"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 22, 2008

MB Kedah Potong Gaji RM 10, 000. 00 Setiap Bulan Demi Kesejahteraan Rakyat..... SYUKUR AKU ORANG KEDAH


Oleh akupondok
"Jimadie Shah Othman Nov 21, 08 11:29am
http://www.malaysiakini.com/bm/
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.
azizan abdul razak Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.
Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.
Hassan menambah, potongan itu diumumkan pertama kali dalam program taklimat dasar-dasar kerajaan kerajaan negeri di ibu negeri apabila dibangkitkan PAS kawasan Alor Star, 14 November lalu.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak didedahkan sebelum ini kerana "(hendak) membuat kebaikan tidak perlu dihebah-hebahkan".
Ahli-ahli akar umbi PAS negeri baru-baru ini dilaporkan tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.
Malaysiakini difahamkan, dalam pertemuan minggu lepas, menteri besar dan kerajaan Kedah mendapat kritikan pedas wakil-wakil PAS kawasan sehingga beliau diminta menyerahkan portfolio agama yang dipegangnya kepada exco lain.
Azizan juga turut dituduh gagal memperkasakan pelaksanaan Islam yang diperjuangkan PAS seperti membiarkan pusat hiburan beroperasi sehingga lewat pagi dan arak dijual bebas di Langkawi.
Pegawai kerajaan pula didakwa mendapat layanan istimewa daripada menteri besar berbanding pegawai lantikan politik.
Selain itu, Azizan dan barisan exco dikatakan selalu memberikan alasan sibuk sehingga susah ditemui rakyat tetapi didakwa rajin bermain golf.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan berkata, selain soal kepemimpinan Azizan, kebajikan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) antara perkara utama yang dibangkitkan.
Selain itu, tambahnya, PAS Kedah didakwa "bongkak dengan PKR".
Bagaimanapun, kata Hassan, perkara itu dijelaskan oleh menteri besar di hujung program di Kompleks Alor Star.
azizan abdul razak pas and kedahWakil-wakil PAS daripada 15 kawasan di seluruh Kedah turut dikatakan berpuas hati dengan penjelasan tersebut.
Sehubungan itu, Hassan berkata, kritikan kepada kerajaan negeri merupakan salah faham dan dibuat berdasarkan "cakap-cakap di kaki lima".
Menurutnya, dalam pentadbiran kerajaan, ada perkara yang telah dibuat tetapi belum diumumkan dan ada yang belum dibuat tetapi telah dirancang dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Komen-komen itu, termasuk yang pedas dan negatif, diusulkan secara bertulis oleh wakil-wakil PAS kawasan tanpa menyatakan nama pengemuka soalan-soalan tersebut.
Komen-komen di pertemuan tertutup ini bagaimanapun terbocor kepada umum, termasuk Umno dan pihak media.
Hassan kesal kerana dokumen yang dianggap sulit itu telah “dicuri pihak tertentu”.
Majlis sumbang saran kali ketiga itu dihadiri wakil-wakil PAS kawasan, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli-ahli parlimen PAS Kedah.
Majlis itu merupakan susulan selepas pertemuan Ogos lalu, sementara perjumpaan pertamanya diadakan sejurus selepas kemenangan parti itu dalam pilihanraya umum, Mac lalu.
PAS negeri merancang menjalankan sesi taklimat dasar-dasar kerajaan negeri kepada jentera parti empat kali setahun.

Si Anak Perempuan Berbangga Melakukan Hubungan Terkutuk Dengan Ayah Kandung.... APA MAU JADI DENGAN DUNIA ?????


Beberapa hari yang lepas, saya mendapat artikel dari seorang wanita yang tidak dikenali melalui YM. Entah macam mana diperolehinya alamat YM saya itu. Al-maklumlah dunia sekarang semakin sempit. Diberitahu namanya Tasha dan umurnya 17 tahun.
Terkejut saya dengan artikel tersebut serta perasaan malu pada diri sendiri apabila membaca coretan peribadinya yang berbangga dengan penzinaan yang dilakukan bersama bapanya ketika berumur 15 tahun. A'uzubillah.
Terfikir saya pada permulaannya mungkin dia akan menyatakan kesedihan dengan kelakuan bapanya yang terkutuk itu, namun sebaliknya, bahkan disebarkan pula artikel kepada orang ramai menyatakan keseronokannya itu.
Itulah perbuatan manusia yang mempunyai akal, tetapi mengenepikan agama, tarafnya lebih rendah dari binatang. Namun saya tidak tahu apa agamanya, cuma namanya dan bapanya ber'ala' melayu.
Berkemungkinan besar kehidupannya tidak dilitupi dengan pengetahuan agama yang menjadi asas dan benteng pada diri kita menyebabkan dia tidak berasa bersalah dan berdosa dengan Allah swt. Seks haram itu terjadi disebabkan pemakaian baju renang yang nipis yang boleh meghairahkan mereka yang melihatnya. Walaupun di depannya lelaki yang mahram iaitu bapanya sendiri, namun aurat tetap perlu diawasi. Tambahan pula kehidupan di zaman moden ini, maksiat berleluasa, boleh dilihat di merata-rata tempat. Manusia longgar dengan pegangan agamanya, maka lebih baiklah kita berwaspada dengan menutup aurat sebaik yang mungkin.
Wanita ialah makhluk yang cantik yang dicipta oleh Allah. Namun, bukanlah kecantikan itu untuk dijadikan barang dagangan, boleh dipertontonkan kepada semua orang tanpa ada batas-batasnya. Kadang-kadang dengan suaranya yang lembut dan merdu boleh menjadi 'fitnah' kepada sang lelaki, apatah lagi dengan kecantikan yang ada pada dirinya.
Berkenaan dengan had-had dalam menutup aurat boleh dirujuk dalam tafsir-tafsir al-Quran, hadis-hadis atau kitab-kitab Fiqh yang diiktiraf. Di sana kita akan dapati banyak dalil-dalil serta pandangan-pandangan ulama berkenaan dengan aurat yang memuaskan hati kita. Saya tidak bercadang untuk membahaskan tentang hudud aurat di sini, namun saya bersedia untuk berkongsi maklumat jika didapati ada kemusykilan dalam hal ini.
Satu perkara yang saya nak tekankan di sini ialah bahawa menutup aurat ini merupakan suatu kewajipan yang tidak ada pertikaian di kalangan ulama kecuali sebahagian kecil anggota yang menjadi 'khilaf' bagi mereka. Perlu diingat bahawa kewajipan menutup aurat tersebut bukanlah dikira samada kita berada di rumah atau di luar rumah sebagaimana yang difikirkan oleh kebanyakan masyarakat kini, bahkan ia perlu dilihat samada kita berada di depan ajnabi (bukan mahram) atau bersama mereka yang bukan ajnabi (mahram).
Sekalipun berada di rumah bersama keluarga dan sanak saudara, kita sebagai wanita yang beragama Islam perlu sedar siapakah mereka yang bersama kita? Jika di sana adanya ipar duai, para sepupu atau mereka-mereka yang bukan mahram, maka wajib kita bersegera dan bertindak mengawasi aurat kita.
Pernah kita dengari, rata-rata masyarakat menyatakan bahawa mereka yang menutup aurat dan mengawasinya juga terjebak dalam seks haram, dirogol dan diperkosa.
Oleh itu, menutup aurat atau tidak, sama sahaja pada pandangan mereka. Memang saya tidak nafikan bahawa perkara itu berlaku dalam dunia hari ini, namun perlu kita ketahui bahawa menutup aurat merupakan satu perintah Allah yang wajib dilaksanakan. Ia merupakan satu benteng atau prisai untuk mengelakkan diri dari berlakunya anasir-anasir yang tidak sihat dan sekaligus boleh mengurangkan berlakunya perkara-perkara tersebut.Oleh itu, hendaklah kita sedar bahawa menutup aurat adalah perkara penting yang mempunyai hikmah yang besar. Moga-moga kita mendapat taufiq dan rahmat dari Allah swt.
Dipetik dari: http://sitihaslizaa.blogspot.com/2008/10/awasi-aurat-anda.html

SENAMAN YOGA :Mahasiswa Malaysia Menyokong Penuh Fatwa Pengharaman Yoga


Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang melibatkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya Dato' Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
"Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
"Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam," katanya dipetik Bernama di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Okt lalu di Kota Bharu, Kelantan, dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga merupakan satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. - HARAKAHDAILY.NET -

AUKU : Nazman Berkemungkinan Saman TNC HEP UTM


Ketika mengarang ini, mungkin seorang graduan telah terhukum di bawah Auku di UTM. Apakah jenis, bentuk dan corak hukumannya, hal itu tidaklah saya ketahui. Saya tak mahu mempertikai sangat apakah hukuman ke atas beliau berbaloi atau tidak.
Yang paling utama, apabila seseorang siswa itu terheret di bawah Auku, ertinya beliau sedang dan akan dizalimi, hatta dengan bentuk hukuman paling kecil sekali pun.
Sekali anda terseret dalam Jawatankuasa Siasatan, hati jiwa anda akan terhukumlah sudah dan teruslah anda didera dengan pelbagai kemungkinan. Jiwa anda didera dengan ribuan pertanyaan. Kotak fikiran anda sedang berfikir keras tentang bagaimana mahu menjawab soalan-soalan cepu emas daripada pegawai HEP itu.
Nama graduan itu Nazman. Dia lulusan UTM. Dia kemudian menyambung sarjana dalam universiti yang sama. Menurut apa yang saya difahamkan, tindakan ke atasnya itu terkait dengan motif dendam berhubung 'kenakalannya' pada zaman yang lalu.
Pendek kata, beginilah.. mungkin kerana tidak dapat mengenakan hukuman ke pelajar ini ketika dia sedang mengambil ijazah sarjana muda, maka peluang itu diambil ketika beliau mengikut ijazah sarjana di universiti yang sama.
Sebuah sms beliau melompat ke kantung peti simpanan sms saya, "..Esok adalah hari perbicaraan kes ana kali ke-3. Ana dah jemput media-media untuk buat PC selepas perbicaraan ana, dan ana mungkin saman UTM jika esok mereka berlaku zalim pada ana.. terima kasih atas sokongan anta sebelum ini.."
"..Ana ubah pendirian, ana mahu ajar pentadbir UTM yang angkuh ni, biarpun Master ana terkorban. Moga Allah hadiahkan 'master' dari sisiNya untuk ana.."
Ajar pegawai HEPSms ini dihantar pada 19 November lalu. Sehingga kini, saya tidaklah tahu apakah bentuk hukuman ke atas beliau. Seperti yang saya ceritakan awal-awal lagi, saya tidaklah peduli sangat apakah bentuk, jenis dan corak hukuman ke atas Nazman.
Apa yang paling penting untuk disematkan dalam fikiran kita ialah, ketika Auku ini mula diwujudkan pada tahun 1971, maka ketika itulah kezaliman mula berleluasa ke atas kaum pelajar, warga kampus, pensyarah dan akta ini telah membunuh kemahasiswaan.
Akta ini bukan membunuh seorang mahasiswa, malah membunuh 'kemahasiswaan'. Jadi, kalaupun ia tidak menghukum siswa sepanjang tempoh pengajian itu, hakikatnya ia telah membunuh jiwa berani siswa. Warga kampus mahu menulis, bersuara pun rasa takut.
Jadi, tanpa menghukum seorang siswa sekali pun, akta ini sudah bertindak zalim lantaran ia telah 'menghukum' 'kemahasiswaan' secara senyap. Pelajar yang asalnya berdaya saing, bersifat suka mencuba itu akhirnya telah lumpuh dan cacat daya kreativitinya ekoran rasa takut yang bersarang di dada mereka itu.
Kes Soh Sook Hwa (2005) melawan USM mungkin boleh jadi rujukan. Beliau ini adalah rakan sekuliah saya. Beliau menyaman USM. Hanya, saya tak pasti adakah HEP yang dia saman atau USM? Adakah TNC HEP yang dinamakan atau institusi USM?
Bekas TNC HEP kami itu akhirnya 'dibuang' terlontar jauh ke sebuah universiti rebung di Perlis. Dia pun tahu, setelah kontraknya tamat sebagai TNC, tak ada warga kampus yang hormat kepadanya lagi. Semua orang mungkin memulaunya. Jadi baik dibinanya reputasi baru di lain universiti. Jadi, adakah kita mahu saman universiti atau individu?
Oleh kerana saya kurang arif hal perundangan, saya mohon mahasiswa atau graduan yang berkecimpung dalam dunia perundangan ini tampil menawarkan jawapan
Saya pernah dengar cerita, proses perbicaraan Sook Hwa itu telah ditunda beberapa kali kerana peguam universiti tidak hadir ke mahkamah.
Oleh sebab ini bukanlah pengalaman peribadi saya dan Sook Hwa yang lebih memahami apa-apa yang terjadi ke atas dirinya, maka biarlah dia bercerita. Pendek kata, adalah sulit untuk saman IPT. Adakah kita boleh terus saman TNC? Siapa boleh jawab?
Biarlah seorang TNC saja yang dimalukan dan kes ini akan terus jadi pengajaran ke atas TNC-TNC yang lain. Dalam kes Sook Hwa misalnya, bekas TNC kami yang buat hal dan dia kini telah 'melarikan' diri ke universiti lain, walhal Sook Hwa menyaman USM.
Jadi, USM yang tak bersalah kini menerima padahnya dan orang yang kita buru itu sudah terlepas. Jadi hal ini kita perlu bincang bersama tentang bagaimana mahu memburu TNC-TNC ini supaya jangan ada lagi jerung-jerung yang terlepas.
Kita tak menolak bahawa memang ada pegawai HEP yang baik dan membantu siswa dan mereka ini bukan termasuk dalam senarai seperti dalam filem Schindler List. Hanya yang perlu diburu dan diberikan pengajaran adalah mereka yang angkuh dan sombong!
Majlis Mangsa AukuSatu masa dahulu, dalam suatu tulisan, saya menulis kenapa mahasiswa tubuhkan GMMI, Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA sedangkan telah wujud GMI
Kenapakah tak wujud GMMA (Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku). Tidak lama selepas itu barulah GMMA itu diwujudkan. Namun, ia tidak merakyat. Atau, mungkin mereka sibuk berkuliah?
Atau, mungkinkah ia kerana tenaga penggerak GMMA itu bukan dalam kalangan mereka yang pernah dihukum oleh Auku, lalu mereka tak benar-benar menjiwai perjuangan itu? Jawapan itu ada pada mereka sendiri. Kita cuma sekadar ingin bertanya soalan saja.
Dalam sebuah perjumpaan meja bulat (tak salah saya ia berlaku pada 10 Julai 2007), saya hadir di Parlimen dalam Sesi Perbincangan Pindaan Auku 1971. Sook Hwa adalah orang yang pertama berucap dan pada akhir ucapan beliau merumuskan tajuk perbincangan itu, bukanlah pinda Auku, tapi kita mansuhkan terus Auku.
Perbincangan itu dipengerusikan Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali dijemput sebagai pemudahcara. Yang hadir ialah Tian Chua, Naib Canselor UBU Hishamudin Rais dan beberapa pimpinan parti lagi termasuk mereka yang pernah terhukum di bawah Auku sebelum ini. SB-SB keluar masuk lif silih-menyilih apabila melihat kami naik lif.
Saya orang kedua berucap, memutarkan pandangan berhubung pengalaman peribadi dan akhirnya saya setuju dengan ketetapan sulung Sook Hwa bahawa siswa sedang beralih ke sebuah mazhab baru; bukan pinda, tapi mansuhkan Auku.
"Maka saya sokong 200% mengenai usul mansuhkan Auku itu," kata saya. Sebagai siswa yang pernah disekat untuk menulis, saya mengupas sepotong nas al-Qur'an yang terilham daripada ucapan mantan Mursyidul Am Pas Yusof Rawa pada suatu ketika dahulu.
Bagaimana ceramah Yusof Rawa ini mempengaruhi cara saya berfikir, berhujah dan terus bertindak, memang panjang ceritanya. Tapi, kesimpulannya, berdasarkan kupasan Yusof Rawa itu, saya membuat rumusan bahawa Auku adalah lanjutan warisan Fir'aun.
Satu hal yang tak kalah menariknya adalah cadangan menubuhkan MAA (Majlis Mangsa Auku) yang diutarakan dalam sesi perbincangan tersebut. Namun, sehingga kini, ini tidak kedengaran lagi. Agaknya, kalaulah mangsa-mangsa Auku seperti ISA7 digabungkan dan mereka diberikan pentas agar terus berbicara, bergabung bersama GMMA, mungkin akan lebih meriah dan berwarna-warni dunia kampus hari ini.
Tidak akan sama orang yang pernah dihukum berjuang dengan orang yang belum pernah dihukum berjuang. Mereka yang terhukum.. jiwa yang telah didera perasaan sebelum ini, itulah nadi penggerak yang membelah ketakutan terhadap apa pun.
Mereka lebih mengetahui selok-belok cara HEP berfikir. Dia tahu bagaimana sikap HEP terhadap akademik mereka. HEP tidak peduli sangat hal akademik anda. Dia tidak peduli sedikit pun bahawa anda sedang cemas menantikan hukuman.
Kalau anda sedang menjalani peperiksaan, mereka akan teliti jadual peperiksaan anda dan dia akan terus menyusun jadual-jadual tersendiri untuk mengheret anda ke bilik siasatan. Misalnya, dalam dua, tiga hari ini akan ada ujian, maka selepas ujian atau sebelum ujian, anda akan diminta datang ke HEP untuk disiasat.
Mereka adalah manusia yang sifar kemanusiaan. Mereka peduli apa soal anda yang resah kerana terpaksa 'study' akademik dan dalam waktu yang sama terpaksa menjawab soalan cepu emas HEP. Mereka cuma risau keselamatan diri dan mahu lepaskan dendam ke atas anda. Itu saja. Nilai kebapaan sifar dan cuma bersikap liar, mencacatkan anak sendiri.
Dalam proses siasatan, ketika saya melihat Ketua Penolong Pendaftar minum Nescafe di depan saya dan meneguknya perlahan-lahan, dan ketika melihat air Nescafe itu mengalir antara halkumnya dan tatkala melihat cara dia mengunyah karipap dengan enaknya, hati saya menjerit, "Itu duit PTPTN, JPA dan Mara yang hangpa makan dan minum tu!!"
Itu duit rakyat dan wang pelajar. Sungguh kurang sopan dan biadap mereka itu. Tak layak diberikan semacam apa pun penghormatan. Tidak dijemput saya minum. Tiada lafaz kata, "Jemput minum..". Dan, tiada pula dibancuhkan kopi, teh dan juga karipap.
Bara betul hati ini saat mengenangkannya. Cis!! Bedebah! Manakah nilai dan adab sopan orang Melayu? Hati kecil saya tertanya-tanya, "Bagaimana insan seperti ini boleh meraih gelaran Dato' dan panggilan terhormat yang lain? Mereka ini membeli gelarankah?"
Kepada saudara saya Nazman, anda buatlah apa-apa yang difikirkan terbaik. Kata orang, berdendam itu tidak baik. Pada saya, berdendam itu tiada masalahnya, yang mungkin jadi isu ialah 'membalas dendam'. Jadi, janganlah maafkan HEP. Berdendam sajalah, itu tidak mengapa. Jika saudara mahu balas dendam dengan menyaman UTM, itu sudah baik.
Namun, yang terlebih afdal adalah terus mencari kaedah untuk menyaman TNC HEP dan bukannya institusi. Universiti bagaikan tubuh manusia yang sihat. Yang menjadi masalah kini, ialah buah pinggangnya yang telah rosak.
HEP bagaikan buah pinggang atau 'tong najis' yang berperanan menjaring hasil kumuhan urea untuk dikencingkan ke tandas. Apabila buah pinggang sudah rosak, bawa saja mesin dialisis (KPT) untuk merawatnya. Tapi, kalau mesin dialisis (KPT) pun sudah korup, jadi kena ikhtiarlah mencari buah pinggang baru dan membuang organ rosak yang lama.
Itu saja caranya. Bukan salah kampus mengandung, salah HEP yang tak bertamadun.
- Sekolah Pemikiran Kg Baru -
- Harakahdaily.net -

TV3 dan RTM1 Putar Belit Kenyataan MB Kedah.. PROJEK TERNAKAN BABI TERTUTUP JUGA PERNAH DILULUSKAN KERAJAAN TERDAHULU ( BN ) PADA 4 DISEMBER 07


KUALA LUMPUR, 22 Nov (Hrkh) - Media pro Umno-Barisan Nasional (BN) sekali lagi cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS,KeADILan dan DAP.
Jika sebelum ini, media cetak memainkan peranan dengan menjadi agen penyebar dakyah dan permainan licik politik BN,kini media elektronik menjadi senjata apabila RTM dan TV3 cuba memutarbelitkan fakta untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Mohd Helmi Mohd Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini mendedahkan bagaimana kerajaan Kedah dijadikan mangsa dengan corak pemberitaan yang memesongkan dan berniat jahat.
Menurutnya, siaran berita RTM di TV1 sekitar jam 1.00 petang 19 November 2008 dan siaran Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 19 November 2008 mendedahkan tembelang sebenar kedua-dua stesen televisyen tersebut apabila menyiarkan berita yang jauh terpesong dan berniat jahat.
"Kedua-dua siaran tv ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah bakal membuka sebuah ladang ternakan babi di Kedah.
"Saya ingin tegaskan bahawa kedua-dua berita tersebut adalah satu pembohongan dan telah memutarbelitkan fakta seperti yang tercatat dalam buku Jawapan Bertulis Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Mesyuarat Bajet 2009),"jelasnya.
Tambahnya,siaran berita tersebut hanyalah berbentuk jahat untuk menjatuhkan nama baik Kerajaan Negeri Kedah dan menghasut rakyat untuk bencikan Kerajaan dan berbentuk provokasi.
"Sebagai makluman pembukaan ladang itu hanya akan berlaku jika terdapat aduan kacau ganggu di ladang-ladang yang sedia ada.
"Selebihnya, keputusan tersebut telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu melalui surat UPEN (K) 707 SK.4 ( ) bertarikh 4 Disember 2007 bertajuk: Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) Mengenai Ladangan Masa Depan Industri Ternakan Khinzir di Negeri Kedah Darul Aman,"katanya lagi.
Helmi juga mendedahkan,sekalipun telah dijelaskan dalam sesi penggulungan Sidang Bajet pada 20 November dan sidang akhbar pada hari yang sama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, bahawa ini adalah keputusan Kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) bagaimanapun TV3 khususnya masih menggunakan perkataan 'hasrat Kerajaan PAS Kedah membuka ladang babi'.
"Bagi saya ia jelas satu pembohongan fakta yang amat jelas oleh stesen televisyen swasta berkenaan dalam siarannya pada 20 dan 21 November melalui slot Buletin Utama.
"Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam sidang akhbar, Menteri Besar juga telah memberitahu bahawa beliau dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghormati keputusan Kerajaan terdahulu (BN) bertarikh 4 Disember 2007 itu dan setelah mendapat nasihat daripada pihak Vertarina negeri, pihaknya belum lagi memutuskan tempat atau bila ladang berpusat itu akan dibina,"jelasnya lagi.
Beliau juga menambah, bahawa Ustaz Azizan juga menyatakan pembinaan ladang ternakan itu adalah untuk kebaikan semua pihak untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masalah seperti pencemaran, bau busuk dan seumpamanya.
Menurut Ustaz Azizan,kata Helmi, bukan hanya ladang babi, jika terdapat ladang ayam, lembu, kambing, kerbau sekalipun telah menimbulkan keresahan rakyat, maka ladang tersebut akan dipindahkan.
Oleh itu katanya, dari penjelasan itu, amat jelas bahawa Kerajaan Negeri memikirkan satu tempat dan kaedah terbaik untuk mengatasi permasalahan yang mungkin atau telah wujud berpunca dari ladang ternakan tersebut.
"Adalah di luar dari jangkauan pemikiran saya jika pemberita TV3 Kedah lebih suka melihat ladang babi dibina berdekatan kawasan perumahan jika dibandingkan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memindah dan memusatkan ladang dan sembelihan di satu kawasan yang jauh dari kawasan penempatan penduduk.
"Saya juga menjangkakan, jika ladang baru itu nanti terbina sekalipun jauh dari kawasan penempatan, sekali lagi akan ada pihak memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat telah membina ladang ternakan babi yang luas, jika andaian saya ini benar-benar berlaku, sahlah bahawa berita berkenaan bukannya membela hak dan kepentingan rakyat tetapi ia lebih membela hak binatang ternakan tersebut kerana telah dipinggirkan dan ditempatkan di kawasan yang terpencil,"tegasnya.
Pimpinan Pakatan Rakyat kecam media pro Umno-BN
Sementara itu, baru-baru ini pemimpin Pakatan Rakyat, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sepakat mengecam konspirasi media pro Umno-BN yang sedang bertungkus lumus untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menabur fitnah, adu-domba dan memainkan isu-isu sensitif bagi mengelirukan rakyat.
Selain untuk mencetuskan kemarahan rakyat, tindakan media pro Umno-BN itu juga bertujuan untuk menjatuhkan reputasi lima kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin.
Perkara ini didedahkan oleh ketiga-tiga mereka pada 'Majlis Makan Malam dan Bengkel Mini Pakatan Rakyat' yang diadakan di Hotel De Palma, Ampang dekat sini baru-baru ini.
Presiden PAS dalam penegasannya bimbang peranan yang dimainkan oleh media arus perdana boleh mengancam kestabilan dan kemuafakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekiranya perkara ini tidak dapat dibendung dengan segera.
Kata beliau, peri pentingnya media telah dibuktikan oleh MCA dengan mengambil alih dua buah akhbar utama berbahasa Cina, Nyangyang Siang Pau dan Sin Chew Daily selepas pilihan raya kecil Lunas bagi menyekat sokongan orang-orang Cina terhadap pembangkang.
Sementara itu, Ketua Umum KeADILan menyifatkan media arus perdana bertindak 'kasar' dengan melaporkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama seperti yang berlaku ke atas exco kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Teresa Kok dan Ronnie Liu serta editor Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin.
"Media sekarang ini mainkan isu perkauman. Bangkitkan isu agama. Seolah-olah terdapat pergeseran dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan ini amat merbahaya," tegas Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Justeru itu, ketiga-tiga pemimpin mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan-laporan berniat 'jahat' yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang dikuasai Umno-BN.
- HARAKAHDAILY.NET -

Michael Jackson Kini Orang Islam Bernama Mikaeel.... TERBUKTI ISLAM FOR ALL


Oleh Kopitiam
Sebagaimana yang disiarkan oleh NST hari ni...
Michael Jackson Converts To Islam, Changes NameJavno.hr, Croatia November 21 2008
The famous singer and firmer member of the Jackson 5 decided to turn to Islam. Accordingly, he chose a new name – Mikaeel.
Michael Jackson has become a Muslim and changed his name to Mikaeel.
The singer (50) decided to give into the call of Islam, thus he vowed to the Kuran during a ceremony at a friend`s villa, The Sun writes.
After an Imam was called to hold the sermon, Jacko got down on the floor, wearing a tiny hat.A source said Jackson decided to convert on Thursday night in his friend`s home studio, where he was recording his new album.
The star noticed that The producer and lyricists, both Muslims, noticed Jackson was feeling a bit under the weather (...)-
-Posted By Firdaus Omar to Kopitiam Bang Nan

Friday, November 21, 2008

Najib dan Mongolia Umpama Isi Dengan Kuku... Ingat Mongolia Sure Ingat Najib


Oleh tok pepijat
Sekonyong-konyong Razak Baginda mengadakan sidang media pertamanya sejak keluar dari jeriji besi Penjara Kajang setelah bertapa 22 bulan di situ. Sidang media itu diadakan semasa taukehnya TPM Najib bersama Rosmah berada di luar negeri. Antara kenyataan utamanya semasa sidang tersebut ialah merayu supaya nama taukehnya Najib dinyahkan dari dikaitkan dengan Altantuya.
Betapa kasih dan sayangnya Razak kepada Najib. Umpama seseorang yang mati, tiba-tiba hidup semula terus sebut nama orang kesayangannya.(Ingat: Bapa Razak umpamakan pembebasan anaknya seperti mati hidup semula). Hebatnya kasih Razak pada Najib! Pandai Najib setelah serah skrip untuk dibaca oleh Razak, cepat-cepat dia terbang ke luar negeri bagi menunjukkan dia tiada kaitan dengan sidang media Razak.
Hoi Razak! Rakyat Malaysia tidak sebodoh seperti anda sangkakan. Semakin banyak penafian tentang kaitan Najib dengan Altantuya semakin yakin rakyat bahawa Najib terlibat!
Nampaknya Najib terpaksa gunakan khidmat Razak untuk menguatkan penafiannya terbabit dengan gadis Mongolia setelah sumpah keramatnya semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh digelak ketawa oleh rakyat. Dengan bebasnya Razak, sekurang-kurangnya menambah semangat dan tenaga kepada Najib dalam menghadapi kes Altantuya.
Mungkin selepas ini jika rakyat masih memperkatakan kaitan Najib dengan Altantuya, Najib terpaksa gunakan halaman depan semua suratkhabar arus perdana untuk siarkan tajuk utama : " Demi Allah ! Saya tak kenal Altantuya".
Kalau tak berkesan juga, elok Najib gunakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk umumkan penafiannya ! Atau sebelum siaran TV bermula setiap hari, Najib berucap:"Saya dengan ini mengaku tidak kenal gadis Mongolia itu.
" Menjelang "pertabalan" Najib jadi PM, namanya sudah sinonim dengan Mongolia dan Altantuya. Nasib Najib agak malang berbanding arwah ayahnya. Bila kita sebut nama Tun Razak bermakna kita ingat Felda, DEB, pembelaan orang Melayu dan Penggabungan PAS dengan UMNO dalam BN.
Sukarnya rakyat memisahkan nama Najib dengan gadis Mongolia itu seperti sukarnya memisahkan Amerika dengan Israel. Mungkin jika Najib tolak untuk menjadi PM, masalah ini boleh di selesaikan. Sanggupkah Najib berbuat demikian?

Pimpinan Mahasiswa Negeri Perak Kunjungi EXCO Perak Untuk Jalin Kerjasama


Pimpinan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak baru-baru ini telah mengadakan perbincangan rasmi bersama YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu (EXCO PELANCONGAN,PEMBANGUNAN INSAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Perbincangan adalah berkenaan badan (NGO) dan mahasiswa,sememangnya mahasiswa semestinya melibatkan diri mereka dengan badan-badan (NGO) ,ini kerana mereka dapat mempelajari banyak ilmu berkaitan pengurusan pentadbiran disamping itu mahasiswa juga dapat mendekati masyarakat dengan lebih mudah,Sehubungan dengan itu YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu,menyarankan kepada BERSATU PERAK agar terus memperkasakan lagi NGO mahasiswa perak ini dalam mendepani massa,beliau juga menyarankan agar BERSATU PERAK,dapat mengadakan program-program berbentuk Akademik dan kemasyarakatan untuk meningkatkan keintelektualan rakyat perak.
Hasil dari perbincangan itu juga, YB.Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jaitu (EXCO PELANCONGAN,PEMBANGUNAN INSAN DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO),bersetuju untuk bekerjasama dengan BERSATU PERAK dan akan menjadikan BERSATU PERAK sebagai wadah penyatuan seluruh gerakan Mahasiswa Perak,turut hadir dalam pernbincangan tersebut ialah Mohd Hafez bin Sabri (Presiden BERSATU),Wong Yim Chan (Timb Presiden 2) Ahmad Shahir Bin Abdul Aziz (Exco Penerangan BERSATU).

11, 000 AP Bernilai RM 330 JUTA Hanya Untuk 1 Kroni.. FREE PULAK TU !!! MUDAHNYA KRONI UMNO BINA KEKAYAAN

OLEH : Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia


Oleh kerana aku dalam musim cuti dan tak da kerja mau buat, maka pada hari khamis ( 20.11.08 ) aku pun bukak la sidang parlimen live di http://www.tvpas.com/...

Aku tertarik dengan isu yang dibangkitkan Ketua Whip Pakatan Rakyat merangkap Naib Presiden PKR, Saudara Azmin Ali. Apa yg best nyer Azmin Ali bangkitkan 2 perkara...

1) Persoalan mengenai salah guna wang sebuah syarikat milik kerajaan, UDA Holding Berhad di mana menaja majlis hari raya 3 Ahli Parlimen BN dengan nilai lebih RM 500, 000. 00.
Kalau hampa semua kata aku dan Azmin Ali klentong...
Azmin Ali ada bukti kukuh
Apa yang diperkatakannya dalam Parlimen disertakan bersama bukti2 untuk perhatian semua Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat
Siap Azmin Ali bawa lagi resit, invois tu. Dalam resit tu dinyatakan jumlah yang dibayar ( kepada 3 Ahli Parlimen BN ) dan KEPADA SIAPA bayaran tersebut dibuat ( Ahli Parlimen BN la ) ????
Yang aku tak puas hati Ahli Parlimen BN songlap DUIT RAKYAT PUNYA LA BANYAK....
Dah la UDA tu ditubuh untuk tolong orang melayu miliki premis perniagaan di bandar- bandar utama...
PEJUANG MELAYU APA MACAM NI...

Kan da terbukti UDA tu dah jd tempat MP BN songlap duit...
Patutla UDA x main peranan bantu org melayu miliki premis perniagaan di bandar ????
Patutlah orang melayu makin miskin ?????
Ketuanan Melayu ?????
Hakikatnya....
Inilah Perosak Melayu yang SEBENAR- BENARNYA ........ !!!!!


2) YANG NI YANG AKU MAU CERITA SEBENARNYA.....
Terkejut sangat- sangat aku dengan apa yang Azmin Ali bangkitkan dalam Parlimen....
Sekarang aku dah tahu kenapa siapa- siapa yang kenal Menteri cepat sangat jadi kaya raya....
Ini ceritanya....
Azmin Ali bangkitkan persoalan kenapa mudahnya Menteri- menteri UMNO/ BN dengan kerjasama Kroni bina kekayaan Ratusan Juta.....
Apa yang dipersoalkan Azmin Ali ialah mengapa AP ( Permit Import ) hanya diberi kepada syarikat - syarikat yang dimiliki oleh individu yang sama..
Peliknya pemilik- pemilik syarikat tersebut mempunyai hubungan rapat termasuk hubungan kekeluargaan dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz..

Buktinya daripada beberapa buah syarikat yang diberikan lesen Permit Import atau AP, 3 daripada syarikat tersebut adalah dimiliki oleh BESAN Rafidah Aziz. Jika digabungkan, ketiga- tiga syarikat tersebut memiliki lebih 11 000 ( sebelas ribu ) permit import..

SO....

Mudah tak mau dapat RM 300 JUTA. Anda hanya perlu kahwinkan anak anda dengan anak Menteri Permit Import...

Kemudian anda tubuh 2-3 buah syarikat dan mintak permit import daripada besan anda...

DAH DAPAT 11, 000 Permit Import...

Gerenti anda KAYA RAYA SAMPAI 7 KETURUNAN....

Apa Tidaknya....Sebagai contoh

1 Permit Import boleh anda jual dengan harga antara rm 30, 000. 00 - rm 50, 000. 00...( tiga puluh ribu - lima puluh ribu )

Kalau dah dapat 11, 000 Permit Import Kenderaan. So kirala berapa banyak anda dapat buat duit dengan begitu mudah. Buat kerja yang sama 3 kali KONPEM JADI BILIIONAIRE..

Tak Percaya Ke ?????

Aiyooo !!!!

Tak sekolah ka tidoq macam Pak Lah masa Cikgu ajar matematik !!!!!

11, 000 x RM 30, 000. 00 = RM 330, 000, 000. 00

11, 000 x RM 50, 000. 00 = RM 550, 000, 000. 00

RM 330, 000, 000. 00 - RM 550, 000., 000. 00 ( rm 330 JUTA - rm 550 JUTA ) dapat free aja tanpa susah payah tanpa pening kepala tanpa risiko dan tanpa perlu buat pinjaman...

Mintak 11, 000 Permit daripada Rafidah. Bila dah dapat, juallah kepada taukeh- taukeh cina yang menjual kereta - kereta import mewah seperti Bentley, BMW, Mercedesz Benz, Audi, Volkswagen, Lamborghini, Ferrari dan lain- lain.

So...

mau lagi ke sokong org yg suka songlap duit hampa ( kita semua pembayar cukai kpd kerajaan, so duit kita la )

aku tak halalkan duit aku yg dirompak penjenayah2 pilihan rakyat ni

ANDA BAGAIMANA ?????

Sekali lagi Inilah Perosak Melayu yang SEBENAR- BENARNYA ........ !!!!!

Soalan Lisan Adun Maharani Untuk Sidang Dun Johor


PERSIDANGAN DUN JOHOR 21 NOVEMBER 2008 SOALAN MULUT-LISANADUN MAHARANI(PAS) - YB DR. HJ. MOHAMAD BIN TASLIM
Bil 1.
Iskandar Malaysia (IM) telah dilancarkan selama hampir dua tahun. Setakat ini dinyatakan sebanyak RM3.9 bilion pelaburan telah diterima dalam perindustrian dan RM2 bilion dalam bidang perkhidmatan. Kerajaan juga telah membuat kenyataan bahawa semua kaum terutama Melayu atau bumiputera akan mendapat manfaat daripada projek-projek dan pelaburan yang dilaksanakan di Iskandar Malaysia.
Persoalannya, sejauh manakah Iskandar Malaysia (IM) benar-benar memberikan laluan kepada penyertaan Melayu atau Bumiputera.
Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Johor) dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (Johor) membuat pendedahan dimana pembinaan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya sejauh 15 kilometer dengan kos pembinaan RM1 bilion tidak melibatkan kontraktor Melayu sepertimana yang dijanjikan. Persoalan saya.
Apakah benar kontrak pembinaan lebuhraya tersebut diberikan kepada Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd secara rundingan terus? Siapakah pemegang saham utama Syarikat Kota Selat Tebrau Sdn. Bhd?
Kenapakah syarikat kontraktor bumiputera tidak dilibatkan dalam pembinaan lebuhraya tersebut?
Jabatan : Iskandar Malaysia
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan

Assigmant Pertama Untuk Razak.... Razak Buat Sidang Media Bersihkan Nama Najib

Oleh bangau
"SALAM, Akhirnya si 'pembunuh' sudah bukak mulut. Rojak Babaginda sudah dapat wang rasuah untuk mengabui rakyat. Dia sudah bersumpah si Najis tidak pernah jumpa Atatoya si Mongolia Beuty.
Ya, Najib atau Rosmah tak penah jumpa Atatoya, kata Rojak Babaginda! Maknanya apa yang Anwar Ibrahim dakwa Najib ada hubungan dengan atatoya adalah karut semata-mata.
Makna Anwar adalah pembohong dan pembuat fitnah. Raja Petra juga Raja Segala Pemfitnah dunia dan akhirat! Ini adalah secebis ucapan yang saya kutip dari laman-laman web dan kedai kopi. Saya terpanggil untuk membicara hal ini kerana rakyat sudah disajikan dengan berita ini sejak dua tahun lepas.
Apabila si peguam UMNO di lantik Ketua Hakim Negara, semua pembunuh VVIP telah dilepaskan. Semua kes-kes di putus dengan cara yang pelik. Raja Petra tiba-tiba di bebaskan dari ISA sedangkan sebelum ini ramai yang tidak berjaya melalui mahkamah. Adakah RPK kini SB untuk UMNO? adakah RPK ada buat deal dengan NAJIB? dan POLIS?
Apa harus kita fikirkan bila bermacam-macam andaian mula timbul?Saya yakin untuk mengatakan Rojak Babiginda adalah sejenis makhluk perosak yang tiada tolok bandingannya kerana saya sendiri pernah di ugut oleh beliau. Saya kenal siapa taiko bernama Rojak Babaginda ni.
Kini sistem kepolisian, sistem pendakwaraya, sistem kehakiman ibarat satu KARTUN yang menghiasa kehidupan rakyat malaysia seharian. Sudah tidak ada nilai lagi apabila yang membunuh di lepaskan. Apa jadi pada NORITA SAMSUDIN, siapa pembunuhnya? VVIP? sekarang masih tak selesai. Kita yakin, Si ROJAK ni memang bersubahat dan pemimpin tinggi negera terbabit.
Siapa saya harus saya percaya ? Si Taiko ROJAK, si womaniser NAJIS, si pembuat fitnah RPK? atau pejuang negara bernama ANWAR IBRAHIM? kes atatoya benar-benar mencabar minda saya. Ia satu kes yangmembuatkan saya benar-benar hilang keyakinan kepada sistem pentadbiran negara dan juga kepada seorang tokoh politik yang menyambut baik pembebasan ROJAK BABIGINDA.
http://www.malaysiabaru.com/ "

Thursday, November 20, 2008

Tun Zaki Azmi Ahli UMNO, Tidak Layak Menjawat Ketua Hakim Negara... Perlantikan Azmi Satu Lagi Projek UMNO Rosakkan Institusi Kehakiman

Oleh alhusseyn"


Ketua Hakim Negara adalah satu institusi yang sangat dihormati.Malaysia sedang berusaha kearah memulihkan imej institusi kehakiman negara yang begitu tercalar akibat perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara Salleh Abas suatu ketika dulu dan pelbagai lagi skendal sebagaimana yang didedahkan melalui isu klasik ‘correct, correct, correct’ .



Zaki Azmi yang disifatkan oleh PM Dollah sebagai ‘pembawa reform’ kehakiman, sebenarnya adalah sebaliknya. Zaki tidak layak menjadi seorang Hakim apatah lagi menjawat sebagai seorang Ketua Hakim Negara ; kata Karpal Singh dengan merujuk kepada kenyataan Zaki Azmi berikut :'


Ia mengambil masa enam bulan untuk menjadi baik, merasuah setiap individu supaya diterima semula sebelum fail-fail kami dilihat semula. Itu adalah adalah pengalaman peribadi saya, dan saya memberitahu perkara ini kepada semua kerani dan pendaftar supaya menghentikan perkara karut ini'.

Lihat laporan di sini Perlantikan Azmi sebagai Ketua Hakim Negara , sebenarnya adalah satu komplot jahat Umno Pada 5 September 2007 lalu, Zaki menjadi peguam pertama dilantik secara lansung / terus ke Mahkamah Persekutuan. "Beliau juga tidak pernah dilantik sebagai hakim di mahkamah lain seperti mahkamah tinggi, persekutuan yakni tidak melalui proses pelantikan hakim seperti biasa. Beliau dilantik terus menjadi hakim mahkamah rayuan," jelas Hanifa Maidin, yang juga merupakan pengamal undang-undang di sini Zaki Azmi ini adalah orang UMNO , perlantikan beliau ke Mahkamah Persekutuan adalah merupakan ‘satu persediaan’ yang sengaja diatur untuk menjadikannya sebagai Ketua Hakim sekiranya kes PM Dollah tidak mendapat pekenan Raja-Raja melanjutkan kontrak Ahmad Fairuz.

Maka mereka tidak mahu melanjutkan tugasnya sebagai Ketua Hakim Fairuz . Disinilah Zaki masuk menyelit dan melanggar beberapa bendul ..... lihatlah berapa ramai lagi yang lebih layak daripadanya jika dilihat kepada kedudukan beliau dalam senarai berikut.Zaki berada di kedudukan paling akhir.

Gelaran Tan Seri dan Tun adalah gelaran terhormat.Bagi saya , Zaki tidak layak menggunakan gelaran tersebut melainkan beliau sanggup bersara dengan terhormat; itupun jika benar beliau mempunyai secebis harga diri. "

Keterbukaan Ulama Dalam PAS.... Penerimaan Keahlian Bukan Islam Bukti PAS FOR ALL


Oleh attakiri
"Berita Siyasah menyebut antara lain kesediaan PAS untuk mengangkat status Kelab Penyokong PAS menjadi sebuah Dewan. Retreat PAS di Langkawi telah seolah-olah menyetujui rancangan tersebut. Yang berbaki ialah persetujuan perwakilan dalam Muktamar akan datang.
Sebenarnya persoalan keahlian bukan Islam sudah lama dibincangkan dalam Majlis Syura Ulamak.
Ini diakui sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Seri Presiden dalam banyak siri ceramah beliau. Perbincangan mengenai keahlian bukan Islam dalam PAS bukan hanya perbincangan dalam ulamak tanah air sahaja. Bahkan persoalan ini telah di bawa kepada perbincangan ulamak gerakan Islam seluruh dunia. Hasil daripada perbincangan tersebut merumuskan bahawa orang bukan Islam dibenarkan bagi menyertai parti Islam sebagai ahli penuh.
Ini adalah contoh pemikiran ulamak yang melangkaui masanya. Bahkan idea sudah ditimbulkan di zaman Prof. Zulkifli Muhammad pada tahun 60’an. Kehebatan Ulamak terpancar apabila sentiasa memandang sesuatu perkara berdasarkan kepada peruntukan Al-Quran dan Sunnah.
Cadangan YB Dr. Mujahid Yusoff Rawa dalam retreat tersebut seolah-olah diterima sebulat suara oleh majoriti kepimpinan PAS (mengikut laporan Siyasah). Semua ini adalah bukti bahawa Orang bukan Islam tidak lagi takut dengan dasar perjuangan PAS iaitu Islam.
Dalam keterbukaan ini juga, PAS juga dilihat tidak mengesampingkan arahan Al-Quran apabila timbul isu muzakarah bersama dengan UMNO. Walaupun isu dikatakan punca terjejas sedikit sokongan bukan Islam (menurut Dr. Mujahid) tetapi PAS tetap komited melaksanakan keputusan Syura yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Biarkan terdapat segelintir yang seolah-olah kurang bersetuju dengan pelbagai alasan khususnya melibatkan undi. Tetapi PAS terus melaksanakan agenda dakwah demi untuk melaksanakan dasar perjuangan parti.
Walaupun berkemungkinan agenda tersebut mengurangkan sokongan golongan bukan Islam kepada PAS. Bagi PAS keredhaan Allah melebihi daripada keredhaan daripada pengundi. Perjuangan PAS ialah untuk mencapai kemenangan yang kekal abadi di Syurga Allah SWT.
Alhamdulillah, penulis melihat seolah-olah orang bukan Islam dapat menerima pendekatan muzakarah yang dilakukan oleh Pimpinan PAS. Kritikan berlaku hanya dari kalangan segelintir pimpinan PAS yang seakan-akan masih tidak menerima keputusan majlis syura ini.
Sampai hari ini, penulis tidak pernah terdengar rungutan daripada wakil kelab penyokong PAS terhadap muzakarah atau muqabalah yang dipersetujui oleh majlis syura itu.
Dalam mencari sokongan bukan Islam, PAS jangan terlampau gopoh sehingga ahli sendiri terabai. Pasca kemenangan ini banyak memperlihatkan seolah-olah pimpinan PAS negeri lebih mengutamakan golongan bukan Islam melebihi ahli PAS sendiri. Kadang kala ini akan menimbulkan perasaan kecil hati yang memungkinkan ahli yang komited ini mula lari sedikit demi sedikit dari perjuangan parti.
Mungkin kini sudah sampai masanya PAS untuk menerima keahlian bukan Islam sebagai salah satu jentera parti dalam bergerak. Golongan bukan Islam tertarik dengan PAS kerana perjuangan PAS yang komited dan berprinsip. PAS tidak akan dipandang jikalau mula lari dari prinsip semata-mata ingin mengejar undi dan kuasa.
Harapan agar semua ahli sentiasa memberi wala’ yang sepenuhnya kepada keputusan Pimpinan PAS agar kestabilan parti dapat dipertahankan PAS ialah parti Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah. Siyasah bergerak berdasarkan tuntutan dakwah dan tarbiyyah. Ini kefahaman yang perlu ada pada setiap pemimpin dan ahli PAS.
Pimpinan jangan menunjukkan ketidaksetujuan terhadap setiap keputusan parti secara terbuka. Bahkan setiap keputusan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Ahli pula jangan terlampau suka menkritik pimpinan sebelum mendengar penjelasan. Semuanya mesti bergerak atas landasan ukhuwwah Islamiyyah.
Saidina Umar Al-Khattab tidak pernah mendabik dada terhadap cadangan beliau tentang tawanan Badar yang telah diakui oleh Allah melebihi cadangan Saidina Abu Bakar yang telah pun dipersetujui oleh Rasulullah SAW. Bahkan Saidina Umar bersama-sama menangis dengan Saidina Abu Bakar dan Rasulullah terhadap teguran Allah SWT.
Inilah sifat yang perlu ditanam oleh pimpinan PAS dan kita semua.

www.attakiri.blogspot.com

Kenyataan Media Kelab Penyokong Kedah... HAL BOLA HIJAU KUNING


"Pendirian Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah Darul Aman - HijauKuning.com (HKC) Berhubung Status Dato' Othman Aziz Selaku Pengurus Pasukan Liga Super Kedah
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, kami Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah (HKC) di pihak yang mewakili ribuan penyokong pasukan bola sepak Liga Super Kedah yang berada di seluruh Malaysia ingin menyatakan pendirian bahawa kami sama sekali tidak menyokong tindakan Dato' Othman Aziz menarik balik peletakan jawatannya dan kekal sebagai pengurus pasukan Liga Super Kedah bagi saingan musim 2009. Hal ini kerana:
1. Dato' Othman Aziz seharusnya direhatkan daripada tugasnya selaku pengurus pasukan kerana masih di dalam siasatan pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebanyak RM280,000 ke atasnya. Keputusan untuk menarik balik peletakkan jawatan dan meneruskan semula khidmatnya boleh dilakukan selepas siasatan tersebut selesai serta terbukti beliau tidak disabitkan dengan sebarang pertuduhan atau kesalahan.
2. Dato' Othman perlu terlebih dahulu membersihkan namanya daripada sebarang tuduhan penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana KFA.
3. Semasa mengumumkan peletakan jawatannya, Dato' Othman telah menyatakan pendirian bahawa beliau agak tertekan untuk menjadi seorang pengurus yang baik serta yang boleh diharapkan oleh pemain dan peminat kerana beliau tidak lagi mampu untuk bekerjasama dengan kepimpinan KFA yang baru. Dalam hal ini, dengan keputusannya untuk kekal selaku pengurus Kedah menjadi satu persoalan kepada kami adakah beliau mampu dan ikhlas dalam menjalankan tugas sebagai pengurus pasukan Kedah 2009?
4. Surat kenyataan yang dikeluarkan media pada 14 November 2008 yang meminta supaya Dato' Othman Aziz menarik balik peletakan jawatannya tidak diambil melalui keputusan mesyuarat majlis KFA, tetapi hanya melalui satu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden KFA kepada media dan tidak bertandatangan (laporan Buletin Sukan TV3).Persoalannya, apakah seorang Timbalan Presiden lebih berkuasa dari Presiden? Sedangkan Presiden KFA sendiri tidak pernah mempengerusikan sebarang mesyuarat atau memberikan reaksi untuk menerima kembali Dato' Othman sebagai pengurus pasukan Kedah setelah beliau menghantar surat peletakkan jawatannya kepada Setiausaha Kehormat KFA bertarikh 10 November 2008.
5. Seandainya Dato' Othman mempunyai niat murni serta perjuangan yang ikhlas untuk menguruskan pasukan Kedah dengan baik sehingga tahun 2009, mengapa beliau langsung tidak mengambil berat tentang pemilihan pemain baru Kedah serta sesi latihan mereka bagi musim baru akan datang?Di manakah Dato' Othman berada semasa majlis menandatangani kontrak pemain baru yang telah berlangsung pada 5 November 2008 yang lalu? Sedangkan jika ingin menjadi seorang pengurus yang baik, beliau seharusnya mengambil berat serta komited terhadap segala perkembangan pasukan dan pemain tanpa mengira sebarang kemelut yang sedang melanda ke atas dirinya.
6. Banyak pihak di dalam kepimpinan KFA serta kem pasukan Kedah sendiri yang kurang berpuas hati dengan corak pengurusan serta tindak-tanduk yang telah diambil oleh Dato' Othman selama ini terutama keputusannya yang sering membelakangi barisan kejurulatihan Kedah.
7. Melalui kenyataan ini juga pihak HKC ingin mempersoalkan beberapa tindakan yang telah diambil oleh Dato' Othman sepanjang menjadi pengurus pasukan Kedah:
i) Kes yang melibatkan perpindahan Mohd Bunyamin Umar ke pasukan UPB-MyTeam FC.
ii) Kes Zairol Fitree Ishak diarahkan kembali ke pangkuan pasukan Kelantan sebelum pilihan raya umum Mac lalu sedangkan kontrak Zairol Fitree untuk bersama pasukan Kedah selama dua tahun telahpun termeterai.
iii) Bagi kes i dan ii di atas, ini telah melihatkan betapa Dato' Othman tidak mempunyai semangat kenegerian kerana sanggup membiarkan dua orang pemain muda selain masih mempunyai kontrak bersama Kedah kepada pasukan kelab/negeri lain tanpa sebarang pampasan atau yuran perpindahan. Sebagai seorang pengurus yang hebat, sayangkan peminat serta bola sepak Kedah, Dato' Othman seharusnya mempertahankan pemain-pemainnya daripada berpindah ke pasukan lain demi masa depan dan kecemerlangan pasukan Kedah.Atau, adakah Dato' Othman Aziz mempunyai agenda peribadi lain kerana ianya berlaku ketika pilihan raya umum ke-12 sedang hangat diperkatakan.
iv) Membenarkan Baddrol Bakhtiar berlepas ke Chelsea tanpa membuat sebarang perbincangan bersama ketua jurulatih pasukan, Mohd Azraai Khor Abdullah terlebih dahulu serta tidak memaklumkan kepadanya di saat Kedah cukup genting dari segi jumlah pemain yang ada untuk mengharungi perlawanan-perlawanan Liga Super 2007/08.
v) Komitmen terhadap pasukan yang agak meragukan kerana jarang sekali dapat melihat kelibat Dato' Othman di tengah padang untuk bersama-sama dengan pemain dan jurulatih semasa sesi latihan pasukan Kedah kecuali apabila pihak wartawan dan media massa datang ke Stadium Darulaman untuk membuat liputan berkaitan perkembangan terkini pasukan Hijau Kuning.
Adalah difahamkan bahawa, sekiranya Dato' Othman Aziz masih mahu meneruskan niat untuk menjadi pengurus pasukan Liga Super Kedah, satu 'malapetaka' besar bakal melanda skuad Hijau Kuning dan kesannya cukup mendalam terhadap bola sepak di negeri Kedah yang selama ini menjadi 'hiburan' utama rakyat tempatan serta Peminat No.1 Hijau Kuning – KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sendiri.
Kami juga ingin memohon kerjasama daripada Dato' Othman sendiri supaya tampil ke hadapan bagi megadakan satu dialog ataupun sesi soal-jawab serta bersemuka bersama penyokong-penyokong pasukan Kedah Darul Aman terutamanya HKC. 'Berani kerana benar, takut kerana salah'.
Turut dilampirkan bersama-sama kenyataan media ini ialah keputusan tinjauan yang telah dijalankan melalui undian di dalam Laman Forum Rasmi Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah Darul Aman, HKC (http://www.hijaukuning.com/forum/index.php?showtopic=769) 'Perlukah Pengurus Kedah Dikekalkan?'.
Dan kesimpulan daripada tinjauan dan undian yang telah dibuat ini, majoriti peminat dan penyokong bola sepak di negeri Kedah Darul Aman "tidak bersetuju Dato' Othman bin Aziz untuk terus kekal sebagai pengurus pasukan bola sepak Liga Super Kedah".
"Sokongan Kami Bukan Sekadar Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman"
(ROMZIE HASSAN HUSIN)
Timbalan PresidenKelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah Darul AmanHijauKuning.com
Alor Star, 20 November 2008
*Kenyataan media ini akan dijadikan sebagai satu 'Memorandum Peminat' yang akan dipanjangkan kepada Presiden KFA dan KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman"

JASA UMNO KEPADA MELAYU..... 90% Orang Melayu Pulau Pinang MISKIN TEGAR Selama 51 tahun UMNO Memerintah


Oleh mohdnoorawang
"LIMAPuLUH SATU TAHUN umno atau bn memerintah Pulau Pinang. Perdana menteri Datuk Abdullah Badawi dari Pulau Pinang dan puluhan rancangan dan ratusan seminar malah puluhan juta wang yang dIkatakan untuk membangun bangsa melayu Pulau Pinang HANCUR DAN BERKECAI.
Dimana pemimpin umno Pulau Pinang yang dikatakan WIRA dan PAHLAWAN MELAYU yang sangat perihatin kepada bangsa Melayu?.
Wahai pemimpin UMNO dan BN Pulau Pinang MENGAPA DALAM MASA 51 TAHUN BERKUASA tidak dapat memjaga dan membina bangsa Melayu. Atau umno ketika itu terlalau sibuk mengumpul harta? terlupa pada bangsa Melayu.
LIMA PULUH SATU umno terabai umat melayu Pulau Pinang. Atau UMNO sengaja membiarkan umat Melayu Pulau Pinang berada dalam kemiskisnan yang dirancang untuk menjadi "umpang pilihanraya?"LIMA PULUH SATU TAHUN umno menjadikan melayu Pulau Pinang kecewa dan tertindas oleh umno dan bn sendiri. LIMA PULUH SATU TAHUN Melayu Pulau Pinang menjadi pelarian dalam negeri sendiri. Dimana janji umno dan bn yang perihatin kepada masalah rakyat? Terlalu banyak kelemahan dan seribu janji umno untuk membela bangsa Melayu Pulau Pinang tinggal janji dan rancangan dikertas atau dilayar tv sahaja.
UMNO pulau Pinanag dan BN menipu bangsa Melayu secara terang dan dirancang cukup halus oleh pemimpin BN dan UMNO yamg bagaikan lembu di padang.
Dengan ini kami ucap syabas pada ketua menteri Pulau Pinang Sdr.Lim Guan Eng secara terang dan jelas mahu mencari dan merancang agar 90% melayu yang miskin tegar keluar dari arus kemiskinan yang dirancang oleh BN semasa memerintah dulu.
Hanya kami pinta pada umat Melayu Pulau Pinang jangan terburu-buru dan mengharap rancangan untuk membina bangsa melayu keluar dari kepompong kemiskinanan dapat dijelmakan dalam waktu yang singkat.
Sekali lagi kami ucap syabas kepada Lim Guan Eng yang menerajui negeri dibawah pakatan rakyat secara (CAT). competency, accountability, transprency. "

EPF 8%.... Kerajaan Lagi Untung dan Kaya Raya.... KESIAN SEKALI ANDA MAKIN MISKIN


Assume monthly basic salary is RM4000.
- If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77. -
If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680, income tax payable = RM109.
Conclusion :
If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer.
Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market.
Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay.
Obviously this measure does not help the market at all. Do we still want this kind of government that doesn't have the best interest of the people in mind? "

Tol Turun 10%.... BERGUNA KE UNTUK RAKYAT ?????


Oleh kerirooney
"Beberapa hari yang lepas,rakyat Malaysia sekali lagi digemparkan dengan langkah baik kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat. Saya suka menggunakan perkataan gempar kerana rakyat sekarang sudah tidak mampu lagi menerima keprihatinan kerajaan kepada rakyatnya dan perkataan gempar rasanya amat sesuai digunakan bila kerajaan berbuat sesuatu kepada rakyat. Dalam erti kata lain..BERJASA kepada RAKYAT!
Selepas kerajaan pimpinan PAKLAH HADHARI begitu prihatin dengan nasib rakyat apabila menurunkan harga barangan dan petrol, kini kerajaan bertambah prihatin dengan menurunkan kadar tol sebanyak 10% di lebuhraya utama negara iaitu PLUS dan Elite...baik sungguh kerajaan Malaysia,bangga rasanya menjadi rakyat Malaysia. Tetapi apa rasional penurunan itu jika hanya berlaku selepas jam 12 tghmalam hingga 7pagi.
Bukan tak bersyukur dengan sikap kerajaan tapi macam tak mengurangkan langsung beban rakyat bila masa tersebut diambil kira. Cuba kita renung sejenak,ramai ke manusia yang ada kat atas jalanraya selepas jam 12tgh malam??? Rasanya boleh dibilang dengan jari kaki je sebab memang tak ramai manusia pada waktu berkenaan kecuali 'kutu-kutu malam' yang hanya tidur selepas waktu subuh.
Satu hal lagi,tergelak besar rasanya bila Buletin Utama(TV3) menyiarkan tentang langkah baik kerajaan menurunkan kadar tol berkenaan beberapa hari yang lalu. Pada awal laporan,pembaca berita memberitahu kononnya jumlah kenderaan di lebuhraya utama tersebut sangat banyak pada satu-satu masa malahan melebihi 80,000(betulkan kalau saya salah). Kerajaan yang prihatin sanggup menurunkan kadar tol tersebut untuk mengurangkan beban rakyat. Selepas itu,barulah diberitahu yang pengurangan berkenaan hanya berlaku selepas jam 12tgh malam hingga 7 pagi.
Maka punah sudah harapan rakyat yang pada awalnya menyangka yang pengurangan itu bermula dari awal pagi hingga tgh malam ataupun untuk satu hari terus!!!Selepas tu,tinjauan dibuat oleh pihak TV3 dan rata-rata berkata yang tidak ada makna jika penurunan itu berlaku selepas jam 12tgh malam. Ada yang lebih parah mengatakan bahawa jika hal itu berlaku,maka akan ramailah yang akan keluar pada waktu malam utk menikmati penurunan itu. Tak hairanlah nanti jika rakyat Malaysia bersesak-sesak utk balik raya pada waktu malam iaitu selepas jam 12tgh malam.
Memetik kenyataan Ketua Muslimat Selangor dalam harakahdaily, Wan Hasrina Wan Hassan menegaskan memang tidak rasional cadangan kerajaan dengan memberi tempoh tertentu kerana di waktu malam kurang pengguna lebuh raya. Menurut beliau, jika kerajaan prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat dengan keadaan ekonomi merundum sepatutnya penurunan itu tidak ada had masa. Beliau berkata, kerajaan BN memang tidak ikhlas hanya sekadar mahu mengambil hati kerana orang-orang tertentu sahaja yang boleh merasai nikmat pemotongan tol. Wan Hasrina yang juga Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat berharap kerajaan dapat mengkaji semula cadangan tersebut jika benar-benar prihatin dengan rakyat.
Oleh yang demikian,kerajaan sepatutnya lebih peka dalam situasi ini dan berharap agar ada perubahan yang lebih rasional ke arah mengurangkan lagi beban rakyat!!!-
www.seepot.blogspot.com- "

Rakyat Subsidi Kerajaan RM 0.38 Sen... Harga Minyak Pasaran Dunia Sepatutnya RM 1.62/ Liter


Kerajaan disifatkan seperti 'Along' yang memungut hutang apabila hanya menurunkan harga minyak pada kadar RM2 walaupun harga pasaran di pam ialah RM1.62 sen.
Menurut Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kerajaan berbuat demikian hanya untuk mengutip kembali rebat tunai minyak yang pernah diberikan ketika harga minyak melambung beberapa bulan lalu.
"Kini kerajaan umpama Along, turunkan harga minyak jadi RM2, sedangkan Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui harga sepatutnya di pam ialah RM1.62 sen tanpa subsidi kerajaan," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Menurut Mahfuz, dengan harga minyak RM2 juga, rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan sejumlah 38 sen seliter, dan inilah cara kerajaan mengutip kembali rebet yang pernah diberikan.
Tidak dinafikan kerajaan masih terus memberikan rebet tersebut hari ini apabila rakyat memperbaharui cukai jalan, namun sedikit demi sedikit kerajaan mengutipnya dengan cara cukai 38 sen seliter, dakwa Mahfuz.
Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifly Ahmad bersetuju dengan fakta bahawa rakyat membayar harga minyak pada kadar RM2 seliter ini dengan turut membayar cukai kepada kerajaan.
Beliau berkata demikian ketika mencelah dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Parlimen padi tadi.
Mengulas lanjut perkara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat itu, Dr Dzulkifly menyatakan, penyelididkan yang dibuat PAS mendapati rakyat sebenarnya tidak lagi perlu dibayar oleh kerajaan untuk menanggung harga minyak.
"Satu tong minyak mentah yang ada 159 liter tergantung kepada convertion ratio nya menunjukkan samada kita guna minyak mentah pada harga USD 60 atau USD 70 satu tong,
"Kedua-dua nya menunjukan harga pada pam (stesen minyak), kalau diambil kira USD 60 setong harga di pam ialah RM1.32 sen seliter, kalau harga ambil USD 70 setong maknanya RM1.64 sen seliter," katanya.
Kini harga minyak berada pada sekitar USD 60 hingga USD 70 setong, justeru kata Dr Dzulkifly menyatakan kerajaan tidak lagi beri subsidi kepada rakyat.
Sebaliknya pada harga minyak di pam seliter RM2.00 yang diumumkan kerajaan hari ini makanya rakyat lah yang membayar cukai kepada kerajaan, katanya.
Dalam jawapannya, Menteri KPDNHEP, Dato' Shahrir Samad mengakui hakikat yang dinyatakan Dr Dzulkifly bahawa harga minyak pada harga pam hari ini menyebabkan rakyat membayar cukai.
Ujar Shahrir, apapun yang dilakukan dalam perkiraana ia harus dimasukkan margin, seperti mana sebenarnya pada 17 November bila kita buat perkiraan harga purata mengikut USD 63.1 dan harga tanpa subsidi dalam RM1.62,"Saya dah maklumkan, dan sebenarnya juga pada Oktober dua minggu pertama harga pada peringkat USD85.48 dan dua minggu akhir Oktober ialah pada 76.45 USD.
"Kalau kita lihat Oktober sahaja harga tanpa subsidi RM2.26 sen, ini bermakna harga komersil,. dan ketika itu dalam Oktober kita turunkan pada RM 2.15 sen," jelas Shahrir.Menurut Shahrir pada September harga tanpa subdsidi ialah pada RM2.77 sen tetapi harga di pam 2.45 sen sementara pada Ogos RM 2.85 sen namun kerajaan turunkan kepada RM2.55 sen.
Ujar Shahrir lagi, bagi bulan Ogos, September dan Oktober harga yang di pam ialah lebih rendah daripada harga komersil.Dalam keadaan itu kerajaan memberikan subsidi yang dijanjikan di bawah skim penstrukturan semula subsidi, katanya.
Tetapi pada bulan Oktober harga minyak turun dengan cepat, subsidi yang ditawar kerajaan untuk petrol sahaja telah kurang daripada RM344 juta Spetember kepada RM15 juta.
Dalam kes penurunan pada bulan November hari ini harga pada RM2 bukanlah subsidi yang dibayar rakyat kepada kerajaan sebaliknya ialah cukai sedutan - harakahdaily.net

Wednesday, November 19, 2008

Post Paling Best Hari Ni... CERITA PASAL AWEK


Post ni aku cilok dari blog Anak Cucu Nabi Adam hasil kreativiti (creativity) blogger tinta hijau. santai la pulak beb...*gambar sekadar hiasan
Pusat Membeli belah
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..
1. Awek cun + balak hensem
Ini couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
2. Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.
3. Awek tak cun + balak hensem
Lu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi , ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..
4. Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple talak sapa pedulik punya..no komen..
5. Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan .. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)
6. Awek cun berpakaian seksi
Akan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.
7. Awek tak cun berpakaian seksi
Hoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo..

Majlis Fatwa Perlu Bebas... FATWA MENGENAI ISA, RASUAH HARUS DISEGERAKAN

Majlis Fatwa Kebangsaan dicabar gubal fatwa mengenai Rasuah, ISA dan banyak isu besar lagi untuk terus dilihat relevan dalam masyarakat.
Islam perlu dilihat berani !! Islam perlu dilihat lengkap sebagai panduan dalam mengendali negara.
Islam tidak seharusnya dilihat hanya mampu buat keputusan dalam isu ranting atau nikah, kahwin, cerai dan mati sahaja.
Jika Majlis Fatwa tidak berubah mereka penyumbang kepada terciptanya persepsi buruk terhadap Islam.
Fatwa pengharaman meletakan kalungan bunga di tugu negara juga sehingga kini masih tidak mampu mengubah ritual penyembahan yang diketuai oleh Presiden Umno saban tahun ketika hari Pahlawan

Bajet Kedah Bajet Mesra Rakyat...... Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Berjaya Tingkatkan Pendapatan, Kurangkan Defisit


Kenyataan Akhbar oleh YB Senator Ir. Zamri Bin Hj. Yusuf.
Pengerusi Perhubungan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah,
(18hb. November, 2007).
Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas Bajet 2009 yang dibentangkan pada hari ini, berdasarkan Anggaran Hasil 2009 bernilai RM487,478,010 berbanding Peruntukan bernilai RM505,007,757 adalah satu peningkatan positif dari segi pengurangan defisit.
Baget 2009 juga menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pembangunan dengan memperuntukan 74% dari peruntukan pembangunan kepada sektor Infrastruktur.
Ketelusan Kerajaan Negeri dalam membuka tender untuk usaha pembalakan, kelihatan memberi hasil yang memberangsangkan, iaitu berjaya menaikkan hasil balak dari sekitar RM13.5 juta pada 2007, kepada RM16.5 juta untuk tahun 2008, dan seterusnya RM35 juta bagi tahun 2009.
Begitu juga dengan pengurusan yang efisyen dalam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri menunjukkan perolehan yang sangat membanggakan daripada tiada perolehan pada 2005-2007 kepada perolehan RM5 juta untuk 2008. Anggaran perolehan bagi 2009 disasarkan kepada RM35 juta.
Bekalan air ke kampung-kampung juga kelihatan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri, begiru juga kerja-kerja menaikkan taraf loji, yang saya jangkakan dengan pendekatan pentadbiran yang efisyen, kemudahan bekalan air ini akan sdapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Negeri Kedah.
Secara keseluruhan, saya melihat komitmen Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, mengutamakan program pembangunan untuk masyarakat ramai, khususnya infrastruktur dan bekalan air luar bandar, untuk menaikkan taraf hidup penduduk yang selama ini agak ketinggalan.
Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang efisyen dan telus juga akan menjadikan bajet yang terhad ini boleh dimanfaatkan oleh ramai rakyat Negeri Kedah.

YB Senator Ir. Zamri Bin Hj. Yusuf.

Pengerusi Perhubungan Negeri,

Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah,

Kedah Darul Aman.

" MLM Sesat " Serang Mahasiswa IPTA



KAJANG - Selain tokoh korporat, golongan politik, artis, rupa-rupanya keahlian ‘Ajaran MLM’ turut menular di kalangan siswazah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.
Sekali pandang, penglibatan siswazah IPTA seakan-akan memperluaskan rantaian perniagaan jualan langsung (MLM), tetapi ada ‘udang di sebalik batu’.
Jika artis dijadikan daya penarik meyakinkan penyertaan orang awam menganut ajaran sesat itu, pembabitan siswazah IPTA pula sebagai formula menarik lebih ramai generasi muda di negara ini selain sebagai pelapis ajaran itu.
Bekas pengikut yang dikenali sebagai Dian Milyan, 20-an, ketika ditemui semalam mendakwa, sejak penglibatannya kira-kira beberapa tahun lalu, dianggarkan ribuan siswazah IPTA sepertinya terjebak.
Katanya, masing-masing terdiri mereka yang masih tercari-cari arah hidup dan yang ‘kehausan’ dalam bidang agama.
Selain pelajar IPTA, kata Dian, dakyah itu juga melibatkan pegawai- pegawai yang menjawat jawatan tinggi dan pegawai di IPTA dan ia memudahkan operasi berkembang di institusi pengajian tinggi.
“Malah sudah ada pegawai yang sudah dilantik ke jawatan besar. Ia bukan rekaan, ia kebenaran… ia berbeza dengan method (kaedah) dakwah yang diikuti Norah yang bertiga semasa dalam kelas tilawah, kami dalam satu kelas mempunyai kira- kira 40 ahli.
“Jadi, bila berkenalan antara satu sama lain, rupa-rupanya ramai yang masih menuntut di IPTA,” katanya sambil menambah ahli yang tertua mencapai umur 50-an dibenarkan membawa anak untuk mengikuti pengajaran yang diadakan dua kali seminggu itu.
Ditanya modus operandi pertubuhan ini berjaya ‘menakluk’ pelajar IPTA, kata Dian: “Mereka bukan berdakwah secara terbuka, tetapi ahli lama (kebanyakan pelajar yang mempunyai pertalian saudara dengan pengikut) akan membisikkan kebesaran ajaran itu kepada rakan baik mereka, kemudian diseru mencari rangkaian yang lain.”
Bagi diri Dian pula, dia didakwa ‘diperangkap’ oleh rakan baiknya sendiri.
“Ketika itu, pegangan iman saya begitu longgar ditambah dengan kekusutan memikirkan soal keluarga dan pelajaran, tiba-tiba datang rakan menceritakan kehebatan ajaran itu yang menjanjikan saya menemui ‘bahagia’.
“Saya dibenar pilih nama kesukaan saya kerana kata ‘ketua pentilawah’, saya diberi autoriti berbuat demikian kerana semasa saya kecil saya tak berupaya meminta, dan dengan nama baru ia dianggap sebagai ‘kelahiran semula,” katanya.
Mengenai caj keahlian, Dian berkata, untuk kumpulan pelajar, bayaran yang dikenakan lebih murah iaitu RM300 sebagai yuran pendahuluan, ‘infaq’ bulanan hanya RM150 dan pelaksanaan ‘hijrah’ sekitar RM3,000 saja.-kosmo

Mahathir Sindir, Kutuk Pak Lah dan Najib


1. Selesailah sudah mesyuarat bahagian-bahagian UMNO untuk memilih kepimpinan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian serta pencalonan bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti.
2. Sistem kuota masih berkuat-kuasa dan pemerhati mengikuti jumlah pencalonan yang diperolehi oleh calon-calon tertentu dalam media samada mereka memenuhi kuota atau tidak.
3. Tetapi berita utama bukanlah berkenaan dengan layak atau tidak layak calon-calon. Berita utama ialah berkenaan dengan kegunaan wang sogokan oleh calon-calon tertentu. Di zaman keterbukaan yang dijunjung oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sogokan wang juga dibuat secara semakin terbuka.
4. Agen-agen calon secara terbuka memberi wang sogokan kepada jawatankuasa bahagian dan wakil ke mesyuarat bahagian. Agen-agen ini tidak segan-segan menyebut nama calon yang membekal wang. Mereka menunggu semasa mengundi untuk mengetahui siapa undi siapa.
5. Satu fenomena yang aneh ialah pencalonan bagi calon tertentu meningkat dengan mendadak pada minggu pertama dan ke-dua. Ternampak seolah-olah mereka ini akan menang tanpa bertanding.
6. Tetapi selepas dua minggu pencalonan bagi calon-calon yang nampak popular ini mula merosot. Masuk minggu ke-empat pencalonan mereka tidak bertambah lagi atau hanya sedikit sahaja.
7. Sebaliknya dari jauh di belakang, calon-calon yang mendapat amat sedikit pencalonan pada minggu-minggu awal tiba-tiba mendapat begitu banyak pencalonan. Demikianlah pencalonan yang mereka dapati sehingga mereka melepasi kuota dan layak bertanding.
8. Apakah yang menyebabkan fenomena ini berlaku? Kata orang (saya tak ada bukti) kata orang sahaja, wang yang amat banyak ditaburkan oleh mereka yang mulanya ketinggalan.
9. Kita juga dengar ada perwakilan yang apabila diminta supaya menyokong calon tertentu telah hantar melalui SMS (system pesanan ringkas) namanya dan nombor akaunnya di bank.
10. Yang lain pula berkata tak apalah. Kami terima sogokan dan kami calon mereka tetapi undi semasa pemilihan dalam Mesyuarat Agong belum tentu.
11. Tengku Ahmad Rithaudeen, pengerusi Lembaga Disiplin telah melaporkan yang lembaga telah terima 900 laporan rasuah dalam pencalonan untuk Majlis Tertinggi dan jawatankuasa bahagian. Ini semasa 2-3 minggu bahagian-bahagian bermesyuarat. Apakah angka ini tidak bertambah?
12. Juga dilaporkan bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapat banyak laporan berkenaan sogokan wang semasa pencalonan.
13. Saya tertanya-tanya apa yang telah jadi kepada laporan-laporan ini. Besar kemungkinan bukti tidak cukup dan siapa pun tidak akan didakwa.
14. Sebenarnya rakyat Malaysia semua tahu yang pencalonan dan pemilihan pemimpin UMNO adalah hasil sogokan wang berjuta-juta Ringgit. Anggapan bahawa jika tidak ada bukti yang boleh diterima mahkamah maka ini bermakna tidak ada sogokan, bahawa pemilihan dan pencalonan dalam UMNO adalah bersih seperti kain putih, sukar diterima oleh orang ramai. Mereka bukan bodoh seperti yang dianggap sesetengah Menteri UMNO. Mereka tahu sogokan wang memang berlaku.
15. Sesungguhnya kesan daripada tingkah laku calon-calon untuk jawatan dalam UMNO dan juga ahli-ahli UMNO yang tamak dan begitu bersedia untuk disogok sudah menjadikan UMNO sebuah pertubuhan yang dipandang hina dan dibenci oleh rakyat samada Melayu, Cina atau India. Mereka sedang melihat kelakuan buruk dan kotor orang UMNO tanpa memprotes atau menegur. Kononnya orang bukan UMNO terutama pesara UMNO tidak berhak menegur UMNO. Dan mereka pun tidak menegur. Maka akan selamatlah perasuah.
16. Parti lawan juga turut lihat pendedahan keburukan UMNO dan mereka berdiam diri. Lebih buruk kelakuan orang UMNO lebih baik bagi parti lawan. Kemungkinan mereka menang menjadi lebih cerah apabila UMNO menjadi lebih kotor dan dipandang jijik oleh pengundi.
17. Pada 2008 pengundi termasuk ahli dan penyokong setia UMNO telah tolak UMNO hanya kerana pucuk pimpinan UMNO yang tak mampu memimpin, yang tunduk kepada Singapura, yang tak tahu kenang budi, yang utamakan anak menantu lebih daripada rakyat dan bemacam lagi. Kerana orang ini seorang, pengundi telah dengan berat hati, undi parti lawan. Orang ini hanya seorang sahaja tetapi UMNO dan BN yang menjadi mangsa.
18. Kali ini penolakan UMNO dan Barisan Nasional oleh majoriti pengundi akan disebabkan mereka, Melayu, Cina dan India, memandang jijik keseluruhan UMNO itu sendiri. Dengan mengetahui UMNO terdiri dan dipimpin oleh perasuah, dengan anggapan bahawa siapa sahaja yang menjadi calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan terdiri daripada orang yang telah decalonkan kerana rasuah, dipilih oleh pemimpin perasuah dari parti yang secara terbuka mengamal rasuah, apakah pengundi akan rela beri undi mereka kepada calon-calon UMNO? Saya fikir tidak. Mungkin yang dapat nikmat tertentu akan undi BN. Tetapi ramai yang tidak akan undi BN.
19. Dahulu ramai berpendapat jika dapat tempat dalam UMNO banyak peluang dan keuntungan akan diperolehi. Ada yang akan jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan gelaran-gelaran Tan Sri, Dato dan sebagainya. Yang lain akan dapat kontrak, atau jadi pengarah dan mendapat pendapatan lumayan.
20. Kenapa tidak? UMNO tetap menang dan jadi Kerajaan.
21. Tetapi kerana kelakuan buruk ahli dan pemimpin UMNO kali ini besar kemungkinan BN dan UMNO akan kalah. Lihat 2008. Ketua-ketua perhubungan Kedah, Perak dan Selangor dapat jadi calon dan dapat menang pun. Tetapi BN dan UMNO kalah di negeri-negeri ini. Apabila parti kalah yang menang menjadi pemimpin dalam UMNO tidak akan dapat menjadi Mentri Besar, ahli Exco dan sebagainya. Mereka akan bernasib baik jika dapat jadi pembangkang.
22. Ramai daripada mereka tidak pun dapat jadi ahli Yang Berhormat. Mereka akan kalah.
23. Apakah yang akan jadi pada UMNO yang sudah kalah? Mungkinkah ia memberi nikmat kepada ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO? Tentu tidak. Jika tidak hancur, UMNO akan jadi parti yang tidak bermaya, tidak akan dapat pejuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair. Mungkinkah UMNO yang lemah ini dipulih semula. Saya tidak fikir UMNO dan BN juga yang telah dirosakkan oleh pucuk kepimpinan UMNO pada mulanya dan sekarang oleh lain-lain pemimpin dan juga ahli biasa akan dapat dipulihkan oleh mereka yang telah merosakkannya kerana kelakuan buruk mereka.
24. Jika UMNO hendak dipulih semula pemimpin yang telah kotorkannya sehingga kalah perlu diganti dengan yang dianggap bersih oleh masyarakat dan ahli parti yang tidak tercemar dan masih berpegang kepada prinsip perjuangan UMNO.
25. Soalnya siapakah yang layak? Sama-samalah kita fikir. Ingatlah apabila Abdullah umumkan yang dia akan bersara pada tahun 2010, pengumuman ini disambut dengan tepuk sorak. Tidak ada sesiapa yang merayu supaya dia tarik balik pengumumannya. Tidak ada yang menangis. Sebaliknya sejurus selepas pengumuman ini desakan dibuat lagi supaya peralihan kuasa dilakukan lebih awal.
26. Kenapakah UMNO dan rakyat lain hendakkan peralihan kuasa lebih awal? Apakah kerana tidak suka kepada tubuh badan Abdullah atau apakah kerana tidak suka kepada dasar-dasar dan pendekatannya dalam pentadbiran parti dan Negara? Apakah kerana mereka semata-mata mahu pemimpin lain menggantinya?
27. Sesungguhnya sambutan terhadap peralihan kuasa ialah kerana harapan rakyat supaya dasar-dasar, pendekatan dan tingkahlaku Abdullah diganti dengan dasar, pendekatan dan tingkahlaku yang lain, yang berbeza.
28. Jika penggantinya hanya akan teruskan semua dasar dan amalan Abdullah maka sia-sia sahajalah penggantian Abdullah dan peralihan kuasa.
29. Kata Mat Salleh, "You will be back to square one". Dan UMNO akan kalah.
kerabubersuara.blogspot.com

Jalur Gemilang, Bendera Negaraku Malaysia VERSI TERBARU.........

Perhatikan gambar pertama... apa yang tak kena?


Tak dapat kesan?


Perhatikan pulak gambar dekat bawah ni yang dah di zoom sebanyak 400x...
Tak dapat jugak??? selor betul la hangpa ni...
Aku zoom lagi 400x...

Dapat?


Cuba hangpa kira balik berapa bucu bintang dekat Jalur Gemilang di belakang Pak Lah tu...


terima kasih topeng

RPK Dan Penghuni Kem Kamunting Dihalang Solat Jumaat... Kenapa Kerajaan Islam Hadhari Kejam ?????



PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin (gambar) yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat.
"Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya.
"Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.
"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.
Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata.
"Saya tak pernah duduk dalam ISA dan saya tak tahu," katanya.
Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis terhadap pusat tahanan ISA di Kem Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat.
Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain.
Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam dalam blognya.
malaysiakini.com
Mahasiswa Malaysia mengutuk kerajaan Islam Hadhari yang melaranng umat Islam menunaikan kewajipannya...
Sungguhpun Raja Petra mungkin bukan penganut agama Islam yang baik, namun Zahid Hamadi sebagai Menteri JPM yang bertanggungjawab dalam soal agama mestilah menggalakkan umat Islam mengerjakan kewajipannya.. bukannya menyindir Raja petra yang mahu menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim..
apakah Zahid Hamidi berhak menilai amal seorang muslim lain ?????
Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab dalam soal agama, seharusnya Zahid Hamidi membimbing Raja Petra sekiranya dakwaannya benar bahawa Raja Petra telah tersasar jauh dari agama Islam.. Tindakan Zahid Hamidi memperlihatkan kebiadapan seorang menteri dalam soal agama Islam...
Apakah kenyataan Zahid Hamidi juga boleh dikira sebagai menghina agama dan wajar dikenakan ISA ????? tanya diri anda.... anda tahu jawapannya...
dimana kedudukan Islam dalam kerajaan Islam Hadhari

lagu hot@mahasiswa malaysia