oleh Nazmi, Webmaster MahasiswaMalaysia
Faty faty, Mimi dan Orang Lidi,
Ini bukan soal derhaka..
ini soal menegakkan perlembagaan yang mana perlembagaan ini wajib dipatuhi oleh Sultan sekalipun..
berbeza kes di perak dengan kes di Terengganu,
di Terengganu Sultan mengikut perlembagaan negeri berhak melantik mana2 ahli dewan undangan negeri untuk menjadi MB jika pada fikirannya mendapat sokongan majoriti ADUN ...
Di Terengganu YDPA Sultan Mizan melalui MPPR melantik MB baru dari kalangan UMNO iaitu parti yang mendapat majoriti 2/3 di Terengganu dan ini menepati kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negari dan perlembagaan Negara kepada baginda Yang Amat Mulia Tuanku Sultan Mizan
Oleh itu DI Terengganu Pakatan Rakyat terutama PAS menyokong tindakan Tuanku Sultan Mizan.
Ketika itu benarlah UMNO menderhaka oleh kerana keputusan Sultan berasaskan peruntukan perlembagaan negeri dan negara
NAMUN BERBEZA DENGAN SOAL PEMECATAN MB Nizar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak,
dalam Perlembagaan Perak,
a) Dalam Perkara 16/6, sistem Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa
i) melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar.
ii) MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui
- pembubaran DUN
- undi tidak percaya dalam sidang DUN
ataupun
- Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.
b) Sultan Azlan Shah ( Sultak Perak ) sendiri dalam bukunya “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”, “Didalam keadaan biasa, YDPA tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan"
Perkara ini disokong oleh Ahli Parlimen Veteren UMNO/ BN Parlimen Gua Musang yg juga kerabat diraja Kelantan dimana mengatakan " Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ".
Tambah beliau lagi " Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," .
"Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun termasuk Sultan ."
JIKA ANDA BERKATA IR NIZAR dan Pimpinan Pakatan Rakyat Derhaka :
1) Apakah Sultan dengan ini berhak melanggar juga mengabai mana2 peruntukan Undang2 di dalam mana- mana negeri di Malaysia ?
2) Jika anda mengatakan titah atau kata2 Sultan mengatasi mana2 Perlembagaan dan Undang2 dan Sultan berhak menjatuhkan apa2 hukuman, memecat mana2 anggota Kerajaan walaupun bertentangan dengan Perlembagaan ?
JIKA BEGITU,
dimana kedudukan Perlembagaan sebagai undang2 terttinggi dalam kata istilah undang, THE SUPREME OF LAW.
apakah dengan itu bermaksud sultan kebal undang- undang dan bebas melakukan apa sahaja di dalam negara
SOAL MELOMPAT PULA :
1) saya tak kisah kalau batul ada yang melompat masuk BN.
Tapi sekarang hanya 1 ADUN menyertai BN manakala 3 yang lain adalah ADUN Bebas.
maka sekarang,
ADUN PAKATAN = 28 kerusi
ADUN BN/ UMNO = 28 kerusi
ADUN BEBAS = 3 kerusi
Berbalik kepada perlembagan Perak,
Kerajaan Pakatan mengikut Undang Tubuh Negeri perak hanya berhak dijatuhkan melalui Undi tidak percaya di dewan rakyat
Ini bermaksud 2 Daripada 3 ADUN Bebas tersebut hendaklah menyokong kerajaan baru BN/ UMNO di dalam Dewan Undangan Negeri.
Itu undang2 perlembagaan Perak yang kata. Bukan saya kata.
Maka,
Jika sidang DUN belum diadakan
dan
jika diadakan sidang DUN, UMNO BN gagal mendapatkan majoriti sokongan ADUN untuk melompat maka itu kerajaan Pakatan masih SAH
Nik Aziz pula dalam kenyataannya
" saya tidak kisah jika sesiapa hendak lompat parti disebabkan rasa tidak puas hati TETAPI hal ini menimbulkan persoalan apabila mereka hilang dan muncul dengan tiba-tiba".
BUKANKAH ini pelik lagi memelikkan..
hilang berhari2..
tiba2 lepas jumpa Najib di Pekan terus sokong UMNO/ BN..
apakah mereka ini dirasuah atau diugut ?
Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malayasia mesti bertindak menyiasat.
Tapi apa yang berlaku ????
Dan jika pun mereka bertiga keluar atas kerelaan sendiri,
YANG HARUS DIPERTIKAI
a) 2 ADUN PKR yang memegang jawatan EXCO tersebut sedang digantung tugas oleh kerajaan Pakatan Rakyat oleh kerana disyaki terlibat dengan kes rasuah yang akan dibicarakan bulan ini .
Kenapa UMNO/ BN harus menerima mereka yang melompat dari golongan yang belum tentu bebas rasuah ???
Kes meraka akan dibicarakan tidak lama lagi. Kenapa tidak saja menunggu kes ini selesai di Mahkamah ??
Oleh itu kesangsian yang timbul adalah,
Apakah Datuk Najib menawarkan kepada 2 EXCO PKR tersebut mereka akan " dibebaskan " daripada pertuduhan atau hukuman rasuah jika kedua2 mereka bersetuju menyertai atau menyokong UMNO/ BN ????
Jika tidak sebaliknya yang akan berlaku.
Oleh itu, kesangsian yang timbul harus disiasat oleh UMNO/ BN.
Berbeza dengan lompat UMNO masuk PKR.
ADUN UMNO Bota tersebut bebas daripada mana- mana kes rasuah berbeza dengan kedua- dua ADUN PKR yang kes rasuahnya dalam siasatan.
Apa akan berlaku jika Mahkamah mengisytihar ke2-2 ADUN tersebut rasuah dan kerusi mereka perlu dikosongkan ???
16 September akan dilakukan mengikut lunas2 perlembagaan berbeza dengan peristiwa Perak yang terang2 an membelakangkan perlembagaan.
BN/ UMNO seolah2 terlalu tergesa2 menubuhkan kerajaan hanya dalam tempoh 3 hari tanpa menunggu diadakan sidang DUN atau meminta satu sidang DUN tergempar diadakan.
Rakyat juga tidak dimaklumkan sama sekali perancangan UMNO/ BN bebeza dengan Pakatan Rakyat yang memaklumkan begitu awal kepada rakyat untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat.
Dan yang paling pelik kenapa Sultan enggan menerima pelawaan Speker DUN Perak untuk mengadakan Sidang DUN tergempar bagi membolehkan undi tidak percaya dilakukan juga menentukan majoriti ADUN di Dewan Undangan Negeri samada mereka menyebelahi kerajaan UMNO ataupun Pakatan Rakyat.
Ini kerana kerajaan dan MB Perak Ir Nizar hanya boleh dijatuhkan mengikut perlembagaan negeri melalui 3 cara,
i) MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN
ii) undi tidak percaya dalam sidang DUN
ataupun
iii) Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan
dan ini belum berlaku hingga sekarang...
maka menurut perlembagaan perak,
Ir Nizar dan Pakatan Rakyat masih sah sebagai kerajaan..
KEPUTUSAN SULTAN YANG TERBURU2 MENGISYTIHAR KERAJAAN BARU MUNGKIN KERANA 2 SEBAB yang berkait dengan ugutan Najib atau Kerajaan UMNO/ BN terhadap tuanku Sultan
Berkemungkinan besar antara ugutan Najib terhadap Tuanku Sultan adalah:
1) Kedudukan Raja Nazrin sebagai Raja Muda Perak akan dipertikai Najib sekiranya Sultan Azlan Shah enggan mengikut kemahuan Najib oleh kerana
Sultan Azlan Shah mewarisi takhta perak daripada Pak Cik nya dan bukan bapanya. Sultan Azlan Shah bukan sepenuhnya berdarah raja oleh kerana ibunya hanyalah rakyat biasa. Sultan Azlan Shah juga menaiki takhta kerajaan Perak oleh kerana pertolongan Mahathir atas tujuan dan sebab tertentu
2) Anakanda Sultan Azlan Shah, Raja Noor Elena adalah antara pemegang syer terbesar dalam kumpulan Gamuda Berhad. Beliau adalah perempuan no2 terkaya negara
Gamuda mempunyai banyak projek kerajaan dan antara yang terbesar ialah projek landasan keretapi berkembar yg bernilai hampir RM 20 BILION ( RM 20, 000, 000, 000. 00 ).
APAKAH KESAN KEPADA GAMUDA SEKIRANYA NAJIB sebagai Menteri Kewangan membatalkan projek Gamuda ?
Sekarang projek Gamuda di Dubai baru sahaja dibatalkan kerajaan UAE hg menyebabkan saham Gamuda jatuh mendadak.
LAWAN TETAP LAWAN
REFORMASI..
TAKBIR