"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, January 23, 2009

PAS Tekad Tawan Semula Negeri Minyak, Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Hrkh)- Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mahukan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP sentiasa dikekalkan.
Katanya, semangat kerjasama yang erat antara para petugas parti, penyokong termasuk pengundi telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.
Menurutnya, rakyat Terengganu telah menunjukkan sikap keberanian ingin membawa perubahan serta mesej kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Rakyat di Kuala Terengganu telah tunjukkan sikap mereka (pengundi) dan keberanian mereka dan yang paling penting telah menghantar mesej yang cukup jelas kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Kemenangan PAS di Kampung Tanjung, dekat sini, baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok mengingatkan para pemimpin Umno-BN agar tidak terlalu sombong dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki itu.Ini kerana, katanya kuasa tersebut adalah dating dari rakyat yang memberi mandat dalam pilihan raya setiap lima tahun sekali.
"Jangan kamu (pemimpin Umno) sombong dengan kuasa yang ada pada kamu sebab kuasa kamu itu datangnya dari rakyat dan rakyatlah yang akan menarik kembali kuasa itu seperti yang dilakukan di Kuala Terengganu," tegasnya.
Katanya, semangat dan usaha tersebut perlu dikekalkan sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dengan hasrat PAS mahu kembali berkuasa di Terengganu.
Antara pimpinan tertinggi parti Pakatan Rakyat yang hadir sama dalam ceramah itu ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato� Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Parti DAP, Lim Kit Siang. - azm
(Rayuan Gaza - Penghuni gaza kini diselubungi kepayahan dan keperitan angkara Zionis. Kewajipan untuk kita menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Hulurkan Bantuan anda ke Tabung Kemanusiaan Harakah, 14069010021298 BIMB

Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Janji Jelajah Seluruh Negara Ucap Terima Kasih


KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Hrkh) - Populariti Mohd Abdul Wahid Endut naik sekelip mata dan mendadak selepas calon PAS itu yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 lalu.
Beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat dari calon Barisan Nasional (BN), Dato� Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas, Azharuddin Mamat@Adam dengan kelebihan majoritinya 2,631 undi.
Kemenangan tersebut sekaligus membuktikan rakyat di negeri ini juga mahukan perubahan terutama sokongan di kalangan pengundi muda. Namun begitu, disebalik kejayaan tersebut nama Abdul Wahid menjadi sebutan masyarakat setempat terutama di Kuala Terengganu yang diadakan pilihan raya kecil, baru-baru ini.
Harakah dimaklumkan, terdapat sejenis kuih yang dijual Bandar Kuala Terengganu diberi gelaran nama kuih 'Wahid Endut' oleh peniaga terbabit.
Tambahan pula, masih dalam suasana meraikan kemenangan PAS itu setiap hari tidak kurang 10 ekor lembu 'dikorbankan' bagi jamuan kesyukuran oleh Unit-unit Peti Undi (UPU) atau di peringkat cawangan di seluruh negeri.
Manakala, bagi ahli-ahli dan petugas parti yang bernazar turut diadakan upacara bercukur rambut termasuk ada yang menamakan bayi yang baru lahir dengan nama 'idola' tersebut. Namun begitu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut tetap merendah diri serta tidak �sombong� dengan populariti tersebut kerana menganggap itu adalah kemenangan rakyat.
Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu itu merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli parti, para petugas sama ada dari dalam dan luar negeri.
Katanya, kesungguhan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bekerja sepanjang tempoh 11 hai berkempen pilihan raya kecil tersebut amat dihargai dan akan dibalas dengan kunjungannya ke semua negeri-negeri terbabit.
"Saya ucap terima kasihlah kepada semua ahli-ahli PAS, KeADILan, DAP dan Kelab Penyokong PAS dari dalam negeri dan luar negeri berkempen untuk memenangkan saya (PAS) dan Pakatan Rakyat.
"Saya berjanji akan berkunjung ke negeri-negeri termasuk di Sabah dan Sarawak yang cukup berminat dan bersemangat datang membantu kita (PAS)," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan siri lawatan ke Kampung Tiong dan Kampung Cina bagi bertemu serta mengucapkan terima kasih kerana menyokong PAS dalam pilihan raya kecil, baru-baru ini. -azm
(Rayuan Gaza - Penghuni gaza kini diselubungi kepayahan dan keperitan angkara Zionis. Kewajipan untuk kita menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Hulurkan Bantuan anda ke Tabung Kemanusiaan Harakah, 14069010021298 BIMB)

Pro Mahasiswa Tawan UIAM Gombak dan Kuantan, Bolot 18 Dari 22 Kerusi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) - Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan penguasaan tradisinya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila menang besar dalam pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini.
Dalam keputusan yang diumumkan jam 6.45 petang tadi, di Dewan Eksperimen UIAM, bagi kampus Gombak, kumpulan Pro-Mahasiswa menang 10 daripada 12 kerusi. Manakala untuk kampus Kuantan, kumpulan berkenaan menang lapan daripada 10 kerusi.
Bagi kerusi antarabangsa, kesemua empat calon menang tanpa bertanding.
Laporan lanjut menyusul

Thursday, January 22, 2009

Pro Mahasiswa Menang Hampir Semua Kerusi, Tawan UIAM Gombak


oleh nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Saya menerima mesej lebih kurang jam 7.00 petang tadi dari orang kuat Pro Mahasiswa UIAM
" Takbir! Alhamdulillah. UIAM Gombak menang sume kerusi yg btanding di Kampus Gombak. Cme hilang 2 kerusi. 1 di Econ, 1 di KAED. Sume kuliyyah sdiakan 2 krusi. Econ. Alhamdulillah abg sofi dpt 1 kerusi."
Mahasiswa Malaysia justeru mengucapkan tahniah kepada Pro Mahasiswa UIAM yang telah bekerja kuat untuk mengekalkan kemenangan Pro Mahasiswa di UIAM.Kemenangan ini sekaligus mengekalkan UIAM sebagai sebuah universiti pro pembangkang.
Kemenangan UIAM ini juga telah melengkapkan kemenangan besar Pro Mahasiswa di seluruh negara terutamanya kemenangan kita di Universiti Malaya yang mampu menyapu 8 daripada 9 kerusi umum hingga membawa kepada peralihan kuasa pimpinan pelajar di Universiti Malaya.
Tahniah juga buat penggerak Pro Mahasiswa UPSI hg bjaya menang majoriti kerusi dan penggerak - penggerak Pro Mahasiswa seluruh negara.
Akhirnya, kemenangan ini bolehlah dikatakan sebagai permulaan kebangkitan Pro Mahasiswa di seluruh negara seiring kebangkitan rakyat Malaysia menolak kerajaan korup UMNO/ BN pd 8 March 2008. Kebangkitan ini sekaligus menggambarkan keinginan mahasiswa seluruh negera untuk mengubah kepimpinan kampus dan negara yang korup.
JADILAH AGEN PERUBAHAN
TAKBIR ( 3X )

Tuesday, January 20, 2009

Pro Mahasiswa Tawan Universiti Malaya. MENANG 9/ 10 KERUSI UMUM


KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Pro-Mahasiswa menang besar dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya(UM) selepas berjaya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini.
Suasana Dewan Tengku Canselor bergema dengan laungan "Student Power" dan "Takbir" oleh penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaya Prof Madya Dato' Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi tadi.
Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004.
Manakala di Universiti Putra Malaysia pula, Pro-Mahasiswa berjaya membaiki prestasi mereka apabila memenangi 13 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.
Ia adalah rekod baru mengatasi keputusan lalu iaitu tujuh dengan bilangan calon yang dihantar seramai 18 orang pada kali ini.
Pilihan raya kampus kedua-dua kampus tersebut dijalankan serentak semalam dengan menyaksikan peningkatan sokongan di kalangan mahasiswa kepada kumpulan yang dilihat membawa imej perjuangan kebajikan dan akademik kepada warga kampus.
Kini hanya tinggal sebuah lagi kampus iaitu Universiti Islam Antarabangsa yang akan menghadapi proses pembuangan undi pada 22 Januari selepas melalui proses penamaan calon semalam./wann _

Monday, January 19, 2009

Najib Gagal Hidu Kekuatan, Strategi dan Perpaduan Mantap Pakatan Rakyat

SEBELUM diisytihar menang pun, penampilan Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS, mewakili Pakatan Rakyat, sudah menempa sejarah tersendiri. Pemilihannya memang tidak dijangka. Namanya dicalonkan di peringkat awal, tetapi khabarnya beliau sendiri menarik diri, untuk memberi laluan kepada tokoh-tokoh lain, dan antara yang disebut-sebut ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Batu Burok yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu (1999-2004) dan Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sejarah dibentuk lagi kemudiannya apabila persepakatan erat Pakatan Rakyat terserlah bermula dari hari penamaan calon, semasa kempen hinggalah hari pembuangan undi. Rasanya inilah kali pertama pimpinan utama DAP, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng aktif berkampung di kawasan majoriti Melayu, dan lebih menarik ia terletak di Kuala Terengganu.
"Cantiknya ia berlaku di Terengganu"
Apabila turun mengatur strategi dan berkempen bersama, tentulah "yang jauh dapat didekat, yang dekat dapat dimesrakan". Ada dakwaan mengatakan pimpinan PAS Terengganu agak tidak begitu "dekat dan mesra" bukan saja dengan pemimpinan DAP, malah KeADILan.
Sementara kemenangan dengan majoriti tidak terduga Abdul Wahid, iaitu 2,632 undi, disambut gema takbir (dan kemudiannya ratusan anak muda meraikannya di jalan-jalan sekitar bandar), Timbalan Presiden Umno, Najib Razak, yang mengemudi jentera kempen BN pasti terkedu dengan kekalahan bergandanya.
Permatang Pauh mungkin tidak memalukannya tetapi Kuala Terengganu nyata memberi tamparan hebat buat bakal Perdana Menteri, yang dijangka naik takhta Mac nanti.
Permatang Pauh dikenali sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim sejak 1982 lagi, terletak pula di negeri Pakatan Rakyat. Sementara Kuala Terengganu milik Umno-BN, di negeri Terengganu yang mana BN menang besar dalam pilihan raya umum ke-12, menghadang ombak tsunami politik yang menghempas Pantai Barat.
Lebih perit buat BN di Kuala Terengganu
Di Permatang Pauh calon BN kekurangan 1,426 undi berbanding pilihan raya 2008 tetapi di Kuala Terengganu, "orang kuat" Abdullah Ahmad Badawi, undi Wan Ahmad Farid Wan Salleh merosot 2,320 berbanding penyandang, Allahyarham Razali Ismail.
Najib diakui bekerja keras sepanjang 11 hari berkempen, menawarkan pelbagai impian, menyogok tawaran, dan mengetuk pintu demi pintu, bagi memastikan momentum kejayaan gemilang Anwar tidak merebak ke Pantai Timur.
Kini reputasi Najib - dan BN yang bakal dipimpinnya - dipercayai tambah gelap memandangkan bagasi sejarah beliau juga begitu membebankannya. Igauan Altantunya Shaariibu masih menghantui Najib hinggakan mereka yang manampal gambar gadis Mongolia itu di Kuala Terengganu pun ditahan polis.
Umno di bawah terajunya nanti dijangka berdepan masalah dalaman lebih parah. Secara umumnya, imej peribadi calon BN, Wan Farid Salleh, yang dikatakan "sombong, tidak mesra, elitis, bersifat bangsawan" boleh menggambarkan imej Umno-BN sekarang.
Malang sekali, Najib dan juga jentera kempen BN tidak pernah berubah; mereka seolah-olah langsung tidak mengambil iktibar pengalaman pahit pilihan raya Mac 2008 yang menyaksikan lima negeri jatuh dan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan.
Seperti ditegaskan sarjana politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Ghazali Mayudin, yang menghantar artikelnya kepada saya pada awal pagi 17 Januari, di waktu pusat mengundi baru dibuka: "Strategi dan tindakan BN untuk memenangi hati pengundi di KT menampakkan yang parti itu seakan terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri.
Setelah memenangi puluhan pilihan raya, umum atau kecil, dengan skrip yang sama semenjak merdeka, maka skrip lama ini juga yang digunakan dalam pilihan raya abad ke-21 ini."
Maknanya Ghazali menulis artikel itu, yang sudah merumuskan punca kekalahan BN, sebelum pemilih berdaftar membuang undi lagi.
Ramalan sarjana politik terbukti tepat
Bukan Ghazali seorang yang begitu yakin PAS boleh menang, malah beberapa pengkaji dan sarjana politik lain sudah meramalkan begitu. Ketua Program Sains Politik UKM, Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff, empat hari sebelum mengundi, memaklumkan kepada saya: "Lutfi, pegang cakap-cakap saya ini, PAS boleh menang sehingga majoriti 3,000 undi!" Seorang lagi pensyarah sains politik, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin, melalui siaran langsung TV, berdasarkan tinjauannya, juga dengan penuh yakin menjangkakan PAS bakal menang.
Semasa kempen, berdepan masyarakat Tionghua, yang dikira undi penentu, BN terus menakutkan mereka dengan isu Hudud walhal dalam pilihan raya umum lalu, khususnya di Pantai Barat, pengundi Cina dan India tanpa segan silu menyelimuti bendera PAS di tubuh mereka, sambil giat berkempen memenangkan Pakatan Rakyat. Seorang pemimpin muda MCA Cheras, melalui siaran Astro Awani menegaskan, "politik ugut dan gertak" menggunakan isu Hudud sudah tidak berkesan lagi.
Politik "pembangunan dan keselamatan" dengan gaya lama adalah konsep kuno yang tidak lagi sesuai dengan dunia siber dan langit terbuka ini. Benar seperti kata A Kadir Jasin, BN yang sudah terlalu lama berkuasa sudah begitu sukar berubah: "Mereka tetap menggunakan taktik lama yang sama. Memang ada janji untuk melakukan bedah-siasat atas kekalahan Mac 2008 tetapi apabila didapati post-mortem itu menikam pemimpin atasan, ia terus dilupakan. Jadi, tidak hairanlah jika ada ahli Umno sendiri yang mendoakan BN kalah di Kuala Terengganu."
Di pihak Pakatan Rakyat pula, diharap hubungan erat semasa kempen dapat diinstitusikan. Lima negeri Pakatan harus menyerlahkan bentuk kerjasama yang boleh memberi banyak manfaat buat rakyat.
Persefahaman mantap Pakatan
Tidak mudah berdepan ketidak-tentuan ekonomi dan cabaran lain yang lebih sengit dalam waktu terdekat, namun dengan persefahaman pimpinan Pakatan di peringkat pusat dan negeri terbabit, segala kemelut mudah dirongkai.
Lebih menarik, "Pengisytiharan Mentaloon" dikeluarkan pada 18 Mac, sehari selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu, membabitkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat, bertempat di kediaman Menteri Besar Kedah, di Sri Mentaloon, Alor Setar.
Impian rakyat untuk menikmati kehidupan lebih baik di bawah Pakatan begitu tinggi. Segala tawaran dalam manifesto masih ada yang belum tertunai. Masa Umno-BN sudah berlalu.
PAS terbukti dapat melalui ranjau dengan cemerlang sekali. KT bukan sahaja membuka laluan untuk menguasai kembali Terengganu, malah menunjuk jalan lurus ke Putrajaya, insya-Allah.
Dan terbukti penangguhan cetakan Harakah edisi Jumaat, Bil 1408, daripada pagi Sabtu kepada pagi Ahad, bagi menunggu keputusan pilihan raya, adalah langkah tepat! Kami tidak mahu terlewat untuk merakam satu sejarah baru dalam politik Malaysia

NGO dan Ahli Akademik Yakin Pakatan Rakyat Akan Memerintah Negara

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan tokoh akademik, melihat kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu Sabtu lepas sebagai pembuka laluan untuk meraih kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum ketiga belas nanti.
Ini kata mereka yang dihubungi Harakahdaily, keputusan tersebut dengan merangkul majoriti yang besar bukan lagi undi protes sebaliknya satu trend perubahan rakyat.
Presiden Pusat Kajian Medenity/Masyarakat Madani (Cesmacs) Dr Mohd Nor Manuty berkata, kemenangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mengalahkah calon Barisan Nasional (BN),
Dato' Wan Farid Wan Saleh, menunjukkan dengan jelas rakyat mahukan perubahan.
Apa lagi katanya, kemenangan tersebut dengan satu majoriti yang besar biarpun BN pergunakan segala kemudahan yang ada pada mereka.
"Tentunya kemenangan ini sesuatu yang menggembirakan kerana rakyat mahukan perubahan yang sedang berlaku dengan rancaknya sejak 8 March lalu menjadi realiti dalam sistem politik negara.
"Ini juga menunjukkan dakyah-dakyah BN bahawa Pakatan Rakyat itu tidak kukuh ternyata tidak benar sama sekali," katanya.
Katanya dalam pilihan raya kali, yang menarik perhatian dengan kehadiran DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bekerjasama dengan pemimpin dan petugas-petugas PAS terutama di kawasan bandar.
Beliau berkata, ini sebagai satu manifestasi yang begitu memberangsangkan untuk masa depan Pakatan Rakyat dalam apa pun jua kontroversi antara berbilang kaum .
"Sama ada Melayu, Cina atau India yang besar majoritinya di situ, ini sebagai satu petanda yang cukup baik kerana dalam pilihan raya kecil yang lazimnya dimenangi Barisan Nasional," katanya.
Kemenangan tersebut sudah melakarkan satu landkap politik negara ke arah perubahan.
Keputusan pilihan raya kecil, Parlimen Kuala Terangganu yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam menyaksikan kemenangan Wahid dengan memperolehi undi sebanyak 32,883 undi manakala Wan Farid dari BN sebayak 30,252 dan calon Bebas, Azharuddin Mamat, 193 undi. PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.
Mengulas isu sama, Ahli akademi daripada Jabatan Sains Politik Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) Dr Marzuki Mohamad berkata, kemenangan di Kuala Terangganu memberi erti masa depan PAS dan Pakatan Rakyat semakin cerah.
Secara tidak lansung katanya memberi peluang untuk PAS perkukuhkan kedudukan politiknya di peringkat nasional dan juga segi kerjasama Pakatan Rakyat khasnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
"Kalau tengok dalam pilihanraya di Kuala Terengganu ini boleh dikatakan satu simbol ataupun satu bukti wujud satu kerjasama yang cukup rapat dalam satu pasukan di bawah Pakatan Rakyat.
"Dalam konteks Umno dan BN saya lihat sebagai satu lagi isyarat kepada BN khususnya Umno untuk melaksanakan satu reform dalam BN.
"Mereka perlu satu perubahan seperti isu yang dibawa itu berkait dengan pemerintahan yang baik atau good governant jadi saya nampak itu isyarat dari pengundi," katanya
Beliau berkata, kekalahan menuntut Umno dan BN perlu menumpukan usaha yang lebih kepada meningkatkan prestasi dari segi pemerintahan seperti rasuah dan hubungan kaum.
Ini katanya pilihan raya tersebut bukan saja pengundi Cina yang mengundi PAS tetapi Melayu juga ramai menyokong PAS.
Perkembangan tersebut katanya menunjukkan prestasi PAS mungkin akan menggantikan peranan Umno sebagai parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di peringkat nasional.
"Ini satu yang harus kita lihat kerana perubahan landkap politik bukan sebagai undi protes saja kepada BN tetapi nampak satu trend perubahan yang memberi peluang baik kepada Pakatan Rakyat khususnya," kata beliau.
Dalam pada itu, Pengarah Korporat Komunikasi, Fomca, Mohd Yusuf Abdul Rahman berpandangan kejayaan PAS bagi menduduki kerusi parlimen Kuala Terengganu itu mencerminkan perasaan rakyat yang sebenarnya,
"Kita tahu walaupun dalam pilihan raya kecil itu kerajaan mengarahkan jenteranya turun tetapi masih lagi tidak dapat pengaruhi pengundi dan ini menunjukkan keyakinan rakyta kepada kerajaan persekutuan masih lagi rendah dan kerana itu ia memberi kemenangan kepada PAS," ujarnya.
Katanya, Kerajaan Persekutuan harus membuat sesuatu jika hendak dapat kembali keyakinan rakyat.
Malah katanya, jika senarionya masih sama kemungkinan besar Pakatan Rakyat boleh menjadi pilihan utama rakyat.
"Saya rasa kalau rakyat ada sekarang masih menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan tidak mustahil bahawa Pakatan Rakyat boleh ambilalih tampuk perintahan, "Bagi saya sendiri melihat perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah masih lagi meluap-luap," katanya. - mr_

Usaha UMNO Pecahkan Perpaduan Pakatan Rakyat GAGAL - Nik Aziz

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Usaha Umno dengan bantuan media massa mahu memecahkan Pakatan Rakyat makin tersasar. Ia dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.
Sokongan masyarakat Cina dan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat bertambah sebanyak 949 undi berbanding Mac 2008, sebaliknya Barisan Nasional (BN) hilang sebanyak 2,310 undi.
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan masyarakat pelbagai kaum khususnya Cina semakin menerima PAS.
Katanya, apa yang lebih penting kesepakatan Pakatan Rakyat telah berpadu tenaga sehingga berjaya dibuktikan pada pilihan raya kecil itu.
"Saya amat bersyukur di atas kemenangan tersebut kerana sekaligus akan merapatkan hubungan dengan masyarakat Cina khasnya DAP yang sebelum ini dianggap ekstrem.
"Dalam masa yang sama kemenangan ini juga berjaya merapatkan hubungan gerakan Islam yang dibawa PAS untuk dihayati semua pihak," ujarnya di sini semalam.
Menurutnya juga kemenangan tersebut membuktikan Islam bukan sebagaimana didakwa pihak lawan sebagai parti yang ekstrem dan menghalang kemajuan.
Katanya DAP khasnya golongan muda yang dianggap penentu kejayaan calon PAS dianggap memahami perjuangan dibawa PAS melalui usaha penerangan yang dijalankan sejak dahulu sehingga sekarang.
"Golongan muda memahami Islam melalui pembacaan, perbincangan dan penerangan yang disampaikan berbanding golongan tua.
"Orang tua ni orang tua la golongan tradisi, orang Melayu pun menerima Islam kerana tradisi bukannya kerana pengajian," ujarnya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, walaupun media begitu hebat berkempen untuk memenangkan calon BN, namun rakyat tetap menolak BN.
Beliau juga meminta pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat tidak mengeluarkan kenyataan yang dianggap angkuh ekoran kemenangan PAS pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi mengalahkan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu Sabtu lalu.
Calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. -

Majlis Menteri - menteri Besar Pakatan Rakyat Berjaya Dibentuk


ALOR SETAR, 19 Jan (Hrkh): Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara lima negeri tersebut apabila mencapai persetujuan menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri.
Persetujuan yang dikenali sebagai "Pengisytiharan Mentaloon" itu dicapai pada Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, dekat sini semalam.
Persidangan kali pertama itu juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan urusan majlis tersebut di mana Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri akan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Sementara itu, Majlis Exco turut dibentuk bagi kelima-lima negeri dan dijangka akan bersidang dengan lebih kerap.
Menurut Menteri Besar Kedah, Dato� Seri Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan antara kerajaan di lima negeri tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, majlis itu akan berkongsi maklumat dari segi kejayaan pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekaligus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap.
Menurut beliau juga, hubungan yang rapat antara lima negeri itu akan mengurangkan masalah 'miss communication' sebaliknya meningkatkan konsep persamaan pendapat dan maklumat.
Sementara itu, memberi penjelasan kepada pertanyaan pihak media, Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri tempat persidangan diadakan.
Persidangan pada petang tersebut turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain disertai Exco Kanan dan Setiausaha-setiausaha Politik Menteri Besar/Ketua Menteri.
Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa hadir mewakili Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.- tajdid

Kehadiran Pak Lah, Najib dan Menteri - menteri Santa Claus Tidak Mampu Menangkan UMNO/ BN


Oleh edyesdotcom"
Akhirnya, Kuala Terengganu P36 telah menjadi milik PAS, menjadi milik Pakatan Rakyat dan juga menjadi milik rakyat. Walaupun Barisan Nasional bersama jentera tentera bergajahnya, dengan kehadiran puluhan VVIP dan VIP bersama kenderaan mewah bertinted hitam, dengan cubaan politik 'buy-election', mereka tewas kepada rakyat kebanyakkan.
Alhamdulillah.Rakyat Kuala Terengganu telah melakukan satu keputusan yang amat dihormati dan dikenang sebagai satu keputusan yang menandakan bermulanya era kejatuhan empayar UMNO secara TOTAL. Kuala Terengganu harus sedikit bersabar, Rakyat di 5 negeri Pakatan juga harus bersabar. Jika 50tahun kita diliwat oleh kerajaan BN, jika 50 tahun kita dijajah oleh kerajaan pro-kapitalis yang mengutamakan keuntungan tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat kebanyakkan, kini tinggal beberapa tahun saja lagi untuk bersabar.
Kerajaan negeri Kelantan telah lali dengan situasi dipencilkan dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Walaupun suatu ketika dulu BN mengatakan PAS di kelantan hanya bertahan 3 bulan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang kokoh, namun kerajaan Kelantan tetap bertahan dan membuktikan bahawa mereka juga boleh hidup walaupun ditindas Kerajaan Pusat. Kelantan kini jauh lebih maju dari tanggapan masyarakat yang hanya menonton TV3.
Kini tiba giliran beberapa negeri Pakatan untuk bertahan sebaik-baiknya daripada sekatan ekonomi kerajaan pusat. Kita dapat lihat bagaimana kawasan pelancongan Pulau Pangkor, malah Langkawi juga dicantas-cantas peruntukkan pelancongan yang sepatutnya diagih bersama.
Jika dulu rakyat Terengganu serik dengan pemerintahan PAS dengan memberi kembali negeri Terengganu kepada pemerintahan BN, kini mereka sedar bahawa mereka juga harus bersabar dan bertahan untuk seketika. Sekarang ialah masanya untuk membalas sebuah kepercayaan kerna halatuju rakyat negara ini telah begitu jelas menuju ke arah sebuah perubahan TOTAL.
Kemenangan PAS di Kuala Terengganu mencerminkan bahawa rakyat negeri Terengganu sedar akan sebuah pengorbanan diperlukan demi perubahan ini.Kedah, Penang, Perak dan Selangor juga sedang menghadapi ancaman kebuluran tabungan kewangan dari kerajaan pusat. Namun negeri yang kaya dengan hasil bumi dan hasil percukaian ini dijangka tidak akan menghadapi masalah yang besar dari sudut kewangan kerana mereka menjalankan amanah dengan bersih dan cekap. Cengkaman politik Pakatan Rakyat kian bertambah dengan berita kemenangan P36 yang menyaksikan majoriti bertambah dengan besar sekali. Saya yakin rakyat negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor mempunyai istiqomah yang kukuh untuk bertahan bersama Pakatan Rakyat sehinggalah Kerajaan Barisan Nasional dirobohkan selewat-lewatnya 2013.
Pakatan akan bertahan dan negeri-negeri gerombolan UMNO akan bergoncang dengan trend Pilihanraya umum Mac, Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di P36 bersama pertambahan majoriti yang besar dan hayunan 5 peratus undi, pelbagai spekulasi dan analisis akan timbul bak cendawan. Bagaimana hayunan (swing) 5% didapati ialah apabila Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menafikan majoriti Razali sebanyak 628 undi, dan ditambah dengan majoriti baru 2631 undi. Dengan jumlah mengundi yang hampir sama iaitu +-64000, kita akan dapat hayunan 5% daripada 3259/64000*100 = 5.09%.
Mengikut analisis saya, majoriti ini sangat penting dan ia akan mempengaruhi seluruh negara bersama trend merubah ke paksi Pakatan Rakyat menjadi lebih efektif. Pada PRU12 yang lalu, kedudukan undi BN dan Pakatan Rakyat di semenanjung boleh dikatakan 51% untuk BN dan 49% untuk Pakatan Rakyat. Jika swing 5% ini diambil kira, sudah tentu PRU13 akan menjadi milik RAKYAT. Saya tidak obses dengan perjumlahan ini malah saya menjangkakan dalam masa yang mendatang, jumlah swing akan bertambah beberapa peratus menjelang PRU13.
Golongan atas pagar yang selama ini memberi undi kepada pihak yang mereka jangka menang kini akan mengundi Pakatan Rakyat kerana mereka sudah mula mempercayai bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan di bumi bertuah ini. Percayalah bahawa berduyun-duyun rakyat akan mula berfikir beberapa jenak dan salah sebuah kotak yang berada difikiran mereka ialah bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli PAS? Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli kelab penyokong PAS? Bagaimana caranya untuk menjadi Ahli PKR dan DAP? Bagaimana caranya untuk menjadi ahli Pakatan Rakyat? Bagaimana caranya untuk memainkan peranan dalam merealisasikan perubahan TOTAL? Saya menutup artikel pendek tapi sendat ini dengan sebentuk idea yang praktikal, iaitu dengan membuka kiosk pengambilan ahli-ahli baru secara lebih efektif.
Saya memberi jaminan, setiap kiosk pendaftaran yang dibuka di seluruh negara tidak lengang dari pendaftar-pendaftar baru terutamanya di kampung-kampung. Perhebatkanlah kempen kempen kiosk pendaftaran di seluruh bandar dan kampung terutamanya.Angin perubahan tidak dapat lagi dibendung, badai reformasi tidak lagi dapat dihadang.
Ayuh tumbangkan Barisan Nasional, dan menuju ke arah negara yang lebih berkebajikkan. UMNO led Barisan Nasional sudah monopouse dan expirynya ialah PRU13 atau tahun 2013 atau yang mana lebih awal.
RE-FOR-MA-SI !
Takbir !!

Saya Mangsa Keadaan - Syazrizul Ayuni


Bangsar, 18 Jan - Calon Kerusi Umum bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, Shah Rizul Ayuni malam tadi telah membuat kenyataan kepada wartawan mahasiswakini di pejabat media tersebut di Bangsar sejurus selepas Malam Pelancaran dan Pengenalan Calon Pro Mahasiswa.
Beliau yang bertegas dalam penyataannya kepada media menyatakan bahawa penyataan tersebut dibuat untuk membersihkan namanya atas rasa kecewa dengan tindakan TNC HEPA universiti tersebut yang membuat kenyataan terbuka di hadapan peserta program di kolej tersebut yang memalukan diri dan keluarganya.
Ayuni menyifatkan bahawa beliau sebenarnya telah menjadi mangsa kepada keadaan ini apabila surat yang dibawanya disifatkan sebagai dibuat sendiri atau sengaja direka oleh beliau.
“Saya sebenarnya mangsa kepada kes ini, tetapi akibat fitnah dari pihak yang tak bertanggungjawab, maka diputar belit sehingga menampakkan sayalah yang merancang semua ini.
Kenyataan bahawa saya membuat dan merancang sendiri keadaan ini ialah fitnah, kalau pun surat itu datangnya daripada saya, saya mestilah pastikan tidak akan ada sebarang kesilapan.
Saya tidaklah terlalu lalai sehingga nak beri surat ‘palsu’ itu kepada polis,”jelas beliau panjang.
Beliau menjelaskan bahawa beliau mengambil tindakan berdiam diri kerana dinasihatkan oleh polis supaya tidak membuat sebarang penyataan, bukan kerana mengaku atau mengiyakan tuduhan ke atas nya.
Menjawab keraguan berkenaan tahun ‘2008′ yang ditulis, beliau menjelaskan, tarikh itu hanya kesilapan teknikal. Apabila beliau sedar akan kesalahan tarikh tersebut, beliau telah membuat penyataan semula (restatement) kepada polis pada 14hb yang lepas.
Penyataan semula berkenaan tarikh tersebut tidak dapat diambil oleh beliau kerana disimpan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.
Calon kerusi umum PRK UM, Shah Rizul Ayuni dalam pada itu menimbulkan persoalan siapakah yang menghantar surat tersebut kepada beliau?. Menurut beliau, surat berkenaan diambil oleh beliau di dalam rak pelajar pada petang 13hb yang lalu, dan terus membuat laporan kepada polis apabila mendapati ianya ialah tawaran yang bersifat rasuah.
Beliau juga hairandan sedih mengapa TNC HEPA bertindak melatah dalam mempertahan dirinya sehingga mengganggu perjalanan program lain.
Pilihanraya kampus Universiti Malaya menyaksikan pelbagai isu menjadi tanda Tanya pelbagai pihak. Pro Mahasiswa telah mendedahkan isu rasuah dan surat tawaran menjadi calon kepada calon kerusi umum mereka,Shah Rizul Ayuni.
Persoalan timbul berkenaan surat yang kelihatan palsu. Adakah perkara ini dirancang oleh pentadbiran kolej atau sesiapa sebagai pihakketiga di kolej tersebut apabila surat itu di ambil oleh Ayuni di rak surat pelajar kolej tersebut.-mahasiswakini

Kertas Undi Pro Mahasiswa UM Ditukar

KUALA LUMPUR - Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) kesal dengan tindakan urusetia pilihanraya kampus di universiti tersebut menukar nombor dua calon kumpulan tersebut dalam kertas pengundian dalam pemilihan hari ini, tanpa pengetahuan mereka.
Seorang daripadanya adalah Shah Rizul Ayuni Zulkiply yang sebelum ini membuat laporan polis, mendakwa dia cuba disogok supaya bertanding bagi pihak universiti dalam pilihanraya kampus hari ini.
Ketika dihubungi Malaysiakini, wakil beliau, Nurfariza Zahrin berkata, dalam kertas undi, Ayuni pada asalnya merupakan calon bilangan ke-17.
Berikutan itu, katanya, mereka berkempen berdasarkan kedudukan nombor Ayuni pada kertas undi.
“Ini kerana kempen dibuat mengikut nombor undi calon kerana ia mudah diingati oleh pelajar yang akan mengundi hari ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Oleh itu, katanya, pertukaran nombor tersebut boleh menyebabkan pengundi yang mahu mengundi Ayuni, boleh tersalah pangkah calon.
Timbul tanda tanya
Apabila pengundian bermula pagi tadi, beberapa penyokong pro-Mahaiswa menyedari nombor bilangan Ayuni ditukar ke nombor 18 yang sebelum ini merupakan nombor bilangan calon lawan, pro-Aspirasi.
Nurfariza berkata, seorang lagi calon mereka dengan nombor bilangan 16, turut dianjak satu unit ke depan.
Bagaimanapun, tambah beliau, calon itu tidak menghadapai masalah kerana ia adalah nombor asal Ayuni.
“Pertukaran ini menimbulkan tanda tanya,” kata Nurfariza.
Menurut Nurfariza lagi, nombor-nombor calon telah termaktub dalam Borang 8 - yang dikeluarkan selepas selesai penamaan calon.
Borang 8 merupakan borang rasmi yang mengesahkan calon-calon bertanding serta nombor bilangannya.
Kata Nurfariza, perkara itu juga dijamin dalam buku peraturan pilihanraya kampus yang dikeluarkan pihak universiti.
Mahu jumpa TNC
Sehubungan itu, Nurfariza berkata, kumpulan pro-Mahasiswa bercadang mengadukan perkara itu kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya, Dr Azarae Idris.
Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya cuba mengadakan pertemuan dengan Azarae sebelum jam 1 tengah hari ini.
Ditanya sejauhmana tindakan mengejut pihak universiti itu boleh menjejaskan peluang calon-calonnya, Norazali berkata, pelajar yang mengundi mengenal calon mereka berdasarkan nombornya.
“Mereka tidak dapat ingat semua nama kerana banyak kerusi yang dipertandingkan,” katanya.
Pilihanraya kampus UM hari ini mempertandingkan 41 kerusi - sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.
Pro-Mahasiswa kini menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di universiti berkenaan.-malaysiakini

Cekapnya UMNO Berbohong


SENTIMEN kaum dan agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.
Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.
Lihat sahajalah isu penganugerahan geran hak milik kekal kepada para penduduk kampung baru di Perak yang dijadikan modal politik Umno negeri.
Dan bagi lebih menarik simpati, titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di ibu kota, 16 Januari lalu cuba diputarbelitkan Umno untuk menggambarkan kononnya pihak istana Perak juga tidak memperkenankan tindakan itu.
Isu ini berbangkit apabila kerajaan negeri mengambil langkah mengurniakan geran hak milik kekal kepada kampung baru dan kampung tersusun.
Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai “menggadaikan maruah bangsa dan agama” oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.
Malah Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) yang ditunggangi Umno, Datuk Seri Hilmi Ismail mendesak Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana gagal menjadi ‘dahan’ kekuatan orang Melayu dan sanggup �menggadai� maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.
Begitulah bersemangatnya pemimpin Umno dalam “membela orang Melayu” sehingga menganggap pemberian lot tanah kediaman kepada kaum Tionghua yang telah menetap puluhan tahun di kampung baru sebagai “menggadai hak Melayu”.
Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!
Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai “mengkhianati hak Melayu”?
Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.
Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung baru turut dinafikan Menteri Besar, tetapi terus dicanangkan ’sebagai betul’ oleh pemimpin Umno negeri.
Cubaan memutarbelitkan titah ucapan Dr Raja Nazrin berhubung teguran raja-raja Melayu terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu juga sebenarnya ‘menampar muka’ Umno.
Teguran Raja-raja Melayu yang dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950 itu sebenarnya merujuk kepada Rancangan Briggs yang dilancarkan Sir Henry Gurney ketika era darurat di Malaya (1948-1960).
Ketika ghairah menimbulkan satu episod dalam sejarah negara, pemimpin Umno tidak langsung mahu membicarakan episod yang lebih penting daripada Rancangan Briggs iaitu sokongan Umno terhadap prinsip kerakyatan Jus Soli yang diperkenalkan British.
Jika rancangan Briggs sekadar memindahkan masyarakat Cina yang duduk di pinggir-pinggir hutan ke satu perkampungan tersusun yang dikenali sebagai kampung baru (untuk mengelak mereka dipengaruhi anasir komunis); Umno melalui sokongannya terhadap Jus Soli bersetuju memberi hak kerakyatan kepada pendatang India dan Cina ke Tanah Melayu.
Dan adakah bantahan Umno terhadap pemberian hak milik kepada penduduk kampung baru membawa erti bahawa Umno bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada penduduk Cina dan India tetapi tidak bersedia untuk mereka diberikan tapak rumah kediaman?
Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?
Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.
Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.
Jenayah Umno terhadap Melayu sebenarnya terlalu banyak untuk diungkit. Ia tidak melayakkan parti itu untuk mendabik dada sebagai “pembela maruah Melayu”.
Apa yang boleh ‘dibangga’ dengan Umno cumalah kemahiran untuk berbohong dan memainkan sentimen bangsa dan agama bagi satu tujuan - mengekalkan kuasa!
http://www.harakahdaily.net

Pro Mahasiswa UIAM Berjaya Tawan Fakulti Kejuruteraan - Menang Tanpa Bertanding


Kumpulan Pro-mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menang tanpa bertanding satu daripada 12 kerusi fakulti yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus universiti itu selepas proses penamaan tamat jam 3 petang tadi.
Jurucakapnya Ahmad Nor Muslim berkata, kemenangan pro-Mahasiwa di Fakulti Kejuruteraan di Kampus Gombak itu sekaligus mengekalkan penguasaan mereka di kerusi terbabit sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau belum mendapat maklumat jelas berhubung kedudukan mereka di kampus Kuantan yang juga dijadual berlangsung serentak.
UIA Gombak mempertandingkan 12 Kerusi Fakulti dan empat kerusi antarabangsa. Manakala UIA kampus Kuantan pula mempertandingkan 10 kerusi fakulti dan satu kerusi antarabangsa.
Ahmad berkata, Pro-Mahasiswa tahun ini meletakkan sebelas calon bertanding di 12 kerusi fakulti di kampus utamanya di Gombak.
Tahun lalu pro-Mahasiswa yang dilihatkan sebagai anti-establishment dilaporkan memenangi 17 daripada keseluruhan 27 kerusi yang dipertandingkan.
Menang tanpa bertanding
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata, keputusan awal itu diumumkan pesuruhjaya pilihanraya kampus UIA, Dr Iqbal Wahab setelah tamat proses penamaan calon yang bermula jam 8.30 pagi tadi.Selain di kerusi Fakulti Kejuruteraan, menurut Ahmad, sebuah lagi kerusi fakulti diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Bagaimanapun, tambahnya, kerusi di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi dimenangi calon bebas yang tidak mewakili mana-mana kelompok.
Selain itu, Ahmad berkata, akan berlaku pertandingan tiga penjuru di Fakulti Ekonomi apabila pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut meletakkan calonnya.
UIA akan melangsungkan pilihanraya kampusnya Khamis ini apabila dua kali ditangguhkan - kali terakhir Rabu lalu apabila universiti itu mengalami gangguan bekalan air ekoran kemalangan jalanraya di lebuhraya Karak yang mencemarkan loji pengumpulan air kawasan berikut.
UIA akan menjadi kampus terakhir di Malaysia mengadakan pilihanraya kampusnya.

Pak Lah Tak Salah.. Najib Sebagai Ketua Perang UMNO Yang Sebenarnya Gagal Meyakinkan Rakyat

Oleh Matkeri
Mengenai keputusan pilihanraya KT, kali ni aku memilih untuk bersetuju dengan mahadet - tapi tak sepenuhnya - namun tetap ada titik pertemuan setuju antara aku dan mahadet. Aku setuju dengan pendapatnya bahawa keputusan KT adalah undi tidak percaya rakyat kepada BN.
Mahadet melalut dengan lebih jauh lagi dengan menunjal kesalahan ke dahi Paklah. Tapi bab tu aku kurang bersetuju. Sebab bukan Paklah yang turun berkempen 11 hari di KT, tapi laki nombor dua Rosmah yang mengepalai "Perang KT". Kalau ikut logik, rakyat menilai pada semua orang yang datang berkempen haritu, dan menang-kalahnya sesuatu perang tu terletak di tangan panglima perang - iaitu BUKAN Paklah. Tapi mungkin sebab Mahadet terlampau sayangkan laki si Rosmah, maka akal telah tertutup untuk melihat kelogikannya. Kekalahan diletakkan sebesar2nya ke atas bahu Paklah - yang tidak terlibat dengan pilihanraya KT.
Malah mahadet sekali lagi sanggup "mengular"kan statementnya sekali lagi dengan mengatakan "rakyat benci calon BN lebih daripada PAS, sebab itu PAS menang". Sama macam keputusan PRU13 dulu, katanya "BN tak kalah, Pembangkang yang menang". Mahadet... Mahadet...
Dia sedar yang kelibat laki Rosmah di KT mengundang kemeluatan tahap gaban di kalangan pengundi. Nasib baik Rosmah tak kelihatan, kalau tak kemungkinan besar majoriti PAS bertambah sekali ganda lagi. Adakah Mahadet lupa bahawa sentuhan Paklah dalam melabelkan "Cikgu Partibhan" pada saat akhir kekalutan BN di Ijok telah menyelamatkan maruah Najib?
Takkan dia lupa bahawa ini merupakan by election kedua dalam tempoh 12 bulan Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya? Ya, keputusan KT merupakan undi tak percaya rakyat kepada BN. Bukan setakat tidak percaya pada Paklah, tetapi semua menteri2 kabinet, para media pengampu, dan juga pada si Rosmah dan laki nombo duanya.
Mahadet tidak boleh menerima kenyataan bahawa rakyat menolak BN sebab Najib. Dia lebih suka menunding2 jari menyalahkan orang lain, daripada melihat hasil yang terbit daripada kesan pemerintahan diktatornya selama 20 tahun. Keputusan KT jelas menunjukkan rakyat menolak BN. Bagi ameno, ia merupakan isyarat yang jelas bahawa KT tidak mahu bertuankan laki Rosmah nanti. Mereka langsung tidak teruja untuk mendapat habuan dari bakal PM selepas Paklah. Malahan pengundi di KT menterjemahkannya kepada undi protes ke atas peralihan kuasa. Ini adalah jelas, dan rata2 penganalisis dalam dan luar negara telah membuat rumusan bahawa ini merupakan isyarat paling jelas untuk Najib.
Mahadet seharusnya menerima kenyataan bahawa BN sebenarnya makin tenggelam. Bukan sebab pemimpin, bukan sebab calon, bukan sebab Paklah dan KJ, tapi sebab sistem korup yang dianuti oleh BN yang diwarisi daripada pemerintahannya dahulu sudah tidak boleh digunapakai sekarang.
Mengubah keseluruhan sistem BN samalah seperti menukar seluruh umat yang terlibat dalam kepimpinan BN - yang mana ianya adalah mustahil untuk dilaksanakan bilamana BN masih lagi menjadi target manusia yang gila habuan. Bagi aku, BN masih boleh dibaiki. BN boleh dibina semula. Tetapi hanya dengan satu cara : meroboh-ranapkan BN secara total dan menjadikan BN tidak mampu menjanjikan apa2 kecuali perjuangan yang ikhlas dan pengorbanan wang ringgit untuk mengangkat semula martabat rakyat. Jika tidak, kabilah2 dalam BN akan terus2an berperang untuk mendapatkan habuan masing2. Keihklasan hanyalah gimik di mulut sedang tidurnya bertilamkan duit dan gelasnya bertatahkan berlian.
Aku pasti mahadet juga bersetuju dengan pendapat aku. BN sudah tiada masa hadapan. Rakyat melihat mereka sekadar berlakon untuk terusan menghambat kemewahan yang ada dalam temolok kerajaan. Tiada seorang pun pemimpin mereka teruji dengan ditangkap atau dipenjarakan kerana membela rakyat. Tiada perkara yang boleh membuktikan bahawa mereka jujur dalam memperjuangkan nasib marhaen. BN harus hancur untuk ia bangun membina empayar semula. Kehancurannya makin hampir. Rakyat telah membulatkan tekad.
BN tidak memerlukan penjenamaan semula untuk memulihkan imej, kerana rakyat telah membuat keputusan untuk memilih kerajaan baru bagi menggantikan sistem yang amat korup sekarang. Yang tinggal dalam BN sekarang adalah mereka yang "denial" dan enggan akur pada kitaran semulajadi ini. Dan bilamana BN itu hancur, tiada apa lagi yang boleh dijanjikan oleh BN. Kabilah2 akan hilang lari bertempiaran, dan yang tinggal hanyalah mereka yang ikhlas untuk kembali berjuang mengangkat martabat ameno dengan jujur dah ikhlas. Pada masa itulah rakyat boleh menilai kembali mereka dengan tolok yang lebih adil. Jangka masa kehancuran itu semakin hampir, mungkin lebih cepat bila laki Rosmah mengambil alih jawatan PM kelak!
Seperti juga Paklah, "Najib bukanlah pilihan saya yang utama", kata mahadet bila masa kehancuran BN tiba. Sekali lagi, pada masa itu aku akan turut bersetuju dengan mantan mamak bendahara. Correct, correct, correct, correct!
matkeri
http://www.jahilgoblog.net
Sent via BlackBerry from Maxis

Why as a Chinese I will always vote PAS


Lettersby Jonathan Tan
It has now been 51 years since independence, and although it was predominantly a Malay Archipelago, immigrants who had to work the land during the British colonial era; by default became citizens after Malaya attained independence in 1957.
Much was promised. Equal rights to jobs, educational and business opportunities. But all this came to naught in 1969 when Tunku Abdul Rahman, Malaysia’ founding father, was unceremoniously sent into early retirement and hawks like Razak and Harun took over and used Malay special rights as their vehicle to build a corrupted society that saw the division between the have and have nots widen.
The process took a turn for the worse during the Mahathir era when he hand picked cronies to award contracts and kept privatized entities such as the Governments’ GLC’s in the government’s stables, obviating the very reason to privatize these entities.
Till this day, these organizations show neither discernible accountability nor transparency. The country bleeds like a wounded kancil.
The situation has become even more tenuous with the serious deterioration of educational standards, where instead of English, Malay was used as the medium of instruction in a multiracial ex-British colony of 300 years, further condemning the country’s young to an educational exposure far less then the previous generation had received all in the name of Malay nationalism and supremacy.
UMNO and Mahathir labeled Malaysia even Islamic with non-Malays forced to take Islamic studies at Universities. The 1957 dream was dead. For Malaysians were not equal neither in the eyes of the government nor the law. You can be a Muslim but you can never unMuslim yourself, so body snatching becomes a norm at funerals by overzealous religious authorities.
In 1957, the MIC and MCA were the designated community guardians to ensure minority rights were protected. But they did not only not protect their communities; they joined UMNO in pursuit of wealth many times for their own personal being at the expense of the rights of their communities.
As a Chinese or Indian Malaysian, you are now a second class citizen in this country born 51 years ago, left betrayed, unprotected and to fend for themselves on their own. Muslim Indonesians and Filipinos are made to feel welcome. Many get citizenships ostensibly to increase the Muslim majority.
But our guardians, MCA and MIC, still looked on squeezing it’s minorities virtually to leave this country. So that promise of 1957 was made to be broken. Or was it sabotaged along the way with the help of the MCA, MIC and later Gerakan.
Governance of the former Federated states had changed hands from our British colonial masters to UMNO. And no one was going to do anything about it.
Enter the Pakatan Rakyat. An inexperienced alternative composite of disparate parties who have significantly changed the political landscape. In the states of Penang, Perak and Selangor, they are beginning to show that even inexperienced administrators, given time may be able to deliver.
PAS on the hand appears fixated on relatively petty matters such as Islamic law when economy, education and health should be right on top of the agenda. But mathematically it is not possible for PAS to ever pass these laws.
Even, if they tried, the reassuring pronouncements of Karpal Singh has brought immense confidence to people like me , that in the event that PAS trys to pull a fast one, the DAP will pull out of the coalition causing the fragmentation and fall of the Federal government if they happen to form one.
This confidence far outstrips the current and ongoing blatant sell out of their communities by the MIC and MCA to UMNO, not that race based politics matter anymore.
Yes as a Chinese, I will vote in PAS anytime, anywhere in this country, because with the Pakatan Rakyat I can rest assured that the law as spelled out in our constitution will reign supreme, and pretenders like PAS will be stopped right in their tracks by the DAP unlike the shenanigans at the MIC and MCA who have now brought minorities to their knees by deceiving them of their rights by colluding with UMNO.
It was the British spy; Harold Philby who once said that “To betray you must first belong.” By belonging, the MCA, MIC and Gerakan have never hesitated for a minute to make full use of their belonging to betray and condemn their communities to a bleak and uncertain future.

Pilihanraya Kuala Terengganu Buktikan Rakyat Lebih Meluat Najib Tun Razak Mengatasi Pak Lah


Ishh..ishhh..depakata kesian sungguh kat TPM yang berkampung di KT tapi akhirnya kalah jugak!ada jentera BN berjalan jauh daripada Kedah p Terengganu tapi akhirnya kalah jugak..walaupun penat tapi masyuk takpa!(betui tak?)
Di mana silapnya strategi yang hebat-hebat?ataupun semua tu strategi lapuk?Janganlah asyik duk hentam Kerajaan PR dia Selangor dan Perak sebab camry?macam mana pulak dengan MB baru Terengganu yang tergesa-gesa beli Merz?bukankah Merz lagi mahal daripada Camry?
Sebab itulah depakata jentera BN jangan duk nampak semut dan kuman kat seberang saja!Jangan jugak bawak Ezam jadi penceramah.rakyat dah bosan dengan isu-isu yang dikupasnya.Orang-orang UMNO seluruh negara tau yang calon BN kat P36 tu bekas Setpol Pak Lah,kira orang Pak Lah ler dan geng KJ.
Bayangkan calon BN P36 tu dah 3 penggal jadi Ketua Bahagian,tapi masih tak kenal semua penduduk KT lagi?sepatutnya sebagai Ketua Bahagian,calon BN itu dah sepatutnya mempunyai hubungan rapat dengan semua penduduk kat KT tu!
kenapa Arwah Datuk Razali boleh menang dengan orang hebat seperti Mat Sabu ketika negara dilanda Tsunami politik tapi calon BN kali ni kalah walaupun seluruh jentera berada di KT?Depakata pastinya faktor calon memainkan peranan yang besar untuk masyarakat yang hidup secara sederhana seperti di KT.

Sunday, January 18, 2009

25 Laman - laman Web Pilihanraya Kampus IPTA - IPTA Malaysia



UMUM

www.mahasiswamalaysia.blogspot.com
www.promahasiswaum.blogspot.com
www.mahasiswakini.com



Pro Mahasiswa Sedia Desak Kerajaan Hapuskan AUKU dan ISA

Kuala Lumpur, 14 Jan - Perjalanan proses penamaan calon di kampus UM hari ini menyaksikan calon Pro Mahasiswa dari UMANY hadir dengan manifesto agar dihapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.
Dalam sesi dialog bersama Suruhanjaya Pilihanraya, calon tersebut, saudara Kho Joon Yi dari fakulti Kejuruteraan menyifatkan manifesto tersebut wajar disahkan malah beliau dengan tegasnya berpendirian mempunyai penjelasan kenapa membawa manifesto sedemikian.
“Kami mahasiswa bebas menyatakan pandangan dan pendirian saya disini ialah untuk membawa usul supaya AUKU dan ISA supaya dihapuskan demi kesejahteraan mahasiswa dan masyarakat.
AUKU merupakan punca kenapa mahasiswa hari ini tidak matang dalam bertindak dan mengikut sahaja telunjuk pihak atasan tanpa memikirkan logik atau sepatutnya.
ISA pula telah disalahguna malah sudah tidak relevan apabila pihak kerajaan yang zalim telah menghukum sesuatu kumpulan secara tidak adil, tanpa cukup bukti dan berlaku ketidaktelusan dalam proses undang-undang,”jelas beliau.
Perjuangan menuntut pemansuhan AUKU oleh pelbagai front mahasiswa termasuk DEMA dan GMMA sememangnya mendapat liputan luas apabila mereka bukan sahaja mendesak kepada pemansuhan tetapi mencadang dan telah merangka undang-undang baru yang lebih sesuai dengan mahasiswa zaman sekarang dalam usaha melahirkan generasi yang intelek dan berdaya saing.
LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM
JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN



.............



UPSI
http://ibnumadzir.blogspot.com/
http://www.mohabar08.blogspot.com/
http://guruohguru.wordpress.com/


UNIVERSITI MALAYA

http://aliasyraf.wordpress.com/
http://generasiwahyu.blogspot.com/
http://merobah-massa.blogspot.com/
http://minda-mahasiswa.blogspot.com/
http://nikabdulrazak.blogspot.com/

UNIVERISTI KEBANGSAAN MALAYSIA

http://jerungsakti.blogspot.com/
http://tunhisyamuddin.blogspot.com/
http://tempurukm.blogspot.com/
http://albuti.blogspot.com/

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

http://muhammad-hafiz.blogspot.com/


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

http://alifyunus.blogspot.com/
http://adisyahid.blogspot.com/
http://assubhubada.blogspot.com/

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

http://islahkan-dunia.blogspot.com/
http://www.faridznasar.blogspot.com/
http://www.mutiulhaq.blogspot.com/
http://abumunzir.blogspot.com/
http://celotehinsani.blogspot.com/


UNIVERISITI DARUL IMAN MALAYSIA

http://blackchix.blogspot.com/


UMUM

www.mahasiswamalaysia.blogspot.com
www.promahasiswaum.blogspot.com
www.mahasiswakini.com

Peluang Pro Mahasiswa Tawan Universiti Malaya Amat Cerah

PETALING JAYA: Peluang calon wakil proaspirasi dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) untuk mempertahankan penguasaan majoriti seperti penggal lalu dijangka tipis ekoran kebangkitan kumpulan promahasiswa untuk mengusai gelanggang.
Salah seorang mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM yang enggan dikenali berkata, situasi sedemikian berlaku terutamanya selepas pembangkang menguasai Selangor pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.
“Saya akui kebangkitan calon-calon promahasiswa pada pemilihan kali ini adalah kesan daripada pilihan raya umum yang lepas,” katanya.
Pilihan raya kampus bagi UM akan diadakan 19 Januari ini.Pada pemilihan kali ini UM mempertandingkan 41 kerusi iaitu 9 daripadanya ialah kerusi umum dan 32 merupakan kerusi fakulti.
Menurut sumber itu lagi, kedua-dua wakil sama ada pro-mahasiswa mahupun pro-aspirasi akan menampilkan calon pilihan yang berwibawa pada proses penamaan calon yang akan diadakan esok bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari.
“Pemilihan kali kali ini agak berbeza dan lebih ‘panas’ berbanding pada penggal lalu.
“Kedua-dua pihak sudah pasti akan menampilkan calon popular dan berwibawa untuk menambat hati pengundi,” katanya yang mengikuti rapat perkembangan kedua-dua pihak.
Menerusi pemilihan pada penggal lalu, promahasiswa telah mengusai 11 kerusi manakala kumpulan pro-aspirasi berjaya mengekalkan penguasaan mereka selama lima tahun berturut-turut.
Bagaimanapun tambah beliau, peluang bagi kumpulan pro-aspirasi untuk menang pada pilihan raya kali ini masih ada namun harus diakui agak sukar.
“Saya jangkakan proaspirasi masih boleh menang tapi mereka perlu bekerja lebih keras tanpa nafikan kekuatan pihak lawan,” katanya.(sumber Mstar)

Pro Mahasiswa Sedia Potong Elaun Jika Menang


KUALA LUMPUR 15 JAN - Isu pemotongan elaun MPMUM dan PTPTN menjadi antara isu hangat yang dibawa dalam Pilihanraya Kampus Universiti Malaya kali ini.
Calon umum MPMUM dari Pro Mahasiswa saudara Ahmad Syazwan Hasan mula melahirkan jaminan bahawa jika beliau dipilih sebagai MPMUM, beliau akan memperjuangkan isu-isu tersebut secara serius dan konsisten.
“Elaun YDP MPMUM menjangkau sebanyak lapan ratus ringgit sebulan.Itu tidak termasuk elaun penginapan di kolej kediaman yang diberikan percuma.
Jika saya dipilih sebagai MPMUM dan teman-teman yang lain (Pro Mahasiswa) menang majoriti, kita janji akan potong elaun-elaun yang tidak perlu itu” ujar beliau semasa berucap di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Beliau juga membangkitkan isu pinjaman PTPTN yang masih perlu diperkasakan demi kebaikan mahasiswa.
Beliau berjanji untuk mencadangkan agar jumlah amaun pinjaman tabung tersebut di bezakan mengikut zon atau kawasan sesebuah IPT.
“Sebelum ini perjuangan mantan MPMUM Pro Mahasiswa yang lepas telah berjaya mendesak kerajaan agar kadar bunga 3 peratus diturunkan kepada satu peratus.
Sekarang, kita akan cadangkan kepada kerajaan agar amaun pinjaman diberikan mengikut kawasan atau zon IPT.Bukan sekadar mengikut jurusan sepertimana sebelum ini.
”“Kita sedia maklum bahawa kos sara diri di Kuala Lumpur adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tempat-tempat yang lain.
Harga makanan,misalnya seperti Nasi Lemak pun sangat berbeza jika dibandingkan antara di KL dengan di Kota Bharu.
Maka segmentasi pengagihan wajar dilakukan”Ahmad Syazwan yang merupakan Timbalan Pengerusi Balai islam Kolej Kediaman Ketiga juga merupakan mantan YDP MPP sewaktu menuntut di matrikulasi.
LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM
JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN

MAHASISWA UM : Undilah Calon- calon Berkaliber Pro Mahasiswa Ini



Calon Umum Pro-Mahasiswa UM
MOHD RIDZUAN MOHAMMAD
MAHASISWA TAHUN 3
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
KELANTAN
U12
CHONG YAH HUEI
MAHASISWA TAHUN 3
FAKULTI PERUBATAN
PULAU PINANG
U24
NURUL FITRAH BT.MOHD ARIFFIN MARICAN
MAHASISWA TAHUN 2
FAKULTI SAINS
PULAU PINANG
U15
SHAH RIZUL AYUNI BINTI ZULKIPLY
MAHASISWA TAHUN 3
FAKULTI SAINS
PAHANG
U17
SASIKUMAR A/L GENGATHARAN
MAHASISWA TAHUN 3
FAKULTI KEJURUTERAAN
KEDAH
U16
MOHAMAD HAFIZ ILYAS
MAHASISWA TAHUN 2
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
PULAU PINANG
U10
YAP ZHEN JUN
MAHASISWA TAHUN 1
FAKULTI UNDANG-UNDANG
PULAU PINANG
U20
LAW YU JEE
MAHASISWA TAHUN 1
FAKULTI UNDANG-UNDANG
PULAU PINANG
U08
AHMAD SYAZWAN B. MUHAMMAD HASAN
MAHASISWA TAHUN 1
FAKULTI EKONOMI KELANTAN
U01
LAMAN RASMI : http://promahasiswaum.blogspot.com/

Mahasiswa UM : Undilah Calon - calon Pro Mahasiswa Yang Berdedikasi Ini


Calon Umum Pro-M
MOHD RIDZUAN MOHAMMAD
MAHASISWA TAHUN 3
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
KELANTAN
U12
CHONG YAH HUEI
MAHASISWA TAHUN 3
FAKULTI PERUBATAN
PULAU PINANG
U24
NURUL FITRAH BT.MOHD ARIFFIN MARICAN
MAHASISWA TAHUN 2
FAKULTI SAINS
PULAU PINANG
U15
SHAH RIZUL AYUNI BINTI ZULKIPLY
MAHASISWA TAHUN 3
FAKULTI SAINS
PAHANG
U17
SASIKUMAR A/L GENGATHARAN
MAHASISWA TAHUN 3
FAKULTI KEJURUTERAAN
KEDAH
U16
MOHAMAD HAFIZ ILYAS
MAHASISWA TAHUN 2
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
PULAU PINANG
U10
YAP ZHEN JUN
MAHASISWA TAHUN 1
FAKULTI UNDANG-UNDANG
PULAU PINANG
U20
LAW YU JEE
MAHASISWA TAHUN 1
FAKULTI UNDANG-UNDANG
PULAU PINANG
U08
AHMAD SYAZWAN B. MUHAMMAD HASAN
MAHASISWA TAHUN 1
FAKULTI EKONOMI KELANTAN
U01
LAMAN RASMI : http://promahasiswaum.blogspot.com/

Kepala Babi Dalam Masjid Akademi Pengajian Islam UM Untuk Takutkan Pro Mahasiswa

Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.
Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.
“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).
Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.
Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.
“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.
Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.
Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.
Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

Blog Rasmi Pro Mahasiswa Uniperdana


Pelayar boleh melayari blog Pro Mahasiswa untuk mengenali calon mereka. Klik http://promahasiswaum.blogspot.com

Calon Bebas Fakulti Pendidikan UM Isytihar Sertai Pro Mahasiswa

Kuala Lumpur, 17 Jan - Dalam perkembangan terbaru, calon berbangsa India, saudari Lydia Colaco a/p Makol @ Michael bersetuju untuk bersama Pro Mahasiswa untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Lydia, yang merupakan salah seorang calon Fakulti Pendidikan bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, membuat keputusan tersebut setelah siri-siri perbincangan antara beberapa pihak. Lydia sebelum ini dilaporkan bertanding atas tiket bebas.
Sebelum ini, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyaksikan 5 orang calon bertanding untuk kerusi yang dipertandingkan sebelum Siti Nasirah Mohd Zin menarik diri dari pencalonan sebelum tamat tempoh menarik diri Rabu lepas. Fakulti Pendidikan bakal menyaksikan 2 calon Pro Mahasiswa dan 2 calon Pro Aspirasi berhadapan untuk merebut 2 kerusi yang dipertandingkan.
Saudara Mukhlis yang merupakan calon Fakulti Pendidikan bagi kem Pro Mahasiswa menyambut baik perkembangan terbaru ini. Menurutnya, Lydia mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri. Perkembangan ini juga dikatakan sebagai sihat kerana dengan ini, Pro Mahasiswa diwakili oleh calon berbangsa India di peringkat fakulti. Beliau turut menyeru warga Fakulti Pendidikan untuk membuat keputusan yang bijak pada 19 Januari 2009 ini iaitu hari pengundian. - Mahasiswakini

Calon Bebas Fakulti Pendidikan UM Isytihar Sertai Pro Mahasiswa


Kuala Lumpur, 17 Jan - Dalam perkembangan terbaru, calon berbangsa India, saudari Lydia Colaco a/p Makol @ Michael bersetuju untuk bersama Pro Mahasiswa untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Lydia, yang merupakan salah seorang calon Fakulti Pendidikan bagi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, membuat keputusan tersebut setelah siri-siri perbincangan antara beberapa pihak. Lydia sebelum ini dilaporkan bertanding atas tiket bebas.
Sebelum ini, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyaksikan 5 orang calon bertanding untuk kerusi yang dipertandingkan sebelum Siti Nasirah Mohd Zin menarik diri dari pencalonan sebelum tamat tempoh menarik diri Rabu lepas. Fakulti Pendidikan bakal menyaksikan 2 calon Pro Mahasiswa dan 2 calon Pro Aspirasi berhadapan untuk merebut 2 kerusi yang dipertandingkan.
Saudara Mukhlis yang merupakan calon Fakulti Pendidikan bagi kem Pro Mahasiswa menyambut baik perkembangan terbaru ini. Menurutnya, Lydia mempunyai kekuatan dan tarikan yang tersendiri. Perkembangan ini juga dikatakan sebagai sihat kerana dengan ini, Pro Mahasiswa diwakili oleh calon berbangsa India di peringkat fakulti. Beliau turut menyeru warga Fakulti Pendidikan untuk membuat keputusan yang bijak pada 19 Januari 2009 ini iaitu hari pengundian. - Mahasiswakini

Lagi 27 Kerusi Tumbangkan UMNO/ BN, Bentuk Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat


Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.
Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.
Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.
Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.
Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.
Seramai 79.3 peratus pemilih keluar mengundi hari ini.
Pengundian di 144 saluran di 36 pusat pengundian bermula pada jam 8 pagi dan ditutup tepat jam 5 petang.
Pengumuman rasmi keputusan pilihanraya tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan pada jam 9.29 malam.
Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.
Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Dengan itu, pembangkang pula kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.
Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).

Pengundi 21 - 35 Tahun Pangkah Bulan Di Kuala Terengganu - Ahli Akademik


KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) - Faktor utama kepada kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah bergantung kepada sokongan pengundi muda yang kini bersifat sangat rasional dan terbuka.
Demikian pandangan yang dikemukakan oleh seorang ahli akademik sebuah IPTA, Mohd Nazri kepada Harakahdaily.
"Kunci utama kepada kemenangan ini adalah berpunca daripada sejauh mana PAS dan BN berupaya menarik sokongan pengundi muda kerana pengundi senior telah mempunyai pilihan mereka sendiri," ujarnya.
Jelasnya hal ini disebabkan golongan muda ini masih belum menetapkan sokongan mereka kepada mana-mana parti politik.
"Mereka ini adalah golongan yang berusia antara 21 hingga 35 tahun dan mereka akan memilih parti yang dirasakan memberi keselesaan dengan faktor perkembangan semasa di sekeliling mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa kunci utama kemenangan PAS adalah berkait rapat dengan keadaan semasa yang mengundang masyarakat menuntut perubahan.
"Keadaan semasa yang berlaku kini menjadi penyebab kemenangan PAS apabila rakyat bangkit menuntut perubahan atau 'real change' iaitu suatu kredit besar yang memihak kepada PAS.
"Mereka kini mendesak agar perubahan harus dilakukan," ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kecenderungan pengundi muda kepada Pakatan Rakyat, ujarnya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan menunjukkan kebanyakan mereka berfikiran terbuka dalam hal politik dan perkembangan semasa.
"Mereka ini sangat sukar untuk dipengaruhi oleh politik lokal malah anak-anak muda kini lebih super lokal yang tidak termakan dengan mainan atau gula-gula politik sesuatu parti.
"Mereka kini lebih menyedari kepentingan keadilan serta hak kesaksamaan yang membabitkan pemerintahan isu dalam negara," tegasnya.
Senario demikian jelasnya menggambarkan kematangan anak-anak muda ini dalam berpolitik.
"Mereka ini tidak lagi berasa janggal dengan subjek politik malah mereka kini telah pandai berpolitik dan perkembangan ini telah menjadi perkara baru," katanya lagi.
Walaupun keadaan berpihak kepada PAS, beliau menegaskan bahawa kedua-dua parti telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini dengan menggunakan pelbagai medium dan mekanisme.
PAS katanya dilihat lebih menggunakan petugas-petugas mereka secara 'all-out' namun BN ternyata lebih hebat kerana melihatkan bukan sahaja daripada kalangan BN bahkan menggunakan kelebihan sebagai kerajaan pemerintah.
"BN ternyata lebih hebat apabila menggunakan kesempatan sebagai pemerintah yakni kuasa mereka untuk mempengaruhi pengundi," katanya

SEBAB KALAH : RAKYAT NAK MONSOON DRAIN, UMNO BERI MONSOON CUP!

Saya mempunyai 10 soalan untuk pemimpin, ahli dan penyokong UMNO dan PAS. Semuanya berkisar mengenai pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu:
1. Faktor calon sering disebut-sebut sebagai punca utama kekalahan di P36 Kuala Terengganu. Adakah ini bermaksud UMNO sudah tidak kuat lagi sehingga rekod parti itu kepada rakyat tidak mampu mendidingi kekurangan calon?
2. Kemenangan PAS di P36 Kuala Terengganu menunjukkan bahawa parti itu diterima baik. Hampir semua blogger pro-UMNO mengucapkan tahniah kepada PAS. Adakah ini menunjukkan sikap "sporting" UMNO, atau sememangnya ramai yang mengharapkan Dato' Wan Farid Wan Salleh kalah di P36 Kuala Terengganu?
3. PAS membuktikan bahawa ia mampu memenangi hati rakyat. Adakah dengan kemenangan ini, PAS akan memainkan peranan yang lebih besar dalam Pakatan Rakyat?
4. Penyokong UMNO mula menyalahkan antara satu sama lain. Kata mereka, Wan Farid ialah calon pilihan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Adakah UMNO sudah menjadi sebuah organisasi yang berteraskan personaliti sehingga faktor itu dilihat jauh lebih penting dari agenda perjuangan UMNO itu sendiri? Maksudnya, kalau letak orang aku, aku sokong. Kalau letak orang lain, aku cantas? Bagaimanakah proses pemilihan calon dalam UMNO. Adakah pemimpin hanya memilih orang-orangnya sahaja walaupun dengan berbuat begitu parti kalah dalam pilihanraya? Sejauh manakah ahli parti berpeluang mengemukakan pandangan dan sejauh manakah pandangan mereka diambilkira?
5. Sewaktu kempen, isu hudud timbul. Namun, pengundi Cina di P36 Kuala Terengganu tetap memberikan undi kepada PAS. Adakah ini bermaksud DAP harus menarik balik tentangan mereka kepada perlaksaan undang-undang Islam di Malaysia? Pada masa yang sama, adakah ini juga bermakna PKR harus menyokong PAS secara jelas dalam soal perlaksanaan undang-undang Islam?
6. Satu billboard PAS di P36 Kuala Terengganu berbunyi, "Rakyat inginkan monsoon drain, tetapi UMNO berikan Monsoon Cup." Saya tidak lihat ada billboard UMNO yang berusaha menangkis isu itu. Bagaimanapun, apabila UMNO meletakkan billboard, "Harga minyak dah turun", billboard PAS menjawab, "Harga barang masih tinggi!" Adakah kempen UMNO masih bersifat satu hala -- iaitu dari atas ke bawah saja?
7. Pemimpin dan pengikut PAS memang berbeza pendapat dalam banyak isu, termasuklah dalam soal pemilihan calon. Bagaimanapun, apabila mengundi mereka tetap memangkah bulan. Ini lahir hasil proses tarbiah dalam parti itu. Apabila PAS membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai melalui "PAS for All", adakah ini akan terus menjadi kekuatannya?
8. Apabila Dato' Kapt Zahar Hashim menyertai PAS, ramai yang menjangkakan PAS akan mengheretnya ke sana ke sini di P36 Kuala Terengganu untuk menyerang UMNO. Namun, PAS tidak berbuat begitu dan itu adalah strategi yang betul. Adakah UMNO mempunyai strategi apabila ia mengheret Saudara Ezam Mohd Noor menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim, termasuklah mendedahkan surat peribadi Anwar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad?
9. UMNO masih bercakap isu-isu pembangunan sedangkan isu sedemikian hanya menjadi isu dalam pilihanraya tempatan di negara-negara maju. Adakah UMNO tidak mampu mengeluarkan dirinya dari isu-isu sedemikian dan mula bercakap isu-isu lain yang lebih besar dan lebih mengesani jiwa rakyat?
10. Betulkah pengundi di P36 Kuala Terengganu hanya menolak Wan Farid? Atau, mungkinkah mereka menolak seluruh paradigma, budaya, cara berfikir dan bertindak UMNO itu sendiri? Apakah UMNO memberikan apa yang rakyat harapkan? Adakah betul seperti yang PAS kata, rakyat nak monsoon drain, tetapi UMNO beri Monsoon Cup?
Ada sesiapa nak jawab?
( Penulis NOBISHA adalah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM). Pernah menjadi Naib Presiden & Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC). )

Bulan kembali terang di Kuala Terengganu


Seperti yang saya jangkakan, Bulan akan kembali terang di Kuala Terengganu. Walaupun kondisi 50 - 50 pada peringkat awalnya, namun setelah kiraan peti undi yang terakhir, ternyata kemenangan berpihak kepada kita. Alhamdulillah ..
Syukurlah,dan kemenangan ini adalah kemenangan rakyat dan pemimpin PAS. Rakyat Terengganu di Kuala Terengganu bukan sahaja sedar, malah memperbaiki kesilapan lepas dengan memangkah PAS, parti bulan yang berpendirian, dan akan tetap membela memartabatkan Islam walau apa sahaja rintangan.Orang Terengganu ternyata semakin cerdik. Duit yang ditabur BN tidak berjaya memikat hati pengundi untuk tetap memilih PAS.Tahniah.
BN pula terus menerus melingkup, kekalahan demi kekalahan diterima. Pergolakan parti yang parah, janji yang kosong, rasuah, dan beberapa siri serangan kepada PAS tetapi memakan diri ( isu hudud), menjadi faktor utama rakyat menolak Barisan Nasional. Parti korupsi ini ditentang habis habisan.
Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi (hilang wang pertaruhan)dengan majoriti 2631 undi, sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada Barisan Nasional bahawa rakyat sudah menganggap BN ini sebagai parti tidak relevan sejak PilihanRaya Umum Mac lagi.Kepada YB baru kita, Mohd Abd Wahid Endut . Selamat datang ke Parlimen, dan Selamat Berkhidmat untuk rakyat.
Pas For All ~!!
by Farhan Shah

lagu hot@mahasiswa malaysia