"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, February 20, 2009

KM Sarawak Guna Roll Royce RM 3 Juta vs MB Pakatan Rakyat Guna Camry Hanya RM 156 Ribu

Ahli Parlimen Batu Pahat membangkitkan persoalan mengenai pembaziran yang dilakukan negeri - negeri Pakatan Rakyat apabila membeli kereta Toyota Camry. Menurut Fuad, apa yang dilakukan oleh negeri - negeri Pakatan Rakyat adalah membazirkan jutaan wang rakyat.
MENARIKNYA APA YANG BERLAKU SELEPAS ITU...
Ahli Parlimen Machang, saudara YB Saifudin Nasution bangkit meminta laluan kepada Ahli Parlimen Batu Pahat untuk bertanyakan soalan.
" Apakah pendapat YB Batu Pahat mengenai kereta rasmi kerajaan Sarawak. Saya dimaklumkan Ketua Menteri kereta rasminya adalah Rolls Royce. Timbalannya pula kereta rasmi adalah BMW 7 Series. Lalu menteri dan timbalan- timbalannya kereta rasminya ialah Mercedesz Benz Compressor. Lalu dimana kedudukan kereta Proton Perdana yang dibangga- banggakan YB Batu Pahat?"
tambahnya lagi..
" Saya kira Toyota Camry di Sarawak hanya digunakan oleh pegawai- pegawai kerajaan negeri bertaraf jusa C. Bahkan dalam UMNO sendiri Toyota Camry hanya layak untuk pemimpin - pemimpin UMNO di peringkat cawangan. "
kah.. kah.. kah...
Toyota Camry tu kami Pakatan Rakyat beli sebab kos penyelenggaraan Prodon Perdana terlampau tinggi. Kotak gear dahlah mudah rosak dan kereta pun tak da kualiti.
Kami gantikan Perdana v6 dengan kereta biasa sahaja tapi lebih berkualiti lebih tahan lama. Toyota Camry harganya tidak jauh berbeza dibanding kereta Proton Perdana V6. Bahkan jika kami diberi Permit Import, harga kereta Toyota Camry tanpa cukai kerajaan jauh lebih murah berbanding Perdana V6.K
Bahkan kami mempunyai rekod dan bukti penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 adalah terlampau tinggi. Rekod ini rekod kerajaan terdahulu ( kerajaan UMNO/ BN ). Bahkan kerajaan Terengganu, Pahang dan Sabah mengakui penyelenggaraan Proton Perdana V6 adalah tinggi.
Yang aku musykilkan...
Kenapa Fuad diam membisu, menikus apabila kerajaan Terengganu menggantikan Perdana V6 dengan kereta yang jauh lebih mahal. Bukan calang- calang kereta tapi kereta Merecdesz Benz yang sememangnya tergolong dalam kereta mewah.
Baru- baru ini kerajaan Sabah mengeluarkan kenyataan mahu membeli 28 buah Volvo. Tak silap aku Volvo S70. Harga boleh tahan hampir- hampir RM 200, 000. 00. 28 buah lak tu. Kenapa si fuad, media- media korup menikus ???
Yang di bawah ni aku petik dari blog Ummi...
"Bila kerajaan PR Perak membeli dan menggunakan Toyota Camry (bukan kereta mewah pun!) riuh rendah satu Malaya kononnya kerajaan PR membazir, tidak loyal kepada kereta nasional dan macam-macam.
Namun dalam diam-diam kerajaan BN Sabah menggunakan kereta Volvo yang jauh lebih mahal harganya berbanding Camry. Mengapa menteri dan media-media pengampu BN senyap sepi tidak mensensasikan perkara ini.
Inilah sikap talam dua mula menteri dan juga media pengampu."

Modus Operandi Najib Tawan Selangor Ala- ala Modus Operandi Perak


bicara tok iskandar
Modus operandi hampir serupa. UMNO akan peralatkan Sultan Selangor pecat MB Selangor atas alasan moral kerana menghadapi pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah.
Khalid juga akan dipenjarakan sebelum menghadapi perbicaraannya untuk mencetuskan ketidak stabilan politik di Selangor dan melaga-lagakan rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat. Ada di kalangan mereka yang akan ditahan di bawah ISA sebelum bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan BN di Selangor.
Dr Hassan Ali juga akan dipujuk menyertai UMNO melalui pujukan dan rayuan pihak istana.Dengan itu tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor walaupun memiliki majoriti 16 kerusi ADUN.
Inilah yang diharapkan oleh Najib sebagai modal untuk melangkah megah ketika pemilihan UMNO pada hujung Mac depan selepas diaibkan dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu.
Kejayaan merampas Perak dan Selangor akan memaksa Pak Lah akur menyerahkan kuasanya kepada najib mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama iaitu pada bulan April ini Najib akan menjadi PM.
Penganalisis politik masih tidak begitu yakin apakah Najib akan menjadi PM mengikut tarikh yang ditetapkan dan tidak mustahil Pak Lah akan berubah fikiran setelah dipengaruhi hulubalang khairi yang menguasai tingkat 4,Jabatan Perdana Menteri.
Inilah yang dirisaukan oleh Dr Mahathir di dalam blognya dan tindakan pakatan rakyat sepakat menyokong kepimpinan Pak Lah akan menyukarkan lagi kedudukan najib.
Di kalangan penyokong UMNO sendiri termasuk Kuli tidak bersetuju dengan cara Najib bertindak merampas kuasa kerajaan negeri pakatan rakyat Perak yang telah dipilih oleh rakyat Perak untuk memerintah negeri itu pada PRU 12 yang lepas.
Najib semakin angkuh dan merasakan jawatan PM adalah miliknya telah membentuk kemnya sendiri. Beliau akan melantik Shakar (ADUN Lanchang) menjadi MB Pahang yang baru. Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dilantik menjadi menteri kabinet setelah najib bergelar PM dan berlaku rombakan kabinet.
Zahid Hamidi akan diangkat menjadi TPM dan bukannya Muhyiddin Yasin seperti tanggapan ramai pihak.
Nasib Khairi pula lebih malap dan karier politiknya akan berkubur kerana Najib lebih memihak kepada Mukhriz. Khairi akan menyertai Wan Farid dan Norza Zakaria, hulubalang khairi yang dicantas oleh kem Najib melalui perancangan licik UMNO Bahagian Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh yang mana Shakar, Ismail Said dan Saifuddin turut terlibat merancangnya.
Pak Lah masih mempunyai opsyen iaitu membuat rombakan kabinet dan memecat Najib daripada jawatan TPM dan Menteri kewangan dengan menyalahkannya sebagai punca kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya yang gagal. Matawang ringgit kian menyusut dan kadar pengangguran bertambah selain indeks komposit BSKL yang turut merosot.
Pak Lah boleh meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga PRU13 dan memperbaiki segala kerosakan yang dilakukan oleh Najib. Rakyat bimbang jika lebih lama Najib jadi Menteri Kewangan, Raja-raja Melayu akan cuba dirasuahnya
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor disarankan mengadakan persidangan DUN Selangor segera dan mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan Khir Toyo.
Jika tiada pilihan bubarkan saja dun selangor agar diadakan pilihanraya seluruh selangor.

Lawak Politik


Oleh rashitt
"ASSALAMUALAIKUM..
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Merdeka Street Center beberapa fakta menarik telah ditemui untuk dibongkar dan diperhalusi oleh mereka-mereka yang berkenaan.
1. SPRM mendakwa mereka mempunyai beberapa bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor hasil beberapa siri penyiasatan mereka bersama lembu-lembu korban. Kemungkinan juga lembu-lembu itu adalah diantara yang pernah di "HON" oleh LEXUS Tan Sri Khalid kerana berada ditengah jalan.
Cuma yang bakal menjadi masalah pada Peguam Negara kini ialah ketiadaan bukti kerana kebanyakan lembu-lembu itu sudahpun dikorbankan , dan kemungkinan lagi Peguam Negara akan mengarahkan anak lembu atau saudara mara lembu untuk menjadi saksi yang akan diusung ke Mahkamah.
2. Karpal Singh sepatutnya tidak membuat laporan polis kerana beliau mendapat peluru hidup yang secara logiknya mahu beliau terus hidup, lainlah sekiranya beliau menerima peluru MATI.
3. Ibrahim Ali selaku pemegang rekod dalam acara lompat negara,terpaksa membaling songkok untuk mempertahankan rekod yang disandangnya selama 10 tahun berturut-turut.
4. Kak Pidah tidak mahu menjalankan kempen untuk berebut jawatan Wanita UMNO kerana ingin menumpulkan perhatian kepada 2 bukit sedangkan PRK hanya diadakan selepas Pemilihan UMNO..Kenape ye?.
5. Menurut Mstar edisi melayu, Polis memohon bantuan dari teman lelaki Elizabeth untuk melengkapkan penyiasetan mereka..
Anda rasa pelik tak..polis mohon bantuan dari orang jahat.." Tolonglah bantu helmi..tolonglah.."..hehehehe..
6. Apabila sesuatu kes yang memang "nak kena kat mereka",kes tersebut akan segera dipindahkan ke Bukit AMAN untuk mengAMANKAN kes tersebut disitu.
7. Pemuda Umno Bahagian Kubang Kerian hari ini membuat laporan polis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar atas dakwaan melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Perak kerana mereka terlupa yang Kubang Kerian itu bukan salah satu daerah di negeri Perak.
8. SPRM telah ditukar mottor enjjin twin turbo karberator 1500cc kepada " SIASAT PEMBANGKANG RAKYAT MALAYSIA" untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada KERAjaan.
9. Siasatan sesuatu kes akan terjejas sekiranya terdapat rungutan dari pihak pembangkang, kerana ini akan menyebabkan SPRM terpaksa "mengubah" skrip berkali-kali untuk menyedapkan penyiasetan.
10. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata polis mungkin akan meminta bantuan Interpol bagi membantu mengesan Hilmi Malek(Elizabeth) kerana beliau hanya bijak dan cekap menangkap penceramah didalam negara sahaja.
11. Hisamkodin Tun Husin yang bercadang menganjurkan perhimpunan "men jung jung kasih" dipercayai masih lagi mahu menggunakan tektik dan teknik lama iaitu upacara " mencium keris " untuk mengatasi masalah gagap beliau apabila mahu berkata-kata.
12. Guru Besar Tadika KEMAS Malaysia, Mat Mesin Taip dipercayai sedang berusaha untuk membawa kanak-kanak dan guru-guru kemas yang akan digunakan untuk meraih undi bagi berebut kerusi Timbalan Presiden UMNO.
13. Apabila anda menghadapi masalah peribadi,pergilah bercuti di luar negara, kerana di luar negara suasananya aman damai, kos sara hidup rendah dan minyak pun murah seperti contoh Indonesia..kui..kui..kui..
14. Menteri Besar BN Perak mahu menggunakan saluran undeng-undeng ke atas Speaker dan beliau nampaknya tidak mahu lagi menggunakan saluran najis yang telah digunakannya untuk merampas Perak.
15. Proton adalah satu-satunya syarikat pengeluar kereta di dunia yang boleh menjual kereta keluaran mereka hanya dengan "Replika kunci ataupun SHOWROOM Bangkai kereta "..HEBAT dan TAHNIAH!!!.
16. Pada awalnya Speaker Perak V. Sivakumar berhasrat mahu menggantung Menteri Besar BN selama 6 bulan sahaja, tetapi membatalkan hasrat nya apabila MB BN itu berani berkata " Ayoma.kita kan keturunan yang sama,kasi settle sudah la.."..terus digantung 18 bulan..
17. Menurut ramalan dan tekaan dari Mereka Street Center ekonomi Malaysia diramalkan lebih teruk selepas pemilihan UMNO kerana PM baru akan menggunakan apa jua cara untuk meraih sokongan yang kuat.
18. Dapatkah anda mencari apa beza Ibrahim Ali dan Ali Rustam? atau apakah persamaan diantara Hamid Albar dengan Mukriz?..tolong jawab
19. Kalau dulu, bila mahu membincangkan masalah ekonomi,Kamilulah dan KJ akan memainkan peranan,tetapi jawatan itu kini telah dirampas dengan jayanya oleh Nazir Razak.
20. Walaupun Bekas MB PERAK- Mahdzir Khalid yang pernah terberak dalam seluar apabila BN kalah di Perak mengaku pernah jumpa ADUN PKR untuk tawaran" juta-juta ria" tetapi ini tidak akan dapat menarik minat SPRM mahupun Fulish untuk menyiasat berdasarkan fakta "Minum kopi secawan 5 juta dan " Kita pun tahu (kemampuan) kita setakat mana."
21. Mungkinkah "SARI" akan menjadi pakaian rasmi isteri-isteri Menteri BN untuk diganti dengan "kebaya nyonya " demi imej penaungnya Rosmah.
22. Pakar pereka Fesyen disarankan agar dapat mencipta fesyen pakaian "TIDUR" atau "MANDI " Bersopan untuk digunakan oleh semua wakil-wakil dari PR.
23. Jika dalam kes MB Selangor,SPRM menggunakan teknik siasat "jentik telur lembu" dan enjin "Twin Turbo Headcamcoder jenama LEXUS", tidak mustahil mereka akan menggunakan teknik "Power AMP Equalizer 3500watt" untuk "mengetes" Sepaker Perak.
24. Ahmad Said Hamdan SPRM boleh kita lihat kejujuran percakapannya melalui teknik "air liur dimulut " ,sekiranya dia bercakap ada air liur di tepi mulutnya,maka itulah bukti "kejujurannya dalam menjalankan tugas demi ....".
25. Tahukah anda mengapa SPR dibawah Pengerusi yang baru tidak mahu menggunakan "dakwat di jari" dalam PRK nanti. Sebabnya " Rashid lupa nak pesan kedai mana ada jual dakwat itu ? ".
26. Selain berfungsi sebagai mengawal keselamatan, Polis juga mempunyai tugas baru untuk mengawal orang sembahyang Jumaat terutamanya melibatkan Menteri Besar BN.
27. Fakta tambahan berdasarkan ayat "KABARNYA " dan BETUL KER?.
- Kabarnya TNB yang ada sebijik ajer di Meleysiya ni mencatatkan kerugian..betul ker?.
- Kabarnya juga TNB telah turunkan sebanyak RM3.00 caj letrik berbanding kenaikkan lebih kurang RM30.00..Betul ker?.
- Kabarnya harga Beras bukan dikawal dan ditentukan oleh pengilang atau pemborong,tapi syarikat milik penuh kerajaan BERNAS..Betul ker?.
- Kabarnya harga minyak di Indonesia lebih murah dari Meleysiya..Betul ker?.
- Kabarnya ekonomi kita tidak terjejas dan masih stabil sebab itulah cuma hampir 80 ribu pekerja Meleysiya ajer yang diberhentikan..Betul ker?.
- Kabarnya segala spesis selipar kasut ditemui banyak di sekitar Changkat Jering,Jelapang serta Behrang bukan lagi JERING,PADI dan BELERANG seperti kebiasaannya..Betul ker?.
- Kabarnya UMNO akan menukar Speaker Perak untuk diganti dengan "Home Teater" ..Betul ker?.
- Kabarnya UMNO akan menggunakan pengaruh "JIN" untuk menawan Bukit Gantang..Betul ker?..
- Kabarnya Ibrahim Ali telah diserang penyakit "PEKAK BADAK" kesan dari perbuatannya baling SONGKOK. Betul ker?.
28. Teknik memancing undi yang bakal digunakan oleh calon-calon UMNO.
- Ali Rustam - Skil memasak " buah melaka perisa ketam ".
- Mat Taip - Skil Tangisan anak-anak kecil sumbangan Tadika KEMAS.
- Hamid Albar & Mukhriz - Skil Bulat dan kilat itu menawan .
- Muhyidin Yasin - Skil kurangkan makan,banyakkan bacaan Yasin
- Khir Toyo - Skil Mai makan daging lembu korban dalam kereta Lexus
- Hisamuding - Skil kucupan Keris panca ragam
- Rahim tambi chik - Skil Aku dah ensem sekarang
- Rais Yatim - Skil nyanyian tangisan anak yatim oleh pemuda Jelebu
( Kajian dan ilham ini telah dijalankan oleh "MEREKA" STREET CENTER bukan Merdeka Street Center ).
Wassalam..

Pakatan Rakyat Akan Menang di Dua Bukit - Ramalan Profesor Bridget Welsh


KUALA LUMPUR, 20 Feb: Profesor sains politik dari Fakulti Kajian Asia Tenggara, Universiti Johns Hopkins di Washington DC, Bridget Welsh meramalkan Pakatan Rakyat akan menang di dua pilihan raya kecil, Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.
"Saya ramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang lebih sikit dari yang mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu....mungkin 2,000 majoriti," kata Welsh kepada Siasah.
Menjelang beberapa hari mengundi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini, Welsh meramalkan PAS akan menang 2,000 undi. Dalam pilihan raya itu, PAS menang 2,613 undi.
Welsh memberikan tiga sebab kenapa beliau meramalkan PAS akan menang di Bukit Gantang dan PKR akan menang di Bukit Selambau.
Pertama, memang kerusi itu kini dipegang oleh PAS dan PKR dan dengan suasana politik yang ada, belum ada tanda-tanda pengaruh kedua-duanya merosot sejak pilihan raya Mac 2008 lalu.
"Walaupun PAS berdepan dengan Kuala Terengganu yang telah di menangi oleh Umno dalam pilihan raya umum lalu, dia boleh menang di Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil baru-baru ini," katanya.
Sebab kedua yang diberikan oleh Welsh adalah para pemimpin Umno sedang berada dalam mood berperang sesama sendiri sekarang iaitu menjelang perhimpunan agung mereka Mac depan.
Mereka hanya akan fokus ke kedua-dua pilihan raya ini selepas itu yang sudah pasti sudah agak lewat berbanding dengan PAS dan PKR.
Sebab ketiga yang diberikan oleh Welsh adalah kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kelihatan semakin baik selepas Kuala Terengganu.
Ini akan membolehkan pemimpin mereka bekerjasama dengan baik dalam dua pilihan raya kecil ini, katanya lagi.
Bagaimanapun, Welsh memberikan beberapa cabaran yang seharusnya ditangani dengan baik oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini.
"Mereka perlu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat dalam pilihan raya ini. Oleh kerana ini kawasan luar bandar berbanding Kuala Terengganu, politik wang sangat berkesan di sini," katanya.
Khususnya di Bukit Gantang, Welsh mengingatkan, Umno akan menggunakan isu Melayu dan derhaka kepada sultan dalam pilihan raya ini.
"PAS khasnya perlu menggunakan kempen yang positif dalam hal ini dan berhati-hati," katanya.Beliau juga berkata, calon PAS dalam pilihan raya Bukit Gantang sangat penting kerana PAS memerlukan sokongan penuh dari DAP dan PKR di Bukit Gantang bagi memenangi hati semua pengundi.
"Jika PAS tersalah memilih calon, ia akan menyukarkan DAP dan PKR untuk bekerja sepenuhnya untuk memenangkan PAS," kata Welsh lagi.

Bagaimana Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia dan Kenapa Tunku Abdul Rahman Membuat Keputusan Tergesa - gesa


ADALAH tidak memeranjatkan bagi yang mengerti perkembangan politik, apabila dengan tiba-tiba sahaja pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Malaya meledakkan satu projek baru yang dikatakan kepada orang Melayu, bahawa ianya adalah ‘Melayu Raya’. Tetapi bukanlah ‘Melayu Raya’ seperti yang dimaksudkan oleh Dr Burhanuddin merangkumi Gugusan Kepulauan Melayu. Ia akhirnya dikenal dengan persekutuan Malaysia yang diwujudkan pada 16 September 1963.

Walaupun ‘Melayu Raya’ menurut Perdana Menteri atau Malaysian itu adalah projek Malaya dengan kerjasama Inggeris untuk menggabungkan Federation of Malaya, Singapura, North Borneo atau Sabah, Sarawak dan juga Brunei, tetapi sebenarnya adalah projek Inggeris. Ini dapat dilihat apabila matawang di semua negeri tanah jajahan Inggeris telah disatukan. Juga dalam abad ke 19, Lord Brassey seorang pengarah North Borneo Campany telah mengemukakan kepada kerajaan Inggeris untuk menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, dengan menubuhkan satu jajahan Inggeris yang besar.

Tetapi ianya dibantah oleh kebanyakan pemegang-pemegang saham dari syarikat-syarikat Inggeris yang berkepentingan di daerah ini. Hasrat yang telah lama dipendamkan oleh Inggeris, tiba-tiba muncul kembali melalui lidah Perdana Menteri Malaya, tentulah ada sebabnya. Pada waktu itu peperangan di Indochina tidak menampakkan kekalahan pihak komunis.
Perkembangan dan persiapan PKM (Parti Komunis Malaya) di bawah pimpinan Ching Peng kian bertambah di kawasan Betong, Utara Semenanjung, makin meluas di Malaya dan Singapura.
Dengan ini kedudukan Singapura dari segi politik perlu dikaji kembali oleh Inggeris, selewat-lewatnya pada Jun 1963, yang member makna bahawa Inggeris hendaklah memerdekan Singapura dengan segera. Indonesia pula dengan kelengkapan tentera Rusia terus memperhebatkan kempen mendapatkan kembali Irian Barat dari penjajahan Belanda. Jika ini berjaya, maka perhatian Indonesia dijangka akan tertumpu pula ke Kalimantan Utara. Filipina juga dikatakan akan mencuba menguasai North Borneo tersebut.

Memang politik Inggeris dikatakan bersedia memerdekakan tanah jajahannya, asal saja semua peraturan yang dibuat tetap melindungi kepentingan ekonominya. Untuk memerdekakan Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja, dibimbang masuknya pengaruh komunis di kalangan orang-orang Cina Sarawak yang memang sudahpun ada pengaruhnya. Maka kerana inilah pihak Inggeris perlu berkerjasama dengan Federal of Malaya yang ternyata begitu jujur menjaga kepentingan-kepentingan ekonomi mereka di Malaya, dan memang setia kepada kebudayaan serta perundangan mereka untuk mengambil alih tugas-tugas penjajah atau menjadi talibarut penjajah tersebut, sebelum terjadi sesuatu yang akan merugikan mereka kelak.

Pada mulanya Indonesia tidak menentang kerana ‘Malaysia’ yang dicadangkan itu adalah negeri-negeri jajahan Inggeris sahaja. Indonesia tidak campur tangan, seperti tidak campur-tangannya dalam persoalan di Pulau Timor-timor yang diperintah oleh Portugis waktu itu.
Kemudian dengan tiba-tiba sahaja Indonesia menyerang gagasan Malaysia dan menuduh sebagai ‘nekolin’ atau ‘new colonial’ (penjajahan baru), dan berazam ‘mengganyang’ Malaysia.
Ada yang menganalisis, tindakan Presiden Soekarno dari Indonesia itu didorong oleh golongan komunis yang merencanakan rampas-kuasa di Indonesia apabila berlaku pertempuran dengan Malaysia, di samping perjuangannya merebut Irian Barat. Saudara Amaluddin Darus sendiri pada dasarnya adalah menyokong gagasan Malaysia kerana dalam tahun 1957/1958, beliau telah mengusulkan dalam Mesyuarat Agung PAS supaya mendesak Kerajaan Persekutuan mempengaruhi Inggeris menyerahkan negeri-negeri Kalimantan Utara termasuk Singapura digabungkan ke dalam Federation of Malaya. Usul tersebut diterima oleh PAS.

Kerajaan PAS Kelantan juga telah mengambil tindakan undang-undang menuntut supaya mahkamah supaya mahkamah mengisytiharkan Malaysia Act tidak sah pada 10 September 1963. Kelantan bertindak demikian adalah kerana projek Malaysia dibuat cuma dengan perundingan 5 negara iaitu Malaya, North Borneo, Sarawak, Singapura dan Brunei, tanpa berunding dengan kerajaan negeri Kelantan. Malaya cuma satu unit dari perundingan tersebut, sedangkan sebenarnya terdiri dari 11 unit negeri-negerinya, termasuk Kelantan.

Bagi negeri Kelantan, Malaysia adalah satu bentuk persekutuan yang longgar dibandingkan dengan Federatian of Malaya. Contohnya seperti perjanjian tentang agama, kerakyatan dan lain-lain. Malaysia telah berjaya ditubuhkan tanpa Brunei, yang tidak jadi menyertainya. Tetapi secara mendadak, tiba-tiba Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. Sidang parlimen dijadualkan pada 9 Ogos 1965, pemberitahuan hanya dibuat melalui telegram kepada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pagi itu persidangan Dewan Rakyat dimulakan tanpa ahli-ahli dari Singapura. Tunku Abdul Rahman PM Malaysia waktu itu membentangkan perkara pemisahan Singapura dari Malaysia. Persidangan berlarutan hingga pukul 1.00 pagi 10 Ogos dan disambung oleh Dewan Negara hingga hamper menjelang subuh barulah ditangguhkan. Maka luluslah undang-undang yang memisahkan Singapura dari Malaysia. Saudara Amaluddin Darus dari PAS memberi undi setuju di dalam Dewan Negara.

Beliau menulis dalam bukunya ‘Lintasan Politik Malaysia’, katanya:

“Saya sungguh tidak mengerti mengapa Tunku mengambil keputusan mengeluarkan Singapura dan mengapa pula Datuk Mohd Asri sudah menyokong dan mengarahkan ahli-ahli PAS di parlimen supaya menyokong pemisahan yang tersebut tanpa sebarang perbincangan. Kesilapan besar yang telah terjadi adalah mempunyai akibat yang berlanjutan, dan sangat-sangat dikesali.”

Tan Sri Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agung UMNO ketika itu telah meletak jawatan sebagai bantahan. Seorang ahli Dewan Negara dari PERIKATAN, Tuan Haji M.Said dari Kuala Kangsar Perak yang tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Negara itu mengirim telegram tanda tidak setuju dan membantah. Sedangkan Amaluddin Darus sendiri berpendapat, dari segi sejarah Singapura sendiri adalah milik bangsa Melayu. Dari sudut ilmu alam juga terletak di tengah-tengah Kepulauan Melayu. Begitu juga dari sudut politik dan ekonomi.

Menurut beliau lagi, memang sejak dari mula lagi, pemimpin-pemimpin UMNO tidak mahukan Singapura bersama Malaya. Malah sebelum tahun 1960 lagi Lee Kuan Yew, David Marshall dan Tun Lim Yew Hock telah menghendaki supaya Singapura dapat bercantum dengan Malaysia, tetapi Tunku Abdul Rahman tidak pernah mengindahkan. UMNO satu pertubuhan kebangsaan, yang dipimpin oleh orang-orang kebangsaan telah begitu takut dengan Singapura.

Pada hal menurut Amaluddin lagi, yang dikatakan nasionalis itu adalah mereka yang mengenal bangsanya, tanahair serta sejarahnya, di mana mereka memperjuangkan hak-hak mereka dari segi politik, ekonomi dan tetap berpandu kepada ajaran mereka sebelum dijajah. Tetapi UMNO tidak menghendaki sebahagian dari tanahair bangsa Melayu semata-mata kerana takut kepada jumlah penduduk Cina Singapura yang nanti akan menghilangkan perimbangan penduduk dan pengundi menurut kaum.

(Sila lihat statistic penduduk Malaya tanpa Singapura 1947, penduduk Malaysia termasuk Singapura 1963 dan Malaysia tanpa Singapura 1970 menurut kaum, dalam buku ‘Personaliti Perkahwinan’ oleh Ibnu Hasyim, terbitan GG Edar 1992).

Apabila Malaysia terpaksa ditubuhkan untuk mengimbangi keramaian keturunan Cina, maka ditentukan perwakilan dari Singapura di dalam parlimen hanya seramai 17 orang sahaja, iaitu 15 di Dewan Rakyat dan 2 di Dewan Negara. Menurutnya lagi, pemisahan Singapura dari lingkungan politik Malaysia adalah berpunca dari sebab-sebab politik perkauman, perlembagaan, kewangan dan pertentangan tokoh kepimpinan Cina antara Lee Kuan Yew dengan Tun Tan Siew Sin yang mengetuai MCA.

Menurutnya lagi pemisahan Singapura adalah satu langkah yang gopoh, untuk selamat buat sementara. Singapura akan berpisah sebagai negara berdaulat di tengah alam Melayu adalah sama seperti Istael di tengah-tengah alam Arab, malah lebih hebat lagi. Sebuah pulau kecil yang tidak cukup tanah untuk didiami dan tidak ada bahan mentah, pasti akan bergerak liar menguasai negara-negara sekelilingnya, demi kehidupan ekonominya. Perkembangan penduduknya akan menyebabkan ia terpaksa mencampuri politik negara-negara lain untuk kehidupan politiknya.

Singapura yang berasingan sekarang ini, tidaklah menjamin akan menyenangkan Malaysia khasnya, samada dari segi politik, ekonomi dan social. Sebagai penyelesaiannya Saudara Amaluddin menyarankan:

“Sebelum Malaysia wujud saya pernah memberi ceramah kepada orang-orang Melayu di Singapura, di mana dalam ceramah saya telah saya nyatakan bahawa PAS di Singapura tidak akan berpeluang memerintah Singapura, sekalipun PAS memasuki 100 kali pilihan raya di Singapura. Justeru kerana itu tugas utama bagi PAS Singapura ialah dakwah mengIslamkan manusia di Singapura.”

Kini PAS sudah tiada lagi di Singapura. Maka menurut penulis sebuah gerakan Islam perlu diwujudkan atau jika sudah ada perlu digerakkan di Singapura. Hubungan mereka dengan gerakan-gerakan Islam se dunia perlu dieratkan. Barulah tugas-tugas ‘dakwah mengIslamkan manusia di Singapura’ boleh dilaksanakan. Pendekatan dakwahnya hendaklah sesuai dengan suasana penduduk Singapura yang berbagai kaum itu sendiri.

Tidak boleh seperti yang difahamkan oleh sebilangan nasionalis-nasionalis Melayu, ‘peluk Islam’ dikatakan ‘masuk Melayu’, sedangkan dari sudut sejarah orang Cina dan India lebih dulu masuk Islam dari orang Melayu. Apalagi bila dilihat jumlah penduduk Islam di negara China sekarang melebihi dari semua penduduk pelbagai kaum di Malaysia dan Singapura. Apalagi juga, bila seseorang bukan Melayu yang memeluk Islam di Malaysia telah di’bin atau binti’kan kepada ‘Abdullah’, maka terputuslah salsilah keturunan dan asal usul yang sangat-sangat dipertahankan.

Mungkin inilah juga sebabnya, ramai orang-orang Cina yang masuk Islam atau sejak datang dari negara China pun sudah Islam di Malaya, tetapi tidak dapat dikesan, seolah-olah tiada. Yang tinggal hanya ‘baba & nyonya’ Melaka yang mungkin boleh jadi Melayu, tetapi tidak disebut Melayu kerana enggan bertukar agama. Mereka boleh diterima oleh masyarakat Melayu Islam kerana masyarakat Melayu mengamalkan pegangan Islam ‘tiada paksaan dalam beragama.’
Kenapa tidak dapat dikesan bangsa Cina yang masuk Islam ini? Pada saya, adalah kerana sikap me’Melayu’kan orang bukan Melayu yang masuk Islam. Bangsa mereka larut dalam bangsa Melayu, menyebabkan hilang identity asal mereka. Itu, satu kesilapan yang perlu diperbetulkankan, kerana PAS kini, sangat perlu pemimpinnya dari kalangan orang Cina!

Sila ikuti sejarah PAS dari awal dalam
http://www.ibnuhasyim.com 1.. Wednesday, May 2, 2007
Sejarah PAS 1: Muqaddimah Kesinambungan 2..Wednesday, May 2, 2007
Sejarah PAS 2: Siasah Ulama 3..Friday, May 4, 2007
Sejarah PAS 3: Tikaman Tersirat. 4..Friday, May 4, 2007
Sejarah PAS 4: Nama & Rahsia Siasah5..Sunday, August 5, 2007
Sejarah PAS 5: PAS Bebas Lepas. 6..Sunday, August 5, 2007
Sejarah PAS 6: Bersama Kebangkitan Islam 7..Sunday, August 5, 2007
Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas 8..Sunday, August 5, 2007
Sejarah PAS 8: Bermula Dengan Tangan Terbuka

CheGu Bard Akan Bakar Ratusan Laporan Rasuah Depan SPRM 26.2 Ini


Telah beratus laporan rasuah dan salah guna kuasa yang cheGuBard telah buat sejak 1998. Maka dengan ini pada 26 Febuari 2009, akan hadir di depan Pejabat SPRM untuk membakar semua salinan dokumen dan bukti rasuah yang pernah dihantar. Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan !!!

Thursday, February 19, 2009

"' Nizar dan Sultan Ada Tafsiran Sendiri, Biar Rakyat Tentukan' - Dato Dr Haron Din, Ulama Terkemuka


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.
Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.
"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.
"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.
Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.
"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.
"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.
"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.
"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.
(Ikuti wawancara penuh dengan beliau dalam Harakah keluaran terbaru, Edisi Jumaat ini yang sudah ada di pasaran) _

Wednesday, February 18, 2009

Speaker Ada Kuasa Gantung MB, 6 Exco - Profesor Dr Aziz Bari, Pakar Perlembagaan


KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.
Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.
"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum ini
"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.
Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.
"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.
Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'
Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker.

KESAL RAMAI MENTERI PONTENG PERBAHASAN


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran wakil kerajaan pada sidang Dewan Rakyat apabila hanya seorang timbalan menteri yang mengikuti sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan ketidakhadiran menteri-menteri Kabinet kesal melihat keadaan itu yang seolah-olah memberi gambaran bahawa perbahasan tersebut tidak penting kepada para menteri.
Katanya, mereka sepatutnya memberi keutamaan untuk mendengar ucapan Ahli Parlimen yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang merupakan satu amanat penting.
kah kah kah… kah kah kah….
kah kah kah…woit… HAIRAN MANA MUNGKEE MUNGKEE NI PERGI?...kah kah kah..
kah kah kah… KEMPEN KOT ?... PRU DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBU BELUM MULA … ..kah kah kah
woit…. HILANG KAT BUKIT BINTANG KOT… LEPAS SAIN KLAIM PARLIMEN GI URUT KAKI DI BB… kah kah kah…
oppps…. TOLONG JANGAN AMBIL GAMBAR…. NANTI WAK BOTOK KATA TAK BERMORAL…. kah kah kah

ANWAR KETUA KERAJAAN PENGGANTI AKAN DEDAH DI PARLIMEN HARI INI


Anwar Ibrahim akan mendedahkan segala macam tipu helah, ugutan, jual beli dan kelentongan Kerajaan Lama Barisan Nasional dalam usaha gerombolan ini untuk menjatuhkan kerajaan Pengganti Pakatan Rakyat.
Anwar mungkin juga akan mendedahkan apa yang sebenarnya terjadi kepada bekas wakil rakyat Bukit Selambu sehingga beliau meletakan jawatan.
Warga juga ingin mendapat penerangan dari Anwar sebagai ketua Kerajaan Menunggu tentang apa yang telah berlaku kepada wakil rakyat Perlabohan Klang yang diberitakan ‘hilang’ untuk sementara waktu.
Sebagai Ketua Kerajaan Pengganti telah sampai ketikanya untuk Anwar Ibrahim menerangkan kepada warga seluruh negara dan penyokong Kerajaan Pengganti tentang segala taktik dan tindakan ‘politik atas dan bawah perut’ yang telah dilakukan oleh Kerajaan Lama Barisan Nasional.
Sama-sama kita tunggu.(TT)
JOM TENGOK TV PAS UNTUK SIDANG PARLIMEN LIVE

Kenyataan Media Anwar Ibrahim Berhubung Isu YB Elizabeth Wong


Bangunan Parlimen, 17 Februari 2009
Saya merujuk kepada kenyataan Saudari Elizabeth Wong, di mana beliau telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mengecam sekeras-kerasnya taktik keji yang digunakan ke atas beliau. Kita tertanya-tanya sekeji mana dalang ini sanggup menggunakan taktik tersebut.

Saya dan Azizah telahpun berbincang secara panjang lebar dengan Saudari Elizabeth Wong. Kami memahami asas kepada keputusan yang diambil beliau.

Kami berbangga dengan prestasi dan pengorbanannya selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Menteri Besar Selangor menasihatkan beliau mengambil cuti dan kedudukan beliau selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dibincang dengan DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Manakala kedudukan selaku ADUN akan diputuskan oleh pimpinan parti setelah berbincang dengan beliau nanti.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Penghargaan Buat Perdana Menteri dan Kerajaan Qatar


Saya ucap terima kasih buat pimpinan utama negara Qatar, termasuk Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani dan Perdana Menteri Hamad bin Jassim Al-Thani yang memberikan ruang berbincang dengan saya mengenai isu antarabangsa termasuk inisiatif mereka dalam isu Ghazza dan kini rundingan antara kumpulan Sudan dalam krisis Dafur.
Dalam pertemuan berasingan saya menggesa Qatar agar terus memainkan peranan positif meleraikan masalah berbangkit dan tidak menunggu campur tangan kuasa asing!
Saya turut menyebut peranan Turki dan harapan umat agar Indonesia lebih mendepani usaha bersama negara Islam dan negara membangun lainnya. Perkembangan mutakhir di Malaysia juga turut disentuh.
Pertemuan dengan Perdana Menteri Qatar menyebabkan saya ketinggalan pesawat untuk segera kembali ka Kuala Lumpur menghadhiri perasmian pembukaan sidang Parlimen dan titah ucapan DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pejabat Perdana Menteri (Qatar, bukan Malaysia) menguruskan pesawat khas untuk menerbangkan saya pulang. Malangnya, masih tidak sempat tiba pada waktunya. Maka mereka menempah penerbangan Qatar.
Alhamdulillah, saya telah maklumkan ka pejabat DYMM Tuanku dan Speaker Parlimen.
ANWAR IBRAHIM

HOT HOT: Kerajaan Sabah Mahu Beli 28 VOLVO.. Kan Terbukti UMNO Pun Tak Suka Perdana

KOTA KINABALU: The Sabah government is replacing part of its Proton Perdana official cars with Volvo cars because they will be cheaper to maintain.
Chief Minister Datuk Musa Aman said the Volvo cars, to be acquired by state government-linked Angkatan Hebat Sdn Bhd, would be used by the 12 ministers and 16 assistant ministers.
“Senior civil servants, including the permanent secretaries in the various ministries, will continue to use the Proton Perdana cars,” Musa said after the Cabinet meeting yesterday.

MB UMNO Perak dan EXCO - EXCO nya Diharamkan Masuki DUN 18 dan 16 Bulan ... Kah Kah Kah.. Baik Letak Jawatan


Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.
Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.
Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.
Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.
Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
kah kah kah... kah kah kah... kah kah kah....
kah kah kah... apa sudah jadi beeeeb.... elaun lum dapat... dah kena gantung...
kah kah kah.... biar betul.... kah kah kah

Karpal Punyai Bukti Kukuh Ketua Hakim Negara Terlibat Rasuah

Pengerusi DAP, Karpal Singh mendedahkan rakaman audio yang membuktikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi dikatakan mendakwa telah memberi rasuah.Pemimpin pembangkang itu memainkan rakaman tersebut kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Menurut Karpal, rakaman tersebut adalah merupakan ucapan Zaki dalam satu konvensyen di Kuching November lalu mengenai integriti, pemangkin pembangunan mapan.
Rakaman berkualiti yang rendah, dikatakan mengandungi bahagian di mana Zaki dikatakan bercakap mengenai memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ketika beliau menjadi peguam.
Rakaman audio dalam bahasa Inggeris selama 29 minit itu berbunyi:"It took me six months to be nice, to bribe each and every individual to get back into their good books before our files were attended to.
""That is my personal experience, I am telling this to all the clerks and all the registries to stop this nonsense."
kah kah kah…. MAMPUSLAH RAKYAT…. HAKIM PUN RASUAH ….kah kah kah
woit… NAK MINTAK TOLONG PADA SIAPA ?... kah kah kah…kah kah kah…. TANYA MAT MONGOL… DIA BAGI C4…kah kah kah…
kah kah kah… TANYA WAK BOTOX…. DIA MINTA SERVICE 9 JUTA...kah kah kah
kah kah kah…. MINTA PADA HAKIM… DIA CAKAP… KOREK KOREK KOREK…kah kah kah
kah kah kah… TANYA PADA PM… DIA Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
woit….. APA SUDAH JADI DENGAN KETUANAN MELAYU…
kah kah kah

91 % Penonton Ntv7 Mahu Elizebeth Wong Kekal Sebagai Exco Selangor dan ADUN Bukit Lanjan


oleh Nazmi, Webmaster MahasiswaMalaysia
Dalam satu survey yang dilakukan Ntv7 melalui Edisi 7 pada jam 7 malam bersamaan hari Selasa 17 Februari 2009, 91% daripada penonton Ntv7 meminta agar Elezibeth Wong mengekalkan jawatannya sebagai ADUN dan EXCO dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sumber risikan blog MahasiswaMalaysia mendapati Elizibeth Wong adalah antara EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, cemerlang serta berdedikasi.
Menariknya blog ini dimaklumkan Elizibeth Wong adalah individu dari pihak kerajaan, parti dan NGO yang pertama sekali datang menemui penduduk mangsa bencana Bukit Antarabangsa. Bahkan blog ini dimaklumkan melalui sumber risikan Elizibeth Wong bermalam di Bukit Antarabangsa bersama- sama mangsa dari hari pertama operasi menyelamat hingga hari akhir operasi menyelamat dilakukan
Berkemungkinan atas sebab ini 91% penonton Ntv7 mahu Elizibeth Wong kekal sebagai ADUN dan EXCO. Lagipun dalam kebudayaan masyarakat cina, wanita dan lelaki tinggal serumah sebelum kahwin adalah perkara biasa malah ia diamalkan hampir semua masyarakat cina di Malaysia.

Sunday, February 15, 2009

YDPA Sultan Mizan Sebelahi Pakatan Rakyat, Kutuk Tindakan UMNO dan BN


Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Tergelak besaq aku masa tonton berita puluk 1 di ntv7. Edisi 7 punya beritala. Tak tersangka - sangka tiba2 pembaca berita bagitau Yang Dipertuan Agung Tuanku Sultan Mizan dalam titahnya sempena perasmian sidang Parlimen Ke 12 meminta

1) mana - mana rakyat supaya menghormati dan mematuhi perlembagaan negara.
Tak kan tak paham- paham kot Pak Lah, Najib serta ahli - ahli Parlimen dari Gerombolan UMNO dan BN. Tuanku Mizan secara tersirat dan kiasnya mengutuk tindakan Najib dan puak- puak UMNO mengambil alih kerajaan Perak hingga terang - terangan mebelakangkan Perlembagaan Negara juga negeri Perak sendiri. Yang menariknya Tuanku Mizan langsung tidak menyentuh soal derhaka kerana baginda Tuanku tahu Pakatan Rakyat di pihak yang berar dan bukannya menderhaka. Apa yang dilakukan Pakatan Rakyat di Perak hanyalah menjunjung tinggi Perlembagaan Negara
2) Tuanku meminta agar isu perkauman dan politik perkauman sempit tidak dimainkan. Baginda bertitah bahawa semua rakyat adalah sama di dalam negara dan layak mendapat segala keistimewaaan sebagai rakyat Malaysia.
Yang ini lagi la terang - terangan secara tersiratnya baginda Tuanku Sultan Mizan memperli kerajaan UMNO BN diketuai Pak Lah bersama- sama Najib. Juga termasuk sindiran ini ditujukan kepada akhbar Utusan Meloya, Berita Hairan, Rancangan Tipu Melayu ( RTM ), TV3/ 4 yang seringkali memainkan isu perkauman sempit. Boneka cina la, cina bangsa pendatang la dan lain - lagi walhal faktanya UMNO la boneka Cina kerana telah menggadai tanah kepada bukan rakyat Cina warganegara Malaysia sebaliknya diberikan kepada Tauke - tauke cina dalam jumlah yang terlampau besar. Menang majoriti pada tahun 1990 dan 1995 tapi serah kuasa pada GERAKAN.
Oleh itu jom pakat - pakat kita sokong dan undi Pakatan Rakyat.

Anwar Ahli Forum Bersama - sama Menteri Luar Qatar dan Bekas Setiusaha Amerika


Saya mulakan acara pagi dengan mengadakan beberapa pertemuan; diantara lain dengan Menteri Luar Qatar, Professor Shibley Telhami yang kini bersama Human Rights Watch dan Institut Brookings serta Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika.
Meneruskan perbincangan yang bermula di Kuala Lumpur tempoh hari dengan Dr Jamal Barzinji (Institut Pemikiran Islam, Washington) dan Dr Annas Ali (Institut Pemikiran Islam, London). Berkesempatan bertemu pengurusan kanan Al Jazeera selain wawancara khas dengan Al Jazeera (Arab) mengenai politik Malaysia dan Al Jazeera (Inggeris) mengenai hubungan Amerika dan dunia Islam.
Saya tegaskan bahawa umat mahu melihat Amerika berundur dari Iraq dan Afghanistan, dan berlaku adil dalam konflik Israel-Palestin. Sementara itu negara-negara dari dunia Islam juga wajar menangani perubahan dengan menghormati kebebasan dan hak asasi rakyat di negara mereka sendiri.
ANWAR IBRAHIM

Anwar Temui Syeikh Yusuf al - Qadhrawi, Ketua Persatuan Ulama Dunia di Qatar


Saya meninggalkan sidang untuk berkunjung ke kediaman Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, ulama’ muktabar dunia Islam di pinggir kota Doha. Beliau ditemani puteranya Muhammad.
Syeikh Yusuf merupakan antara ulama’ besar yang menghulur sokongan tatkala saya dizalimi dan diaib lebih 10 tahun lalu. Ilmuan kelahiran Mesir ini telah menulis lebih dari 50 buah kitab yang mengupas pelbagai isu antaranya termasuk Islam: Tamadun Masa Depan.
Syukur kerana kesihatannya pulih meskipun kelihatan letih. Beliau dan keluarga turut menanyakan perihal Azizah tidak bersama.
Perbincangan antara kami pastinya menyentuh tragedi Gaza, pemerintahan baru di Somalia dan juga rundingan penyelesaian isu Darfur di Doha.
Ketegasan beliau terpancar tatkala berbicara perihal dasar Presiden Bush yang rakus menyerang dan menakluk negara lemah. Beliau turut menyuarakan gesaan agar pentadbiran baru yang diterajui Presiden Obama untuk menumpukan usaha membanteras kemiskinan dan menyediakan kemudahan pendidikan.
Pun begitu Sheikh Yusuf menjelaskan pendirian Ittihad Ulama’ (Persatuan Ulama’ Sedunia) yang beliau pimpin terhadap pentadbiran Presiden Obama dengan menjamin kesediaan mengadakan dialog dengan syarat Amerika menghentikan pencerobohan ke atas Iraq dan Afghanistan serta berlaku adil terhadap rakyat Palestin.
Beliau terus menggalakkan saya meneruskan usaha mengukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menjelaskan pendirian dengan tegas.
Kami turut menyentuh perkembangan mutakhir di Malaysia dan Indonesia. Selain itu beliau mendorong usaha ke arah pembaharuan sambil meningkatkan usaha daawah dan tarbiyah.
ANWAR IBRAHIM

PAKATAN RAKYAT ATUR STRATEGI TAWAN MALAYSIA : Akan Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pak Lah dan Bentuk Kabinet Bayangan



Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Usaha membentuk 'Kabinet Bayangan' dijangka menjadi antara fokus perbincangan bengkel khas Pakatan Rakyat di sini esok - ketika hampir genap setahun pilihan raya umum ke-12 berlangsung dan ikatan pembangkang itu dibentuk.
Difahamkan pertemuan tersebut yang pertama seumpama itu tahun ini, merupakan susulan sesi retreatyang diadakan dua kali tahun lalu.
Pakatan Rakyat dianggota PKR, DAP dan PAS dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
mStar Online difahamkan pertemuan sehari itu akan membincangkan aspek-aspek berkaitan dengan pembahagian portfolio 'Kabinet Bayangan' Pakatan Rakyat, dalam usaha untuk menjadi lebih serius menghadapi politik tanah air semasa.
"Sebelum ini sudah ada perbincangan mengenai keperluan dibentuk Kabinet Bayangan, tetapi pertemuan esok akan membincangkan usaha pembahagian portfolio supaya strukturnya lebih kemas dan mantap kelak.
"Bagaimanapun yang pasti perbincangan ke arah pembentukannya tidak akan muktamad esok... apa yang lebih penting ialah usaha lebih serius ke arah itu akan disentuh secara mendalam esok," kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang mahukan ia berfungsi dengan lebih serius mulai sekarang.
Pertemuan esok tidak akan dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di luar negara.
Kesemua presiden parti komponen dijadualkan hadir.
Anwar dijangka mempengerusikan mesyuarat pramajlis Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tengah hari Isnin ini.
Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan itu kira-kira dua minggu selepas salah sebuah negeri dikuasainya dalam pilihan raya umum lalu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).
Perak kini diterajui oleh BN.
Bulan lalu Pakatan Rakyat membentuk Majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri iaitu dua hari selepas berakhirnya pilihan raya kecil Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin kanan anggota Pakatan Rakyat juga membayangkan kemungkinan pihaknya akan membincangkan usaha membawa usul kepercayaan ke atas kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah dijadual akan melepaskan jawatannya hujung bulan depan iaitu selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.
Ketika bercakap selepas kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mahu Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri untuk meneruskan agenda pembaharuan negara.
Kata Hadi, Pakatan Rakyat akan memberikan sokongan kepada Abdullah.
Justeru, kata pemimpin itu, Pakatan Rakyat akan membincangkan kemungkinan membawa usul sedemikian apabila Parlimen mula bersidang minggu depan.
Mesyuarat penggal kedua Parlimen Ke-12 akan bermula Isnin ini dengan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Jika tidak dibincangkan esok, soal itu dijangka disentuh oleh Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Isnin ini.
Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin pula memberitahu mStar Online, pertemuan esok akan membincangkan senario politik semasa dengan memfokus ke atas persekitaran di Perak, selain dua pilihan raya kecil yang akan diadakan.
"Saya difahamkan bengkel esok akan membincangkan perkembangan politik Perak dan pilihan raya kecil (Bukit Gantang dan Bukit Selambau)... mungkin perkara lain disentuh, saya tidak pasti," kata beliau yang mengesahkan akan menghadiri pertemuan esok.

Ir Nizar Terbukti MB Perak Paling Hebat... Bertuah Sungguh Rakyat Perak


Kesan daripada krisis politik yang baru berlaku di Perak, hikmahnya semua rakyat Malaysia menunjukkan ketaatan secara mutlak kepada Raja dan Sultan. Semua parti lebih-lebih lagi Umno hampir setiap hari menjalankan usaha untuk menunjukkan sokongan ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Sultan. Parti Pembangkang juga bersikap sedemikian secara zahirnya mereka turut mengakui ketaatan kepada Sultan. Begitulah hebatnya negara Tanah Melayu ini yang mungkin satu-satunya negara yang amat menyanjungi institusi kesultanan.
Apa yang lebih mengharu dan memilukan kita bila mana YAB Nizar MB Perak telah sanggup mengenepikan kepentingan diri dan politiknya di dalam mengambil tindakan mahkamah bagi mendapatkan haknya sebagai MB Perak semula. Di dalam samannya terhadap `MB Perak’ yang baru diperkenankan oleh Sultan Perak, nama Sultan Perak langsung tidak dikaitkan. Ini bukti menunjukkan Pakatan Rakyat khususnya YAB Nizar tidak sanggup mencemar nama baik lebih-lebih lagi menunjukkan penentangan dan kedurhakaan kepada Tuanku Sultan Perak.
Cuma, Umno yang kononnya dilihat sebagai wira pihak istana ini cuba untuk `menjerat’ pemimpin PR agar terus mengikut tari dan rentak mereka. Hakikatnya, umum megetahui sehingga sekarang Umno tidak pernah memohon ampun dan maaf kepada pihak istana setelah Umno sendiri mengusahakan pindaan perlembagaan menghapuskan imuniti Raja-Raja pada tahun 1993.
Pernahkan Umno memohon maaf kepada Sultan Kelantan setelah Umno memainkan peranan apabila menabalkan Sultan Kelantan yang baru suatu ketika dahulu ? Bilakah UMNO khususnya di Terengganu memohon maaf di atas ketelanjurannya menghina Sultan Terengganu ketika isu perlantikan MB Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini? Tidakkah sepanduk yang tertera perkataan `Natang’ tidak mendurhakai Sultan ?
Di saat semua rakyat berbalah dan berdebat untuk mempertahankan institusi kesultanan, rakyat lupa kepada seorang tua yang kini mendiamkan diri kerana beliau faham ini semua berlaku adalah akibat dari kesan `tangan-tangan’nya yang kotor ketika beliau berkuasa dahulu.
Orang tua ini suatu ketika pernah digelar Wira Dunia Ketiga tetapi beliau tetap dikenang sebagai perosak institusi beraja dan juga perosak kestabilan politik negara ini. Kehangatan politik negara tercetus apabila orang tua ini menggunakan kuasanya ketika itu menfitnah dan menghina tokoh politik yang disanjung oleh Orang Melayu iaitu DS Anwar. Akibat dari tangannya yang `kotor dan jijik’ itu menyebaban pewaris yang mengambil alih kekuasannya tidak mampu mengubati `penyakit’ yang dibawa olehnya sehingga sekarang.
Beliau berjaya merosakkan Umno kemudian beliau lari dari Umno. Beliau berjaya merosakkan kuasa Raja-Raja kemudian beliau menyepikan diri ketika isu terhadap Sultan mula diperkatakan orang. Saya cukup yakin, anak beliau akan menjadi mangsa hasil dari tangan-tangan beliau. Tidak mungkin Pemuda Umno mahukan pewaris perosak politik dan Institusi Raja ini menjadi pemimpin mereka.
Berbalik kepada tindakan yang dilakukan oleh YAB Nizar, beliau telah menyelamatkan dua keadaan ketika beliau dianiayai. Pertama, beliau telah menyelamatkan nama dan imej Sultan daripada terseret ke Mahkamah walaupun undang-undang membenarkan jika beliau ingin berbuat demikian. YAB Nizar masih perlukan Sultan dan beliau tidak sanggup mencemar nama baik Sultan yang amat dikasihinya itu meskipun terpaksa berkorban maruah diri dan partinya sendiri. Kedua, beliau juga tidak sanggup mengkhianati amanah rakyat yang mahukan beliau sebagai pemimpin di Perak.
Justeru itu, beliau tidak sedikit melakukan pengorbanan dan bukan tiada risiko besar yang mungkin beliau hadapi ketika membawa kes ini ke Mahkamah. Namun, YAB Nizar rela melakukan apa jua asalkan amanah rakyat terpelihara dan didaulatkan. Seandainya Mahkamah menentukan keputusan yang tidak menyebelahi kehendak rakyat, YAB Nizar mungkin terlepas dari tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah ini kerana beliau telahpun berusaha sedaya upaya. Semoga Allah memberkati perjuangan yang amat berat yang sedang dipikul oleh YAB Nizar.
Sekiranya ingin ditangisi, tidak cukup bumi perak ini dibanjiri air mata oleh kesedihan rakyat Perak ketika bumi mereka terjajah oleh bangsanya sendiri. Tetapi Allah tidak mengajar manusia untuk menangis sekiranya menghadapi kesusahan atau penderitaan. Allah mengajar setiap manusia agar berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya nescaya bantuan Allah akan tiba. Kepada manusia yang telah merasakan diri mereka bijak di dalam merampas hak dan kuasa rakyat, mereka tidak akan senang di dalam kehidupannya di dunia apatah lagi di Akhirat selagi mereka menyuapkan rezeki ke mulut mereka dan anak-anak mereka dari hasil `air mata’ rakyat.
WFAUZDIN NS

SATU ANALISIS HEBAT : Antara Derhaka Tuah dan Derhaka Jebat



dipetik dari laman Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS Shah Alam
Saya kira semua tahu hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat dan kisah kesudahan persahabatan mereka yang menyaksikan Tuah membunuh Jebat. Ia berpunca dari fitnah terhadap Tuah yang menghasilkan tindakan melulu Sultan Melaka menghukum Tuah dibunuh tanpa usul periksa.
Keputusan Sultan pada ketika itu telah pun menyebabkan beberapa tindakan derhaka berlaku. Bendahara derhaka kerana tidak membunuh Tuah, sebaliknya menyembunyikan Tuah. Tuah derhaka kerana tidak memastikan dirinya dibunuh, walaupun titah Sultan supaya dia dibunuh.
Akhirnya Jebat menderhaka kerana telah membantah keputusan yang dibuat oleh Sultan Mansur Shah. Semua derhaka!
Derhaka Bendahara dipuji Sultan kemudiannya, Tuah diampun dan diterima kembali, sedangkan derhaka Jebat dimurkai baginda Sultan. Namun hakikatnya ketiga-tiga watak utama telah menderhaka. Derhaka Jebat tidak diampunkan kerana berterangan dan mencabar Sultan.
Derhaka Bendahara dan Tuah diampunkan kerana diketahui Sultan pada ketika ianya mendatangkan manfaat kepada baginda Sultan.
Ahli sastera dan cendiakawan Melayu sering membahaskan siapa yang lebih mulia, Tuah yang taat kepada Sultan sehingga sanggup membunuh Jebat atau Jebat yang bangun membela sahabatnya yang dizalimi. Ada yang berpandangan Tuah yang ‘hero’, ada yang mengatakan Jebat. Namun kedua-dua pandangan bersetuju bahawa keputusan melulu yang kurang bijak yang dibuat oleh Sultan adalah punca segala-galanya. Mereka juga bersetuju bahawa pencacai dan pemfitnah Hang Tuah-lah yang merupakan musuh sebenar Negeri Melaka pada ketika itu!
Samada Tuah hero atau Jebat hero pada pandangan saya adalah soalan kedua. Persoalan utamanya ialah, apakah ikhtibar yang boleh kita perolehi untuk mengelak tragedi yang sama berulang? Yang jelas Sultan mesti mampu membuat keputusan yang bijaksana. Alangkah baiknya sekiranya keputusan membunuh Tuah dihindarkan pada ketika itu? Maka Melaka tidak akan melihat tragedi seperti itu dan persahabatan dua sahabat karib akan berpanjangan. Melaka akan terus mendapat khidmat pendekar Jebat yang jelas mempunyai kehebatan seni pertarungan dan pertahanan diri sehingga akan tersebarluas lagi kehebatan Negeri kesultanan Melayu itu.
Dalam menganalisa tragedi ini kita tidak boleh mengelak diri dari berkata, “Alangkah baiknya sekira Bendahara mampu membela Tuah sehingga tidak sampai dikenakan hukuman bunuh?” Atau rakyat menzahirkan sokongan terhadap Tuah dan menuntut supaya bukti yang kukuh dikemukakan sebelum Laksamana mereka dihukum. Tuah juga seharusnya dibenarkan membela diri, dan pada masa yang sama pencacai itu dibawa ke depan supaya dikenal pasti siapa gerangan orangnya yang membawa cerita ini. Adakah orang yang berwibawa ataupun sebaliknya? Ada udang disebalik batu ataupun ada agenda tersendiri? Kalau semua ini dilakukan, mungkin tragedi ini tidak berlaku.
Pengalaman sejarah Melayu seperti ini seharusnya membawa orang Melayu untuk berfikir bagaimana tragedi sebegini tidak akan berulang. Kerana bukankah itu antara sebabnya kita mengkaji sejarah? Bukan sekadar melihatnya sebagai satu cerita penglipurlara yang tidak mempunyai pengajaran yang boleh digunapakai pada masa ini. Sebagai contoh berhubung dengan politik Perak dewasa ini.
DS Nizar dituduh telah hilang sokongan majoriti ADUN di Perak. Adakah tuduhan ini benar? Tiga ADUN lompat tidak lagi merupakan ADUN kerana Speaker telah menerima surat perletakkan jawatan mereka dan telah pun mengumumkan kerusi-kerusi mereka telah kosong.
Ini bererti 28 kerusi DUN sekarang berada dengan PR dan 28 kerusi yang lain bersama BN. Ini bererti BN juga tidak mendapat majoriti.Apabila Sultan mendengar pertuduhan ini, Sultan seharusnya mengesahkan dahulu kedudukan ketiga-tiga ADUN yang menjadi punca timbulnya fitnah ini, jangan terima bulat sandiwara fitnah yang ditaburkan pencacai dan pemfitnah BN.
Adakah para ADUN ini bercakap benar, adakah mereka orang yang lurus dan berintegriti? Ini semua sepatut diambil kira oleh Sultan sebelum membuat keputusan.
Kedudukan ketiga-tiga ADUN ini adalah hak Speaker menetapkannya. Ini adalah apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang tubuh Negeri Perak dan SPR tiada hak menyanggahnya.
Sekiranya ADUN berkenaan tidak berpuas hati, mereka boleh bawa kes mereka ke mahkamah tetapi sambil itu SPR mesti memulakan proses untuk mengistiharkan Pilihan Raya kecil untuk Behrang, Cangkat Jering dan Jelapang. Sekiranya mahkamah mendapati ada kes, mahkamah boleh mengarahkan Pilihan Raya kecil ditangguhkan sehingga selesai perbicaraan tetapi sambil itu kerajaan dan MB yang sedia ada boleh terus mentadbir negeri Perak sehingga isu ini ditentukan oleh mahkamah. Ini apa yang sepatutnya berlaku.
Sekiranya Sultan menerima nasihat yang kurang tepat berkenaan perkara ini, kita berkewajipan menasihati Sultan supaya menjamin tragedi yang lebih besar tidak menimpa Negeri Perak.
Sepertimana dalam kes Melaka, kesilapan yang tidak diperbetulkan mengakibatkan natijah yang buruk berpanjangan terhadap semua.Namun, disebabkan hasutan pihak pencacai dan pemfitnah BN (jelas watak ini telah wujud sejak sekian lama), serta kehadiran 3 ADUN lompat itu di hadapan Sultan, maka Sultan percaya segala dakwaan mereka ini dan DS Nizar diminta letak jawatan!
Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman sejarah Laksamana Melayu yang diketahui umum ini, adakah wajar orang Melayu dipatuk dari lubang yang sama buat kali yang entah keberapa?
WaLlahu ‘Alam

Bagaimana Sultan dan Raja Harus Dihormati ?



Oleh taufan "
Pada saya soal menderhaka pada sultan tidak timbul. Kerana sultan atau raja adalah manusia biasa. Penghormatan yang masyarakat berikan kepada sultan atau raja seringkali disalah faham.
Nabi Muhammad sendiri mengakui baginda adalah manusia biasa yang perlu makan, minum dan lain-lain keperluan. Baginda tidak diminta dilayan seperti raja.Para sahabat sendiri yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda hidup dalam keserhanaan tanpa mengharapkan disanjung dan dimuliakan seperti raja.
Sejarah Melayu pernah mengajar kita bahawa raja yang membuat keputusan yang salah dalam peristiwa Todak Melanggar Singapura, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan sebagainya. Bahkan dalam sejarah Malaysia Merdeka tidak terlepas dari peristiwa kematian yang terjadi kepada caddy golf di Johor.
Bagaimana yang sepatutnya rakyat malaysia memuliakan sultan atau raja? Adakah dengar akur segala perintah? Atau akur yang benar dan sanggah yang salah? Jika dilihat kembali sejarah, sebelum ini sultan dan raja tidak boleh disaman ini kerana memiliki kekebalan raja-raja. Namun Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir telah mencabut kekebalan raja-raja dan akibatnya, sultan dan raja-raja boleh disaman oleh sesiapa sahaja. Siapakah yang bersalah dalam hal sebegini?
Begitu juga dengan Anuar Musa di Kelantan yang melantik sultan baru. Perlukah cerita ini dipebesarkan? Bagaimana pula dengan cerita Dato Ghazali Jawi iaitu Menteri Besar Perak yang juga bapa kepada Dato’ Tajol Rosli. Beliau juga engkar dengan perintah SUltan Idris dari meletak jawatan?
Bagaimana pula dengan penyokong Idris Jusoh yang mengangkat sepanduk yang menghina sultan Terengganu dalam hal pelantikan menteri besar terengganu yang baru?
Sama juga dengan keadaan Dato’ Seri Nizar yang enggan meletakkan jawatan dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan sultan tidak berhak untuk mengosongkan jawatan.
Isu sekarang ialah setakat manakah perlu rakyat kebanyakkan seperti kita semua dalam menghormati keputusan Sultan atau raja? Apa kah yang perlu dilakukan sekiranya sultan membuat keputusan yang salah? Adakah mempertikaikan sultan dianggap sebagai menderhaka? Kalau benar perlu dianggap sebagai menderhaka, maka seharusnya sebelum sudah ramai pihak yang perlu dihukum. Mengapa hanya pihak PR yang perlu dihukum?
Atau mungkin benar apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir apabila beliau membuang kuasa kekebalan raja-raja. Ini kerana semakin berkuasa seseorang itu, semakinlah berlaku penyalahan guna kuasa.

Sokongan Ahli UMNO Kampung Terhadap Parti UMNO Mula Merosot

Suasana politik di Perak mulai tenang. Semakin tenang berbanding minggu lepas. Rakyat telah boleh berfikir secara rasional setelah seminggu emosi menguasai akal dan diri. Kekecewaan penyokong PR dan kegembiraan Melayu UMNO selama seminggu itu, telah mengheret institusi istana kedalam ‘permainan rakyat’ ini. Pemimpin dan penyokong PR dilabelkan sebagai penderhaka oleh UMNO sehingga ada cadangan melarang penderhaka ini daripada memijakkan kaki di bumi Perak. Dan PR pula cuba mempertahankan diri dengan melontarkan idea berfakta, bahawa penderhakaan dimulakan oleh UMNO. UMNO sebenarnya telah awal menderhaka dalam keadaan sedar. PR pula ‘termenderhaka’ tanpa sedar kerana tidak menjangka UMNO sanggup mengelat melanggar batas-batas demokrasi.
Dalam tempoh seminggu, penyokong PR berbelah bahagi adakah benar PR menderhaka? Institusi istana amat dihormati oleh Melayu beraja berbanding dengan Melayu Pulau Pinang dan Melaka. Melayu UMNO semakin gila dan galak berhimpun dengan membuat ratusan laporan polis akan penderhakaan PR ini. Melayu UMNO telah menghangatkan isu penderhakaan sehingga ada di kalangan orang UMNO sendiri begitu jelak dengan pemimpin UMNO. MB Nizar yang dikatakan ‘derhaka’, Karpal Singh pula yang diserbu!
Sehari dua ini, saya berpeluang terdengar dan mendengar perbualan Melayu di kampung-kampung tradisional. Kampung tradisional adalah kubu-kubu kuat UMNO untuk UMNO bernafas. Ada kampung yang sememangnya mengenali saya sebagai penyokong PR, ada juga beberapa kampung yang masih yakin bahawa saya adalah pendokong setia UMNO. Pendokong setia Li Zahari. Maklumlah kami boleh bertepuk bertampar setiap kali bersua muka. Ada pula kampung yang hanya boleh agak-agak saya condong ke arah mana. Penduduk sebaya dan yang lebih tua daripada saya amat mengingati wajah saya. Mereka akan mengingati saya tatkala datangnya bulan puasa bulan ramadhan. 30 tahun lalu, setiap petang mereka akan menunggu kehadiran saya dan rakan-rakan di tepi jalan besar .. Ais .. ais .. buku kecik sekupang, buku besor dua kupang. Lumur dengan serbuk papan sebelum bungkus dengan surat khabar lama. Seronok mengayuh basikal beraga di belakang sambil menjual ais batu.
Sekiranya minggu lepas ada di kalangan penyokong PR yang hampir percaya bahawa mungkin benar PR telah menderhaka, hari ini sokongan mereka semakin jitu kembali kepada PR.
Seminggu itu juga Melayu UMNO amat percaya bahawa PR memang menderhaka dan mesti dihukum. Hari ini apabila emosi telah kendur, akal mula mengambil tempat di hati Melayu. Akal mula berfikir secara waras. Akal mula membuat keputusan bahawa PR tidak menderhaka. PR telah ‘dikenakan’ oleh UMNO. UMNO kampung telah berani mengakui akan kesilapan UMNO bangsawan. UMNO kampung tidak lagi segembira minggu lepas. UMNO kampung malu berhadapan dengan JKKK PR. UMNO kampung rasa bersalah untuk mengambil atau menerima kunci dewan. UMNO kampung tidak sanggup masuk ikut pintu belakang. UMNO kampung percaya PR tidak bersalah. UMNO kampung yang cari makan dengan UMNO sahaja yang percaya UMNO di pihak yang benar. Namun jumlah UMNO yang percaya ini tidaklah seramai jumlah UMNO yang tidak lagi percaya kepada UMNO bangsawan. Inilah natijah yang harus dikesali oleh UMNO bangsawan.
UMNO kampung telah mula percaya dan yakin bahawa UMNO telah tiada masa depan. Kekalahan UMNO dalam PRU Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebenarnya telah menazakkan nyawa UMNO. Seperti orang sakit tenat. Seminggu koma, kemudian sedar tetapi tetap terlalu tenat. Tidak semena-mena dalam tenat, ia lalu makan, boleh bersembang, boleh senyum walaupun sebelum itu terlantar sakit. Dalam kegembiraan seisi keluarga kerana dia boleh makan dan boleh sembang, lantas segera memberitahu sanak saudara bahawa dia telah sedar. Tetiba esoknya keluarga terkejut kerana dia telah menghembuskan nafas yang akhir. Innalillah hirojiun.
UMNO sedang nazak, tetapi tetiba bangun memerintah Perak. UMNO seluruh negara gembira kerana UMNO telah pulih dan sihat kembali. Tidak mungkin UMNO boleh menjadi rajawali. UMNO tidak akan mampu melakukan transformasi pada tubuhnya. Selepas seminggu UMNO memerintah Perak, tiada apa yang boleh dilakukannya. Tiada apa yang boleh diberikan kepada rakyat Perak, hatta tiada apa yang boleh dihadiahkan kepada ahli UMNO sendiri. Lihatlah betapa lemahnya MB UMNO sehingga memerlukan tiga penasihat bertaraf exco. Memang UMNO sedang sakit tenat, tetapi tidak mahu mengakuinya. Seperti orang sakit tenat akan pergi jua selepas tetiba lalu makan, lalu sembang. Begitulah juga dengan UMNO yang akan pergi selama-lamanya. UMNO mungkin berkubur di Perak.
Pada tahun 1946, Dato’ Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab begitu diingati kerana memperkenalkan UMNO di Perak. Tidak keterlaluan jikalau saya katakan, bahawa tahun 2009 ini, UMNO akan dikuburkan di Bukit Gantang.
http://jantantuya.blogspot.com/

UMNO JUAL MELAYU : 1990, UMNO Menang Majoriti Tapi Serah Kuasa Pada GERAKAN di Pulau Pinang




Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.
Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri.
Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan.Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.
Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.
Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.
Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi boneka?
Sumber : Penarik Beca.

lagu hot@mahasiswa malaysia