"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, October 31, 2008

NC Yang Dilantik Mestilah Diyakini Masyarakat dan Rakyat


Isu pelantikan Naib Canselor menjadi perhatian masyarakat umum kembali. Kali ini, situasinya berlaku di Universiti Malaya yang mana Dato’ Rafiah Salim secara kontraknya akan menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor pada 7 November ini.
Secara faktanya, Naib Canselor (NC) adalah merupakan orang nombor satu di dalam pengurusan sesebuah Universiti. Walaupun tidak dinafikan kewujudan Pro Canselor dan Canselor sebagai simbol keagungan Universiti.
Tetapi dari segi autoriti dan juga tanggungjawab, jelas bahawa Naib Canselor merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah Universiti. Ia merupakan jawatan yang cukup penting bagi sesebuah universiti kerana beliaulah yang menentu hala tuju Universiti dalam mencapai kecemerlangan, terutama dari segi akademik dan juga mutu graduannya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan aturan dan amalan sekarang, Menteri Pengajian Tinggi mempunyai kuasa mutlak melantik mana-mana tokoh akademik yang dirasakan layak menduduki kerusi Naib Canselor atau Rektor universiti di negara ini. Hal ini adalah sejajar dengan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2008) iaitu Seksyen baru 4(a) dan 4(b) AUKU yang memperuntukkan bahawa “Menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu”.
Jelas bahawa peruntukkan AUKU ini akan menimbulkan satu perdebatan yang panjang kerana ia memberi kuasa pemutus kepada menteri bertanggungjawab untuk melantik Naib Canselor di sesebuah Universiti dan nasihat yang diberikan jawatankuasa itu adalah tidak mengikat menteri terbabit
Walaupun bakal Naib Canselor kebiasaannya dicalonkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), tetapi kata pemutus (final outclause) datangnya daripada tangan menteri kerana beliau mempunyai kuasa mutlak (absolute power) menerima atau menolak nama-nama yang dicalonkan LPU. Justeru tidak hairanlah isu pelantikan Naib Canselor ini sentiasa menimbulkan kontroversi dan juga pendebatan ahli politik serta masyarakat umum termasuk ahli Parlimen sendiri.
selanjutnya............

Thursday, October 30, 2008

Saiful Nafi "Tak Sihat" - malaysiakini

Hari ni aku bosan gile... jadik aku merayau dalam blog-blog dan jugak macam-macam laman web termasuk "Friendster"...

Apa menatang "Friendster" ni aku tak terror sangat.sebab aku tak terror maka aku mintak tolong member aku.pakai id dia untuk pusing-pusing dalam menatang "Friendster" nih.


Aku teringat budak bancuh kopi pun ada "Friendster" jugak dan "kebetulan" member aku pun salah seorang dari "Friendster" budak bancuh kopi.


Jadi boleh la aku akses ke akaun "Friendster" budak bancuh kopi (kalau tak geng tak leh akses rupanya ya???).


Jenguk-jenguk laman bancuh kopi, baru aku tau rupanya budak bancuh kopi dah kawin...hangpa tengok la dekat profile dia...dia habaq - Male, 23, Married.


Alamak...dekat pembukaan/intro pun dah menipu dah...kalau dah taik penipu, macam manapun memang tak leh nak pisah dengan perangai menipu...bala betul la budak bancuh kopi nih.


Last dia update menatang "Friendster" ni seminggu lepas.ooo...tengok pada ruangan komen betul jugak rekod tu sebab last komen budak bancuh kopi ni publish bertarikh 17hb.Oktober,2008.


Apa komen dia?



Sebelum tu ada sorang mamat geng dia tinggal komen tanya dia - saiful..nape u tersasul sebut tarikh kejadian liwat mase sumpah arituh...benda tu telah jd reason pihak2 pembangkang hentam u balik...tp xpe..berani kerana benar - *rujuk gambaq dekat bawah ni ha...




geli betul aku baca depa nih sama-sama jantan dok main "I" "You" "I" You"......khak petuih...!!!
Budak bancuh kopi jawab - Assalammualaikum Saudara Belack, tentang tersasul tu biasa la.. Agak nervous mase nak sumpah tu.. Ye la, bkn bende yang main2.. Mereka tu dok persoal masalah teknikal je.. Yang penting pada saya, saya sudah lafazkan sumpah tu.. Tetapi dipihak sebelah sana(iaitu DSAI) tidak menyahut sehingga ke hari ini..*rujuk gambaq dekat bawah ni ha...


*awat jawapan budak bancuh kopi sama je dengan jawapan puaka-puaka UMNO/BN ah?depa nih baca skrip ke?sape buat skrip?Bik Mama ke?Me No Spik inggelish ke?Anaz ke?pandai betul depa komplot ye?hebat sungguh...dasat sungguh...
Budak Bancuh Kopi Nafi Tak Sihat
dalam ruang komen tu jugak budak bancuh kopi ada post 1 komen menafikan khabar angin yang mengatakan "anu"nya (dia tak habaq la "anu" tu...saje aku tambah sikit bagi seronok baca...) sedang mengalami masalah.
Kata budak bancuh kopi - Assalamualaikum semua.. Terima kasih byk2 diatas nasihat dan sokongan yang diberi.. Alhamdullilah saya sihat walafiat.. =) Tidak perlu risau.. Email2 dan fitnah yang saya sedang sakit itu hanya palsu semata2.. Kepada penyebar2 fitnah itu, saya harap anda hentikan lah.. Kerana apabila kebenaran muncul nanti, anda akan menanggung akibatnya..
Uih..."apabila kebenaran muncul nanti, anda akan menanggung akibatnya"... pergh...!!!hangpa jangan main-main..!esok-esok bila "kebenaran tu muncul" hangpa akan menanggung akibatnya..!
Ada lagi yang best... budak bancuh kopi habaq - Saya skrg masih lg ternanti2 bila perbicaraan akan bermula.. Saya mengisi masa lapang dengan membaca buku, al-quran, tafsir dan bermacam lagi.. Kadang kala bersenam.
Hehehe... tertunggu-tunggu ye... aku rasa perbicaraan dah berapa kali dah jalan tapi awat budak bancuh kopi tak pegi???
Agak-agak hangpa budak bancuh kopi sekarang tengah "bertafakur" dekat mana ya?
Bab isi masa lapang tu yang tu no komen...kalau betul budak bancuh kopi isi masa lapang dengan benda-benda macam tu, kita doakan supaya kebenaran itu datang dengan segera.
Aku nak percaya ke tak nak percaya ke tuduhan budak bancuh kopi ni aku tak tau... tapi bila dekat intro dia pun dia dah menipu macam mana aku nak percaya?
Lu pikir la sendiri..!

oleh perisik rakyat

K "Jack" Daniel's







Sama tak botol minuman dalam gambar ni dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu???
Dengan ini, aku Isytiharkan KJ sebagai Khairy "Jack" Daniel's!!
Cheer's...!!!
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!
Saya cadangkan kita buat debat terbuka.
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!
Tajuk debat:
Minum (minum ape tu?) bersama akar umbi untuk menguatkan parti.
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!

Kronologi beli Eurocopter





18 Julai 2007 - Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.(masa ni UMNO/BN dah "sakit" sebab 5 negeri kaya jatuh ketangan Pakatan Rakyat...maka dengan itu KERAjaan memutuskan untuk "membuat perolehan bagi menggantikan pesawat nuri" dengan harapan dapat mencilok sedikit wang yang bakal digunakan untuk pembelian tersebut.)


3 September 2008 - Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.(Mat Najib yang berselindung disebalik "kementerian pertahanan" menerima keputusan persetujuan Pak lah yag berselindung disebalik "kementerian kewangan" didalam menjayakan rancangan "cilok sebelum berundur" ini...pengarahnya mungkin jugak geng-geng tingkat 4...Pak Lah reti berfikir ka?mungkin tidak...)


26 September 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.(gerombolan ini berjaya dalam rancangan awalnya...masa ni depa pakat-pakat dok kire dah berpae tingkat 4 nak bagi kemisen masing-masing...)


13 Oktober 2008 - Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.(Panglima ATM yang tak tau apa-apa dipergunakan "kunun" untuk menutup rancangan depa)
13 Oktober 2008 - Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.(kantoi...depa ingat geng-geng Pakatan Rakyat tak de akses maklumat berkenaan eurocopter...depa ingat geng-geng Pakatan Rakyat ni lembab macam pencacai-pencacai UMNO...depa jugak lupa nak cover rege item yang sama yang negara lain beli dari eurocopter sebab depa bodo...)
19 Oktober 2008 - Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).(oleh kerana dah terkantoi, maka langkah untuk meng"cover" balik hal-hal yang dah terdedah terpaksa dilakukan...kabinet bersetuju sebab nak tunjuk ketelusan...cit podah..!)
19 Oktober 2008 - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.(Mat Najib Monggol masih nak cover...dia ingat lepas dapat cover kes Atlantuya, yang ni pun dia dapat cover jugak tapi dia lupa sebelum ni dia dah terkantoi dalam kes budak pejabat yang kene liwat...mula-mula habaq tak kenal, pas tu bila kantoi, tergagap-gagap macam budak kene paku karat...sikit lagi nak kancing gigi masa kena soal dekat wartawan...belit, jangan tak belit Najib...)
20 Oktober 2008 - Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.(gedegang...Mat Najib dan jugak Pak Lah dan jugak geng-geng tingkat 4 dah gegar sikit-sikit...tak pe...bertahan...)
24 Oktober 2008 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.(BPR pulak masuk campur...mampuih...masa ni Mat Najib dah terkedu...Pak Lah langsung hilang...mungkin Pak Lah masih menunggu "Ilham"..."Ilham"???bodo betul Pi Em nih...eh...Pi Em tak bodo...Pi Em jugak yang rilek sebab jawatan menteri kewangan dah passing dekat Najib...bakal Pi Em ni la yang bodo...jadik punching bag Pak Lah la mamat monggol nih...kah kah kah kah kah...)
28 Oktober 2008 - Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.(oleh kerana pembelian telah ditangguhkan, maka segala hasil siasatan BPR dipercayai tidak akan dibentangkan walaupun terdapat penyelewengan...hangpa tak percaya ke? alasan BPR lepas ni ialah... tidak berlaku urus niaga, maka tiada kes...)
Percaya ka tak percaya???

perisik rakyat

Wednesday, October 29, 2008

Berpacaran Di Banda Aceh…

Ibnu Hasyim

CATATAN PERJALANAN:
MALAM itu saya sempat melawat ke suatu kawasan rumah-rumah kediaman mangsa-mangsa tsunami. Kampung itu menjadi contoh terbaik di kalangan banyak kawasan mangsa tsunami. Sempat saya bertemu seorang lelaki perpengaruh dan banyak pengalaman, yang mengetuai di kalangan mereka..
“Hanya tinggal saya dan isteri saya. Anak-anak saya semua telah meninggal dunia diragut tsunami. Selepas tsumani saya jual banyak tanah-tanah saya, saya wakafkan masjid di sini dan akan wakafkan sebuah lagi..” Kata beliau yang sudah berusia 62 tahun. “Cuma saya risaukan masa depan Aceh.. Pemimpin-pemimpin dan generasi mudanya…”
Kenapa?” Saya tanya
Masalah pemimpin-pemimpin… contohnya kurang yang berpendidikan agama, akibatnya tidak telus wang pembahagian tsunami. Remajanya, dulu lepas tsunami semuanya hampir berpakaian menutup aurat dan baik pergaulan. Kini sudah mulai berkurangan.. Bahkan di Banda Aceh inipun sudah ada tempat-tempat muda-mudi dibenarkan berpacaran. Berpasang-pasangan bukan muhrim di remang-remang kota, atau di atas kereta (Atas motosikal.. Motosikal disebut kereta di Aceh).”
“Benarkah?” Saya tanya bagaikan terkejut…
Memang dikatakan sejak Mac 2001, telah dilaksanakan ‘hukum syariat Islam’ di Tanah Rencong ini. Sudah ada contoh kes yang berakhir dengan hukum ‘cambuk’ atau sebat kepada penjudi. Bahkan pernah suatu waktu diadakan konset hiburan di stadium, penonton dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Bahkan seorang penulis bernama Dudi Gurnadi menggambarkan kesan syariat tersebut ke atas sosio budaya hingga selepas tsunami, dalam tulisannya pada Mac11, 2006, setelah sebulan penulisnya berada di Banda Aceh. Antaranya berbunyi
“ 1…Hampir sebagian besar wanita Aceh ketika di tempat umum ataupun berkendaraan selalu menggunakan jilbab atau minimal kerudung dan biasanya menggunakan baju lengan panjang. Hal ini berbeda dengan sebagian besar bule-bule (orang-orang barat) wanita NGO yang tidak berkerudung ataupun berjilbab walaupun berada di tempat umum. Biasanya, ketika sudah sampai tempat tujuan kerudung atau jilbab tersebut akan dilepas walaupun disitu ada pria yang bukan muhrimnya.
2…Jarang sekali saya melihat pria menggunakan celana pendek (celana hawaii) di tempat umum, mungkin di Jakarta jamak yah liat (lihat) pemandangan seperti ini. Bahkan saya tidak pernah liat yang bertelanjang dada. Ah ini sih kebangetan telanjang dada di tempat umum, cuma saya juga belum pernah liat ada petani yang bertelanjang dada lagi mencangkul, abis belum sempet jalan-jalan ke sawah sih.


DSAI Khianat?


Saya telah menerima satu soalan daripada Anak Bulan sedikit masa dahulu yang berbunyi begini:

“Salam tuan haji,
Jika ditakdirkan DSAI berpaling tadah dan
bersekongkol dengan Najib selepas Mac 2009, bagaimana keadaan PAS pada ketika
itu?
Apakah perancangan masa depan PAS? ada perancangan
ker sekiranya PKR atau DAP khianat? Pernahkah perkara sebegini dibincangkan
secara tertutup atau terbuka?Minta pendapat tuan haji!”
Wa Alaikum Salaam.Soalan macam ini yang saya suka. Terus terang dan tidak berdolak dalih. Jawapan saya begini;
Kita bergerak melalui sistem Demokrasi Berparlimen. Dalam sistem ini, sokongan rakyat adalah yang terpenting. Kita kena faham bahawa penglibatan kita dengan PR adalah satu cara untuk kita lebih dikenali rakyat dan dengan itu mendapat sokongan mereka. Kita bersama PR bukan kerana ta’sub Anwar atau sebagainya. Ianya adalah untuk berpeluang mendampingi rakyat dan mereka mendampingi kita. Kita berinteraksi dengan rakyat secara direct, bukan melalui DAP atau PKR. Melalui interaksi ini, atau apa yang sering disebut sebagai ‘engagement’, kita sampaikan mesej kita berhubung Islam dan keadilannya. Dakwah kita mesti bil-Lisan dan bil-Hal. Jangan cakap lain tetapi buat lain. Ini yang kadangkala susah bagi sesetengah orang.
Setelah rakyat mengenali kita dan sokongan mereka adalah atas kefahaman dan penerimaan terhadap mesej kita, maka ini merupakan ‘sokongan sendiri’ bukan semata sokongan atas dasar kita bersama PR - iaitu oleh kerana mereka sokong PKR atau DAP, maka mereka sokong kita. Ini namanya ‘sokongan tumpangan’. Cabaran kita ialah untuk mengubah ‘sokongan tumpangan’ yang telah diperolehi pada Mac 2008 kepada ‘sokongan sendiri’. Sokongan sendiri ada dua jenis. Yang pertama ‘sokongan sendiri-hakiki’. Ini adalah dari orang Islam yang committed dengan perjuangan Islam. Sokongan ini, walau macam mana sekalipun, insyaAllah mereka akan bersama perjuangan Islam. Walaupun parti Islam lemah atau melakukan kesilapan, bagi mereka tiada perjuangan melainkan perjuangan Islam.
Sokongan sendiri yang kedua adalah ‘sokongan sendiri bersyarat’. Ini adalah sokongan dari orang Islam dan bukan Islam yang menyokong selagimana mereka menganggap pemerintahan Islam lebih adil dari yang lain. Bukan semestinya yang teradil. Hanya lebih adil dari kaca mata mereka. Sokongan ini tidak semestinya bersama kita dalam setiap keadaan dan kita kena berusaha lebih gigih untuk mengekalkannya.
Sekiranya DSAI khianat, atau PKR atau DAP khianat, maka rakyat akan menilai sejauh mana keikhlasan mereka. Mereka akan terpaksa menjelaskan kepada rakyat dan mungkin mereka akan hilang kredibiliti di mata rakyat. Sama seperti sekiranya kita (PAS) yang khianat. Kalau mereka khianat, mereka kehilangan kredibiliti, lebih2 lagi sekiranya rakyat sudah mengenali kita dan menyokong prinsip2 yang kita perjuangkan. Pada masa itu PAS akan dilihat sebagai satu-satunya parti pembangkang yang boleh diharap. Ini merupakan satu kejayaan bagi kita walaupun pada waktu itu kita mungkin dikenakan tindakan ISA, wanaudzubillahi min dzalik, sekiranya DSAI berpakat dengan Najib, wanaudzubillahi min dzalik buat kali kedua. Namun, kita kena terus istiqamah dan bina serta tambah kekuatan sokongan kita dikalangan rakyat jelata.
Akhirnya bila ‘sokongan sendiri’ mencukupi, PAS mampu menjadi teras kepada kerajaan yang disokong rakyat. Pada masa itu kemenangan kita adalah atas dasar sokongan terhadap mesej kita dan bukan ‘sokongan tumpangan’
Lagipun apa lagi pilihan kita? Khianat sebelum dikhianati? Kalau kita yg khianat, ‘sokongan tumpangan’ yang kita perolehi akan lenyap begitu sahaja. Seterusnya kita tidak akan mendapat ‘sokongan tumpangan’, apa tah lagi ‘sokongan sendiri-bersyarat’ dari golongan Islam atas pagar dan bukan Islam semasa PRU. Kita akan hanya kekal dengan ‘sokongan sendiri-hakiki’ dan keputusan Pilihan Raya pada masa itu akan mirip 2004.
DSAI dan DAP memahami implikasi pengkhianatan ini dan oleh itu saya yakin insyaAllah mereka tidak akan khianat. Oleh itu juga, persoalan ini tidak dibincang secara terbuka ataupun tertutup. Namun, secara hypothetical, saya jawab juga soalan yang dikemukakan.
Untuk penjelasan lebih lanjut tentang implikasi khianat, sila baca artikel saya yang berjudul “Satu Hari di Hari Raya dan “Respons kepada Pengunjung -Wahai Anakanda”.
WalLahu 'Alam
khalid abd samad
Ahli Parlimen Shah Alam

When Will They Learn ? ( by tony fernandes )




Ever since the pound was forced out of the ERM (European Exchange Rate Mechanism) in the late 80's, I have always had a strong distaste for financial traders. I saw it once again in 1997 when all of us were affected but till this day I cannot understand how the rupiah went from 2500 per US dollar to at one point 20000.
The world has been living with many bubbles over the last 3 years and for anyone who chose to listen I kept telling people that it's all going to come crashing down soon and we will all hurt but no one seemed to listen or really bother. We were all into believing that the growth will go on forever.
Thank god in Malaysia, Bank Negara has kept a tight rein and hence our financial system is strong. The issue I have been having is profits must come from creating real value. Not paper profits.
I saw with my very own eyes how oil went from 30 US dollars to 150 US dollars in just 2 years. How on earth can oil be worth so much more i.e. 500 percent in such a short period? The answer is that financial speculators saw it as easy profit. The actual volume traded was so far in excess of the actual oil consumed. So it was all just in paper. Hedging is supposed to give certainty to oil producers and oil consumers. But a whole new class came in who never even bought a drop of oil. Banks like Goldman Sachs made calls on oil at 200 US dollars. Did they themselves buy oil for that long? Oil went up for any reason. The worse being a fire in one small refinery in the middle of nowhere and the oil shot up to 4 US dollars.
The shame is many decent companies have been destroyed by the greed of these financial speculators who made nothing while many entrepreneurs who had great ideas were destroyed by these guys who traded papers. And those who bailed out are the Bank of America and the Treasury Secretary who happens to be the ex-CEO of Goldman Sachs's Hank Paulson.
I am a great believer in the free market but in this case the free market failed and for years to come we will all pay for it. Speculation is evil and I hope in future there is a better regulation of it.
Here are some suggestions:
1. Build real value - don't get involved in a business that is trading on paper. If I could, I would stop all speculation. If you want to hedge oil that's fine but it must be backed by the purchase of the physical product. This is the same for currency and interest rates.
2. Do not allow too much leverage. Make sure that the cash flow is robust to deal with leverage.
3. Ban on short selling. Either you have the stock to sell and if not you can't sell.
The trouble is that too much money went into trading and not on building real value and now we are all are going to pay.
However, I feel we are in quite a good position in Malaysia if we use this to strengthen our Asean ties and build closer links to Asean. It's a 600 million market.
So, the lesson here is that there is no quick answer to wealth. The best bets are still building a business that builds real value and is a service to the people.
I think Malaysia will do okay from this. We have been insulated for a while from the world economy but I hope the government grants this opportunity to further enhance productivity.
by datuk tony fernandes
CEO Air Asia Bhd

Monday, October 27, 2008

Dalam Diam Shah Rukh Khan Sokong PAS





Soalan tentang anugerah Datuk terhadap pelakon Bollywood itu nampak semakin tidak ada ertinya.
Tambahan pula pelakon itu dijangka akan berada di Malaysia tidak lama lagi.Kita tidak pasti apakah beliau datang dengan perbelanjaan sendiri ataupun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka.
Namun sesuatu yang ingin kita lihat, apakah akan terjadi jika Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dengan memakai baju PAS dan membawa bendera parti itu seperti foto yang disiarkan?
Apakah gelaran Datuknya akan ditarik balik?Jika ini berlaku bukankah kecoh jadinya puak-puak UMNO ini.
Lagi pun difahamkan aktor itu beragama Islam.Maka sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.Bahkan dulu dalam lagunya ada menyebut "Tum Pas Ser Air" dan juga lagu "UM NO Ko Ko Ko", maknanya UMNO akan K.O dan PAS akan tumpaskan UMNO.
Cuba tengok foto yang kami siarkan ini, Shah Rukh Khan membawa bendera hijau putih kemudian ada tulisan "Kaun Haga PAS" pada pentas hijau (anak panah kuning) itu.

Malaysia Ramai Mat Senget... Mat Senget tu Gelaran Untuk Pelawak2 GAPENA


Dalam Utusan Malaysia Online ada sekor Mat Senget habaq - Status Georgetown sebagai tapak warisan dunia tidak sesekali boleh menghalalkan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di bandar itu.
Tokoh sejarah dan ahli politik berpendapat, soal bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh digantikan fungsinya bagi kegunaan rasmi kerana ia termaktub dalam akta dan Perlembagaan Persekutuan.
1 soklan untuk Mat Senget - Goergetown tu bahasa apa?awat tak bising?sebab kepala otak senget, balancing lari maka tak sempat nak pikiaq sebelum komen?ataupun mungkinkah bila "balancing" dah lari maka segala komen-komen akan menjadi "unbalance" dimasa komen-komen hanya akan menyebelahi KERAjaan yang ikut sama senget kerana dipenuhi oleh mat-mat senget didalamnya.
Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menggesa Kerajaan Persekutuan menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.
Dekat Pahang ada 1 kampung dekat felda dok pakai nama Kampung New Zealand t awat tak kepoh?
Kuala Lumpur City Center tu bahasa Malaysia ka?
Dekat Putrajaya tu apanama Precint-precint tu apekebende?
United Malays National Organisation tu menatang hapa?
Malaysian Indian Congress tu bahasa hape?Malaysian Chinese Association tu plak?
Sabah Proggresive Party bahasa hape?
Kuala Lumpur Internatioal Airport?
Putra World Trade Centre tu bahasa kampung mana?
Dan yang akhir sekali Tokoh sejarah dan ahli politik yang sebok-sebok komen tu pi kerja pakai baju kot ka baju melayu?
Khak Ptuih..!

Budaya Keusahawanan dan Isu Ekonomi Bumiputera


Saya telah menjalankan tugas selaku Bendahari Agung PMIUM selama hampir lapan bulan dan tinggal baki hanya sekitar empat bulan sahaja lagi.Masa berlalu cukup pantas.
Saya bersyukur dengan projek-projek persatuan yang telah berjaya dilakukan.Baki beberapa lagi projek yang sedang dirancang moga-moga akan berjaya dilaksanakan sebelum saya dan teman-teman pimpinan yang lain meletakkan jawatan.
Saya berdoa agar projek LAKIUM,OPKIM Eid Adha, OPKIM Desa dan SIDANA khususnya berjaya direalisasikan.Alhamdulillah kelulusan (selain LAKIUM) telah berjaya diperolehi walaupun peruntukan HEPA agak kecil dan menyedihkan.RM200 dan RM400 untuk OPKIM Eid Adha dan OPKIM Desa. Apapun, saya bersyukur.
Apabila dilantik menjawat jawatan ini, saya nekad untuk memfokuskan kepada dua agenda utama.Pertamanya projek-projek persatuan mestilah berjaya dengan cemerlang tanpa sebarang masalah kewangan.Keduanya adalah ahli persatuan mestilah mampu membudayakan diri dengan keusahawanan.
Agenda pertama bersifat jangka pendek dan yang keduanya bersifat jangka panjang.
Saya masih berpuas hati dengan pencapaian agenda pertama namun yang kedua tidak.
Keghairahan ahli persatuan (mahasiswa Islam) dalam soal keusahawanan amatlah mendukacitakan.Ahli-ahli PMIUM bercakap tentang isu pegangan ekuiti Bumiputera di Malaysia yang rendah namun tiada tindakan bersepadu yang dibuat untuk memperbaiki keadaan itu.
Mereka mengharapkan bahawa ‘orang lain‘ yang akan berjuang di lapangan ekonomi.Mereka tidak sedar bahawa ‘orang lain’ yang diharapkan itu juga mengharapkan ‘orang lain’ untuk terlibat dalam bidang itu.Akhirnya yang terlibat dalam membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia adalah anak-anak Melayu yang tidak mendapat pendidikan tinggi dan tiada jalan lain untuk mendapat duit melainkan terpaksa berniaga.
Soal kedudukan ekonomi Bumiputera bukanlah tanggungjawab di pundak kerajaan yang memerintah semata-mata.Kerajaan boleh melaksanakan dasar-dasar tertentu namun dasar-dasar itu tidak akan berjaya sepenuhnya tanpa penglibatan secara bersungguh dari Bumiputera.
Gerakan Mahasiswa Islam adalah aktivis barisan hadapan yang seringkali bercakap tentang pelbagai isu.
Bercakap memang mudah kerana ia hanyalah melibatkan air liur dan peluh semata-mata.Dalam jangka masa panjang, segala-galanya memerlukan duit yang banyak untuk membuat sesuatu perubahan.PMIUM telah berusia hampir 52 tahun namun persatuan ini masih belum ada premis sendiri (misalnya yang didaftarkan atas nama alumnus kerana dalam kampus AUKU masih mengekang).
Persepsi ahli persatuan tentang budaya keusahawanan perlulah progresif.Saya hairan juga , keadaan ekonomi yang melambung dengan inflasi ini langsung tidak menyedarkan ahli-ahli persatuan untuk mula berniaga.Tidak dinafikan ada yang berbuat demikian namun bilangan mereka amatlah sedikit.
Lapangan perniagaan tidak hanya menanti mahasiswa-mahasiswa jurusan perakaunan,perniagaan dan ekonomi semata-mata.Sebaliknya semua jurusan termasuk perubatan dan kejuruteraan.
Tun Mahathir adalah doktor, namun pengalamannya yang pernah menjaja di Pekan Rabu pada usia remaja menimbulkan minat dan pengamatan yang mendalam dalam soal ekonomi.Sebab itu dasar-dasar yang dibentuknya semasa memimpin Malaysia cukup progresif dalam membangunkan ekonomi rakyat dan negara walaupun tidak sepenuhnya berjaya.
Mahu bangunkan ekonomi umat Islam tidak hanya boleh diselesaikan melalui desakan seperti demonstrasi dan sebagainya.Namun, melalui kesungguhan dalam diri sendiri untuk belajar-dan belajar tentang kusahawanan sedikit demi sedikit.
Harapan saya, mulalah berniaga.
oleh:
Mohd Hasbie Muda
Bendahari Agung PMIUM

Profesor dan GAPENA Diharap Lebih Matang dan Cerdik Membuat Kenyataan


Pulau Pinang 25 Oktober - Pro Mahasiswa (Pro M) USM mencadangkan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) untuk mempertimbang banyak hal ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di sini.
Ini kerana, tidak adil sekiranya bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya tersebut hanya menjustifikasi tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja dianggap melanggar semangat Perlembagaan dan undang-undang negara.
Sedangkan, Kerajaan Persekutuan telah meminggirkan peranan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan dalam sistem pengajian Sains dan Matematik di peringkat rendah dan menengah sebelum ini.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan sebelum ini turut meruntuhkan perjuangan Dr. Nik Safiah Karim dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar bahasa Melayu digunakan dalam sebutan baku pada awal tahun 2000.
Tambahan lagi, bekas Menteri Penerangan Malaysia a.k.a Pengerusi UMNO Bahagian Merbok pernah mendesak agar terminologi bahasa Melayu ditukar pada bahasa Malaysia walhal desakan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan, disiplin ilmu dan rasional.
Pro M juga mengajak semua pihak mencontohi dasar Kerajaan Negeri Kelantan yang bukan sahaja memulihara kedudukan bahasa Melayu, malah mengangkat semula fungsi dan status tulisan jawi sebagaimana sebelum ini yang menjadi identiti bangsa dan negara.
Sekiranya pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan identiti baru ini sekadar menyuburkan kemajmukan rakyat Malaysia tujuan pembangunan industri pelancongan; dan bukan untuk membelakangkan bahasa Melayu aka Kebangsaan sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia; maka Pro M menyeru semua pihak melihat pembaharuan tersebut secara positif dan sihat.
Pro M juga memuji sikap lantang Prof. Datuk Dr. Zainal Kling dan GAPENA sendiri kerana senantiasa peka dan konsistan dalam memperjuangkan kelestarian bahasa Melayu dalam negara.
Pro M yakin bahawa kepelbagaian adalah suatu nilai kemajmukan dan keunikan bangsa Malaysia, bukan untuk perbalahan dan sengketa sesama kita.
ProMahasiswaUSM

Benarkah Pilihanraya Kampus UIAM Mahu Dimansuhkan?



Pilihanraya Kampus (PRK) merupakan aktiviti tahunan yang wajib dilalui oleh setiap warga universiti yang bergelar ‘Mahasiswa’ kerana PRK adalah medan terbaik bagi mahasiswa untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka yang benar-benar berkualiti, berkredibiliti, berintergriti dan mengutamakan kebajikan pelajar.

Selain itu, PRK juga merupakan lapangan yang sesuai untuk melatih karektor dan kepimpinan mahasiswa kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara yang ada pada hari ini. Mahasiswa secara praktikalnya perlulah didedahkan dengan ilmu politik, pelaksanaan yang tulen dan diberi kebebasan untuk menentukan halatuju mereka tanpa ada sebarang sekatan dan ugutan selagi mana ia tidak bercanggah dengan Syari’at Islam.

Namun, mahasiswa Malaysia sejak tahun 1970-an hingga ke hari ini masih lagi dibelenggu oleh ‘kuasa-kuasa’ ghaib yang cuba memandulkan dan melemahkan idealisme mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh golongan ini untuk menakutkan mahasiswa daripada bergiat aktif dalam kancah politik kampus dan tanah air disamping bergiat aktif dalam masyarakat serta cakna kepada isu-isu semasa.

Pelbagai sekatan berbentuk akta dan juga ugutan dihidangkan kepada mahasiswa seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), ugutan buang kolej, buang universiti, ditarik balik biasiswa dan juga pinjaman. Semua tindakan ini dibuat adalah demi untuk kepentingan ‘politik’, ‘pengaruh’ dan ‘kuasa’ pihak pemerintah semata-semata.

Mereka tak nak kedudukan mereka tergugat dan digugat oleh mana-mana pihak termasuk mahasiswa walaupun terbukti merekalah pemerintah yang penipu, zalim dan gila kuasa. Menyekat hak mahasiswa untuk menikmati nilai demokrasi yang sebenar merupakan satu tindakan yang zalim dan pengecut.

Seperti universiti-universiti lain di sekitar Lembah Klang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga tidak terkecuali daripada menerima tekanan daripada pihak pemerintah yang gila kuasa. Sehingga ke hari ini, pihak pentadbiran UIAM masih lagi membisu seribu bahasa berkenaan isu pilihanraya kampus sesi 2008/09. Tiada sebarang notis pemberitahuan mengenai status PRK pada kali ini.

Walaupun Pro-Mahasiswa UIAM (Pro-M) yang lebih dikenali dengan kumpulan ‘We Unite For Islam’ (WUFI) mendapat maklumat yang tidak rasmi secara verbal oleh seorang pensyarah kanan universiti bahawa Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Ust. Hamidon Abd Hamid ada memberitahunya tentang perjalanan PRK 08/09 yang akan dijalankan pada semester dua akan datang, januari 2009.

Ust. Hamidon ada menyatakan bahawa pihak pentadbiran UIAM tidak akan sekali-kali tunduk kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) jika arahan yang dikeluarkan oleh mereka bercanggah dengan perlembagaan universiti.

Bila ditanya bila PRK akan diadakan? Beliau berkata: “Itu KPT yang tentukan, kami hanya tunggu arahan.” Tapi, bila mahasiswa berpiket di KPT dan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapat jawapan rasmi daripada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin, apa dia jawab? “Kita serah kepada universiti yang tentukan tarikh PRK”. Apa semua ini?

Untuk makluman semua, sebenarnya pihak pro-mahaiswa UIAM masih lagi tertanya-tanya adakah PRK 08/09 akan tetap diadakan atau dihazafkan terus? Maksudnya tiada lagi pilihanraya kampus di bumi UIAM. Yang ada hanyalah Forum bagi pemimpin-pemimpin pelajar yang dilantik diperingkat kuliyyah-kuliyyah (fakulti). Sebelum ini memang ada desas-desus berkaitan isu ini.

Cumanya ia menjadi diam seketika setelah wakil-wakil MPP pro-m sesi lepas cuba membuat bantahan. Boleh jadi ia akan usaha jahat ini akan diteruskan memandangkan sikap pihak pentadbiran yang terus membisu dan buat-buat pekak. Sebenarnya, sejak zaman berzaman lagi pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pentadbiran yang pro-UMNO untuk melenyapkan pengaruh We Unite For Islam (WUFI) dilihat cenderong kepada pembangkang.

Namun, usaha mereka tetap gagal, mahasiswa UIAM tetap bersama dengan pro-m atau wufi. Pro-Aspirasi hanya dapat membentuk kabinet mahasiswa pro-UMNO hanya sekali sahaja iaitu pada tahun 2005 setelah wufi memboikot pilihanraya pada ketika itu disebabkan oleh sistem dan peraturan baru yang diperkenalkan.

Biar apa pun yang terjadi, pro-m UIAM akan tetap memperjuangkan kebenaran dan hak-hak serta kebajikan mahasiswa. Mahasiswa UIAM perlu ingat, kita bukannya pak turut yang dicucuk hidunya untuk mengiakan apa yang tidak benar dan bersifat munkar.

Justeru, pro-m UIAM menggesa agar pihak pentadbiran supaya tetap mengadakan pilihanraya kampus seperti sediakala tanpa ada sebarang sekatan dan penyelewengan. Berilah kebebasan kepada mahasiswa, laksanakan amanah dengan adil dan telus, jangan sekali-kali mempermainkan mahasiswa. Kami tidak akan berdiam diri, kaku dan layu, kami akan bangkit menentang sebarang bentuk kezaliman. Ingat! kami bukan budak-budak tadika yang masih berhingus.

Cukuplah sekali pihak pentadbiran memalukan universiti kepada dunia umum pada PRK yang lepas setelah penamaan calon kali kedua diadakan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia penamaan calon buat kali kedua dengan tujuan untuk melayakkan calon-calon pro-aspirasi yang terperangkap dalam jerangkap samar ciptaan mereka sendiri. Mereka telah gagal sebelum perlawanan bermula. Student Power!

Oleh:
Mohd Rihwan Bakar
Ahli MT GAMIS

Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar


NILAI 24 Okt. - Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini berharap proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 13 Januari tahun depan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, pelajar perlu diberi kebebasan memilih barisan kepimpinan yang difikirkan layak mewakili mereka dalam MPP.

Menurut beliau, tindakan melobi oleh pihak luar boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar USIM selaku generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

”Saya berharap tiada tetamu yang tidak diundang muncul semasa pemilihan MPP berlangsung nanti. Biarkan pelajar USIM bebas memilih pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Jelas beliau, proses pemilihan MPP USIM sebelum ini berjalan dengan lancar kerana tiada campur tangan dari luar.

”Hasilnya, barisan kepimpinan MPP sedia ada berjaya melaksanakan kesemua aktiviti dan program yang dirancang tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Asin, setakat ini belum ada cubaan oleh pihak luar untuk mempengaruhi proses pemilihan MPP USIM.

Sementara itu, Mohamed Asin menasihatkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan MPP supaya tidak melupakan tanggungjawab utama mereka selaku pelajar iaitu mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.

Beliau memberitahu, pihak USIM telah menetapkan calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.7 ke atas
UtusanOnline

Kemenangan Pro-M di UPSI dan UNIMAS Amaran Buat ASPIRASI


Mengulas kemenangan kerusi Pro-Mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan juga Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sabah yang boleh dianggap bahawa mahasiswa kini mahukan perubahan dan kemenangan Pro-Mahasiswa semakin hampir bagi kampus Lembah Kelang .

Pro-Mahasiswa UPSI yang menang bergaya dengan berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Di sebelah Borneo, Pro-Mahasiswa UNIMAS telah menang 7 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan iaitu dua daripada 4 kerusi umum dan 5 daripada 8 kerusi fakulti. Kemenangan yang sekaligus memberikan ruang kepada Pro Mahasiswa membentuk kabinet MPP.

Kemenangan demi kemenangan yang berlaku memberi signal kepada Pro-Mahasiswa daripada kampus yang lain supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada kita.

Norazali Zainuddin selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional mengingatkan kepada calon Pro-Mahasiswa yang telah menang dalam pilihanraya kampus baru-baru ini, bahawa kemenangan yang diberikan bukanlah untuk dijadikan kebanggaan dan juga mengejar populariti, tetapi kerja kuat kita ialah memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa.

“Tugas berat yang dihadapi oleh kita ialah kini bagaimana untuk mengisi kemenangan dan menyakinkan bahawa undi mahasiswa kepada Pro-Mahasiswa kali ini adalah berbaloi” ujar Norazali lagi.

Kerisauan bagi Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional ialah gusar calon yang menang hanyut dangan buaian keseronokkan kemenangan sehinggakan tidak tahu apa yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Tetapi beliau yakin bahawa pemerintahan Pro-Mahasiswa dan ASPIRASI adalah sesuatu yang berbeza dan menasihati kepada calon yang menang supaya merancang agenda mahasiswa di kampus masing-masing selepas daripada ini.

Bagi Pro-Mahasiswa kampus Lembah Kelang saat pilihanraya kampus pada bulan Januari inii sangat dinanti-nantikan kerana pertempuran sengit akan berlaku secara jelas antara Pro-Mahasiswa dengan ASPIRASI.

Aksi ‘Panas’ Pelajar Sekolah: Kerajaan Perlu Bertindak




Tiga hari kebelakangan kita didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan, KOSMO! Ahad, berkaitan satu isu yang sangat mencemarkan imej institusi dan juga kualiti pendidikan Negara iaitu aksi ‘panas’ atau ‘lucah’ pelajar sebuah sekolah di Terengganu.
Sudah tentu khabar ini bukan sesuatu yang kita harapkan daripada pelajar-pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah atau pun di peringkat pengajian tinggi. Sebaliknya apa yang kita harapkan ialah institusi pendidikan di Negara kita dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan baik dari segi peribadi dan akhlaknya.
Selain itu, kita dapat melihat fenomena ini berlaku dengan pantas dan meluas sekali seiring dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini. Untuk makluman umum, pendedahan yang dibuat oleh wartawan akhbar tersebut bukanlah yang pertama kali, sebenarnya dah berkali-kali.
Namun, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak berwajib khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)? Perkara ini pun telah diakui sendiri oleh KPM melalui Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ismail ketika ditanya berhubung isu ini dan beliau telah menyatakan bahawa pihak kementerian ada menerima beberapa aduan daripada orang ramai. “Kita memang menyiasat setiap aduan yang sampai kepada kita, kita tidak ambil mudah kerana ia melibatkan anak bangsa kita sendiri.” Katanya.
Justeru itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sebagai sebuah NGO Islam yang berdaftar berasa bertanggungjawab terhadap isu ini dan akan memberi kerjasama yang terbaik dengan Kementerian Pelajaran dalam usaha bersama menangani dan mengubati ‘barah sosial’ yang kian melanda muda-mudi kita pada hari ini.
Dengan itu, pihak GAMIS ingin mencadangkan beberapa cadangan kepada pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera dalam menangani gejala negatif ini iaitu:
1) Mengurangkan karenah birokrasi dalam menyiasat dan menangani masalah ini. Kita sedia maklum bahawa rakaman dan penyebaran klip video lucah sangat merbahaya dan mendatangkan kesan yang negatif para pelajar seperti ketagihan menonton video lucah, melakukan seks oral, terjebak dalam jenayah zina dan terdedah kepada jangkita virus HIV/AIDS. Jadi, kita sudah ada bukti yang jelas, maka tindakan undang-undang perlu segera diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat tanpa perlu menunggu proses birokrasi yang sangat menyulitkan.
2) Pihak kerajaan juga perlu menggubal segera undang-undang yang tegas dan berat bagi mengharamkan segala bentuk cubaan untuk merakam, menghasilkan dan menyebarkan klip video lucah di dalam masyarakat tempatan. Selain itu, kerajaan juga perlu mengharamkan dan menyekat laman-laman web lucah, majalah-majalah lucah, dan jualan cakera padat VCD/DVD lucah yang berlambak di pasaran ketika ini.
3) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu mengkaji semula modul pendidikan Negara yang pada saat ini dilihat gagal melahirkan modal insan yang kental dan mempunyai jati diri yang kuat agar para pelajar kita tidak mudah terjebak dengan budaya-budaya yang tidak sihat.
4) Penerapan pendidikan Agama mestilah ditekankan betul-betul oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menghalang penularan budaya ‘hedonisme’ di kalangan pelajar. Pendidikan Islam yang sebenar mampu melahirkan jati diri Muslim yang sempurna dari segi akademik, peribadi dan akhlaknya. Sebaliknya, sudah terbukti bahawa budaya ‘hedonisme’ melampau merupakan punca utama berlakunya gejala social dikalangan remaja kita.
5) Pihak kerajaan juga disarankan agar kembali memberikan kuasa autonomi kepada pihak guru dan pihak pentadbiran sekolah untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang bermasalah. Akhir sekali, pihak GAMIS menyeru kepada semua pihak baik kerajaan, swasta, NGO, individu, dan juga ibu bapa agar bersama-sama menangani isu ini dengan hikmah dan bijaksana.Masing-masing mempunyai peranan tertentu yang boleh dititikberatkan dan diambil tindakan yang efektif untuk menyekat ‘gejala’ tidak sihat ini daripada terus menular dalam masayarakat kita khususnya dikalangan para pelajar.Pihak GAMIS sekali lagi menyatakan kesudian kami untuk berbincang secara lebih serius dengan mana-mana pihak yang berminat dalam usaha untuk mengangani isu ini.
Oleh : Mohd Ridhwan Bakar (Ahli MT GAMIS)

Mahasiswa mahu MPP turun padang


Tanjung Malim, 22 Oktober - Mahasiswa menerima keputusan pilihanraya kampus bagi Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan perasaan terbuka, namun menggesa ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang baru dilantik untuk turun padang dan bersama dengan mahasiswa.
Keputusan PRK rasmi diumumkan selepas tiada bantahan dibuat memberikan rasa puas hati kepada mahasiswa yang melihat demokrasi yang masih wujud di UPSI.
Menurut seumber blog informasi UPSIkini lagi, rata-rata mahasiswa yang ditemui menginginkan MPP yang baru dilantik untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan berpendapat aktiviti berbentuk program adalah perkara sekunder. Mahasiswa juga menginginkan hubungan rapat dijalinkan di antara mahasiswa dengan kepimpinan yang baru dilantik.
Mahasiswa juga inginkan agar dialog bersama kepimpinan baru MPP diadakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut hala tuju kepimpinan baru selain menyampaikan hasrat mahasiswa kepada kepimpinan.
Sementara itu, persoalan siapakah yang bakal memegang kerusi nombor satu di dalam kepimpinan baru MPP UPSI masih belum terjawab. Namun, undian secara online yang dibuat di dalam blog informasi UPSIkini menunjukkan Akmal Madzir menerima majoriti 72% undian. -
Mahasiswakini

MUSNAHNYA DEMOKRASI DI UPSI : Akmal Dinafikan Jawatan MT MPP Walaupun Mendapat Undi Tertinggi Dalam Pilihanraya Kampus UPSI

TANJONG MALIM - Mesyuarat ahli MPP UPSI semalam yang
bersidang bagi menentukan kabinet MPP telah berakhir dengan beberapa
keputusan
yang mengejutkan.
Meskipun menang dengan undi terbesar dalam kerusi Umum, Akmal Madzir yang dijangka menyandang kerusi nombor satu MPP dilaporkan hanya memegang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Berikut merupakan struktur organisasi kabinet yang diputuskan malam ini.

Yang DiPertua
Mohamad Hairie bin Abdullah (FB - Menang tanpa bertanding)

Timbalan Yang DiPertua
Nor ‘Ain Bt. A. Razak (Umum-4011 undi)

Naib Yang Dipertua
Syaiffuldin bin Mohamad (FPE-315 undi)

Setiausaha Agung
Mohd Razik bin Khalid (FTMK-164 undi)

Pen. Setiausaha Agung
Muzaitul Akmar bin Mohammad (FTMK-159 undi)

Bendahari
Muhammad Asree bin Abd Aziz (FSSK-1276 undi)

Pen. Bendahari
Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak (umum-3729 undi)

Exco Ekonomi & Keusahawanan
Mohd Fitri bin Amil(FSKPM-544 undi)
Nurul Illyana bt Mohamad((FPE-244 undi)

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Lee Sun Ju (Etnik cina-menang tanpa bertanding),
Punethan (Etnik india-menang tanpa bertanding)

Exco Sukan & Rekreasi
Mohd Nor Faiz bin Mat Ali (FSS-menang tanpa bertanding)
Siti Nor Hazliza binti Rosli (FSS-menang tanpa bertanding)

Exco Penerbitan & Informasi
Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi (FSM-menang tanpa bertanding)
Siti Khairiah binti Jajuli (FB-menang tanpa bertanding)

Exco Perpaduan & Integrasi
Armadi bin Derus(etnik Sabah-103 undi)
Bornifes(etnik Sarawak-49 undi)

Exco Kesenian & Kebudayaan
Norhisham bin Che Hamid (FSM-menang tanpa bertanding)
Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman (FST-1389 undi)

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor(FSKPM-483 undi)
Adriyani binti Yamin(FSSK- 906 undi)

Exco Akademik & Kerjaya
Arif bin Mohamad (umum-3757 undi)
Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof (umum-3532 undi)

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Akmal bin Madzir (umum-4124 undi)
Norhafizawati binti Mahmad Rozali (FST-1055 undi)

Keputusan untuk melengkapkan kabinet dihujani pelbagai hujah bagi mencari formula terbaik meletakkan calon dalam beberapa kerusi penting. Kaedah secara undian digunakan untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua apabila terdapat pertandingan antara Pro Kualiti dan Pro Kebajikan.

Akmal dikatakan menawarkan diri merebut ketiga-tiga jawatan tersebut namun tidak ada satu pun yang dimenanginya. Kaedah undian ini dibuat berdasarkan Perkara 52 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyatakan ‘keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi’.

Bagi jawatan-jawatan lain, penetapan dibuat secara persetujuan sebulat suara. Kabinet yang dibentuk ini dijangka bakal menjadi perdebatan hangat seluruh masyarakat kampus. Walau bagaimanapun. kabinet yang dibentuk ini belum mendapat pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional , saudara Norazali Zainuddin ketika ditanya menyatakan kekesalan di atas keadaan demokrasi di UPSI yang sangat lemah.

“Sepatutnya jawatan dipilih berdasarkan kelayakan dan suara mahasiswa.Bukannya kerana ideologi sempit kepartiaan.Saya bimbang kabinet MPP UPSI yang dibentuk tidak mampu berperanan dengan berkesan kerana kedua-dua pihak saling tidak merasa selesa untuk berkerjasama.Saudara Hairie yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti sepatutnya malu untuk menerima jawatan Yang DiPertua”-mahasiswakini

Pak Lah harus berbincang dengan PR untuk menyerahkan jawatan PM

"Majoriti penganalisis politik melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam keadaan tertekan dan tersempit ekoran persetujuan beliau untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Najib menjelang Mac 2009 ini.
Kekecewaan itu bertambah parah setelah menyedari beliau tersilap langkah apabila memutuskan tidak mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan umno akan datang.
Sebelum ini beliau mengatakan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden adalah demi perpaduan dalaman umno, sekaligus menghidari perpecahan yang lebih teruk apabila berlaku pertembungan antara beliau dan Datuk Najib bagi jawatan tersebut.
Pada jangkaannya, hanya beliau seorang yang akan hilang jawatan dan bersara daripada politik umno.
Tanpa beliau ramalkan, rentak tersebut telah berubah dengan ketara sekarang.
Tun Mahathir yang dikatakan menjadi proksi kepada Datuk Najib dan Muhyiddin telah mengarahkan jentera mereka untuk menyisihkan semua kumpulan Pak Lah dalam pemilihan akan datang.
Dengan kata lain, peralihan kuasa yang dirancangkan Mac 2009 nanti bukan hanya melibatkan Pak Lah seorang, sebaliknya akan menyaksikan seluruh empayar politik Pak Lah dalam umno akan berkubur.
Pak Lah telah menyedari hakikat ini, sebab itulah beliau menyerang dengan hebat Tun Mahathir dan Muhyiddin sehari dua ini.
Pemerhati politik melihat tindakan Pak Lah menyerang Mahathir dan Muhyiddin sebagai isyarat serangan kepada Datuk Najib yang dikatakan begitu licik mengatur strategi dan penipuan agar peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada beliau disegerakan.
Muhyiddin adalah ekor, Najib adalah kepala, manakala Mahathir adalah pemilik ular tersebut.Ramai melihat tindakan Pak Lah memukul ekor tidak akan mematikan ular. Ular hanya akan mati apabila dipukul kepalanya.Ada juga pemerhati yang mengatakan serangan Pak Lah kepada Najib bersifat 'pukul anak sindir menantu'. Dengan kata lain, Pak Lah sebenarnya ingin menyerang Najib tetapi menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran perantara kepada target tersebut.
Namun Pak Lah seharusnya sedar bahawa strategi tersebut kurang berkesan. Najib sebagaimana yang diketahui ramai adalah ahli politik yang tidak berperasaan. Usahkan hendak terasa dengan kiasan dan falsafah sinis tersebut, orang hempuk atas batang hidung pun dia buat dek saja.
Buktinya dalam isu Altantuya, Sukhoi, Scorpene dan yang terbaru Eurocopter, dia buat tak kisah saja walaupun pelbagai bukti telah dicampak oleh pelbagai pihak.Paling hebat pun dia hanya menafikan, tanpa menyertakan bukti-bukti untuk menafikan tuduhan yang dibuat tersebut.
Bagi menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan orang seumpama Datuk Najib, Pak Lah mesti berbuat sesuatu.Andaikata tidak ada lagi plan yang boleh dilakukan untuk menyekat Najib melalui dalaman umno, Pak Lah mesti mengambil bantuan luar.
Bagi saya mudah, Pak Lah mesti bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).Sebagaimana yang saya pernah katakan sebelum ini, PR memang tidak suka Pak Lah sebagai Perdana Menteri.Namun PR lagi tida suka Najib sebagai PM.Seharusnya Pak Lah bergabung dengan PR untuk menyekat Najib dan bala tentera beliau.
Pak Lah harus berbincang dengan PR untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar atau mana-mana pemimpin PR yang berkapasiti.Pak Lah perlu membawa ahli parlimen (MP) daripada kumpulan beliau untuk membentuk kerajaan baru PR.
Bagi saya ini satu alternatif yang boleh difikirkan oleh Pak Lah untuk menyekat Najib.Inilah salah satu cara yang boleh Pak Lah fikirkan untuk menyelamatkan negara daripada jatuh ke tangan orang seperti Najib.

Debat: YB Saifudin Nasution vs YB Khir Toyo

Saksikan debat malam ini di antara Ahli Parlimen Machang YB Saifuddin Nasution dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selango YB Dr. Mohamad Khir Toyo.
Tarikh: 27hb Oktober 2008.Masa: 10.30PMSaluran: tv9

Debat: YB Saifudin Nasution vs YB Khir Toyo

Saksikan debat malam ini di antara Ahli Parlimen Machang YB Saifuddin Nasution dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selango YB Dr. Mohamad Khir Toyo.
Tarikh: 27hb Oktober 2008.Masa: 10.30PMSaluran: tv9

Profesor Kangkong UM Kata Kerajaan Pulau Pinang langgar semangat Perlembagaan?... KAH.. KAH.. KAH..

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan kerana secara terang-terangan melanggar semangat perlembagaan dan undang-undang negara.
Kerajaan Persekutuan digesa menimbangkan untuk membawa kerajaan negeri Pulau Pinang ke muka pengadilan kerana membenarkan pemasangan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.
Yang ni pulak macam mana?cuba baca dulu kat sini MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS dari blog che'det.
Heran sungguh para ilmuan sekarang ni.kalau yang syorkan benda alah tu orang-orang dari UMNO/BN, tak kira la macam mana pun risikonya tetap depa habaq betul.biarlah menyusahkan macam mana pun yang salah tetap betul kalau idea tu datangnya dari puaka-puaka UMNO/BN.
Pada aku la, penukaran papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa memberi banyak kemudahan kepada pelancong-pelancong asing yang datang melancong kemana-mana tempat di Malaysia berbeza pulak dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris yang lebih kepada menyusahkan pelajar-pelajar tempatan dalam menimba ilmu.
Pada pandangan ilmuan tempatan pulak aku tak tau macam mana.mungkin depa pikiaq pakai kepala lutut manakala kepala otak depa pula hanya digunakan untuk membelit.Hangpa pikiaq, kalau yang datang melawat tu Mat Saleh dari Britain yang bahasa Inggerisnya pekat mengalahkan Mat Saleh Amerika.nak pergi mana-mana tak berapa reti maklumlah pelancong, nak bertanya belum tentu orang tempatan faham loghat Mat Saleh depa... yang susah sapa?kita ni kerja lain tak dak ke?Orang tempatan dah teruk gomen susahkan, ni pelancong pun gomen nak susahkan jugak ka?
Kalau nak komen pulak main komen je, tak payah pikiaq panjang, komen je asalkan sokong KERAjaan.salah betul belakang kira,janji sokong.KERAjaan roboh rumah ibadat, sokong... pembangkang robohkan rumah ibadat, kecoh...Semua berlumba-lumba nak tunjuk bangang.nama je ilmuan tapi akai pendek...kadang-kadang nampak macam tak dak akai langsung...bodoh betul...

50,000 KAKITANGAN AWAM KONTRAK MUNGKIN DIBERHENTIKAN




KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.
–Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm



Komen: Mudah-mudahan pihak pemerintah menggunakan kebijaksanaannya untuk mengelakkan kemungkinan ini berlaku. Ini mungkin boleh dielakkan jika pemerintah tidak melakukan down-sizing perkhidmatan awam secara semberono.Di luar sektor awam, pemberhentian kerja secara besar-besaran juga mungkin boleh dielakkan jika pemerintah mempunyai satu dasar sumber serta tenaga manusia yang komprehensif menerusi perancangan yang teliti merangkumi dasar mengurangkan kebergantungan kita kepada buruh asing dalam semua sektor ekonomi, melainkan dalam industri pembinaan dan sektor pembantu rumah.Contohnya, pada ketika ini seolah-olah wujud satu kepincangan dalam dasar tenaga manusia negara bagi pelbagai industri pembuatan dan industri perkhidmatan. Dalam menangani krisis ekonomi global mutakhir ini, hakikat seperti ini wajar diatasi untuk menampung kemungkinan pengangguran yang meningkat di kalangan rakyat jelata Malaysia di hari-hari mendatang.
Ruhanie Ahmad
sumber :







Sunday, October 26, 2008

Bicara Siswa RTM1 Sekat Kebebasan Bersuara Mahasiswa

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Sebahagian mahasiswa yang mengikuti Forum Bicara Siswa yang disiarkan menerusi saluran RTM1 bertajuk "AUKU: Apa Masalahnya?" melahirkan rasa kecewa apabila dihalang daripada mengemukakan soalan dan menyampaikan pandangan dalam forum tersebut.Saya tampil mempersoal Perkara 15 dan 16 AUKU, tetapi dihalang oleh pihak 'tertentu' ketika sesi Q&A (soal-jawab) dibuka. Walhal, pihak-pihak lain dibenarkan menyampaikan pandangan mereka," jelas Que Lin, 24.

Beliau yang juga ahli Student Progressive Front (SPF) memaklumkan bahawa beliau ingin bertanya mengenai AUKU yang bertentangan dengan hak kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan, kesamarataaan di sisi berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan serta ketinggian perlembagaan menurut Artikel 4, dan beberapa perkara lagi kepada ahli panel Dr Yusri.

Beliau yang juga Sukarelawan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA) juga memaklumkan bahawa beberapa staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan beberapa figur utama Aspirasi mengancam teman-temannya dengan mengambil gambar secara paksaan; hanya kerana mereka memakai baju-T DEMA.

Menurut web pro-mahasiswa USM, Yang Dipertua MPP USM, Muhammad Sukri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Che Mat secara emosional menyelar pemimpin-pemimpin ProM USM kerana tidak tampil berdebat supaya AUKU ini dimansuhkan.

Pengerusi ProM USM ketika dihubungi dan diminta mengulas insiden tersebut, secara sinis berkata, "Orang-orang 'tertentu' yang biasa (berlatih) bersilat sorang-sorang (seorang diri) di dalam gelanggangnya ... selalunya memang syok sendiri dan berasa diri terlalu kuat.

"Biasalah, kerana yang ditumbuk dan tendang (beradu intelektual) oleh mereka adalah angin atau bayang-bayangnya sendiri�bukan pesaing yang sebenar."

Adi Syahid juga mengalu-alukan seluruh mahasiswa USM dan pemimpin-pemimpin Aspirasi sendiri untuk turut serta dalam Forum Terbuka Generasi Baru dan Masa Depan Malaysia pada Khamis depan.

Seorang mahasiswa Cina lain, Chua Thea Leng, 22 menjelaskan bahawa forum tersebut tidak membahaskan AUKU secara holistik, lebih partisan pada pihak-pihak 'tertentu'.

Beliau juga melahirkan rasa kehairanan tentang sikap penganjur rancangan forum tersebut yang membuka sesi soal-jawab hanya kepada pihak-pihak 'tertentu' sahaja.

Tambahnya, forum tersebut dianggap olehnya tidak dimaklumkan pada peringkat awal kerana tiada publisiti terbuka, seperti aktiviti-aktiviti rasmi lain Universiti.

Beliau sendiri mendapat sms kira-kira jam 7.40 malam semalam dari individu yang tidak dikenali dan mengarahkannya wajib menyertai forum tersebut.

Selain Che Mat, panel forum 'berat sebelah' tersebut turut disertai oleh anggota MPP UUM, Raihanah; dan Timbalan Dekan Perakaunan, Perniagaan dan Pengurusan, Dr Yusserrie Zainuddin.

Dr Yusserrie dalam satu penjelasannya turut menyatakan AUKU tidak ada masalah dari segi undang-undang, hak asasi manusia dan universiti sendiri.

Beliau juga banyak menjelaskan keadilan hak dalam Perkara 15 dan 16 AUKU tersebut menurut disiplin undang-undang yang dipelajarinya.

Perkara 15 AUKU umumnya menjelaskan tentang larangan mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar walaupun aktiviti tersebut yang sah dan selari dengan jaminan hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 16 AUKU umumnya menjelaskan tentang supreme power, walaupun kuasa ini acapkali disalahgunakan oleh pihak-pihak 'tertentu' sehingga meninggalkan liabili negatif kepada NC yang adil; demi menekan aktivis-aktivis mahasiswa yang lantang dalam Universiti.

Forum tersebut bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam semalam.
Pelajar yang hadir menganggap program tersebut sebagai medium merehatkan minda mereka dalam musim peperiksaan akhir semester ini.

MAHASISWA, DUNIA BLOG DAN POLITIK

oleh : nazmi


Assalamualaikum dan salam perkenalan...


Terima kasih Mahafiraun Mahathir kerana jasa Mahathir la, hari ini aku berpeluang beerinteraksi tanpa sekatan dengan berbilion - bilion penduduk dunia. Ledakan ICT melalui pembinaan MSC akhirnya memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, satu pakatan pro pembangkang yang bersedia mengambil alih kerajaan bila- bila masa dari sekarang. Jasa Mahathir la maka hari ini lahirnya dunia blog yang mampu menjahanamkan pengaruh kuku besi mahafiraun. Satu- satunya dunia penulisan tanpa tapisan terus dari penulis dan of coz bebas undang- undang rimba seperti akta AUKU. Kenapa mahafiraun? sebab bagiku mahathir la penjahanam utama negara kebanggaanku Malaysia.


Jika kita bicara soal kemusnahan institut kehakiman, kepondanan Badan Pencegah Rasuah, kerosakan akhlak anak- anak muda, kesamsengan polis- polis malaysia, kelahapan pegawai - pegawai kerajaan, kebisuan institut agama, kecutnya istitut beraja dan ketamakan pemimpin- pemimpin dan kroni UMNO, tidak dapat tidak nama yang sinonim untuk semua virus- virus tersebut ialah Mahathir bin Mohamed. Dia anak negeri kelahiranku,Kedah Darul Aman walaupun datuknya adalah pendatang dari sebuah negeri di India.


Mungkin oleh sebab itulah dia begitu famous dengan nama manjanya Mamak Kutty. Hari ini dia kembali ke puncak persada dunia politik selepas diaib dan dimalukan selama 5 tahun oleh Pak Lah dan geng tingkat 4 JPM. Satu per satu orang- orang Mahathir mula menguasi UM NO demi mengembalikan zaman Mahatharisme. Bermula dengan Najib Tun Razak, Muhyidin Yasin hinggalah anak nya sendiri Mukhriz Mahathir. Semua ini adalah demi survival Mahathir, anak beranaknya, kuncu2 nya dan kroni2 nya untuk satu tempoh yang mungkin lebih panjang daripada tempoh 22 tahun sebelum ini dimana Mahathir berada di puncak kuasa.


Percayalah pada hari ini Pak Lah, Khairy Jamaludin dan Ku Li umpama seekor lembu korban yang hanya menunggu masa untuk disembeleh hidup- hidup oleh proksi- proksi Mahathir dalam UMNO diketuai Najib Tun Razak. Maka apakah pilihan untuk Abdullah Ahmad Badawi?


Tidak dapat tidak Abdullah hanya mempunyai 1 pilihan iaitu meminta ampun kepada Anwar, menyertai Pakatan Rakyat bersama- sama Khairy, Ku Li dan penyokong- penyokongnya dalam UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan baru dibawah jenama Pakatan Rakyat.


Abdullah haruslah mempercayai sahabatnya Anwar Ibrahim yang lebih pemaaf berbanding Mahathir Mohamed yang penuh dengan dendam kesumat.


Percayalah, Anwar sedia membantu Abdullah sebagai menghargai jasa Abdullah untuk tidak campur tangan dalam perbicaraan mahkamah hingga membawa kepada kebebasan Anwar. Jika Abdullah masih was- was untuk mempercayai bekas sahabat karibnya, maka Abdullah harus mempercayai keterbukaan pemimpin- pemimpin utama PAS yang sedia memaafkan musuh- musuh mereka. Ibrahim Ali, Lim Kit Siang, Karpal Singh malah Anwar Ibrahim sendiri adalah antara beberapa contoh terbaik keterbukaan minda pemimpin - pemimpin PAS ini dalam memaafkan musuh- musuh mereka.


Berbalik kepada persoalan mahasiswa, dunia blog dan politik malaysia. Mahasiswa mestilah berani mempolopori perubahan politik Malaysia. Satu angkatan mahasiswa yang berani kerana benar, sedia mempertahan dan membela hak rakyat juga rela berkorban demi memperjuang kehendak rakyat mestilah dibentuk, diasah dan diperkasakan.


Mahasiswa haruslah dilihat menjadi suara kedua terbesar dalam negara selepas suara parti politik. Zaman kegemilangan mahasiswa di era Anwar Ibrahim haruslah dikembalikan. Gagasan mahasiswa berorientasikan islam seperti Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, Persatuan- persatuan Mahasiswa Islam IPT - ipt Malaysia dan seangkatannya bolehlah memainkan peranan dalam hal ini dalam menyaingi dan menenggelamkan gagasan Mahasiswa pro kerajaan bersikap " yes man dan yes boss " seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) dan kumpulan- kumpulan Pro Aspirasi.


Saranan ini bukanlah bermaksud untuk menanam perasaan anti kerajaan dalam jiwa muda mahasiswa, sebaliknya adalah satu obor- obor pendorong pembentukan mahasiswa yang berdiri bebas dan berani dalam menyuarakan pendapat selaras dengan kehendak rakyat marhaen.


Kita mahu melihat satu gagasan dan angkatan Mahasiswa yang mempunyai minda intelek yang terbuka, berani kerana benar dan berjiwa rakyat bukannya mahasiswa katak di bawah tempurung, mahasiswa robot mahupun mahasiswa yes boss.


Jika ia direalisasikan, hasrat untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju bukanlah satu angan- angan kosong lagi. Kongkongan AUKU sudah tentu menjadi penghalang terbesar untuk mahasiswa bergerak. Untuk itu, blog haruslah dimanfaatkan sebagai medium terbaik di peringkat permulaan dalam menyampaikan suara mahasiswa. Persatuan- persatuan mahasiswa haruslah menyuburkan budaya blog di kalangan pimpinan dan ahli- ahli. Blog haruslah dilihat sebagai satu wacana terbaik menzahirkan idea,cita- cita dan harapan mahasiswa terhadap negara.


Hanya blog sahaja bersifat bebas daripada akta- akta dan undang- undang rimba seperti AUKU, Akta Percetakan dan ISA.Hari ini, IPTA ( bertaraf universiti ) sahaja membentuk lebih daripada 1/4 juta populasi mahasiswa dalam negara. Andaikan apakah kesannya jika 10% daripada angka ini memanfaatkan blog sebagai medium menzahirkan suara mahasiswa? Saya percaya jika ini berlaku mahasiswa di Malaysia akan menjadi satu golongan yang dihormati dan diletakkan dalam hirearki tertinggi masyarakat oleh 26 juta rakyat marhaen.


Sudah tentu pada ketika itu tidak timbul lagi soal AUKU, caj PTPTN ataupun yuran yang membebankan oleh kerana mahasiswa pada ketika itu bukanlah golongan yes boss lagi.


Sebaliknya, mahasiswa pada ketika itu adalah suara yang mampu menentukan naik atau turun sokongan rakyat marhaen terhadap kepimpinan negara.


Tidak mustahil jika pada ketika itu kita akan melihat pemerintah mengangkat mahasiswa meyertai majlis, jawatankuasa atau badan penting yang merancang dan menentukan hala tuju ekonomi, sosial dan pendidikan negara.


Akhir kalam, lahirnya blog suara mahasiswa diharap menjadi satu pendorang dan revolusi kepada kelahiran blog- blog mahasiswa yang mempunyai matlamat, imipian, cita- cita dan visi untuk memperjuangkan harapan dan kehendak 26 juta rakyat marhaen ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang aman makmur untuk semua cucu cicit adam.


juga boleh layari


suara mahasiswa

lagu hot@mahasiswa malaysia