KUANTAN - Nampaknya laporan kami membabitkan "Fun Fair Hadhari" langsung tidak diendahkan oleh puak-puak UMNO karat ini. Maka, krew kami akhirnya terpaksa menjalankan operasi bersepadu bagi meninjau "gejala sosial" yang melibatkan anak-anak muda ke situ baru-baru ini. Tapak tersebut terletak di kawasan Indera Mahkota berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan jalan ke Pejabat Imigresen dan Komplek Sukpa. Kehadirian krew kami tidak disedari oleh orang ramai. Maka bermulalah operasi tinjauan untuk memastikan benarkan terdapatnya adenga-adengan yang tidak diingini di kawasan itu. Maka, ternyata kami mendapati banyak terdapat aktiviti "songsang" yang jauh menyeleweng daripada "normal-normal" Islam Hadhari itu sendiri. Tambahan pula kewujudan tapak pesta seperti itu, memang pada awalnya bertujuan untuk menjadi tempat bersantau keluarga. Namun akhirnya ia menjadi tempat untuk melatih anak-anak bermain "judi" dengan "unsur tikam-tikam" yang disediakan.
Bukti, dua orang pelajar UIAM Kuantan ini tanpa segan silu cuba berjudiNampak ramai ibubapa dan keluarga berseronok dengan permainan "tikam-tikam" ala perjudian itu. Mereka menyediakan berbagai hadiah untuk dibawa pulang, yang kebanyakannya berbentuk "anak-anak patung". Maka ramailah ibubapa dan keluarga yang mengajar anak-anak mereka "berjudi" disitu. Ini jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Tatkala krew kami menjelajah ke segenap sudut, maka tambah memeranjatkan lagi kami terjumpa sekumpulan pelajar yang berpurdah dan bertudung labuh turut berada di situ. Mungkin bagi kami mereka hanya ingin melihat dan meninjau-ninjau seperti kami. Namun ternyata, sangkaan itu meleset. Para pelajar terbabit juga didapati bermain dengan judi "tikam-tikam" terbabit dengan tanpa rasa segan silu biarpun mereka diperhatikan oleh orang ramai. Sungguh memalukan melihat senario itu. Kami juba menyiasata siapakah gerangan mereka. Rupa-rupanya mereka adalah sebahagaian daripada para pelajar Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia Kampus Indera Mahkota yang berdekatan. Ini sangat mengecewekan kami, para pelajar UIAM sendiri langsung tidak terdidik dengan "roh Islam" bagi dilaksanakan dalam diri mereka. Mereka tidak nampak hadir ke situ sudah cukup memalukan, inikan pula bermain dengan "judi tikam-tikam" yang disediakan. Ia jelas merosakkan imej UIAM itu secara keseluruhannya dimata umat Islam di sini.
Seronok, orang Melayu Islam yang alpa dengan unsur judi yang disediakanTidak kurang juga melihat anak-anak muda lelaki dan perempuan yang berpoya-poya, berpeleseran dan berpelukan di sana-sini. Terkadang terfikir juga didalam hati, inikah ciri-ciri bangsaku Melayu dan Islam yang mahu diagung-agungkan selama ini. Mana pergi Imam Hadhahri, yang kononnya mahu melahirkan umta Islam yang lebih beriman di negara ini. Maka itu kami melihat, perlakuan sumbang dan pergaulan bebas antara mereka dengan berpakaian yang menjolok mata jelas membuktikan bahawa "Fun Fair Hadhari" bukanlah jalan penyelesaian malasah moral dan akidah umat Islam terutamanya golongan muda di negara ini. Maka itu, idea siapakah yang membenarkan serta meluluskan permit pesta tersebut di Kuantan?. Kami amatlah berharap agar "Fun Fair Hadhahri" dibatalkan dan ditutup segera. Jika tidak sudah pasti ia jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang, pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob bakal terpalit "dosa yang sama" gara-gara mengizinkan aktiviti tersebut di adakan. Kami tidak nampak langsung pesta itu mendatangkan kesan positif kepada rakyat. Apa yang jelas, ia lebih merosakkan dan menruntuhkan akhlak generasi muda. Harap pihak UMNO mengambil perhatian dan melakukan sesuatu dalam membendong perkara ini.[Inilah dia budaya puak-puak UMNO karat ini sebenarnya. Mereka gemar menyogokkan rakyat dengan unsur-unsur hiburan agar rakyat alpa dan leka dengan gerakan Islam. Hasilnya maka ramailah anak-anak muda yang mula menjauhkan diri dari Islam dan kebaikan yang ingin dibawa. Maka mereka akan melihat Islam sebagai penghalang segala kebebasan, akhirnya dalam setiap kali musim pilihanraya mereka akan memangkah UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya mengamalkan Islam Hadhari yang lebih telus, terbuka, bebas dan tidak mengongkong mana-mana individu untuk melakukan aktiviti maksiat mereka dulu, kini dan selamanya. Mahasiswa UIAM haruslah berani bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan Pahang oleh kerana ia terng- terangan bertentangan dengan agama Islam. Mungkin hanya Islam Hadhari yang diasaskan Pak Lah menghalalkannya. Tetapi mahasiswa UIAM yang dianggap berpengetahuan dlm bidang agama haruslah memimpin masyarakat di bandar Indera Mahkota untuk medesak kerajaan Pahang untuk tidak mengajurkan mana- mana karnival yang bertentangan dengan Islam. Apakan lagi karnival fun fair tersebut berlaku berhampiran kampus UIAM Kuantan dan lebih- lebih lagi yang berkunjung disitu adalah mahasiswa UIAM sendiri.