris . Yang banyak menjawab dalam bahasa inggeris adalah orang- orang cina dan india di bandar- bandar.
2) bukankah gred lulus dalam apa2 peperiksaan baik upsr, pmr dan spm ditentukan oleh kementerian pelajaran. Saya mendapat maklumat gred lulus dan score direndahkan untuk membuktikan dasar ini berjaya
DASAR MERITROKASI YANG DIPERKENALKAN TUN MAHATHIR
1) Apakah kesan dasar mengginggeriskan Sains dan Matematik terhadap peluang kemasukan pelajar melayu ke IPTA teruatama bagi kursus- kursus kritikal sains dan teknologi ?
Didapati pelajar melayu terutama pelajar luar bandar terbukti lemah dalam bahasa inggeris. Manakala pelajar india dan cina lebih jauh ke hadapan dalam menguasai bahasa inggeris.
Bukankah dasar ini secara tidak langsung dalam jangka masa pendak dan panjang ia akan mengurangkan peluang pelajar melayu untuk memasuki IPTA.
Akibatnya kita akan kekurangan jurutera, juruukur, arkitek, doktor, ahli farmasi dan sebagainya berbangsa melayu jika dasar ini diteruskan seterusnya hasrat untuk membaiki kehidupan luar bandar melalui kecermelangan pendidikan mungkin juga akan terbantut
SILA AMATI APA YANG PROF UNGKU AZIZ KATA
Saya kira majoriti rakyat Malaysia menghormati pandangan Prof Diraja Ungku Aziz sebagai cendiakawan terunggul negara kita.
Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menyebut pada awal- awal penubuhan asasi UM ( pusat persediaan sebelum ijazah), bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu.
Apa yang menariknya menurut pak Engku Aziz, bekas graduan pada tahun- tahun awal penubuhan asasi UM majoritinya pada hari ini berpendapatan melebihi RM 45, 000. 00 sebulan. Ia adalah satu angka lumayan pendapatan seorang profesional di Malaysia.
Bukankah ini membuktikan dasar pembelajaran dalam bahasa melayu merupakan satu kejayaan. Ia juga jelas membuktikan bahasa melayu adalah satu bahasa yang sesuai dijadikan bahasa pengantar bagi mata pelajaran sains dan matematik.
Seterusnya mari kita lihat hasrat dan tujuan penubuhan UKM. UKM diilham dan ditubuhkan atas semangat mendaulatkan bahasa melayu di negara kita. Oleh kerana itu hingga hari ini UKM masih menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar termasuklah bagi kursus- kursus kritikal dalam bidang sains dan teknologi seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, optometris dan seumpamanya.
Soalan yang harus kita tanya, adakah graduan UKM dalam bidang sains dan teknologi seperti jurutera, doktor, ahli farmasi tidak laku di pasaran kerja ????
Saya kira dalam bidang perubatan dan sains kesihatan bersekutu, UKM adalah antara 3 IPTA terbaik di Malaysia.
Soalan yang sama kita tanya mengenai pelajar- pelajar UiTM secara jujur yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya kira berdasarkan maklumat dari banyak sumber - sumber sahih, graduan UiTM adalah graduan yang paling tinggi penganggurannya termasuklah graduan dalam bidang kejuruteraan.
Mengenai memeperkasakan bahasa inggeris. Apabila saya mengajukan soalan kepada pakar- pakar bahasa inggeris bagaimana kita mahu memperkasakan bahasa inggris anak- anak kita dan apakah pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris membantu pelajar- pelajar kita menguasai Bahasa Inggeris.
Beliau akui ia membantu tapi " ia tidak banyak menyumbang untuk menguasai bahasa inggeris". Tambah beliau lagi, cara terbaik adalah dengan memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Ia boleh dilakukan melalui pengenalan sastera Inggeris bermutu tinggi. Kaedah lain pula yang boleh digunapakai adalah dengan mewajibkan pelajar- pelajar ini membaca bahan bacaan inggeris tetapi bahan bacaan tersebut hendaklah bahan bacaan yang mereka sukai. Beliau turut bersetuju bahawa PPSMI itu hanya akan membahayakan masa depan pelajar- pelajar terutama mereka yang mendapat pendidikan di sekolah biasa luar bandar.
CUBA ANDA LIHAT NEGARA- NEGARA MAJU
JEPUN
Jepun menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan. Walaupun begitu, Jepun cukup dikenali seantero dunia dengan penghasilan ciptaan- ciptaan baru terutama dalam industri elektronik. Sebut sahaja jenama - jenama seperti Toyota, Honda, Nikon, Sharp, Toshiba, Mitsubishi, Daihatsu dan Suzuki. Semuanya ditulis " made in Japan ".
JERMAN
Jerman juga menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Jerman sebagai bahasa pengantar. Bahkan di peringkat pengajian tinggi sekalipun, bahasa ibunda dikekalkan sebagai bahasa pengantar. Untuk itu pelajar negara- negara lain yang berkeinginan menuntut pelajaran di Jerman perlu terlebih dahulu mempelajari bahasa Jerman. Walaupun begitu, Jerman dikenali senatero dunia sebagai negara maju dan adalah sebuah negara yang cukup hebat dalam industri automatif. Lihat sahaja jenama- jenama hebat seperti BMW, Volkswagen, Jaguar, Volvo, AUDI , Mercedes Benz, Brabus dan lain- lain. Semuanya adalah kereta " made in German ".
PERANCIS
Perancis sama seperti Jepun dan Jerman menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar baik pendidikan rendah hinggalah pendidikan tinggi. Malahan jika anda berada di Perancis, anda akan mendapati rakyat Perancis adalah rakyat yang anti bahasa Inggeris. Walaupun begitu, Perancis juga tergolong sebagai sebuah negera maju. Malaysia juga membeli kapal selam daripada negara Perancis. Jenama kereta terkenal seperti Renault, Peugeot dan Citreon adalah kereta buatan Perancis.
KOREA
Koera adalah sebuah negara mundur dan berada di belakang Malaysia pada tahun - tahun sebelum 1960. Namun begitu, mereka berjaya mengatasi Malaysia dalam masa yang cukup singkat. Sama sebagaimana Jepun, Jerman dan Perancis, Korea juga menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar dari peringkat pendidikan rendah hinggalah pendidikan paling tinggi. Malah Universiti Seoul iaitu antara 10 universiti terbaik di Asia turut menggunakan bahasa ibunda korea sebagai bahasa pengantar. Jenama- jenama popular seperti Samsung, LG, Hyundai, KIA, Ssangyong adalah sebahagian jenama Korea yang cukup dikenali seantero dunia bahkan di Amerika Syarikat sekalipun.
TAIWAN
Taiwan adalah sebuah negara yang pada hari ini cukup dikenali dalam bidang teknologi maklumat dan perfileman. Sebut sahaja jenama- jenama seperti Acer dan Asus, pasti mana- mana penduduk seantero dunia cukup mengenalinya. Acer dan Asus adalah syarikat teknologi pembuat komputer terunggul di dunia dimiliki dan diasaskan rakyat Taiwan. Taiwan menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat rendah hinggalah peringkat tertinggi.
MAKA,
Sedarlah kita akan kerugian pakar- pakar dalam bidang kejuruteraan, perubatan, teknologi dan seumpamanya jika dasar ini diteruskan.
Malanglah jika kita akan hilang pakar- pakar ini pada masa hadapan hanya disebabkan mereka gagal menguasai sains dan matematik sebaliknya hakikatnya mereka amat menggemari Sains dan Matematik.
MANA- MANA HUJAH YANG KATA BAHASA INGGERIS UNTUK MATEMATIK DAN SAINS ADALAH BAIK ADALAH HUJAH ORANG- ORANG YANG TIDAK MELIHAT SATU- SATU PERKARA DENGAN PANDANGAN YANG JAUH DAN KEHADAPAN.
SILA LAYARI DAN BACA JUGA,
sila baca juga " bahasa kebangsaan bahasa ilmu " di laman http://ketuaperusuh.wordpress.com/ [ketuaperusuh.wordpress.com]
atau
link :
http://ketuaperusuh.wordpress.com/2009/03/08/bahasa-kebangsaan-bahasa-ilmu/ [ketuaperusuh.wordpress.com]

2 comments:

Abd Halim said...

Anda cuma memperkatakan dari satu sudut sahaja. Adakah anda sudah pasti semua atau kebanyakan rakyat menentang PPSMI? Fikirkan isu globalisasi. Fikirkan isu kemelesetan ekonomi, isu graduan menganggur tidak berdaya saing. Adakah para akademik, DBP, GAPENA dan pejuang bahasa sanggup menterjemahkan ribuan buku-buku ilmiah terkini ke BM secara sukarela? Pejuang mesti rela berkorban utk memastikan BM layak digelar bahasa ilmu (spt yg dilakukan di Jepun) Sekiranya anda sebagai ketua syarikat antarabangsa adakah anda akan mengambil graduan yg tidak mampu berbahasa inggeris? Sekiranya kementerian pelajaran mewujudkan semula SRK (aliran Inggeris PPSMI) dan SK (aliran Melayu) adakah anda pasti SRK akan mengalami kekurangan murid? Adakah anda pasti para ibu bapa akan menyekolahkan anak-anak mereka di SK? Sudah tentu ibu bapa mahu yg terbaik utk anak-anak mereka. Oleh itu pernyataan anda bahawa PPSMI ditolak oleh ibu bapa tidak boleh diterima.

Abd Halim said...

Anda cuma memperkatakan dari satu sudut sahaja. Adakah anda sudah pasti semua atau kebanyakan rakyat menentang PPSMI? Fikirkan isu globalisasi. Fikirkan isu kemelesetan ekonomi, isu graduan menganggur tidak berdaya saing. Adakah para akademik, DBP, GAPENA dan pejuang bahasa sanggup menterjemahkan ribuan buku-buku ilmiah terkini ke BM secara sukarela? Pejuang mesti rela berkorban utk memastikan BM layak digelar bahasa ilmu (spt yg dilakukan di Jepun) Sekiranya anda sebagai ketua syarikat antarabangsa adakah anda akan mengambil graduan yg tidak mampu berbahasa inggeris? Sekiranya kementerian pelajaran mewujudkan semula SRK (aliran Inggeris PPSMI) dan SK (aliran Melayu) adakah anda pasti SRK akan mengalami kekurangan murid? Adakah anda pasti para ibu bapa akan menyekolahkan anak-anak mereka di SK? Sudah tentu ibu bapa mahu yg terbaik utk anak-anak mereka. Oleh itu pernyataan anda bahawa PPSMI ditolak oleh ibu bapa tidak boleh diterima.

lagu hot@mahasiswa malaysia