"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, December 23, 2008

Menantu Pak Lah Akui PAS Matang Berpolitik


KOTA BHARU, 21 Dis - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.
Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.
Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.
"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.
"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.
Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.
Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.
Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.
Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.
Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.
Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.
Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.
Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.
Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak : Jangan Politikan Pembelian CAMRY


IPOH- 15 Dis. – Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini meminta orang ramai agar tidak mempolitikkan isu pembelian Toyota Camry 2.4 yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan orang ramai khususnya rakyat negeri Perak sepatutnya tidak mudah mempercayai laporan media arus perdana dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggujawab, sebaliknya mereka perlu mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kerajaan negeri mengapa tindakan tersebut diambil.
“Alhamdulillah, kita telah pun mendengar penjelasan daripada pihak kerajaan negeri dan kita merasakan tindakan tersebut adalah wajar memandangkan kos untuk membaiki serta menyelenggara Proton Perdana adalah begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat program motivasi Sekolah-sekolah Agama Rakyat Negeri Perak di sini hari ini.
Mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari kononya tindakan tersebut sebagai tidak patriotik, beliau menjelaskan keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk menjimatkan duit rakyat dan mengelakkan pembaziran ekoran penyelengaraan kereta Proton Perdana berkenaan begitu mahal dan merugikan.
“Pembaziran adalah amat dilarang dalam Islam, malah ia dikaitkan dengan saudara syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Maka, langkah kerajaan negeri untuk membendung pembaziran adalah lebih utama dan lebih dituntut daripada patriotik” katanya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd Firdaus Abdullah kononnya tindakan tersebut sebagai mengkhianati Negara apabila menggunakan kereta buatan luar, beliau mengatakan pihak PPPM sepatutnya mengajukan nasihat tersebut kepada pemimpin-pemimpin negara dan menteri-menteri kabinet lain yang lebih gemar menggunakan kereta buatan luar yang lebih mahal.
Ini termasuklah langkah kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini yang bukan sahaja merupakan jenis kereta buatan luar malah jauh lebih mahal dan membazir wang rakyat.
“Saya cadangkan pihak PPPM lebih baik ajukan nasihat tersebut kepada bapak-bapak menteri yang suka beli kereta-kereta import yang jauh lebih mahal bukan sahaja untuk mereka bahkan untuk anak beranak mereka” tegas beliau.
KOMEN PEMBACA :
Shahir said…
Saya sebelum ini telah beberapa kali berkesempatan mendengar persidangan parlimen secara langsung di Dewan Rakyat.
Apa yang saya lihat isu penggunaan Proton yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hanya propaganda politik semata-mata.
Mereka gesa kerajaan negeri Perak untuk gunakan Proton Perdana dan tidak kurang ada pula cadangan untuk menggunakan Proton Waja
.Ini cadangan yang baik, tapi apa guna bagi cadangan tapi tak buat? Mereka suruh guna Proton, tapi mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) semuanya menggunakan kereta import yang sangat mewah ketika hadir sidang Parlimen...
Jika saudara tidak percaya, saya cadangkan saudara pergi sendiri ke Parlimen dan lihat kereta apa yang digunapakai oleh Menteri-menteri UMNO-BN.
Sepanjang pemerhatian saya di Parlimen, saya tidak pernah pun melihat walaupun seorang Menteri atau Ahli Parlimen UMNO yang menggunakan Proton Perdana apatah lagi Proton Waja...
Bila saudara ada masa, pergilah ke Parlimen dan lihatlah gelagat 'bermewah-mewahan' menteri-menteri kita...
wallahu a'lam...

Economics Student Leader Council (ECONS) Sokong Hasrat Gantikan PERDANA Dengan CAMRY


Kuala Lumpur: Setiausaha Economics Student Leader Council (ECONS), Saudara Ahmad Fahmi dalam temubual tidak rasmi bersama wartawan Mahasiswakini.com dipetik sebagai berkata pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin dilihat tidak patriotik dan membazir bagi sesetengah golongan. Namun beliau menyifatkan tindakan Kepimpinan negeri Perak sebagai implikasi pasaran dalam pembangunan dan pemerkasaan industri automotif Negara.
“Sememangnya ramai yang memberi respon dari sudut politik, tetapi kita bercakap tentang kualiti bukan jenama. Ahli masyarakat terutamanya mahasiswa perlu melihat isu ini dari aspek sejauhmana Malaysia memacu Industri Automotif. Industri Automotif kita masih lagi ditahap yang rendah malah memerlukan pemerkasaan dari aspek teknologi dan tenaga pakar. Bagi saya, kerajaan Perak lebih mementing nilai wang (value of money) berbanding aspek Jenama Malaysia. Sememangnya kita perlu menyokong industri Negara, tapi kalau barang tak bagus, kos selenggara tinggi dan tak mencapai standard, pelanggan tetap akan lari. Ini hukum pasaran” ujar beliau panjang.
Beliau yang diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri juga menyatakan pasaran automotif dunia dalam keadaan tenat akibat krisis kewangan Amerika Syarikat. Syarikat automotif seperti Ford dan DaimlerChrysler terpaksa menuntut bantuan dari Pusat dalam usaha menyelamat syarikat tersebut daripada bankrup.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.
Saudara Ahmad Fahmi juga menyarankan kepada kepimpinan Negara supaya mementingkan pembangunan Negara dari aspek ekonomi dan kualiti eksport. Beliau juga menambah kerajaan tidak boleh merasa selesa dengan pencapaian industri automotif Negara malah perlu berusaha meningkatkannya.
“Di samping matlamat politik, saya menyarankan pemimpin Negara perlu melihat dengan lebih jauh dalam aspek ekonomi Negara. Kerajaan jangan merasa ‘syok’ (seronok) sendiri dengan pencapaian industri automotif yang ada sekarang, pasaran semakin kompetetif tetapi kita masih lagi dengan teknologi yang lama. Kualiti kereta kita juga masih rendah jika nak dibanding dengan syarikat gergasi dari Jepun dan Korea Selatan.
Isu perkauman dan pelbagai isu picisan lain semakin menjadi tidak relevan tetapi pembangunan ekonomi yang rakyat inginkan” tambah beliau santai.Isu pembelian kereta berkenaan mendapat respon hangat daripada golongan mahasiswa. Isu ini semakin panas apabila kerajaan Kedah juga dijangka akan mengumumkan tindakan tersebut dalam masa terdekat. Kepimpinan mahasiswa di kedua-dua negeri termasuk Bersatu Perak dan Persada dijangka akan bertemu dengan kepimpinan peringkat negeri bagi mendapat penjelasan kukuh tentang isu ini.-mahasiswakini

Husam Bentang Cara Majukan Ekonomi Kelantan dan Penang dalam Forum " The New Economic Vision for Penang and Malaysia "


Kerajaan Kelantan mencadangkan beberapa inisiatif strategik bagi memperkasakan kedudukan ekonomi negeri-negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat. Langkah ini adalah sebagai pencetus kepada pembentukan suatu persepakatan ekonomi yang formal di antara negeri-negeri tersebut sebagai suatu langkah utama menghadapi cabaran-cabaran semasa samada ddari dalam atau dari luar negara.
Ketika membentangkan cadangan ini di dalam forum> antarabangsa "The New Economic Vision for Penang and Malaysia" di Pulau Pinang baru-baru ini, YB Dato> Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sudah sampai masanya negeri-negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat menterjemahkan kesepakatan politik mereka kepada inisiatif-inisiatif yang "tangible" dan yang>memberikan kesan langsung kepada kebajikan rakyat-rakyat di bawah naungan Kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.
Forum dua hari itu dianjurkan oleh InvestPenang dengan kerjasama Penang Development Corporation (PDC). Turut hadir di dalam forum tersebut ialah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng.
Menurut Dato Husam Musa, Kelantan menawarkan dua inisiatif>utama dalam masa terdekat, iaitu pembangunan industri pelancongan "high value tourism" di kawasan sekitar Empangan Pergau, dan pembentukan satu persepakatan di dalam mencari langkah-langkah alternatif yang dapat mengurangkan penggunaan baja di dalam projek-projek>berkaitan dengan industri pertanian di dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Dengan jarak hanya 2 jam perjalanan dari Pulau Pinang ke Empangan Pergau, pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang boleh dibawa ke Kelantan untuk melihat keindahan fauna dan flora di kawasan sekitar Empangan Pergau, dan ini merupakan suatu destinasi yang dapat melengkapkan kunjungan mereka ke negeri Pulau Mutiara itu", tegas beliau.
Selain itu, Tanah Tinggi Lojing dan Taman Negara Nenggiri juga mempunyai potensi pertanian dan pelancongan yang dapat dikongsikan bersama antara negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Dalam aspek pengurangan kos baja pula, beliau menegaskan bahawa dengan harga kelapa sawit dan lain-lain bahan>komoditi pertanian yang menjunam sekarang, setiap ringgit pengurangan dalam kos baja akan merupakan penambahan di dalam keuntungan untuk industri tersebut, terutama untuk>pekebun-pekebun kecil yang bergantung hidup kepada hasil pengeluaran kelapa sawit. Ini akan menjamin supaya industri pertanian ini terus dapat berdaya maja menghadapi cabaran-cabaran pasaran global.
Menurut Dato Husam lagi, persepakatan ekonomi antara negeri-negeri Pakatan Rakyat ini bukan sahaja penting untuk menghadapi cabaran ekonomi global akibat keruntuhan sistem kewangan di Amerika dan Eropah, tetapi tidak kurang pentingnya ialah untuk menghadapi tekanan-tekanan dan layanan berat sebelah yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap negeri-negeri Pakatan rakyat tersebut.
Beliau menyebut sebagai contoh bagaimana hasil gas asli yang ditimba dari perairan laut di Kelantan tidak didaratkan di Kelantan, sebaliknya dialihkan ke Songkhla yang jarakanya 50km dari Kelantan, dan kemudiannya dibawa masuk semula melalui Kedah ke Malaysia. Langkah ini bukan sahaja mengakibatkan negeri Kelantan terlepas peluang untuk membangunkan industri gas asli di dalam negeri, tetapi juga menyebabkan billion ringgit wang rakyat di bazirkan kerana lencongan 200km "pipeline" tersebut. Akhirnya, Kedah juga jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Di dalam majlis yang sama, Dato Husam menegaskan harapan agar kaum-kaum Melayu dan India yang dipinggirkan selama ini di dalam pembangunan ekonomi di Pulau Pinang akan diberikan> peluang yang lebih adil bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua kaum di Pulau Pinang. "Cabaran bukan sahaja untuk memacu ekonomi supaya terus berkembang dan mengekalkan pertumbuhan itu, tetapi juga membetulkan semula kesilapan dua dekad yang lalu, bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di seluruh Negara", tegas beliau.

CELCOM Broadband Atau CELCOM "BERUKBAND dan Pendapat Pengguna2 "???



CELCOM kena bukak mata, aku dapat banyak aduan tentang masalah CELCOM Broadband sejak 2 minggu lepas dan sampai hari ni rasanya masalah ni tak selesai-selesai lagi... jangan sampai pelanggan lari..!
Aduan dari blogger BANGUN DENGAN KEKUATAN :-
Salam sejahtera...
Sudah 2 minggu lebih aku tak dapat gunakan CELCOM BROADBAND 'BLACKBERRY PACKAGE' yg sepatutnya sebagai pelanggan, aku tidak harus terganggu penggunaannya.
Bayangkan penggunaan internet sudah menjadi wajib dalam urusniaga dan mencari maklumat oleh aku setiap hari.
Aku sudah melaporkan pada CARELINE CELCOM, tapi sehingga posting ini ditulis, penggunaannya amat menghampakan walaupun jaminan selepas aku melaporkan aduan ini, aku akan dihubungi oleh Bahagian Teknikal Celcom...tapi sampai sekarang, hampeh..!!!
Semua urusan sekarang, aku gunakan DIGI Akses...tapi berapa pula bil aku nanti..?Wallahualam, patutkah aku bayar bayaran tetap RM98 pakej broadband celcom..?? Aku akan bayar kalau aku boleh akses, ini aku tak dapat guna...celcom sendiri boleh semak berapa Kilo Bytes per Second (K/B) penggunaan aku dalam masa 2 minggu ini...sudah pastinya tiada..!!! Ini no. akaun Celcom aku: 90693478, betol atau tidak ada 2 aduan yang telah dibuat..???
Sudah beberapa tahun aku gunakan talian Celcom...ini la kali pertama aku tak dapat akses dgn sehampehnya...sudah ramai kawan2 aku pengguna celcom broadband juga hadapi masalah yg sama...harap celcom lebih perihatin...macam kata dalam website marhaen, ISP, CELCOM ataupun yang lain2 Broadband yang bermasalah...bukanlah INTERNET SERVICE PROVIDER tetapi INTERNET SERVICE PARIAH..!!!
Aduan dari Juraiza Abduk Aziz :-
This was happened to me about 4 months ago..my advise.TERMINATE IT...memang gah promosi,tapi service hampeh! then ku rujuk semula dengan Digi..walaupun bukan 3G..internetku tak pernah disconnected sepanjang penggunaan..
Aduan dari AXL RAZAL :-
haa tu la pasal.. gua lg la plak,baru je langgan celcom broadband ari ni,da jd mcm ni. pakej high speed lak tuh. kata terluas,terhebat. betul la Internet Service Pariah(ISP)
Aduan dari kamal zaman :-
Bukan sdra aje..saya gunakan celcom broadband ni sejak tahun yang lalu bagi tujuan perhubungan dengan pejabat..hanya kawasan tertentu aje yang ok..coverage celcom 3G tidak membantu kita untuk akses internet..kebanyakan berlebih2 dalam iklan aje..saya gunakan data card untuk connection dgn laptop.. So kalau belum beli jangan belilah..gunakan cyber cafe aje..kecuali perlu untuk tugas seperti saya yang mesti gunakan internet..
Aduan dari waja :-
sekadar nak memanjang kan le....... saya lak guna digi nye broadband............... edge/gprs setakat ni xde la masalah yg berjangkit cuma hp je la yg buat masalah... kdg2 pening gak la.... setting lari nak time tengah malam haru biru jd nye la... tgh uat keje DC lak.. tu yg pening... Alhamdullilah la jgn lagi kena cam celcom nye ah le
Aduan dari Mohd Haffiz Mohd yusof :-
memang betul celcom 3g bermasalah... kalau nak surf internet memang ok... bg saya..saya kerja dari rumah...menggunakan VPN untuk connect server di US...memang kekadang menjadi masalah untuk saya connect ker server lain...bg pengguna internet memang takde jadi masalah punye...
Cukup yang tu je aku sertakan dekat sini, kang penuh lak entri ni... lepas banyak dapat aduan dari pembaca, aku cuba dapatkan CELCOM Broadband milik abang aku. senang hati sungguh abang aku bagi... sambil dia hulur Broadband tu dia sengih dekat aku lepas tu dia habaq - aku nak tengokj berapa lama hang boleh tahan dengan mentang ni...
Dari situ aku paham dah... aku try connect ok... x sampai 2 minit, disconnect... macam sial... tu la yang aku dok ulang dekat 2 jam. tengok dekat HP ada 3G... maknanya kalau ikut lojik, broadband mesti tak de masalah... last sekali aku tak tahan aku cabut.
Pulang balik dekat abang aku, abang aku lak selambe je cakap, ko buang dalam tong sampah tu. dok ngan aku buat sakit hati je. bayar mahal, service "mahaiii"...
Ni bukan CELCOM Broadband, ni CELCOM BERUK BAND!!!

RM 0. 88/ Liter Harga Petrol Tanpa Subsidi... RAKYAT BAYAR CUKAI RM 1. 00/ LITER

,
Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia

Hari ini harga minyak dunia diniagakan pada harga USD 39.93 / tong.
1 tong minyak = 159 liter
USD 1 = RM 3.50
Maka,
harga minyak 1 tong dalam ringgit Malaysia adalah RM 139. 76
Maka,
Harga Miyak Malaysia 1 liter TANPA SUBSIDI KERAJAAN SEPATUTNYA RM 0. 88
Kerajaan telah berjanji untuk memberi subsidi RM 0.30 bagi setiap liter minyak petrol..
MAKA,
Harga minyak Malaysia pda hari ini sepatutnya RM 0.58 / liter
RM 0.58 SAYA ULANGI...
So mana janji- janji kerajaan ?????
ADAKAH ANDA TERUS MAHU MEMBERIKAN UNDI KEPADA KERAJAAN YANG RAKUS MENGUTIP CUKAI MELAMPAU DARI RAKYAT
Sudahlah sebelum ini rakyat dipaksa membayar duti import yang berkali - kali ganda tinggi daripada harga kereta yang diimport..
Hari ini sekali lagi rakyat terpaksa membayar cukai RM 1.00 bagi setiap liter petrol yang dibeli di stesen- stesen minyak
Oleh yang demikian Mahasiswa Malaysia menyeru kesemua rakyat Malaysia yang berfikiran waras agar memberi kesedaran kepada kerajaan UMNO/ BN dengan memastikan calon UMNO/ BN iaitu Senator Wan Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri HILANG WANG DEPOSIT dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Anwar Ibrahim Ketuai PKR Sabah Sarawak.. ROMBAKAN BESAR PKR 14 NEGERI UNTUK LONDEHKAN UMNO/ BN


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan baru - baru ini telah membuat keputusan merombak sebahagian besar pengerusi perhubungan negeri. Ini demi memberikan nafas baru dan memperbaiki tahap pentadbiran ke arah memperkasakan parti. Malah usaha serius menawan Sarawak akan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sendiri akan menjadi 'care taker' bagi dua negeri di Malaysia Timur ini. Berikut ialah senarai pengerusi perhubungan.
1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah
Tahniah buat yang baru terlantik dan kepada yang dinamakan semula gunakanlah kepercayaan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian kita. sila klik untuk baca kenyataan penuh DSAI
Dalam perkembangan lain pula begitu kuat khabar angin mengatakan kononya Ketua Umno PJ Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim akan menyertai Pakatan Rakyat. Namun berdasarkan beberapa portal berita pula melaporkan bahawa tokoh ini tidak menafikan khabar angin ini tetapi cuma berkata sedang memikirkan dengan serius. Kepada Datuk Zahar, kalau benar tekad di hati melangkahlah dengan berani. Salam hangat buat Datuk Zahar.Selaku MPT keADILan penyertaan Datuk Zahar dan teman - temanya amat di alu alukan. Sesungguhnya pengalaman Datuk dan teman - teman akan dihargai dan bakal membantu memperbaiki lagi Kerajaan bawah PR (khususnya Selangor) serta memperkukuhkan perjuangan Pakatan Rakyat.
keADILan amat mengalukan kemasukan sesiapa sahaja sama ada telah berparti atau tidak berparti untuk bersama mendokong cita - cita 17 matlamat perjuangan keadilan. Namun perjuangan ini tidak menjanjikan apa apa habuan selain kenikmatan bersama menegakkan keadilan. sila klik untuk membaca berkenaan berita ini

Terbukti Utusan Memfitnah Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS... MAHFUZ MENANG DI MAHKAMAH


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.
Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.
Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.
Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.
Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

Senator Wan Farid Dilucutkan Jawatan Timbalan Menteri & Senator Jika Kalah


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangannya dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.
Jika tewas, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator untuk mengekalkan jawatannya sebagai timbalan menteri dalam negeri yang disandangnya sejak Mac lepas.
Wan Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua hari ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dilaporkan dalam laman web Utusan Malaysia sebagai berkata, jika Wan Ahmad Farid tewas dalam pilihanraya kecil tersebut, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator.
Menurutnya, timbalan menteri itu dianggap telah berkhidmat untuk tempoh tiga tahun atau satu penggal penuh walaupun beliau meletakkan jawatan senator pada 5 Januari depan bagi membolehkan berdiri sebagai calon BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut.Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail di Genting Highlands pada 28 November lalu.
Abdul Hamid berkata, berdasarkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada masa pemerintahan perdana menteri ketiga, allahyarham Tun Hussein Onn, seseorang senator hanya boleh memegang jawatan itu selama dua penggal atau enam tahun.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid, yang ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil tersebut.
Wan Ahmad Farid, 46, bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London merupakan anak jati Kuala Terengganu.
Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan exco Pemuda Umno Malaysia dari 1999 hingga 2004.
Pada 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
PAS, yang pada mulanya dijangka mengumumkan nama calonnya Ahad lalu, tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan hanya mengumumkan calonnya pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.
Antara nama yang disebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; timbalannya Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat Dr Mohd Khazani Abdullah.
Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.
Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.-malaysiakini

Teresa Kok Saman Utusan dan Khir Toyo RM 30, 000, 000. 00


Ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.Exco kanan kerajaan Selangor itu berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur tengah hari ini.
Sebelum ini Teresa telah dua kali menyaman fitnah akhbar berpengaruh itu.Pada 12 Disember lalu, beliau menfailkan saman terhadap penulis terkenal Datuk Chamil Wariya dan akhbar itu dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.
Sementara pada 9 Oktober lepas, Teresa menyaman dengan jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan.
Teresa mendakwa dua defendan itu telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu

REMAJA PEREMPUAN HILANG... Rabiatul Adawiyah Bt Ngah




Assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.
Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah

Othman Omar Bos Baru PKNS


Othman Omar, seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta, dilantik sebagai pengurus besar baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - menamatkan isu kontroversi berhubung jawatan tersebut.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan itu yang berkuatkuasa mulai 1 Februari depan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.Jawatan itu kosong susulan persaraan Datuk Harun Salim akhir Oktober lalu.
Susulan kekosongan itu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut - yang kemudiannya mencetuskan bantahan meluas ahli-ahli politik Melayu, termasuk PAS.
Menteri besar asalnya merancang mengekalkan Low selama setahun sehingga pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS ditemui.
Bagaimanapun kontroversi pelantikan Low dipercayai mendorong Abdul Khalid menyegerakan penggantian Harun selepas menjalankan temuduga mencari calon sesuai sebulan mulai November.

Monday, December 22, 2008

Sewa Rumah Pak Lah & Najib RM 10, 054, 217. 00 Setahun... JOM BACA KOMEN RAKYAT


LensaPR said...
Berkatalah Saidina Ali r.a : kemiskinan wujud kerana ketidakadilan dan pembaziran. Stop. Tak perlu teori ekonomi canggih2.
http://sokongpr.blogspot.com/
pendikar gunung kriang said...
Terima kasih Pak Lah dan Najib yg selalu mengingatkan rakyat Malaysia utk hidup berhemat, berjimat cermat dan tidak boros ketika zaman sukar ini. Anda berdua telah menunjukkan teladan terbaik kepada rakyat bagaimana untuk hidup secara berjimat cermat dengan tinggal di mahligai dengan kos sewa dan penyelenggaraan seharinya yang sungguh hebat itu. Bravo Pak Lah, bravo Najib!!! Teruskan pembaziran demi kebahagiaan diri, famili dan kroni!!!
tekong darat said...
deme jer tahu malaysia ni kaya raya...ntah berapa jam sehari dok kat rumah...patut laa maintainance V6 selamber jer bayar...rupa2nya utk rumah saja dah byk...tak rasa apa la...
cikgu aisal said...
Teringat kisah Syaidina Umar r.a, semasa menjadi Khalifah sentiasa menjelajah kota menyamar sebagai sebagai rakyat biasa mencari rakyatnya yg hidup daif dan perlu bantuan walaupun di malam hari yg gelap dan agak lewat.
Menghukum anaknya sendiri dengan hukum HUDUP kerana berzina walaupun beliau Khalifah /PM di masa tu...
Mempunyai kehidupan yg amat bersederhana dan berhutang ketika membeli baju perang kerana tidak mempunyai wang yg cukup..walaupun di Baitul Mal di bawah pentadbirannya penuh dgn wang negara.
Rasullulah S.A.W sendiri tidur berlapikan pelepah tamar kerana tidak cukup wang untuk tidur di bantal yg empuk...semuanya kerana mendahului rakyatnya daripada hidup melarat...
Kerajaan hari ini.....rakyat yg miskin bertaburan di Malaysia seolah-olah sebanding hebatnya taburan hujan di negara kita. Ada yg mula berani untuk keudara dgn "BERSAMAMU" menagih simpati dan tidak kurang pula yg memohon simpati melalui akhbar dan wahana media yg lain
..........kerana apa ia terjadi ...tidak len tdk bukan kerana JUJUR dan AMANAHnya pemimpin sehingga wang PPRT berjumlah 43 juta ringgit hilang dan lesap kerana disalahgunakan untuk kempen pilihanraya.........
Satu lagi tauladan yg baik daripada PM dan TPM serta pimpinan UMNO untuk kita rakyat marhaen di negara kita...
Tekurox said...
Cilaka punya olang....Itu jam'e, maok bagi 'monus' ciakap tatak luit, lupe2nye itu lakyat punya luit lia sapu habit lo..Babi pun lebih maik dali itu luak olang.
Buluk2 babi pun titak kiacau luit lakyat.
Kenape titak beli saja lumah tu..tatak payah sewa2..beli telus lagi jimat dali sewa.Ini mesti kloni punya pasat lo..
cikgu aisal said...
President IRAN...Almadinejad semasa mula2 menjawat jawatan president mengarahkan karpet tebal di pejabat nya dibuang...tidak ingin bermewah2.
2. Menghapus sebarang protokol bagi memudahkan rakyatnya berjumpa denganya pada bila2 masa walaupun di lwat malan..
3. Tidak tinggal di Istana Presiden dan tinggal di rumah sendiri yg kecil iaitu rumah semasa beliau menjadi datuk bndar dulu.
4. Mengguna pakai kereta lama semasa dibeli di zaman datuk bandar dahulu.
5. Bila sahaja terdengar azan atau maksuknya waktu solat beliau lantas menunaikan solat walaupun di pinggir jalan raya.." Bukankah apabila seseorang itu meletakan TUHAN dan AGAMA di hadapan maka sesungguhnya dia akan dilimpahkan kekuatan untuk terus berjuang walaupun telah lanjut usianya sepertimana TG D NIk Abdul Aziz...
bn@umno said...
jgnlah kita mempunyai sifat hasat dengki dgn kemewahan dan rezeki seseorg.Ini merupakan rezeki yg tuhan bagi kat PM dan TPM.kita patut menerimanya dgn hati yg terbuka
fadlah said...
apesal la pencacai pencacai umno@bn ni cakap xpikir?
patut la jd pencacai umno@bn
kayemsee said...
ye la kan benak@meno...kalau nak katakan rezeki..kira rasuah tu rezeki la jugak kan...buat apa kita nak sibuk2 nak tangkap..
kan ker tu rezeki dia yg dibagi utk dptkan tender..bpr buat apa dengki2 dgn dia kan...
buat apa nak tangkap pencuri...kan ker tu rezeki dia sbb dia dah dpt brg tu kan..buat apa polis nak dengi2 dgn dia plak kan...
hahaha....
lawak2...ckp mcm budak tak cukup umur la hang nie....
anakkancil said...
Mangkuk hayun nie nak kena baling dgn kasut saiz 15 nie...
hang pangkah lagi ......

Bukan ku cari harta berkoyan-koyan

Ku cari al gazali

Ku korek rahsia kitab suci
Last -last ku kawin lagi
Baru lega rasa di hati....
perunding said...
1.Teori ekonomi telur ayam saya.
anda bayar saya 50sen.saya netaskan telur jadi seekor ibu ayam.ibu ayam bertelur 10 biji menetaskan lagi 10 anak ayam dan seterusnya.sekiranya terdapat penetasan ayam jantan saya akan gantikan dgn ayam betina.setiap sepuluh bulan saya bagi anda hasilnya yg lumayan.
2.Teori ekonomi nenek saya.
nenek mengumpulkan duit diberi anak cucu.cukup rm100,000 nenek nak buat rumah banglo.instead of bagi org lain,nenek pinjamkan duit tu kpd saya,maka saya buatkan rumah banglo utk nenek.setelah siap saya lease kan kpd nenek atas alasan:duit nenek dapat semula sebab saya bayar pinjaman tu.maintainance rumah terjaga oleh pekerja khas saya dgn bayaran bulanan tertentu.
3.Teori ekonomi di negara saya.
anda ada Guthrie,Golden Hope dan Sime Darby yg HEBAT.Tubuhkan syarikat pengambilalihan SYNERGY DRIVE.(4% pemilikan dimiliki oleh sykt minioriti int!!!).berikan pinjaman oleh CIMB bank sebanyak RM40 billion.Senergy Drive pun beli kesemua Guthrie,Ghope,SDarby.kemudian namakan semula SIME DARBY.bijak,bijak.Dr Spin Ekonomi.Alih poket kiri ke poket kanan Ekonomik teori oleh perunding.
......................Sime Darby hangpa kan dah besar gajah,SJMC hang punye,gi lah beli pantai medical ke,gah jugak.
kalau nak tolong pun,jadikan anak angkat coorporate ke.gomen pulak,kalau nak bagi gah IJN tu tambah Grant kajian ke,link kan dgn hospital terkemuka dunia ke,link dgn universiti dunia ke,tambah doktor pakar ke,seminar dunia ke,macam2 lagi hang boleh buat.
Sime Darby gains no business advantages,gomens gains no political milages.buat modal parti lawan hangpa je,orang nak buat kerajaan berkebajikan,hangpa nak buat kerajaan swasta.ikut suka hati kau lah labu........................
anonymous said...
Wah! wah! wah!, bab ni jangan dengki kunun.
PR nak tuko pakaie camry, memekek lolong mcm anjing semua pencacai2 UMNO!
Mahasiswa Malaysia said...
Toyota Camry harganya lebih murah berbanding Proton Perdan kalau kerajaan tak kenakan cukai import. Septutnya kerajaan beri permit import jika Pakatan Rakyat nak beli...

Besan Rafidah dapat Permit Import 11, 000 untuk bisnes kaut untung free ratusan juta walaupun tak jual kereta... tak kan untuk urusan rasmi negara x leh

lagipun harga Camry mahal sikit ja berbanding Toyota Perdana.. enjin lebih power.. lebih jmat penyelenggaran... lebih berkuasa... lebih cantik... lebih selamat dn berkualiti
PEMIMPIN MACAM NI KA RAKYAT MAU BELA LAGI...
RAKYAT- RAKYAT TERENGGANU.. BUKALAH OTAK ANDA LUAS2...
JOM KITA HILANGKAN DEPOSIT CALON UMNO/ BN

RM 10, 054, 217. 00 Setahun atau RM 27, 545. 80 SEHARI Wang Rakyat Untuk Bayar Sewa Rumah PM & TPM


KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.
Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.
Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.
Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.
"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.
Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!
Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.
Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.
Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.
"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut LEBIH RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.

Tiada Guna Suruhanjaya Berkaitan Kehakiman& Rasuah Selagi PM Berkuasa Ke Atasnya - Profesor Undang2 UIAM

KOTA BHARU, - Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik.
Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.
"Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan."
Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri."Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.
Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.
Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.ImageDr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.
"Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti," katanya.
Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.
Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.
Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.

Sunday, December 21, 2008

Penswastaan IJN Langkah Permulaan Kerajaan BN MENSWASTAKAN HOSPITAL- HOSPITAL KERAJAAN


Oleh attakiri"

Semalan penulis terdengar siaran radio24 yang membincangkan tentang isu penjualan saham sebanyak 51% kepada Sime Darby Berhad. Rata-rata masyarakat mengeluarkan pandangan tidak bersetuju atas penjualan saham tersebut.
Penulis cukup tertarik dengan satu pandangan yang membantah penswastaan ini dengan menyebut, “Ketika Lembaga Letrik Negara (LKN) hendak diswastakan, Kerajaan mendakwa kebajikan rakyat akan terus terbela dengan tiada sebarang kenaikan yang membebankan , tetapi yang ada sebaliknya. Begitu juga dengan apa berlaku sekarang, walaupun SimeDarby mendakwa akan terus menjaga kebajikan rakyat, tetapi kenaikan pasti akan berlaku kerana pengswastaan semestinya berasaskan kepada keuntungan.”

Sebelum ini, kita telah didengari dengan beberapa ura-ura untuk mengswastakan kesihatan. Alhamdulillah rancangan tersebut seoalah-oleh terpadam seketika. Mungkin kerajaan Feudral sekarang ini bimbang rakyat akan menghukum kali kedua pula dalam PRU13 nanti. Tiba-tiba Institut Jantung Negara pula hendak diswastakan.

Institut Jantung Negara merupakan syarikat di bawah naungan Kementerian Kewangan sepenuhnya. Sebelum IJN di swastakan lagi, kos perbelanjaan pesakit dikatakan agak mahal yang membabitkan ribuan ringgit. Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana kalau IJN ini diswastakan, ini akan menyebabkan rakyat marhain takut untuk mendekati IJN disebabkan deposit yang cukup tinggi. Mungkin akan berlaku rakyat rela mati daripada membayar kos yang tinggi itu.

Hujjah menyatakan bahawa pengswastaan ini adalah bertujuan untuk memperhebatkan perkhidmatan merupakan suatu hujjah dangkal kerajaan. Kesihatan merupakan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat. Apabila rakyat bebas dari sebarang wabak dan penyakit, sektor pelancongan akan terus meningkat. Ini akan menambahkan lagi pendapatan kerajaan dalam sektor pelancongan.

Kalau sebelum ini, rakyat telah dibebankan dengan kenaikan barang secara mendadak hasil dari kedangkalan kerajaan yang terburu-buru menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.70 sen. Kalau sebelum ini, rakyat telah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik akibat kenaikan kos pengurusan. Kalau sebelum ini, rakyat telah dibebankan dengan kenaikan surcaj BAS ekspress sebanyak 30% dengan beralasan supaya kebajikan syarikat BAS ini tidak terabai. Kini, rakyat akan dibebankan dengan kenaikan dalam bentuk perubatan.

Rakyat tidak akan memberontak jikalau kenaikan itu kena pada waktu dan tepat penghujahannya. Contohnya kenaikan harga roti canai, kita tidak membantah kerana kos modal pembuataan roti canai semakin meningkat. Tetapi yang menimbulkan kemarahan ialah kalau kenaikan itu dibuat secara tidak munasabah. Contoh penjanjian konsensi tol yang menunjukkan akan sentiasa berlaku kenaikan dari semasa ke semasa. Perjanjian seolah-olah disembunyikan daripada parlimen. Walhal pembayar tol adalah rakyat jelata.

Penulis tidak dapat bayangkan kalaulah pemerintah kerajaan Feudral menang besar dalam PRU12 baru-baru ini. Tentu macam-macam lagi akan dibuatnya untuk mengenyangkan kroni dan sanak-saudara. Penurunan harga minyak, penangguhan pengswastaan IJN, kempen penurunan harga barang, dan pelbagai kegiataan untuk rakyat digerakkan hasil daripada pembangkang yang kuat dalam parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ramai yang berpandangan bahawa penangguhan pengswastaan IJN ini merupakan taktik untuk memudahkan BN berdepan dengan PRK di P36 Kuala Terengganu pada 16 Januari nanti. Taktik ini samalah seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum PRU12 bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan. habis sahaja pilihanraya, terus harga minyak dinaikkan sebanyak RM 0.70. jadi tidak mustahil selepas PRK nanti, Kerajaan Malaysia akan meneruskan dasar pengswastaan IJN dengan beralasan perlu penambahbaikan dalam IJN supaya setanding dengan negara lain.

Sepatutnya umat Islam tidak perlu jatuh dalam lubang yang sama 2 kali. Cukuplah selama 50 tahun peluang diberikan kepada BN untuk mentadbir negeri. Bagilah peluang kepada keadilan Islam untuk menguasai Malaysia ini. Lihatlah Kelantan yang ditadbir hampir 18 tahun dengan Islam yang dikagumi oleh masyarakat dalam dan luar negara.

Islam tidak pernah meminggirkan fitrah kehidupan manusia. Bahkan Islam memandu manusia bagaimana untuk hidup dengan selamat dan mengikut fitrah kemahuan manusia.

Semua manusia tidak inginkan kezaliman, semua manusi tidak inginkan konkongan yang melampau-lampau, semua manusia tidak inginkan kebebasan tanpa sempadan. Jadi dengan kembali kepada Islam, nescaya manusia pasti akan menemui apa yang diinginkan itu sebagai makhluk yang bersifat fitrah.

Oleh marilah sama-sama kita berdoa dan bekerja agar PRK di p36 Kuala Terengganu nanti, Islam mencapai kemenangan. Hasil kemenangan ini merupakan petanda kepada keruntuhan sebuah kerajaan yang bernama BARISAN NASIONAL pada PRU13, insyAllah

www.attakiri.blogspot.com

Tokoh Berpengaruh Dalam UMNO Lompat Masuk PAS Esok


Oleh Sayuti Omar
SALAH seorang ahli Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru ini akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Pas esok. Pesiapan terakhir majlis kemasukan itu sedang diaturkan dan ianya akan diadakan di sebuah hotel dekat ibu kota samada esok ataupun lusa.
Ahli berkenaan merupakan salah seorang pemimpin peringkat bahagian Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru kerana dianggap telah memalu dan menjatuhkan imej parti berkenaan.
Maklumat yang sampai kepada saya semalam dan hari ini mengatakan upacara kemasukan individu berkenaan akan berlaku di hadapan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Tidak disebut pula apakah individu berkenaan akan menyertai Pas bersama pengikutnya ataupun hanya beliau bersendirian saja. Difahamkan individu berkenaan seorang tokoh berpangruh dan mempunyai ramai pengikut.
Dengan kemasukan individu berkenaan ia menambahkan kekuatan Pas yang mana akhir-akhir ini semakin mendapat kepercayaan dari kalangan korporat dan akademis. Kemasukan menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu juga sedikit sebanyak menyuntikkan lagi semangat kepada kalangan penyokong dan ahli Pas untuk bekerja keras demi kemenangan parti itu.

Penswastaan IJN Bukan Jawapannya - Anwar Ibrahim



Institut Jantung Negara yang ditubuhkan pada bulan September 1992 merupakan sebuah institusi kesihatan yang sudah lama menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia. Ianya menjadi pusat rujukan bagi penyakit kardiovaskular di negara ini serta menawarkan khidmat untuk menangani dan mengurus penyakit jantung. Dengan khidmat para pakar yang terbaik, serta kerjasama yang erat dengan Papworth Hospital di United Kingdom dan Herz-und di Jerman, Institut Jantung Negara berupaya menjadi pusat pakar jantung terbaik di rantau ini dengan keupayaan teknologi terkini.
Namun keputusan kerajaan yang secara prinsipnya bersetuju dengan penswastaan IJN kepada Sime Darby Berhad amatlah mengecewakan. Di saat kita sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang meruncing, keputusan ini tentulah memberikan dampak yang bukan kecil kepada rakyat keseluruhannya. Pada hemat saya kerajaan tidak wajar mengambil langkah yang sebegitu drastik sedangkan rakyat amat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang menawarkan kos berpatutan.
Rekod penswastaan kita ternyata tidak memberansangkan. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan. Selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku, penswastaan ternyata bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan kecemerlangan IJN.
Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi, namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa, penswastaan IJN dikhuatiri akan berakhir menjadi satu episod gelap dalam pengurusan ekonomi dan perkhidmatan kesihatan di negara ini.
ANWAR IBRAHIM

PENSWASTAAN IJN : Apa Kata 26 Juta Rakyat Malaysia ??????


Oleh AMin Iskandar @ Black
Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.
Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. BN takut mereka hilang wang pertaruhan jika meneruskan usaha menswastakan IJN.
Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?
Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terangganu, IJN akan diswastakan. Takkanlah tak faham-faham lagi taktik ni?
Posting Asal
Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN.
Klik disini.
Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Klik disini jika tidak percaya.
Kata beliau,
“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.
“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”
Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.
Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?
Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Mungkin saya tidak terjumpa kenyataan pemimpin PR yang menentangnya atau mungkin juga dalam bab penswastaan, polisi PR dan BN sama?
Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.
Apa pula kata rakyat?

15% Diskaun Pembelian Rumah, 50% Diskaun Sewa Rumah PKNS... TERBUKTI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PRIHATIN MANGSA TANAH RUNTUH


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor menawarkan insentif diskaun kepada keluarga yang secara langsung dan tidak langsung kehilangan tempat tinggal ekoran tragedi tanag runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu.
Bagi 14 keluarga yang rumah mereka ranap, kerajaan negeri menawarkan mereka membeli rumah yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada potongan harga 15 peratus atau menyewa mana-mana rumah disediakan agensi itu dengan potongan 50 peratus.
Potongan sewa itu adalah untuk tempoh setahun.
Malah, tawaran yang sama diberikan kepada 81 keluarga yang belum boleh pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat lokasi tragedi sebentar tadi dan mengumumkan tindakan susulan ekoran laporan geoteknikal dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya.
“Namun buat masa ini, bagi 81 keluarga berkenaan kerajaan negeri akan membiayai kos sewa rumah sehingga RM1,000 sebulan sekeluarga sehingga mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“PKNS juga menawarkan 14 buah rumah di Cheras untuk disewa dengan kadar minimum RM100 sebulan untuk tiga bulan pertama dan seterusnya RM500 setelah tamat tempoh tiga bulan tersebut,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, beberapa kawasan perumahan berhampiran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa selamat untuk diduduki mulai semalam manakala beberapa lagi masih memerlukan penilaian tentang tahap keselamatannya.
Ia mungkin memakan masa sebulan ataupun lebih.
Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) merumuskan bahawa status keselamatan di lima kawasan “merah” sebelum ini adalah selamat dan boleh diduduki penghuni.
Kawasan tersebut ialah:
- Jalan Bukit Antarabangsa 5 unit rumah rumah nombor 1 hingga no 5
- Jalan Bukit Mewah 2 30 unit rumah rumah nombor 5 hingga 38
- Jalan Wangsa 11 38 unit rumah rumah nombor 2 hingga 76
- Kondominium Impian Selatan: Keseluruhan Blok A 81 unit dan Keseluruhan Blok B 28 unit
- Jalan BJ, 6A Taman Bukit Jaya, 6 unit rumah nombor 1, 3, 5, 7, 9 dan 11
Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu yang berlaku pada kirakira pukul 4 pagi, 6 Dis lepas, mengakibatkan 14 buah banglo ranap di Bukit Mewah dan empat orang terkorban.
Dianggarkan 1,000 penduduk masih tidak boleh menduduki kediaman mereka sehingga kawasan perumahannya diisytiharkan selamat untuk diduduki, kerana Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR masih menjalankan penilaian ke atas kedudukan tanah di kawasan yang tidak selamat. — MStar

IJN Bukan Untuk Bisnes... Otak Bawah Kepala Lutut Ka Ahli Jemaah Menteri ?

Kita akan ingat ini sampai bila-bila:
Ia (Institut Jantung Negara) tidak diwujudkan untuk menjadi badan perniagaan. Ia
diwujudkan untuk menjadi pusat penyelidikan, institut akademik terulung - Tan
Sri Dr Yahya
Awang
(salah seorang yang terlibat secara langsung dengan penubuhan IJN)
Lihat kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad:
Kerajaan hari ini memberi jaminan tidak akan menjual atau menswastakan Institut
Jantung Negara (IJN) selagi tidak ada alternatif pusat rawatan jantung yang
boleh memberi khidmat serupa kepada rakyat.
Di bawah ni memang ulasan orang pembangkang :
Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim says the decision to defer
privatisation of the National Heart Institute (IJN) is a political move,
especially due to the upcoming Kuala Terengganu parliamentary by-election.
"The plan will likely resume after the by-election".
"Bapa Penswastaan", Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak setuju:
I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation
is the wrong thing to do. Leave this institution as it is. It is our pride and
it is doing a good job as it is.
- penarikbeca.blogspot.com -

lagu hot@mahasiswa malaysia