"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, January 3, 2009

Abdul Wahid calon pilihan semua


JAN 3 — Mengejutkan... Memang pengumuman calon Pas untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu memang mengejutkan. Ini kerana, Muhamad Abdul Wahid Endut bukan termasuk dalam senarai calon Pas sebelum ini.
Saya sendiri secara peribadi, apabila menerima maklumat ini kira-kira jam 4.30 petang 1 Januari lalu, amat terkejut. Saya percaya perasaan yang sama juga dirasai oleh kebanyakan pemimpin Pas sendiri.
Menurut maklumat awalnya, saya difahamkan ada tiga nama yang disebut-sebut. Dr Syed Azman, Datuk Wan Mutalib Embong dan Datuk Mustafa Ali. Apabila diberitahu bahawa calon pilihan adalah Abdul Wahid, saya sendiri tidak terkata apa-apa.
Untuk itu saya mula menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku.
Ia bermula dengan mesyuarat Lajnah Politik Pas Terengganu. Mesyuarat ini memilih sekurang-kurangnya dua nama penting iaitu Datuk Wan Mutalib dan Datuk Mustafa.
Apabila nama-nama calon ini dibentangkan ke mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 21 Disember lalu, dua nama penting lagi ditambah iaitu Haji Mohamad Sabu (bekas calon) dan Dr Syed Azman.
Setelah bermesyuarat, sekurang-kurangnya lima nama inilah yang disenaraipendekkan dan diberikan mandat kepada Presiden Pas untuk membuat keputusan terakhir.
Menurut ceritanya, pilihan Presiden Pas adalah Datuk Mustafa Ali manakala Datuk Wan Mutalib lebih cenderung agar Dr Syed Azman diberikan peluang sebagai calon. Ini kerana, berdasarkan kajiselidik yang dibuat kepada pengundi, nama Adun Batu Burok (Dr Syed Azman) inilah yang paling popular.
Nama Mohamad Sabu pula dianggap tidak sesuai kerana dimomokkan sebagai orang luar dan dikatakan punca Pas kalah dalam pilihan raya umum lalu di kerusi itu. Sentimen ini sudah sepakat di kalangan aktivis Pas di Kuala Terengganu.
Lalu yang tinggal hanya Mustafa dan Syed Azman. Namun beberapa hari sebelum 1 Januari, Mustafa dikatakan telah membuat keputusan menolak dari dicalonkan. Ini kerana beliau bimbang dilanda fitnah kerana hubungan rapat beliau dengan Presiden Pas.
Lalu yang tinggal adalah Syed Azman seorang sahaja. Ekoran itu beberapa media telah membuat berita kononnya beliau sudah terpilih sebagai calon di Kuala Terengganu.
Namun, pertemuan antara Presiden Pas dengan empat lagi pemimpin kanan Pas di Terengganu pada petang 1 Januari telah mengungkaikan segala-galanya. Dari situlah kemudiannya tersebar berita bahawa pilihan Pas adalah Abdul Wahid Endut, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu.
Ketika itu, saya masih berandaian bahawa lima pemimpin utama Pas Terengganu inilah yang membuat keputusan bersama iaitu memilih Abdul Wahid dan menolak Syed Azman. Namun selepas itu, baru saya tahu bahawa, keputusan yang mereka buat adalah atas keputusan dan istikharah yang dibuat oleh Presiden Pas sendiri.
Saya diberitahu, sejak diberikan amanah oleh JK Pas Pusat pada 21 Disember, Abdul Hadi terus mengadakan sembahyang istikharah agar beliau diberikan petunjuk untuk mendapatkan pilihan yang terbaik untuk Pas sesuai dengan namanya adalah parti Islam.
Seorang rakan saya memberitahu perkara ini. Betul atau tidak saya tidak bercadang untuk mengesahkannya dengan Abdul Hadi sendiri. Tetapi secara peribadi, saya percaya cerita ini.
Suatu malam, Abdul Hadi dikatakan bermimpi, beliau susah benar untuk mengambil air sembahyang. Setelah sekian lama baru dapat. Kemudian, apabila mahu sembahyang, beliau dikatakan sembahyang mengadap arah matahari naik. Sedangkan kiblat sembahyang adalah ke arah matahari jatuh.
Keesokan harinya, Abdul Hadi telah merujuk mimpi pelik ini kepada seorang rakannya dalam Majlis Syura Ulamak. Lalu mereka berdua mencapai keputusan bahawa mimpi itu ada kaitannya dengan pemilihan calon yang beliau isytikharahkan itu.
Lalu mereka berpendapat ini adalah petanda bahawa, calon yang ada di dalam senarai mereka itu tidak berapa sesuai dan perlukan calon lain. Lalu dari sinilah datangnya nama Abdul Wahid Endut yang tidak pernah ada dalam senarai calon-calon Pas sebelum ini.
Terbukti selepas diumumkan pada kira-kira jam 11 malam 1 Januari lepas, Abdul Wahid mendapat sokongan ramai. Sebaik sahaja nama beliau diumumkan, takbir bergema di Stadium Negeri Batu Burok itu.
Walaupun saya sendiri amat bimbang dengan pemilihan ini, namun selepas mendapat penerimaan baik masyarakat terutama di kalangan penyokong sendiri, terbukti pilihan ini tepat.
Siapa Abdul Wahid ini?
Abdul Wahid memang berbeza sekali dengan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid. Jika benar apa yang dituliskan oleh rakan saya Zubaidah Abu Bakar dalam NST 21 Disember lalu, Abdul Wahid bakal mendapat sokongan ramai dalam pilihan raya kecil ini.
Abdul Wahid seorang yang rendah diri ataupun tidak ada riak, bongkak atau hidung tinggi. Saya mempunyai pengalaman peribadi dengan beliau dalam hal ini.
Pada 6 Disember lalu, kakak ipar saya mengadakan kenduri kahwin anaknya di kampung Sungai Rengas, dalam kawasan Dun Wakaf Mempelam. Oleh kerana kesibukan, nama Abdul Wahid tertinggal dari senarai jemputan. Mereka hanya sedar perkara ini pada 5 Disember iaitu sehari sebelum kenduri.
Dengan tergopoh gapah, mereka berdua suami isteri ke rumah Abdul Wahid menghantar kad jemputan. Padahal orang lain sudah menerima kad jemputan ini sebulan lalu. Abdul Wahid, selaku wakil rakyat hanya menerima sehari sebelum kenduri.
Namun, atas sifatnya yang hebat, pada hari kenduri itu Abdul Wahid sampai ke majlis itu. Bayangkan kalau orang lain yang mendapat layanan sebegitu. Inilah kelebihan Abdul Wahid.
Mungkin ini yang dikatakan X-factor yang ada pada beliau. Mungkin kerana itulah juga beliau tidak pernah kalah di Dun Wakaf Mempelam yang ditandinginya sejak tahun 1990 lagi.
Ramai pihak yang cuba mengaitkan pertembungan dalaman Pas sebagai faktor pemilihan Abdul Wahid dan penolakan terhadap Syed Azman dan ramai juga yang berkata, Abdul Wahid adalah calon kompromi Pas.
Bagi saya, Abdul Wahid bukan calon kompromi atau penolakan Dr Syed Azman kerana faktor kumpulan dalam Pas tetapi Abdul Wahid adalah calon pilihan semua pihak dalam Pas. Cuma yang menyusahkan petugas Pas adalah pemilihan ini lambat dibuat iaitu selepas 10 hari calon BN berkempen di Kuala Terengganu.

Thursday, January 1, 2009

Ketua PAS Bahagian Wakili Pakatan Rakyat lawan Ketua UMNO Bahagian Di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.
Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.
Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.
Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.
Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.
Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)
DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.
Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos

Wednesday, December 31, 2008

Menjawab Kemusykilan Bungarya Mengenai Melayu, Islam dan DAP


oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
UMNO bukan sekadar bercakap saja. Bukan UMNO yang menggerakan hati dan fikiran Pemimpin DAP.Melainkan pemimpin DAP sendiri.UMNO kah yang menyuruh pemimpin DAP menghapuskan DEB di Pulau Pinang.
1) apakah kejayaan DEB selepas lebih 3 tahun ???
  • dimana kedudukan peniaga2 melayu. Untuk makuman bumiputra ( melayu + peribumi sabah sarawak ) hny mengusasi 18.% % kekayaan selepas 30 tahun DEB
  • org melayu hanya memiliki beberapa peratus sahaja premis2 perniagaan di bandar2- dimana org melayu pulau pinang, johor bahru, kuala lumpur dan badar2 besar lain selepas 30 tahun DEB
  • DEB gagal bukan krana dasarnya tapi kerana UMNO yang mengkhianati DEB.. selagi ada DEB selagi itu lah akan adanya ketidak adilan. Bahkan ketidakadian sesama melayu sendiri. Sedarlah pak cik mampukah peniaga melayu yang bukan kroni UMNO atau ahli UMNO merebut projek kerajaan walaupun beliau berkelayakan dan harga yang ditawarkannya jauh lebih rendah. Sudah tentu jawapannya tidak kerana projek kerajaan hanya untuk mereka yg rapat dengan pembesar UMNO.. x percaya tanya saja mana2 kontraktor. Kenyataannya jangan mimpi nak dpt projek kalau x da kabel besar dalam parti UMNO. Itulah hasilnya bangunan yang harga KURANG rm 100, 000. 00 melonjak menjadi RM 500, 000. 00. Dahla mahal kualitinya macam HARAM.. LEBIH MALANG ada yg belum siap pun dah runtuh dan bocor sana sini. Masih tak percaya siasat saja isu bangunan makmal komputer sekolah, MATRADE, MRR2, Parlimen dan seumpamanya.
2) kenapa saudara tidak mempertikaikan atau membantah kenyataan BAKAL PM iaitu si najib altantuya yang mengatakan DEB akan dihapuskan beransur2 ????

Apa Tujuan Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia. Anda harus bersikap prejudis dalam menjawab. Sama seperti penulisan anda yang sangat prejudis akan perjuangan UMNO memertabatkan bangsa dan agama.
  • Teresa Kok menyaman Utusan kerana Utusan memfitnahnya.. baca penerangan isu Azan
    dari blog Khalid Samad ( MP Shah Alam ), Zuraidah ( MP Ampang ) dan Teresa
    sendiri. Kalau anda degil untuk mempercayai, tanyalah dengan penduduk tempatan
    dan ahli jawatankuasa masjid tersebut sendiri. Teresa Kok tidak pernah
    mengharamkan azan sama sekali.
  • Logikkah Teresa Kok membuat aduan kepada ADUN BN yang tiada kuasa ke atas masjid ??? Kalaulah betul apa yg diddakwa lebih mudah dan lebih baik dan lebih tepat Teresa Kok menyuarakan isu Azan pd Exco Agama yang boleh saja dia jumpa bila2 masa berbanding ADUN BN yang lebih sukar utk dijumpai dan x ada kuasa pun. Tapi kenyataannya x pernah pun timbul isu Azan.
  • pandangan saya AMAT WAJAR MENYaMAN MEREKA YANG MEMFITNAH KITA. Memfitnah di dalam akhbar arus perdana dan tv arus perdana tanpa memberi peluang kepada individu terbabit menjawab isu yang ditimbulkan
Usaha untuk meng999tahunkan tanah orang DAP majoritinya di Perak. UMNOkah yang mengarahkannya.
  • saya kira ia wajar kerana mereka telah menetap di situ lebih 30 tahun.
  • Islam mengajar umatnya adil pada semua org tanpa kira kaum atau agama dan sbb itulah maka berduyun2 org bukan Islam berminat memeluk Islam di zaman Rasulullah dan para- para Khalifah.
  • keadilan islam pd semua agama dan kaum lah yg membezakan kami org islam berbanding yahudi dan lain2.
  • lagi pun kalau anda membuka Kanun Tanah Negara. tanah adalah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri berhak memberi milikan tanah pd mana- mana pihak dan individu. Bahkan ia disokong oleh panel 10 peguam + bekas hakim MAHKAMAH RAYUAN.
  • UMNO memberi tanah kepada org cina di Pulau Pinang dalam jumlah yang besar dan meibatkan rizab melayu pula kenapa anda membisu dan tidak mempertikaikannya ???
  • Peiknya diberi tanah bukan pd org miskin tapi pd kroni yang sudah mempunyai harta puluhan juta malah ada yang sudah bergelar Billionaire.
  • Ini diberikan pada orang Cina yang kurang senang kenapa harus anda mempertikaikan ???
  • Tanah ini bukan hanya untuk cina DAP tapi juga untuk cina MCA dan PKR. Orang melayu jug diberi tanah hak milik kekal tetapi kenapa UMNO mendiamkan perkara ini. Adakah demi menunjukkan Ir Nizar hanya berkhidmat pada kaum cina walhal kebenarannya Ir Nizar MB Perak juga memberi tanah pada sekolah agama rakyat, orang melayu dan India.
  • 999 tahun milikan tanah berbanding hak milik kekal. Mana lebih lama..
  • di Pulau Pinang dan bandar2 besar lain UMNO secara rakus memberi tanah milikan kekal pada Tauke2 Cina.. Kenapa anda diam membisu ????
Bila PAS berjuang untuk melaksanakan Hukum Hudud, apa DAP kata? UMNOkah yang menasihatikan DAP.
  • Soalan saya siapakah yang menghalang kerajaan Kelantan dan Terengganu melaksanakan Hudud ???
  • UMNO lah wahai saudara yang menghalang perlaksanaan Hudud. Di Kelantan, Hudud telah diwartakan dan dipersetujui majoriti ADUN kelantan untuk dilaksanakan, malangnya UMNO yang kjam menyaman kerajaan PAS Kelantan di zaman Mahathir demi menghalang Hudud dilaksanakan
  • soal DAP.. biarlah dia bersuara kerana dia belum paham apa itu Hudud oleh kerana mendapat penjelasan yang salah dari UMNO..
  • DAP itu org Cina bukan Islam tapi UMNO itu melayu yang mengaku Islam.. Lebih pelik UMNO mempertikaikan Hukum Hudud bukan mahu sama2 PAS melaksanakan hudud.
  • Jika DAP kurang paham isu Hudud, ayuh sama2 awk org UMNO berganding bahu dengan PAS pahamkan MCA dan DAP tentang Hudud
  • LAGIPUN hudud hanya untuk orang Islam, org bukan Islam diberi kebebasan memilih samada Hudud atau undang- undang sivil
Dan anak-anak di Menara Gading, sedarkah anda darimana asal usul anda? Mungkin sebahagian besar bapa anda tak mampupun menghantar anda sebegitu tinggi. Usaha siapa? DAPkah?Jangan Dangkal dan penganalisaan anda. Kadang tinggi mana sekolah anda, belum pasti anda tahu mana satu yang prioriti.
  • saya anak Malaysia yang belajar di Universiti- perbelanjaan saya bukan DUIT UMNO tapi duit cukai rakyat Malaysia..
  • kerajaan fungsinya menguruskan wang rakyat dan saya sebagai salah seorang rakyat yang membayar cukai berhak mendapat apa yang saya bayar - lainlah kalau saya belajar di Universiti 100% tanggungan UMNO/ BN.. mungkin saya harus sujud pd UMNO/ BN.. tapi saya di IPTA milik rakyat malaysia...
  • sesiapa pun yang memerintah, mereka hanya mengurus IPTA2 ini bukannya pemilik IPTA ini kerana IPTA ini miliknya rakyat Malaysia yang membayar cukai, yang menyumbang kepada negara

Tuesday, December 30, 2008

abe MIE tau semua rahsia Kapten Zahar Yang Masuk PAS tu...!!!


Pagi ni aku menerawang dalam blog-blog (maksud aku SEMUA BLOG tak kira pro mana). aku tersinggah ke blog abe MIE terjah lepas tu terbaca (sebenarnya bukan terbaca) post bertajuk KAPTEN AZHAR MASUK PKR? (ketika entri ini ditaip, abe MIE telah menukar tajuk entri kepada KAPTEN AZHAR 'masuk' Islam? (ah lantaklah, entri dia, sukati dia la nak letak tajuk apa pun...)
Macam ada sikit gila la entri tu... aku agak abe MIE dalam keadaan kurang stabil masa entri tu ditaip, aku rasa masa mula-mula nak publish dengan tajuk memula tu, tangan abe MIE terketar-ketar sebab bengang... kah kah kah kah kah...
Agak aku la... masa memula publish tu tengah lorat jadi main bantai je tajuk, dapat pulak maklumat salah... masuk PKR, tau-tau masuk PAS... cepat-cepat balik perbetul statement sambil-sambil tu tangan ngan kepala lutut terketar-ketar mungkin tak dapat terima kenyataan UMNO PJS lumpuh dan aku jugak paham keadaan abe MIE masa tu sebab bukan UMNO PJS je masuk PAS, malah bangunan UMNO PJS pun masuk PAS jugak... kah kah kah kah kah...
Sabar abe MIE...
Aku rasa abe MIE ada peluang cerah dekat PJS. UMNO sana dah bubar, cawangan semua dah tutup, bahagian pun dah KO... apa kata abe MIE pulak jadi penaja UMNO baru PJS? banyak cawangan baru nak kene bukak tu... maaasyuuuuuukkk...!!! untung-untung raya tahun depan boleh pakai Mekedis Kompreser abe MIE..!
Kah kah kah kah kah...
OK... pegi dekat point asal aku... dalam entri tu agak banyak jugak "pendedahan" yang abe MIE buat berdasarkan "pengalaman"nya ("Pengalaman" ke "Pangang"laman?) jadi aku nak komen pasal pendedahan yang abe MIE buat tu lah...
Sebelum tu aku ingatkan korang kata-kata abe MIE - Abe MIE kenali Kapten Azhar sejak tahun 1998 ketika tinggal di Taman Medan, Selangor. Pada masa itu, berlaku krisis pertumpahan darah antara orang Melayu dengan India yang dipanggil Pergaduhan Taman Medan.
1 - Kapten Azhar sebenarnya sudah lama mengamalkan rasuah. Kapten Azharlah menyebabkan UMNO dibenci.
  • Alamak abe MIE... ikut pengalaman abe MIE, kenapa baru sekarang abe MIE nak dedah? ke abe MIE dah dedah tapi lembaga disiplin UMNO buat tak tau je?
  • Besar jugak pengaruh Kapten ye? rupanya UMNO dibenci sebab Kapten?? ish ish ish ish ish... ni penyakit orang-orang UMNO... kalau bagus "sebab" saya, kalau tak bagus "sebab orang" kah kah kah kah kah... jumud..!
2 - Beliau pernah menghalau orang yang meminta supaya diberi rumah kos rendah atas alasan bukan penyokongnya.
  • Kah kah kah kah kah... abe MIE kene bongkar yang ni habis-habisan... kalau tak, UMNO dan abe MIE yang malu sebab dah lama tau benda ni, tapi sorok... amik lagi kenyataan abe MIE "Masa itu abe MIE kerja sebagai wartawan. Beliau menjadikan kedudukannya melantik kronis dalam keluarganya sebagai 'sub-sub kontrak' untuk pembangunan jalan, bangunan, tanah-tanah, kerja pembaikian dan sebagainya di Taman Medan serta Petaling Jaya. maknanya abe MIE dah terang-terang mengaku abe MIE ada bukti melalui kenyataan abe MIE tu... abe MIE kene bawak ke pengetahuan lembaga disiplin UMNO dan jugak SBPRM, kalau tak abe MIE boleh didakwa sebab "bersubahat". kah kah kah kah kah...
  • Kalau tak mau report, abe MIE kene pi cium "pungkoq" Pak Lah... baru selamat... amacam?
3 - Beliau seorang diktator dan dibenci oleh semua orang dan rakyat serta masyarakat PJS terutamanya Taman Medan.
  • Kah kah kah kah kah... yang ni abe MIE tak payah cerita la abe MIE... satu Malaysia dah tau... sape-sape pun kalau keluar dari UMNO lepas tu masuk parti pembangkang, gerenti orang tu jahat punya kan abe MIE kan?
  • Kalau Mahadet masuk salah 1 komponen Pakatan Rakyat, aku tak tau la macam mane Mahadet kene maki... kah kah kah kah kah...

4 - Kesemua anaknya memiliki rumah bernilai ratus ribu ringgit walaupun masih bersekolah di peringkat SPM.

  • Abe MIE... pi la report SBPRM... kami nak tengok Kapten jadik orang yang pertama first kene balun dek SBPRM ni... abe MIE pun boley jadik hero kan kan kan???

5 - Beliau juga mengaut kekayaan dan agihan wang UMNO terutamanya disalurkan kepada cawangan dan memasukkan wang itu ke dalam akaunnya sendiri.

  • Biase la tu abe MIE... lepas ni abe MIE boleh ambik alih tugas tu dari Kapten... masyuuuuuuuuukkk...!!! kapten lak dah dok dalam PAS, kalau buat benda tak senonoh macam ni alamat, kene humban laaa...!!!

6 - Beliau pernah menerbitkan poster mengenai jenayah Anwar Ibrahim dan hubungan Anwar yang begitu akhrab dengan yahudi pada pilihanraya yang lepas.

  • Laaa... abe MIE baru tau ke? kami dalam Pakatan Rakyat tau lama dah hal-hal macam ni... mana ada pemimpin UMNO yang tak pernah bikin kerja-kerja macam ni abe MIE bak mai habaq dekat aku, aku nak pi lapor dekat Guinness Book Malaysia Record sebagai ahli UMNO paling "bersih" kah kah kah kah kah...
  • Abe MIE tak tau ke selama ni benda ni berlaku? kah kah kah kah kah... jumud...!!!

7 - Kapten seorang penipu apabila memberitahu kepada pengundi Taman Medan, sekiranya memberi undi, semua orang disuruh mengambil wang saguhati sebanyak RM30-300 seorang mengikut perjalanan dan tempat tinggal. Namun selepas membuang undi, kita semua ditipu!!!

  • "Kita semua ditipu!!!"??? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.........!!!!!!!!!
  • Aku ingat abe MIE ni orangnya cerdik... rupanya "kurang" jugak... kah kah kah kah kah kah..."kita semua ditipu!!!"??? kah kah kah kah kah kah kah... kesiaaaaaannnnnn......
  • Aku ingat abe MIE mengundi sebab "ikhlas"... rupanya sebab RM30-300... kah kah kah kah kah kah kah kah kah... mata duitan jugak mu ni abe MIE... Khak Ptuih...!!!®

Dah la... yang lain-lain kau orang baca la dekat blog abe MIE dekat [sini]... kang aku letak berat-berat kang bercucuran lak airmata abe MIE tu... dah la dekat kawasan abe MIE dah tak de orang harapan nak diharapkan...

Kah kah kah kah kah... lepas ni abe MIE nak pow sape pulak ye? "bank" dah pakai lambang "Bulan Purnama"... "Rumah no 2 pun dah cat Hijau...

Apa lagi abe MIE??? Kapten nak berkampung dekat P-036 start 5hb.Januari sampai 17hb.Januari ni... abe MIE poie la berkampung dekat sana jugak..! kan abe MIE ada banyak "rahsia" kapten... poie la kau serang dia habis-habisan..!Kah kah kah kah kah kah kah kah...

DAP Anti Melayu dan Islam ????? Kah.. Kah.. Kah...


che'GuBard telah menerima email tulisan seorang teman ; YB Antony Loke yang menyentuh mengenai DAP Anti-Melayu?. Rasanya ramai perlu berkongsi artikel ini.
DAP anti-Melayu! DAP anti-Islam!
Inilah tohmahan-tohmahan yang sering disumbatkan oleh propagandis UMNO ke dalam pemikiran masyarakat Melayu Malaysia selama lebih 40 tahun ini. Memang saya memperakui bahawa propaganda UMNO begitu effektif sekali selama ini sehinggakan DAP berjaya digambarkan sebagai “musuh” orang Melayu dan justeru itu orang Melayu memerlukan UMNO untuk mempertahankan hak-hak mereka daripada “dirompak” oleh kaum lain khasnya DAP.
Mengapa mereka berjaya sebelum ini?
Media arus perdana Bahasa Melayu yang menjadi agen propagandis kepada UMNO memainkan peranan utama ini. Rata-rata masyarakat Melayu bergantung kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai akhbar paling utama mereka. Untuk media elektronik pula, saluran RTM dan Buletin Utama TV3 merupakan sumber informasi yang paling utama.
Bayangkan, pernahkah sesiapa membaca atau mendengar apa-apa berita yang positif mengenai parti ataupun pemimpin DAP dalam media-media ini? Kebiasaannya, DAP ditonjolkan sebagai sebuah parti chauvinis Cina yang sering kali mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu. Tambahan pula, rencana-rencana yang ditulis dalam Mingguan Malaysia mengemudi pemikiran masyarakat Melayu ke arah itu.
Apa sahaja yang dilakukan ataupun penerangan daripada DAP selalunya akan berkesudahan dalam tong sampah di pejabat editor. Ini yang menjadi modus operandi parti UMNO selama ini untuk cuba menguburkan DAP daripada berkembang menjadi sebuah parti yang mendapat sokongan berbilang kaum rakyat Malaysia. Namun, transformasi masyarakat Malaysia dalam sedekad yang lalu yang dipacu melalui gelombang teknologi internet telah membantu sedikit sebanyak memecahkan tembok pemikiran negatif tersebut terhadap DAP di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini.
Apakah falsafah perjuangan DAP?
Adakah kebangkitan DAP dalam arena politik negara dan pentadbiran kerajaan yang disertai oleh DAP akan menghakis kedudukan orang Melayu dan justeru itu kepentingan dan kebajikan mereka akan tergadai? Saya merasakan persoalan-persoalan ini perlu diperjelaskan untuk menyakinkan masyarakat Melayu sekiranya kita ingin melihat kewujudan sistem pentadbiran dua parti di Malaysia. DAP bertunjangkan ideologi sosial demokrasi. Apa maksudnya? Di antara prinsip-prinsip penting yang diperjuangkan ialah keadilan sosial, kesamarataan peluang (equality of opportunity), kebebasan dan solidariti. Demokrasi maksudnya kita membawa obor perjuangan kita melalui sistem pilihanraya dan bukannya melalui sebarang cara yang tidak mengikut lunas perlembagaan.
Hakikatnya, DAP bertanding dalam sistem pilihanraya di Malaysia sejak tahun 1965 lagi dan walaupun sering kali bersaing di atas padang yang tidak samarata, kami tetap menerima setiap keputusannya.Mungkin prinsip-prinsip yang saya perkatakan tadi terlalu abstrak bagi masyarakat umum. Namun keadilan sosial boleh ditakrifkan sebagai keadilan untuk masyarakat dari segi layanan, pertimbangan dasar dan bantuan kepada mereka yang miskin dan terpinggir tanpa melihat warna kulit dan latarbelakang agamanya.
Adakah prinsip-prinsip ini bertentangan dengan ajaran agam Islam? Jawapannya tentu tidak!
Perdebatan dalam perkara ini sering menjadi hangat di Dewan Rakyat. Setiap kali Ahli Parlimen DAP bangun menimbulkan isu ini, ada sahaja YB dari UMNO yang bangun yang cuba memutar-belitkan bahawa DAP menentang bantuan kerajaan untuk orang Melayu. “Smash” ini cukup mudah dibalas. Sekiranya prinsip ini dipratikkan, kan ramai yang mendapat bantuan itu terdiri daripada masyarakat Melayu juga yang benar-benar memerlukannya.
Perbezaannya, golongan Cina dan India atau apa-apa kaum yang lain yang juga memerlukan bantuan tetap diberi perhatian. Adakah masyarakat Melayu di akar umbi akan berasa dengki? Saya cukup yakin tidak. Kita juga mengejar kesamarataan dari segi peluang. Peluang untuk belajar di universiti, peluang untuk mendapat biasiswa, peluang untuk berniaga, peluang untuk menduduki apa-apa jawatan penting dan peluang untuk berjaya dalam segala aspek hidup. Orang UMNO menggunakan alasan bahawa orang Melayu masih di belakang dalam pelbagai aspek dan tidak mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain dan justeru itu memerlukan “perlindungan” daripada kerajaan. Yang pertamanya, persepsi seumpama ini seolah-olah merendahkan keupayaan masyarakat Melayu sendiri. Masyarakat Malaysia hari ini telah banyak berubah.
Kini sudah wujud satu kelas menengah Melayu yang besar dan anak-anak Melayu mempunyai akses dan kapasiti untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa apa-apa “handicap”. Bukankah itu semangat yang cuba dihidupkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan slogannya “Malaysia Boleh”? Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pemikiran UMNO inilah yang akhirnya akan membantutkan perkembangan dan kebangkitan masyarakat Melayu dalam persekitaran global zaman ini.
Keduanya, alasan memberikan peluang untuk orang Melayu sebenarnya telah lama “diperkosa” oleh orang UMNO sendiri dengan menganugerahkan sebarang kontrak kerajaan kepada kaum-kerabat dan sahabat handai mereka yang dalam pengertian ekonomi ditakrifkan sebagai kronisme. Saya nak tanya rakan-rakan Melayu yang langsung tidak ada “kabel” dengan pemimpin UMNO, mampukah saudara mendapat sebarang projek kerajaan dengan usaha sendiri? Memang tidak dinafikan bahawa masih ada golongan yang kurang mampu untuk bersaing dalam padang yang samarata.
Kemungkinan juga mereka ini sebahagian besarnya dari masyarakat Melayu di luar bandar. Namun, mereka yang tergolong dalam kategori ini juga meliputi anak-anak India yang membesar di ladang dan estet, budak-budak Cina di ratusan kampung baru di pekan-pekan kecil dan mereka-mereka yang dilahirkan di pendalaman Sabah dan Sarawak.
Memang kami bersetuju golongan ini perlu diberikan sedikit kelonggaran dan perhatian khusus untuk turut mendapat peluang dalam segala aspek mobiliti ke atas (upward mobility) seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka di kawasan Bandar. Namun, kayu pengukur untuk diberikan “diskriminasi positif” ini tidak seharusnya berdasarkan warna kulit tetapi sebaliknya berlandaskan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka.
Persoalannya, adakah masyarakat Melayu yang miskin akan terpinggir dan dilupakan dalam pelaksanaan dasar seumpama ini? Sudah tiba masanya kita melihat setiap insan manusia yang lain itu sebagai kaum manusia (humankind) terlebih dahulu dan bukannya warna di atas kulitnya. Sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai daya pemikiran tersebut ditambah pula dengan pelaksanaan segala dasar kerajaan berasaskan prinsip ini, maka Malaysia tidak memerlukan Kementerian Perpaduan Nasional untuk mencapai perpaduan yang sejati di kalangan rakyat berbilang kaum kita.
Kesimpulannya, tidak ada alasan langsung bagi DAP untuk melihat orang Melayu sebagai musuh atau sebaliknya? Apa yang boleh kita kecapai daripada itu? Kita tidak pernah mempertikaikan beberapa perkara yang asas seperti Islam sebagai agami rasmi, Perkara 153 kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja Berlembagaan. Yang kita perjuangkan ialah supaya dasar-dasar kerajaan bersifat lebih Malaysia dan supaya setiap rakyat Malaysia merasakan “semangat kepunyaan” atau “a sense of belonging” dalam negara kita ini.
tulisan ;
YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah dan Pengarah Pendidikan Politik DAP

Pelabur - pelabur Negara China Berminat Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Kelantan


28 Disember 2008,Dua orang ahli perniagaan dari China telah datang ke Kelantan untuk berjumpa YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan YB Dato Haji Husam Musa dengan tujuan berkongsi pendapat dan berbincang selain memperluaskan perniagaan masing-masing.Mereka di wakili oleh puan Qiao Li selaku presiden kepada Beijing Good To Great Investment Co. Ltd. yang berpengkalan di Beijing dan juga di wakili oleh Encik Yau Kiam Fee iaitu Pengarah Urusan kepada Hollysys (Asia Pasific ) Pte Ltd yang beroperasi di Singapura.


Mereka juga mempunyai banyak syarikat yang melabur di negara China dan juga memiliki satu telaga minyak milik peribadi syarikat mereka di negeri China.Mereka juga banyak menjalankan teknologi janakuasa melibatkan tenaga solar.
Mereka juga mencadangkan supaya sektor pertanian di Kelantan dapat menggunakan teknologi yang baru.Mereka juga pakar dalam bidang pertanian dimana mereka mencadangkan perkara-perkara yang boleh memajukan sektor padi ini.
YB Dato' Husam Berharap agar mendapat manfaat yang baik dan berguna kepada negeri Kelantan.Memandangkan harga getah kini rendah dan Negeri Kelantan pula merupakan pengeluar getah utama di Malaysia, YB Dato' Husam berpendapat bahawa jika syarikat ini boleh mengimport getah dari Kelantan itu adalah bagus.

Tentang padi pula,beliau memberitahu kepada pelabur tersebut bahawa Kelantan sekarang sedang belajar dan mendapat tunjuk ajar dari negara Indonesia.Ini kerana sektor padi di Indonesia semakin meningkat dimana kos untuk penanaman turun dan hasil padi dapat ditingkatkan."Jika syarikat ini mempunyai teknologi yang lebih baik,tidak mustahil Kelantan boleh bekerjasama dengan China" jelas beliau.

ISU HUDUD... Ini Pendirian Sebenar Husam Musa, Naib Presiden PAS


YB Dato' berkata beliau tidak pernah ubah pendirian.Pas dan UMNO dari dulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing di mana Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud manakala UMNO tetap menolaknya.
"Sebagai umat islam kita kena menerima hukum hudud ini kerana hukum hudud adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah,"kata beliau.
Katanya,dari segi pelaksanaan,Islam membenarkan hudud dilakukan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.Dato' Husam memberi contoh seperti solat zohor,di mana solat tersebut tidak boleh ditunaikan selagi belum masuk waktunya.
Menurutnya, sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan UMNO menolak hukum hudud walaupun mereka beragama Islam.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu,dan sekarang ini saya lebih risaukan UMNO berbanding DAP kerana UMNO mendakwa mereka Islam.
Macam mana orang Islam boleh menolak hukum hudud dan sekali lagi, tahniah kepada UMNO kerana konsisten menolak hukum hudud dari dulu,"katanya.
Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa beliau tidak tetap pendirian mengenai keputusan dalam pelaksanaan hukum hudud.

lagu hot@mahasiswa malaysia