"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, March 18, 2009

Zaid Ibrahim, Bekas Menteri merayu kepada YDP Agong jangan lantik Najib Jadi PM


Oleh dewa
"Datuk Zaid Ibrahim membuat gempar dengan merayu kepada Agung agar jangan melantik Najib sebagai PM sebaliknya melantik individu lain dari UMNO agar UMNO tidak lumpuh dek perpecahan dan pergaduhan. Mengapa?
"Malaysian Insider, KUALA LUMPUR, March 18 - Datuk Zaid Ibrahim has made an impassioned plea to the King to not appoint Datuk Seri Najib Razak as prime minister, and instead appoint someone else from Umno "to bring us back from the brink."The former de facto law minister urged the King to used his judgment to appoint as PM someone who is "beyond reproach in his dealings both official and private," in a scathing attack on his former Cabinet and party colleague."A prime minister must have the confidence of the majority of the rakyat…For this to be the case there cannot be anything in the mind of the greater public that, correctly or otherwise, associates him with matters of criminality, wrongful action, improper conduct or abuses of power," he said in a speech to the Rotary Club here today. "Hujah Zaid Ibrahim bolehlah disimpulkan sebagai berikut:
1. Jangan lantik orang yang jelas kaitannya dengan pelbagai kes jenayah berat termasuk kes bunuh, skandal seks dan sebagainya.
2. PM perlulah dilantik dari individu yang mendapat kepercayaan masyarakat. Pak Lah sendiri sewaktu dilantik mempunyai imej "Mr.Nice Guy". Semua PM sebelum ini begitu. Hanya Najib yang mempunyai imej Mr.Altantuya merangkap Mr.C4.
Kritikan Zaid ini menyusuli kritikan keras Tun Mahathir ke atas Najib berikutan tindakan kejam Najib yang menyerang dan melumpuhkan Perak serta menggulingkan Menteri Besar Perak yang sah dengan cara keji. Bak kata Tun Mahathir, kita tak wajar guna monarki untuk menjatuhkan MB dengan cara yang tidak mengikut perlembagaan.
Populariti Najib yang serendah 41% menunjukkan bahawa majoriti (59%) rakyat Malaysia tidak yakin pada Najib. Pakatan Rakyat yang cukup meluat dengan BN pun sanggup bekerjasama dengan BN melalui kerajaan perpaduan dari membiarkan insan penuh ambisi ini dari menjadi PM Malaysia.
Justeru, Zaid merayu kepada Agung agar tidak melantik Najib agar UMNO boleh terus hidup.
Penulis menyedari bahawa dalam PAS, yang paling hampeh ialah pengikut bawahan seperti penulis dan yang paling kemas ialah pemimpin atasan PAS seperti Tok Guru. Dalam UMNO pulak, lagi atas jawatannya, lagi hampeh.. Yang bawahan pun perangai dah macam mun@wir, jadi bayangkan teruknya kepimpinan UMNO..
Dahsyat betul...

Seorang Ahli Parlimen, 3 Adun dari Pahang Disahkan Rasuah. SPRM Perlu Segera Buat Tangkapan - PAHANGDAILY


KUANTAN - Apa sudah jadi dengan politik UMNO di Pahang agaknya. Jika dulu nama popular dari negeri ini yang pernah dikaitkan dengan politik wang dan dikenakan penggantungan oleh Lembaga Displin UMNO iaitu Shahiruddin Moin yang ketika itu merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Beliau dikaitkan dengan politik wang agen kepada bekas Naib Presiden UMNO yang turut digantung iaitu Isa Samad. Selepas kejadian memalukan itu, kita sangkakan gejala politik wang dalam UMNO akan pulih. Ternyata kes tersebut tidak menjadi pengajaran kepada puak-puak UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun kita dikecohkan dengan tindakan Lembaga Displin UMNO menghalang Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bertanding gara-gara dikatakan terlibat dengan politik wang. Namun setelah diamati betul-betul ternyata satu perkhabaran yang lebih memalukan lagi buat UMNO Pahang sebenarnya. Siasatan kami mendapati seramai lima dari dua belas orang pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam adalah dari negeri Pahang. Tambah memilukan ialah seorang digantung tiga tahun, seorang digantung satu tahun dan tiga diberi amaran. Bertambah parah lagi ialah apabila mereka yang terlibat itu ialah seorang bergelar Ahli Parlimen dan tiga lagi bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri dari bahagian yang sama iaitu Paya Besar. Manakala seorang lagi dari UMNO Bahagian Maran.
Nama-nama mereka yang dikenakan tindakan itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran iaitu Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas. Ahli UMNO dan Ahli Parlimen Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (foto) yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Najib Razak (1986-1994) pula digantung keahliannya selama setahun. Manakala tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Sungai Lembing iaitu Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Panching iaitu Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang juga merupakan ADUN Lepar iaitu Mohd Sohaimi Jusoh. Sesungguhnya ini adalah merupakan sejarah paling pahit untuk dikenang buat UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun ada yang diberi amaran dan sebagainya, namun ternyata dan terbukti bahawa mereka sebenarnya memang terlibat dengan rasuah dan tidak layak untuk bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang lagi sebenarnya. Mereka menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dulu. Apakah kita mahu terus bersekongkol dengan pemimpin yang ternyata pengamal rasuah yang ditegah oleh agama Islam
Harapan rakyat semoga Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dapat memantau dan mengambil serius akan perkara ini. Kesemua mereka jelas sekali telah memalukan UMNO Pahang dan dengan itu mereka tidak layak lagi untuk dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Daripada keempat pemimpin terbabit hanya YB Md.Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing) sahaja yang sudah beberapa penggal menjadi Wakil Rakyat. Sementara yang lainnya adalah muka baru yang dicalonkan dalam pilihanraya umum yang lalu. Apapun, kami amat bersimpati dengan Ketua Pemuda UMNO Maran yang telah dikenakan tindakan penggantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Displin UMNO semalam. Ini memberi sedikit kelegaan kepada lawannya yang dikatakan telah menghabiskan wang sebanyak RM130,000 semata-mata untuk berkempen menentang Ketua Pemuda Maran itu sebenarnya

Tuesday, March 17, 2009

BILA ORANG PAKLAH DICANTAS... oleh Nur Aflah


Pencabar terkuat Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam berjaya dihalang daripada bertanding. Saingan kepada Mukhriz pula, Khairy sudah dibusukkan namanya! Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Displin UMNO hari ini ibarat mengudungkan kaki dan tangan Mohd Ali dan Khairy.
Mereka kini ibarat si cacat yang hanya menunggu masa untuk dilemparkan ke tepi jalan. Bila Najib menjadi orang nombor 1 di negara ini, karier politik mereka sudah pasti akan dikuburkan.
Apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan semata. Ianya sudah dirancang dengan rapi untuk memastikan orang Mahathir kembali berkuasa dalam UMNO. Hasil daripada keputusan hari ini, Muhyiddin dan Mukhriz sudah boleh senyum hingga ke telinga. Mereka tidak perlu gunakan wang untuk menang.
Nampaknya, mereka sudah menemui kaedah baru. Tulisan Tun Mahathir diblognya sejak kebelakangan ini jelas cuba mempengaruhi pembacanya agar bencikan tindakan flip dan flop Abdullah Badawi. Kes kenaikan harga tol dijadikan asas untuk mengukuhkan hujah beliau.
Selepas itu, Tun menulis tentang peri pentingnya Najib memilih orang yang bersih sahaja untuk membantu Najib.
Dan kini, rakyat sudah tahu. Mereka yang ‘bersih’ pada pandangan Tun adalah mereka yang berada dalam kem Tun/Najib dan mereka yang ‘kotor’ adalah mereka yang berada dalam kem Abdullah Badawi.
Persoalannya kini, benarkah Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Mukhriz, Rafidah yang berada dalam kem Tun benar-benar bersih daripada segala amalan salahlaku atau politik wang?
Drama politik UMNO yang berlaku hari ini tidak akan tamat di sini sahaja. Kem Abdullah Badawi pasti akan bertindakbalas.
Saya tidak terperanjat jika Abdullah Badawi memilih untuk mengadakan pilihanraya umum daripada membiarkan Tun Mahathir terus berkuasa di bumi Malaysia melalui Najib dan sekutunya.
Jika itu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang kian berpanjangan, tiada salahnya jika Abdullah Badawi bertindak menggagalkan peralihan kuasa minggu hadapan dengan membiarkan rakyat jelata menyelesaikan kemelut ini melalui peti undi. Mungkinkah Abdullah Badawi punya idea lain?
Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.
dipetik dari : http://nuraflah.blogspot.com/

lagu hot@mahasiswa malaysia