Selamat hari raya aidiladha.. Mahasiswa Malaysia akan bercuti selama beberapa hari..
Thursday, December 4, 2008
SELAMAT HARI RAYA
Lim Guan Eng Percaya Al Quran Sumber Perundangan Terbaik... UMNO TAK MALU KE ?????
"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.
Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.
Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan. "Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya. Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.
Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu. Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz. Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'. "Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau
Ketua Polis Negara Menipu Menteri Miskin Pengetahuan..... FAKTANYA KADAR JENAYAH KITA JAUH LEBIH TINGGI Berbanding HONG KONG dan JEPUN
Lim Kit Siang menyifatkan menteri-menteri kabinet dan anggota-anggota Majlis Ekonomi Negara (MEN) mengalami kekurangan dan kemiskinan intelek apabila "mereka begitu mudah diperdayakan dengan statistik dan data meragukan" yang dibentangkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan. Berdasarkan apa yang dibentangkan Musa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kadar jenayah di negara ini adalah lebih rendah berbanding Jepun dan Hong Kong tetapi tinggi sedikit berbanding Singapura jika dikira berdasarkan kadar per kapita. Statistik yang diberikan oleh KPN untuk menunjukkan Malaysia lebih selamat dari Jepun dan Hong Kong adalah "paling menipu dan tidak dapat diterima", kata penasihat DAP itu, kerana definisi yang berbeza digunakan. Sebagai contoh, kata Lim, kes pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk adalah 1.09 kes di Jepun, 0.26 kes di Hong Kong sedangkan di Malaysia 2.12 kes. Bagi kes rogol bagi setiap 100,000 penduduk pula adalah 1.62 di Jepun, 1.54 di Hong Kong manakala di Malaysia pula setinggi 11.47. Lebih buruk lagi kes rompakan bagi setiap 100,000 penduduk di mana hanya 4.78 kes di Jepun, 17.56 di Hong Kong dan setinggi 90.49 di Malaysia. Dengan statistik yang memeranjatkan mengenai jenayah ganas di Malaysia berbanding Jepun dan Hong Kong itu, Lim mempersoalkan bagaimanakah KPN "begitu tidak bertanggungjawab menipu kabinet dan MEN supaya mempercayai Malaysia lebih selamat dari Jepun dan Hong Kong". -PENARIKBECA-
Petisyen PPKIM Membantah Sains dan Matematik Dalam Bahasa Ingggeris
To: Kementerian Pelajaran Malaysia
PETISYEN MEMBANTAH PPSMI
Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
PPSMI : Kembalikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Kami warga Malaysia, yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, amat bimbang terhadap penghakisan kepada peranan Bahasa Melayu, terutama sebagai bahasa imu dan pendidikan, yang terus berlaku di Malaysia.
Pada tahun 2003 lalu, kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meminda dasar pendidikan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di seluruh Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Situasi ini sebenarnya menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin tergugat dan meniti saat-saat untuk lenyap dari tanah air kita sendiri.
Menurut Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996, kedaulatan bahasa melayu harus dipertahankan sebagai bahasa teras dalam sistem pendidikan negara. Dasar tersebut dengan jelas menyatakan bahawa �dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama�.
Hakikatnya, jika dasar Pendidikan Kebangsaan ini tidak dipelihara, ia akan membebankan guru dan pelajar luar bandar untuk menggunakpakai Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.Dalam pada itu, pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matemaik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat tergesa-gesa ini amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang.
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara. Sementara itu, Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah memberi definisi jelas kepada maksud sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan. Menurut Seksyen 2, Sekolah Kebangsaan ditafsirkan sebagai sekolah Rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan� (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan pula ditakrifkan sebagai sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan - (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.Seksyen 17(1) Akta Pendidikan juga menyatakan �Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini�
Adalah amat mengecewakan apabila pemimpin melayu kini sudah tidak memiliki sensitiviti untuk mempertahankan nasib bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama tidak menghormati peruntukan undang-undang tertinggi negara yang menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Dasar yang menjamin kedudukan bahasa Melayu yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu juga sudah dianggap tidak relevan dan tidak dinali sebaik-baiknya.Untuk memastikan agar kedudukan bahasa Melayu terjamin dalam negara ini dan tidak terus digugat, malah diangkat dan dimartabatkan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia :
1) Mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik di semua sekolah rendah kebangsaan dan menengah.
2) Memelihara bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan perpaduan kaum
3) Menghormati dan menguatkuasakan sepenuhnya segala peruntukan undang-undang yang ada yang menjamin kedudukan bahasa kebangsaan.
4) Mengekalkan dasar-dasar negara yang menjamin kedaulatan bahasa melayu yang diwarisi oleh generasi pemimpin terdahulu.Kami, dengan ikhlas dan tegas, dan penuh rasa tanggungjawab percaya bahawa kemajuan negara akan tetap tecapai walaupun kita mengekalkan bahasa, budaya dan jatidiri kita yang tulin.
Perlu disedari bahawa bahasa merupakan jiwa dan cerminan kepada bangsa dan jika tidak dipertahankan akan hilanglah jatidiri bangsa kita sebagai Melayu dan Islam.
Muhamad Faisal Abdul Aziz
Pengerusi,
Gerakan Anti PPSMI (GAP)
Alamat Perhubungan :
Sekretariat PKPIM Pusat,
Kompleks Anjung Rahmat,
Batu 6, Jalan Gombak,53100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-61879520Faks : 03-61842570
Web : www.pkpim.net
Email : spp@pkpim.net spp_pkpim@yahoo.com Sincerely, The Undersigned. Klik [sini] untuk menandatangani petisyen online.
Usul Potong Gaji Ketua Polis Negara Gagal... Adakah Kerja UMNO Melindungi Pegawai Rasuah ??????
Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia Persidangan parlimen hari ini kecoh apabila Azmin Ali dan beberapa Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat mendedahkan dalam parlimen mengenai salah guna kuasa oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Musa Hassan didapati menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai orang no1 dalam pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) mengarahkan pihak- pihak berkaitan supaya memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat- syarikat tertentu yang dipercayai dimiliki oleh kroni beliau. Anggapan Ahli Parlimen BN yang mengatakan isu tersebut tidak harus dibincangkan oleh kerana beranggapan ia hanyalah satu persepsi pembangkang semata- mata adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana Ahli- ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mengemukakan 2 surat yang membuktikan wujudnya campur tangan Ketua Polis Negara dalam soal pengagihan projek - projek kerajaan. Suart tersebut dengan jelas membuktikan Ketua Polis Negara mengarahkan agar projek di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia diserhakan kepada kontraktor- kontraktor tertentu. Bahkan dakwaan pembangkang ini juga diakui sendiri sebagai satu dakwaan benar oleh Timbalan Menteri terbabit. Oleh yang demikian ahli- ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mengemukakan kepada dewan agar gaji Ketua Polis Negara dipotong sebanyak RM10.00 sebagaimana diperuntukkan peraturan dewan rakyat. Ia kerana ia melibatkan soal integriti pegawai kanan keselamatan neegara dan nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia yang harus diambil tindakan segera. Malangnya usul tersebut tidak disokong oleh Ahli- ahli parlimen kerajaan yang terdiri daripada parti UMNO dan komponen- kompenen Barisan Nasional. Dalam undian yang dibuat dalam Dewan Rakyat, hanya 30 Ahli Parlimen bersetuju dengan usul dibawa manakala selebihnya 48 lagi Ahli Parlimen yang kesemuanya Ahli Parlimen BN menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Inilah sikap Ahli- ahli parlimen UMNO dan BN yang lebih rela mempertahankan nama baik Ketua Polis Negara berbanding memikirkan soal integriti dan nama baik Pasukan Polis Diraja Malaysia. Oleh kerana sikap Ahli- ahli Parlimen BN inilah negara kita saban hari berada dalam keadaan yang tidak selamat lagi. Malah bekas Timbalan Ketua Polis Negara menjadi mangsa penjenayah setelah bersara.
PAS, DAP dan PKR Perlu Bersedia Hadapi Serangan MEDIA BUSUK UMNO.... Bagaimana ?????
Assalamu'alaikum...
Agak lama tidak menaip melainkan hanya serba sedikit komen-komen kecil berikutan kekurangan isu untuk diutarakan, tambah lagi kalangan blogger-blogger lain nampaknya sangat-sangat aktif memberikan pendapat masing-masing dalam kebanyakan isu.
Saya amat tertarik dengan satu artikel dari blog MSO bertajuk "Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu".disini saya ingin menokok tambah dan juga menyangkal beberapa kenyataan atau apa yang dikatakan "fatwa" oleh saudara MSO.
1. Pakatan Rakyat hendaknya menghadapi pilihan raya itu secara bersama tanpa ada 'keluk kelik' dengan mengambil kira perkara yang titik bengit. Pakatan Rakyat harus sepakat dalam membuat kenyataan atau memberi pandangan tentang pilihan raya berkenaan bagi mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh media massa.
"Fatwa" yang pertama ni amat-amat saya setujui, sedikit tambahan bagi perkara pertama iaitu sebarang bentuk kenyataan mestilah bersifat kenyataan "bersama" dan melalui perbincangan antara ke 3-3 parti komponen Pakatan Rakyat.saya amat yakin bahawa UMNO/BN akan memainkan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan juga keagamaan didalam usaha mereka untuk mempertahankan kerusi "minyak" Kuala Terengganu.
DAP akan diserang dengan isu "melayu", PKR akan diserang dengan isu "negara Islam" dan PAS pula akan menjadi buah catur utama iaitu "Queen".tak mustahil UMNO/BN akan menimbulkan pelbagai isu sensitif untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dan juga PAS dengan PKR.
Cara serangannya amat mudah, untuk DAP akan diutarakan isu penubuhan negara Islam dan pandangan DAP tentang negara Islam impian PAS.PAS sudah pasti akan mempertahankan cita-cita mereka manakala DAP kalau diambil kenyataan dari Lim Kit Siang, sudah pasti akan menimbulkan masalah.
Media perdana akan memainkan peranan melaga-lagakan ke 2-2 parti diatas.saya percaya media perdana tidak akan sekali-kali mengambil kenyataan dari Lim Guan Eng kerana kita sedia maklum akan sikap keterbukaan Lim terhadap pemerintahan Islam manakala jika diambil dari kenyataan "orang lama" DAP, mereka agak kurang faham tentang Islam dan kenyataan mereka semestinya satu masalah.
Untuk itu PAS perlu bermuzakarah dengan DAP mulai dari sekarang untuk mencari penyelesaian bersama dalam isu tersebut.jika diteliti, isu tersebut sebenarnya amat tidak relevan untuk diutarakan dalam PRK KT tetapi kita perlu ingat, UMNO/BN amat-amat tersepit untuk mencari isu buat masa ini kerana parti "melayu" itu sendiri menghadapi masalah dalaman yang amat-amat parah.
Strategi UMNO/BN tidak akan berubah, kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan "homework". UMNO/BN tidak pernah punya isu yang dapat meyakinkan pemilih jadi mereka hanya akan menggunakan strategi yang sama iaitu memecah belah.
Kenyataan dari Pakatan Rakyat juga perlu konsisten dan tidak berdolak-dalik.DAP dan PKR juga dicadangkan agar tidak mengeluarkan atau melayan sebarang provokasi dari pihak UMNO/BN dalam PRK KT.tanpa kenyataan-kenyataan dari ke 2-2 parti tersebut akan menggelapkan usaha provokasi murahan UMNO/BN.
Biarkan UMNO/BN menyalak dengan isu-isu murahan dan jentera-jentera PAS, PKR dan DAP hanya perlu mendekati pengundi-pengundi dan meyakinkan mereka mengapa mereka perlu memilih calon PAS sebagai wakil Parlimen Kuala Terengganu.
Pada bakal-bakal pengundi di Terengganu suka juga saya untuk mengingatkan anda bahawa tidak rugi untuk anda mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini kerana jika PAS menang, seluruh Terengganu masih berada dibawah kerajaan UMNO/BN (sepatutnya anda telah menjatuhkan mereka dalam PRU12 tempohari).
Memberi kemenangan kepada PAS bermakna anda menerima durian runtuh.UMNO/BN selepas ini pasti tidak akan sesekali meminggirkan Kuala Terengganu dari sebarang projek-projek yang menguntungkan rakyat Kuala Terengganu kerana mereka pasti akan cuba memenangi hati bakal-bakal pengundi dalam PRU13 nanti.
Menang PAS, anda juga yang akan menerima labanya, bayangkan 2 parti yang cuba memenangi hati pengundi untuk pilihanraya akan datang.petik jari, bantuan tiba. silap gaya, batuk sahaja pun dah dieskot ke hospital.
Fikir-fikirkan.-
akan bersambung di bahagian ke 2.
Pasir Johor Untuk Singapura.... UMNO Mengkhianati Amanah Rakyat Malaysia
KOTA TINGGI – Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat. Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit. Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan. Tinjauan ke kawasan itu mendapati para penduduk bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang pelbagai bencana seperti ditenggalami air akibat ketiadaan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar.
Pasir Johor ini telah dipunggah kemana kalau bukan ke Singapura untuk tujuan menambak laut bagi meluaskan pulau tersebut. Adakah pasir yang sebanyak itu diangkut ketempat lain dalam Negeri Johor atau ke negeri lain dalam Malaysia? Itu adalah sesuatu yang tidak mungkin kerana semua rakyat tahu apa perlunya pasir yang sebanyak itu diangkut ketempat lain dalam Malaysia kerana semua tempat terdapat pasir. Adakah pihak kerajaan Negeri Johor tidak mengetahui sejak bila dan kemana pasir tersebut diangkut? Dan adakah pihak berkuasa tidak ada maklumat siapa yang mengeluarkan pasir tersebut? Adakah orang dari parti pembangkang yang punya angkara ini? Sudah semestinya bukan dan yang pastinya orang yang terlibat adalah orang yang rapat dengan pihak berkuasa negeri. Menteri Besar Johor mesti telah lama mengetahui perkara ini. Persoalannya kenapa perkara ini dibiarkan berlarutan sedangkan ianya telah lama berlaku didepan mata. Dimana suara puak-puak Umno yang sentiasa mendakwa pembela bangsa dan pembela negara kalau pasir yang sebegini banyak telah dipunggah ke negara jiran tersebut? Dimana Hishamuddin Tun Hussein Onn yang menjulang keris semasa Perhimpunan Agung Umno kononnya dia lah pembela bangsa. Masakan dia tak tahu perkara ni berlaku di negerinya sendiri? Atau adakah dia tompang makan semangkuk? Puak-puak Umno ini lah yang bukan sekadar pasir Johor nak dijual kepada Singapura, tetapi Negeri Johor malah Malaysia keseluruhannya kalau boleh nak dijual kepada Singapura. Selain itu projek Iskandar Malaysia juga adalah merupakan satu pengkhianatan kepada negara kerana orang Singapura yang takder tanah diberikan tanah disitu kononnya atas nama pembangunan. Puak-puak Umno inilah sebenarnya pengkhianat bangsa dan pengkhianat negara yang sanggup menjual hak sendiri kepada orang luar- nadirakyat
Wednesday, December 3, 2008
GEMPAR !!!!!! Pak Lah Akan Terus Kekal Sebagai PM Malaysia
KUALA LUMPUR, Dec 3 — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata Datuk Seri Abdullah Badawi tidak perlu mengundur sebagai Perdana Menteri sesudah Datuk Seri Najib Razak mengambil alih presiden parti pada bulan March akan datang. “ Itu hak dia, dia telah mendapat mandat untuk lima tahun,” kata Razaleigh yang menjawab tohmahan Madey yang mengatakan bahawa Abdullah masih ingin terus berkuasa sesudah berlangsungnaya pemiihan parti. Razaleigh sebagai seorang ahli parlimen berjanji akan terus menyokong kepimpianan Abdullah dalam kerajaan.“ Dia mendapat keyakinan majoriti ahli parlimen. Dan Perdana Menteri dilantik oleh Yang Di Pertuan Agung dan bukan oleh Perhimpunan Agung gerombolan United Malays National Organisation,” kata Razeleigh kepada The Malaysian Insider
Nenek Maimun Mahu Jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup. “Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu,” katanya, yang memanggil dirinya ‘Tok’, kepada Malaysiakini. “Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).
Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata: “Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok. “Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja.” Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud. Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut. Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi. Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31934 undi.
Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun. “Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah.
“Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok,” katanya. Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.
Wajarkah Sekolah Satu Aliran?
Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran mendapat pandangan dari pelbagai pihak. Berikut merupakan beberapa pandangan yang sempat saya rujuk dan mungkin kita boleh fikirkan secara bersama dari sudut pro kontranya:
Apa yang menariknya undian yang dilakukan berita ntv7 membuktikan 100% rakyat Malaysia menolak cadangan Mukhriz ini. ANDA PULA BAGAIMANA.... BERIKAN PENDAPAT ANDA DIBAWAH INI...1) Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun mempunyai sekolah pelbagai aliran, kementerian sentiasa menyediakan pelbagai saluran dan program dalam usaha meningkatkan interaksi antara murid berkenaan.
Antara program dilaksanakan termasuk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup), aktiviti kokurikulum, pertandingan reka cipta dan Kelab Rukun Tetangga yang bertujuan meningkat serta menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin perpaduan nasional.
“Kita kena lihat isu ini secara menyeluruh dan daripada pelbagai aspek kerana kewujudan sekolah pelbagai aliran juga membantu proses pembentukan modal insan cemerlang serta pembentukan sahsiah diri pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam
2) Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata Mukhriz tidak sepatutnya membuat kenyataan itu hanya untuk memancing undi bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Mac depan kerana desakannya itu bertentangan dengan Perlembagaan.
“Beliau (Mukhriz) membuat kenyataan berbahaya dan MIC mahu Peguam Negara mengambil tindakan. Beliau boleh bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno, tetapi jangan menggunakan isu hak pendidikan kaum lain,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
3) Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin pula mempersoalkan tindakan Mukhriz mengemukakan cadangan itu sedangkan sistem pendidikan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan sudah berjalan dengan baik sejak zaman British lagi dan dijamin Perlembagaan serta Akta Pendidikan.
“Kami (Gerakan) tidak faham pendirian Mukhriz mengapa mahu sistem sekolah jenis kebangsaan (untuk masyarakat Cina dan India) yang berjalan dengan baik sekarang diubah menjadi satu sistem pendidikan kebangsaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam
4) Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.
“Kita menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. katanya dalam satu kenyataan.
“Cadangan Mukhriz jelas berniat menonjolkan dirinya sebagai “pejuang bangsa Melayu” supaya menang Ketua Pemuda Umno pada Mac tahun depan, bukan sahaja membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran, malah turut menjejaskan hubungan sesama kaum,”katanya dalam satu kenyataan.
Katanya jika Mukhriz benar-benar seorang “pejuang bangsa Melayu”, beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan
bukan menghapuskan aliran pendidikan lain.5) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India daripada menguasai bahasa ibunda mereka.
“Islam menyebut bahawa bahasa itu nikmat daripada Tuhan. Berlainan bahasa dan kulit menandakan kebesaran Allah. Jadi perlu diberi peluang kepada tuan punya bahasa untuk guna bahasa mereka,” ujarnya.
Tambahnya, kerajaan juga perlu membenarkan kewujudan sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera kaum itu yang telah lama wujud.
“Kalau orang Cina sekat bahasa Melayu, kita rasa macam mana. Orang Cina begitu juga, dia ada sastera dia, bahkan sastera dia lebih tua daripada sastera dunia lain, ” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beranilah Menuntut Perubahan! - Anwar Ibrahim
Agenda perubahan Umno terbukti hanya satu helah politik semata. Episod pemecatan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan agenda perubahan yang diwar-warkan Umno hanya merupakan The Great Illusion. Ini mengingatkan saya kepada karya Norman Angell, juga dengan judul yang sama, diterbitkan sejurus sebelum Perang Dunia Pertama meletus. Perubahan memerlukan komitmen yang tuntas dan berlandaskan kesedaran murni bagi membebaskan negara dari kebobrokan yang sudah lama mengakar. Keberanian Datuk Zaid untuk membongkar akar keboborokan yang mereput ini serta kesediaan beliau untuk melintas sempadan kepartian demi menyokong usaha memansuhkan ISA dan memastikan keluhuran perlembagaan dihormati, harus dipuji, namun apa yang terjadi; beliau dipecat kerana apa yang beliau yakini. Pemecatan Datuk Zaid harus menjadi peringatan serta indikasi buat semua bahawa Perubahan bukanlah hanya untuk meraih keuntungan politik. Laungan untuk melaksanakan Perubahan mestilah seiring dengan usaha untuk menjayakannya. Laungan kosong pasti tidak akan disambut rakyat. Saya percaya tuntutan kepada Perubahan pasti lebih memuncak. ANWAR IBRAHIM
Mahasiswa Disaran Perkasa Nilai Tambah
KUALA LUMPUR 3 Dis - Mahasiswa diingatkan untuk memperkasakan nilai tambah dan nilai-nilai mulia dalam diri bagi menghadapi dunia persekitaran yang lebih mencabar.Demikian saranan Pengerusi Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) Mohamad Hilman Nordin. ”Keadaan ekonomi, politik dan sosial yang semakin mencabar kini menuntut mahasiswa untuk lebih berperanan dan mampu menjadi elemen sedar dan perubahan yang penting kepada negara mahupun ummah.Oleh yang demikian, mahasiswa perlu benar-benar kompeten dari segenap aspek.” Beliau mengakui bahawa kepimpinan Aspirasi di kampus-kampus IPTA semenjak beberapa tahun yang lalu telah meninggalkan legasi negatif yang sukar dicabut kerana ia telah berakar umbi. “Mahasiswa hari ini adalah generasi mahasiswa yang kurang rajin membaca dan takut untuk menyatakan pandangan apatah lagi yang bercanggah dengan pihak yang lebih tinggi.Ia menyebabkan tahap keintelektual mahasiswa boleh dipertikaikan”. Oleh itu, beliau menyarankan agar mahasiswa meluaskan pembacaan tanpa terbatas kepada bahan berkaitan kursus-kursus pengajian semata-mata. Selain itu, beliau juga menyarankan agar mahasiswa komited dalam menguasai pelbagai bahasa khususnya bahasa Inggeris kerana terhadnya bahasa komunikasi yang dimiliki menyebabkan kurangnya keyakinan seseorang individu-mahasiswakini
Pembangkang Tiada Kuasa... MAKSUDNYA KHIR TOYO, TAJOL ROSLI DLL TIADA KUASALAH
Kenyataan terbaru seorang senator daripada gerombolan BN... aku tak tau samada senator ni sedar atau tak sedar masa dia buat kenyataan dekat bawah ni... korang baca kenyataan dia dulu - Rakyat yang berdepan masalah dinasihatkan tidak menggunakan parti pembangkang untuk menyelesaikan masalah mereka, sebaliknya mengadu terus kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) bagi mendapatkan bantuan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, tindakan orang ramai bertemu parti pembangkang tidak perlu kerana BPA yang terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat sentiasa prihatin dan komited membantu mereka. ''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat. ''Kalau pergi jumpa pembangkang, mereka hanya boleh buat bising di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang mengadu," katanya. Entah korang paham ke tak paham apa yang aku nak habaq... kalau tak paham, meh aku terang kasik paham... ''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat. ''Kalau pergi jumpa pembangkang, mereka hanya boleh buat bising di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi tidak akan membawa apa-apa faedah kepada rakyat yang mengadu," Maknanya senator yang buat kenyataan ni bercakap dalam keadaan tidak sedar diri, smada dia ni mabuk todi atau samsu haram yang tu aku tak tau... yang aku pahamnya ialah senator ni konon nak jadik "hero"... tapi sayang "hero" ni "mabuk"... tapi kalau nak cakap dia ni mabuk pun tak boleh jugak sebab mungkin jugak dia "smash" dekat "yang berkenaan"... 5 negeri dibawah Pakatan Rakyat - Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak & Selangor sila ambik perhatian... ''Pembangkang sebenarnya tiada mempunyai kuasa di negara ini. Mereka tidak boleh buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah rakyat. Siapa pembangkang dekat 5 negeri tu? UMNO/BN kan? Dalam tak sedar senator tu dah habaq terang-terang "pembangkang tiada kuasa di negara ini"... Annuar Musa, Khir Toyo dan jugak ketua-ketua pembangkang di 5 negeri dekat atas tu toksah buang masa dah... hangpa semua sampah... 1 sen pun tak dak guna... buang masa, buang duit... pi balik dok rumah diam-diam... Orang hang habaq Pembangkang tak dak kuasa dalam ini negara! kah kah kah kah kah kah... memang seronok kalau dengar orang mabuk todi atau samsu haram melalut... saya tara mabuk, saya wokey. i'm fine... padahal dok dalam parit dah... Ini kenyataan tukang bodek yang bongek... pikir pakai kepaa lutut... dalam tak sedar, parti sendiri hang pangkah... macam ni memang seronok... hiburan menjelang 2009... harap-harap lepas ni ramai lagi pak badut-pak badut akan bersarkis... Lagi sekali... "pembangkang" dekat 5 negeri tu sapa? kah kah kah kah kah kah kah... hangpa semua tak boleh buat apa-apa... sedaq la wei......!!! PERISIK-RAKYAT
Mahasiswa Malaysia Menerima 446 Pelawat Hari Ini.... TERIMA KASIH PENGUNJUNG - PENGUNJUNG KEHORMAT
Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia Alhamdulillah, hari ini blog Mahasiswa Malaysia menerima jumlah pengunjung tertinggi sepanjang kewujudan blog ini. Sehingga jam 7.03 malam, Mahasiswa Malaysia telah menerima 446 pelawat dan dijangka jumlah ini akan mencecah lebih 650 hari ini. Mahasiswa Malaysia ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan pengkritik. Mahasiswa Malaysia berjanji untuk terus komited menyampaikan maklumat terkini berkenaan dunia kampus dan politik negara khusus untuk pengunjung terhormat. Semoga kehadiran pengunjung- pengunjung dalam jumlah yang ramai berkekalan pada masa- masa mendatang dan diharapkan matlamat Mahasiswa Malaysia untuk mendapatkan 2000 pengunjung sehari dalam tempoh terdekat tercapai. Mahasiswa Malaysia juga mengharapkan kritikan dan pandangan membina daripada kesemua pengunjung- pengunjung terhormat. Akhir sekali, Mahasiswa Malaysia mengharapkan agar pengunjung- pengunjung terhormat untuk sama- sama mempromosikan blog ini. Mahasiswa Malaysia sekali lagi bertekad untuk terus komited membawa suara mahasiswa kepada masyarakat dan pemimpin negara.
Tuesday, December 2, 2008
5 Cadangan Hebat Lim Guan Eng Memperkasakan Usahawan
oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat ( parlimen ) pada hari selasa 2 Disember 2008 telah mengemukakan 5 cadangan bernas bertujuan membantu usahawan- usahawan di Malaysia untuk terus bertahan dan berdaya maju dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu. Menariknya 5 cadangan tersebut diakui sendiri oleh Menteri Pembagunan Usahawan dan Koperasi sebagai satu cadangan bernas dan akan dipertimbangkan oleh kementerian berkaitan untuk dilaksanakan. Cadangan tersebut ialah : 1) Kerajaan melalui TNB menurunkan taraf elektrif bagi kegunaan industri oleh kerana elektrik merupakan sebahagian besar daripada kos operasi pengilang- pengilang. Ini boleh dilaksanakan oleh kerana minyak mentah dunia telah mengalami penurunan mendadak daripada USD 140 kepada hanya USD 49.46 dalam hanya beberapa bulan. Mekanisme ini juga boleh dilaksanakan melalui penyemakan semula perjanjian tenaga diantara TNB dan IPP ( Pengeluar Tenaga Bebas ) 2) Petronas sebagai pengedar gas tunggal di Malaysia perlu menurunkan harga gas seiring dengan kejatuhan mendadak harga gas dunia. 3) Mewujudkan satu skim tabungan khas bertujuan memberi latihan kepada pekerja- pekerja yang dipecat. Ia membolehkan pekerja- pekerja ini menyertai bidang keusahawanan ataupun sektor yang memerlukan jumlah guna tenaga yang tinggi. 4) Menurunkan cukai korporat daripada kadar sediaada sebanyak 27% ataupun memberi insentif khas cukai kepada pihak industri. 5) Menyediakan dana pinjaman dengan jumlah dana yang lebih besar. Adalah lebih penting menyediakan dana pinjaman untuk usahawan berbanding langkah kerajaan melalui Maybank membelanjakan lebih RM 10 , 000, 000, 000. 00 ( RM 10 Bilion ) bagi tujuan pengambilalihan sebuah bank di Indonesia.
Saluran Khas Parlimen di TV.... Mahasiswa Malaysia Menyokong Cadangan Ahli Parlimen Muar 100%
Mahasiswa Malaysia menyokong penuh cadangan Ahli Parlimen Muar meminta Menteri Penerangan untuk mewujudkan satu saluran khas persidangan parlimen di televisyen kerajaan.
Jika cadangan tersebut diterima, ia akan membolehkan sidang parlimen disiarkan secara langsung sepanjang waktu persidangan sebagaimana telah diamalkan di negara- negara seperti India, England, Australia dan lain- lain.
Oleh yang demikian Mahasiswa Malaysia merasakan cadangan ini harus dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh Menteri Penerangan ke arah menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia.
Perlaksanaan cadangan ini juga dilihat boleh membantu mewujudkan perbicangan yang lebih serius dan dengan hujah yang lebih mantap di dewan rakyat.
Akhirnya cadangan ini perlu dilaksanakan segera oleh kerana ia adalah satu langkah terbaik bagi membolehkan lebih 26 juta rakyat Malaysia mengetahui perjalanan parlimen secara keseluruhannya. Ia juga akan menjadi satu saluran informasi terbaik mengenai isu dan hal- hal yang berlaku dalam negara.
Untuk Makluman :
Persidangan parlimen secara langsung pada ketika ini
hanya disiarkan secara
sepenuhnya di www.tvpas.com ( TV PAS ) di
alamat http://www.tvpas.com/material.php?cat=live&id=5
Khir Toyo Upah Skuad Berani Bogel? - malaysiakini
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihat mempertimbang desakan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang nekad untuk mengadakan demonstrasi secara berbogel sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak dikaji semula oleh kerajaan negeri. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, 'keberanian luar biasa' yang mahu ditunjukkan oleh anggota-anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu membuktikan bahawa penduduk PPR yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah begitu terdesak dan benar-benar tidak mampu menanggung kenaikan sewa berkenaan.
TP - Ai... setahu aku kes ni dah selesai, kerajaan negeri dah umumkan sewa rumah
PPRT tak kan dinaikkan buat masa ni dan para penyewa akan membayar pada harga
yang telah sedia ada selama ini. Jadi apa masalahnya lagi? yang aku tengok dok berkokok
sekarang bukan penduduk, tapi puaka-puaka yang mungkin telah diupah oleh beruk
toyo. apa rasionalnya berbogel? adakah dengan berbogel masalah akan selesai? Kalau macam tu caranya ( bogel boleh selesai masalah ),
ada baiknya seluruh penduduk Malaysia berbogel.sebab mengikut kepercayaan
puaka-puaka reformis - bogel boleh menyelesaikan masalah.maka kalu seluruh
pendudk Malaysia berbogel, Malaysia akan tenang dari masalah... itu kepercyaan
reformis. Satu lagi yang aku pelik... biasenya ketua pembangkang
akan jadik hero dalam mana-mana hal iaitu dengan berjumpa dengan mana-mana pihak
yang bermasalah dan cuba memenangi masalah tersebut sebelum kerajaan negeri
menyelesaikannya. Tapi dalam hal ni pulak si toyo tak pulak cuba nak
memenangi masalah ni sebaliknya cuma berkokok dari jauh dan aku jugak sangsi
dengan statement toyo ""Kalau mereka sanggup berbogel, maknanya mereka
benar-benar tidak mampu bayar. "Yang sanggup berbogel dalam hal ni, bukan penduduk,
sebaliknya gerombolan reformis... ini amat menghairankan.adakah toyo telah
mengupah para reformis pro bogel ini dengan wang yang banyak untuk menyamar
sebagai "penduduk" yang sanggup berbogel kerana kesempitan Atau para reformis ini bakal berbogel selepas
dijanjikan imbuhan yang banyak??? hang tunggu la toyo... wa nak pi cari
horatio... kita tengok siapa yang nak bogel tu, penduduk atau babi-babi upahan
toyo..!
Kisah Umar Abdul Aziz dan Anaknya.... Hubungkait Kisah Ini Dengan Pas di Selangor, Perak dan Kedah
Berikut adalah petikan dari kisah Umar bin Abdul Aziz, kalifah Islam kelima, yang saya ingin kongsi bersama para pengunjung semua. Saya amat mengalu-alukan komen tentang bagaimana saudara memahami perkara ini; sebelum saya menulis tentangnya.Versi Bahasa Melayu ini dipetik dari Kitab Al-Muwafaqat: 2/148. Diceritakan anak kepada Umar bin Abdul Aziz yang bernama Abdul Malik, bertanya kepada ayahnya tentang lambatnya perlaksanaan Islam yang dilaksanakan oleh beliau. Mendengar ucapan anaknya itu, beliau berkata; Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah mencela Arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang aku melaksanakan kebenaran kepada manusia secara keseluruhannay, lalu rakyat akan menolak Islam secara keseluruhannya, yang itu merupakan fitnah”WalLahu 'Alam
www.khalidsamad.com
Untung RM15,000..
Waaa… tengok heading macam best je kan??.. Untung RM15,000.. kalau lah dapat selalu macam ni kan best!. Actually this time bukan saya yang untung tapi client saya yang untung coz saya berjaya arrange untuk dia beli property below market price. Property tersebut adalah auction property dan saya telah menguruskan untuk lelongan tersebut pada harga yang beliau inginkan dan seterusnya beliau boleh membuat bidaan untuk harga tersebut. Sebenarnya banyak lagi peluang yang ada dan masih menantikan mereka yang berminat untuk membeli hartanah below market price dengan ’special arrangement’. Benda ni pun saya tak boleh nak reveal banyak2.. so kalau anda pembaca TipsHartanah, mungkin anda antara orang yang bertuah kerana mengetahui mengenai perkara ni… so, jika anda mempunyai budget dan memang bercadang untuk membeli property… mungkin anda boleh menghubungi TipsHartanah di admin[a]tipshartanah.com (email sahaja dan bukan reply posting ni) untuk maklumat lanjut.
Klient kedua saya sedang menantikan satu hartanah yang juga kurang dari harga pasaran dan agak sukar untuk diperolehi kerana lokasinya yang menarik. Cerita banyak-banyak pun tak bleh.. so senang cerite untuk anda yang SERIOUS sahaja (dah ada budget la)… email saya untuk maklumat lanjut… kalau soalan yang sekadar nak tanya2 benda yang tak serius mungkin saya tak dapat nak layan.. so sorry.. kerana ada banyak perkara dan urusan yang lebih priority untuk saya lakukan. Adios.. Tipshartanah blog
Mukhriz boleh DIPENJARA, DILUCUT sebagai Ahli Parlimen
Dalam berita bertajuk "Kit Siang: Mukhriz salah menghasut," Malaysiakini melaporkan bahawa calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir boleh didakwa menghasut dan jika didapati bersalah, beliau boleh dilucutkan keanggotaannya di Dewan Rakyat jika didenda RM2,000 atau dipenjara setahun. Mukhriz menghadapi kemungkinan itu apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran. Mukhriz mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini. “Jika ada yang menolak cadangan ini, mereka perlu menjelaskan sebab-sebab mereka menentangnya. Bagaimana mungkin mereka bercakap mengenai perpaduan dan mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama masih berkeras untuk mengamalkan sistem sekolah berbeza bagi kaum mereka?“ Kalau kita mahu hak yang sama rata, kita tidak boleh mempunyai sistem pendidikan berbeza. Kita tidak boleh mendapatkan kek dan mahu makan kesemuanya,” kata beliau. Laporan Malaysiakini itu juga menyatakan, Ahli Parlimen Kinabalu, Datuk Mark Koding pernah didapati bersalah menghasut apabila membangkitkan saranan menutup sekolah Cina dan Tamil di Dewan Rakyat pada pada 11 Oktober 1978. Berikut ialah sebahagian dari ucapan Mark Koding itu:
Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untukMalaysiakini juga melaporkan, Pemuda DAP Pulau Pinang dipercayai akan membuat laporan polis hari ini berhubung kenyataan kontroversi Mukhriz itu. Saya percaya, jika Pemuda DAP berbuat demikian, kemungkinan Mukhriz akan dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno semakin cerah dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini nampak jelas kebimbangan anaknya akan kalah, memang seorang ahli politik yang cekap. Itu sahajalah yang saya nak kata.
memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalanraya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu. Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan
dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut
demi kepentingan rakyat dan negara. Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita
menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan
dan aspirasi jenerasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh
identiti orang asing.
Monday, December 1, 2008
Lawan Anwar Ibrahim Di PRK Permatang Pauh Akan Sertai PKR... BENARKAH ARIF SHAH SUDAH INSAF ?????
PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketika dihubungi sebentar tadi, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut. Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya. "Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama... jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat," kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut. Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut. "(Tawaran) tak tolak (terus)," katanya. Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini. Sambil menegaskan status quo masih kekal, Arif Shah berkata, keadaan belum mendesakknya untuk mengambil keputusan segera untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR. Ketika ditanya sama ada akan membuat keputusan dalam waktu terdekat: "Ya, mungkin." Arif Shah telah bertanding dalam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu. Kerusi itu dimenangi Anwar. Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Arif Shah akan menyertai PKR. Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif Shah ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang. Arif Shah, satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi negeri untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Ketika di Permatang Pauh dulu, kami banyak mendapat maklumat tentang Ariff Shah ini. Beliau bukan sahaja rapat dengan rakyat yang terdiri dari kalangan puak UMNO dan BN sendiri. Malahan juga beliau sering hadir dalam program anjuran Pakatan Rakyat di sana. Malah, sikap prihatin dan mesra beliau dengan rakyat disitu menyebabkan beliau disayangi oleh kawan dan lawan. Cuma masalah Ariff Shah ialah beliau kini ditentang oleh "musuh dalam selimut" yang bertujuan untuk menghancurkan karier politiknya itu. Malahan banyak sumber mengatakan pemimpin UMNO setempat banyak melakukan propaganda agar Ariff Shah tersungkur di Permatang Pauh ketika pilihanraya kecil dulu. Jentera UMNO dan BN telah ditekan dengan berbagai habuan, bagi tidak membantu Ariff Shah. Kami sempat berjumpa Ariff Shah di sana, ternyata beliau tidak sesuai lagi berada dalam parti karat itu jika ingin terus disayangi rakyat. UMNO tidak sesuai untuk orang-orang seperti Ariff Shah, maka itu elok benar jika beliau membuat keputusan menyertai PKR yang mana ini akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu secara keseluruhannya nanti. Buatlah keputusan yang terbaik demi rakyat bukannya peribadi.