"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, February 28, 2009

Dijangka Khalid Ibrahim Akan Beli 4 Syarikat Konsesi Air Selangor Pada Harga Kurang RM 1.5 Bilion. JIMAT RM 4.5 BILION


oleh Nazmi, webmaster MahasiswaMalaysia
Mungkinkah Khalid Ibrahim, MB Selangor sekali lagi akan menggemparkan dunia korporat dan pasaran saham tempatan ?

Kita sedia maklum Khalid Ibrahim beberapa dekad lalu telah membina nama yang cukup gah dalam dunia korporat apabila berjaya mengambilalih dan membawa pulang syarikat perladangan terbesar di Eropah, Guthrie Plc. Seterusnya Guthrie Plc kemudiannya dikenali Guthrie Berhad menjadi salah satu aset paling beharga di bawah Permodalan Nasional Berhad.

Atas kejayaan itu, Khalid pantas meningkat naik hingga dilantik mengetuai syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan nilai aset melebihi RM 100, 000, 000, 000. 00. Syarikat tersebut tidak lain tidak bukan ialah Permodalan Nasional Berhad yang kini memiliki Sime Darby, UMW Group, Pelangi Berhad, Maybank, dan berpuluh - puluh lagi syarikat terkemuka bertaraf multinasional di dalam negara.

Pada hari ini Tan Sri Dato Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar di negeri termaju di Malaysia iaitu Selangor atas kapasitinya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor. Tawaran Khalid untuk mengambil alih 4 syarikat konsesi air menghadapi masalah apabila syarikat- syarikat konsesi air tersebut dengan sengaja meletakkan harga yang terlampau tinggi iaitu 3 kali ganda harga pasaran bagi menggagalkan usaha Khalid Ibrahim. 2 daripada syarikat konsesi air tersebut adalah dimiliki oleh Puncak Niaga Berhad iaitu sebuah syarikat milik Tan Sri Rozali Ismail. Usaha syarikat konsesi air ini dipercayai sebagai usaha UMNO melalui Tan Sri Rozali Ismail bagi menggalkan usaha Khalid memberi kebajikan kepada rakyat Selangor. Jika pelan Khalid gagal, ini bermakna hasrat Khalid meneruskan program pemberian air percuma mungkin semakin sukar.

Untuk makluman, pada tahun kewangan 2007 Puncak Niaga Holding Bhd yang juga memiliki kepentingan terbesar dalam SYABAS memperoleh pendapatan RM1,333.1 juta hasil daripada perniagaan air. Perniagaan air adalah mewakili 90% daripada pendapatan keseluruhan Puncak Niaga Holding Berhad. Keuntungan bagi tahun kewangan 2006 bagi perniagaan air Puncak Niaga adalah sebanyak RM 367.3 juta manakala pada tahun kewangan 2007, keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM 115.4 juta.

Perangkaan ini sekaligus membuktikan perniagaan konsesi air adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan lebih- lebih lagi jika ia diuruskan secara cekap. Fakta ini sekaligus menolak tohmahan ataupun dakwaan jahat UMNO bahawa pengambilalihan syarikat konsesi air merugikan wang rakyat. Sebaliknya kenyataan yang harus digembar gemburkan pengambilalihan 4 syarikat konsesi air ini pada jangka masa panjang akan membolehkan kerajaan negeri Selangor menerima pendapatan tambahan antara RM 450, 000, 000. 00 hingga lebih RM 1000, 000, 000. 00 setahun.

Hasil daripada keuntungan ini sudah tentu mampu digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melaksanakan agenda kebajikan untuk rakyat. Ini termasuklah melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor ( MES ) dengan lebih berjaya lagi selain menambah jumlah meter padu air percuma untuk kegunaan rakyat Selangor. Jika pengambilalihan ini berjaya, agenda memajukan Selangor setaraf bandaraya termaju dunia bukan satu angan- angan kosong. Ia hanya menjadi satu angan - angan kosong jika pemerintahnya UMNO dan BN oleh kerana mereka menjana ekonomi hanya untuk kepentingan diri dan kroni bukannya rakyat.

Namun masalahnya di sini ialah keempat - empat syarikat konsesi air tersebut enggan menerima tawaran Tan Sri Khalid sebanyak RM 2 bilion bagi mengambilalih majoriti kepentingan dalam syarikat mereka. Sebagai seorang pentadbir negeri, sudah tentulah harga pengambilalihan RM 6 Bilion yang diminta 4 syarikat konsesi tersebut terlampau tinggi. Tambahan Khalid yang mempunyai pengalaman berpuluh – puluh tahun dalam dunia korporat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa sudah tentu tahu bahawa adalah satu kesilapan besar bersetuju dengan harga yang diminta pengendali- pengendali konsesi air tersebut lebih – lebih lagi dalam keadaaan krisis ekonomi yang makin meruncing ini.

Justeru Khalid mengambil langkah bijak dengan membuat pengumuman di hari perhimpunan bersama staf – stafnya untuk tidak meneruskan usaha pengambilalihan syarikat konsesi air. Khalid tahu dan sedar bahawa keadaan ekonomi dunia yang teruk akan terus menjejaskan ekonomi Malaysia. Puncak Niaga Holding Berhad yang memiliki 2 syarikat konsesi air di Selangor sudah tentu turut sama terkena tempias masalah ekonomi yang melanda negara.

Akibatnya saham Puncak Niaga diramalkan akan menjunam dan terus menjunam dalam masa terdekat. Kenyataan Khalid untuk menghentikan sebarang usaha pengambilalihan konsesi air sudah tentu membantu merendahkan lagi nilai saham Puncak Niaga Holding Berhad.

Apa yang harus diperhatikan , dalam masa yang sama Puncak Niaga juga terpaksa berhadapan dengan masalah penyelenggaraan air yang tinggi. Ini belum termasuk masalah untuk menggantikan paip atau infrastruktur air yang sudah berusia. Untuk mengatasi masalah ini sudah tentu Puncak Niaga memerlukan suntikan modal atau sumber pembiayaan pinjaman dalam jumlah yang amat besar.

Dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing apakah Puncak Niaga mampu mencari rakan niaga baru selain kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Persoalan sama yang harus ditanya apakah Puncak Niaga mampu mendapatkan pinjaman atau menerbitkan waran di pasaran terbuka ?

Sudah tentu dalam keadaan ekonomi yang amat kritikal ini mana- mana bank , institusi kewangan tidak sudi menawarkan pinjaman dalam jumlah yang besar. Pelabur pula rata- rata menarik diri dari pelaburan sedia ada dan membuat pelaburan di tempat yang lebih rendah risikonya seperti di bank dan syarikat pengurusan dana. Pihak yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh pada masa kini hanyalah kerajaan – kerajaan negeri. Itupun ia harus diuruskan dengan cekap dan cermat.

Jika diteliti hampir semua syarikat – syarikat tersenarai di Bursa Malaysia baik kecil, sederhana ataupun besar di papan utama, papan kedua ataupun MESDAQ tidak terlepas daripada tempias krisis ekonomi global. Lebih – lebih lagi krisis ini bermula di Amerika yang merupakan rakan dagang terbesar Malaysia. Rata- rata syarikat di Bursa Malaysia mengalami penurunan nilai antara 25 % - 60 % dalam tempoh kurang 6 bulan. Bahkan syarikat – syarikat milik kerajaan di bawah pengurusan Khazanah Nasional mengalami penurunan nilai asset lebih 20.18% iaitu lebih RM 17.8 Bilion.

Apabila faktor – faktor dan keadaan ini digabungkan, adalah berkemungkinan besar saham Puncak Niaga akan mengalami penurunan drastic dalam masa terdekat. Bahkan tidak mustahil jika dikatakan saham Puncak Niaga akan mengalami penurunan nilai antara 30 % - 50% dalam masa kurang 6 bulan.

Mungkin itulah sebabnya Tan Sri Khalid Ibrahim sengaja menghentikan usaha pengambilalihan Puncak Niaga dan 3 syarikat konsesi air lain di Selangor. Sebagai seorang tokoh perniagaan terkemuka, Khalid Ibrahim amat sedar Puncak Niaga dan 3 syarikat konsesi air boleh dibeli dengan harga kurang RM 1.5 Bilion ( RM 1500, 000, 000. 00 ). Ia adalah 4 kali lebih murah daripada harga yang diminta Puncak Niaga dan 3 syarikat konsesi air lain.

Atau sekali lagi Khalid Ibrahim akan mengemudi Kumpulan Darul Ehsan Berhad bagi mencipta sekali lagi sejarah pengambilalihan yang amat mengagumkan. Kita tentu tahu bagaimana Khalid Ibrahim berjaya mengambialih syarikat perladangan tertua dan terbesar di Eropah pada beberapa dekad lalu melalui insiden yang dikenali sebagai “ serangan subuh” atau “ down rid” di Bursa Saham London. Fenomena itu berjaya menggemparkan Britain dan Eropah. Boleh jadi kaedah yang sama akan digunakan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih Puncak Niaga dan 3 syarikat konsesi air lain di Selangor untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

UMNO perlu sedar kali ini mereka bukan berhadapan dengan seorang pentadbir negeri semata- mata, bahkan Khalid Ibrahim adalah bekas tokoh perniagaan terkemuka di Malaysia dan negara serantau. Khalid Ibrahim telah membuktikan kewibawaan dan ketokohannya dalam memimpin empayar perniagaan gergasi termasuklah Kumpulan Permodan Nasional Berhad dan Guthrie Berhad ( kini digabung membentuk Sime Darby Berhad ). Bahkan Khalid Ibrahim pernah diiktiraf sebagai Ketua Eksekutif terbaik di Malaysia apabila dianugerahkan “ CEO Of The Year “ pada tahun 1997. Kejayaan menggemparkan pasaran saham Britain sudah tentu cukup untuk membuktikan kehebatan Khalid Ibrahim dalam arena korporat terutama dalam usaha penggabungan dan pengambilalihan ( M&A ).

Kali Pertama Isteri Rosmah Bercakap Benar


KUANTAN 28 Feb. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem kapitalis yang dilihat terlalu mementingkan peranan pasaran bebas untuk meraih kekayaan yang besar, telah membawa kepada krisis ekonomi global yang begitu meruncing.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata sistem tersebut yang dilihat tidak ada pengawasan dan terlalu bebas hingga membiarkan pasaran menentukan segala-galanya, jelas tidak boleh membawa keuntungan dan kesejahteraan secara mampan.
“Salah satu daripada pengajaran daripada krisis ini ialah bahawa kita perlu ada pemikiran baru dari segi ideologi, kefahaman tentang apakah sistem yang terbaik yang boleh menentukan kesejahteraan kita secara berterusan.

Sultanku Raja Azlan Shah...jangan salah pilih kawan


Semasa dahulu, saya bangga betul dengan Sultan Azlan Shah. Saya membaca sejarah hidupnya di dalam Dewan Siswa. Kala itu, usia saya masih muda. Saya bangga punya sultan yang cerdik dan terpelajar. Saya juga bangga keran Sultan Azlan Shah sanggup mengambil seorang anak kebanyakan sebagai suri hidupnya, seorang guru sekolah bernama Bainun.I
tu dululah…kini, lain sudah rasanya. Rasa hormat sudah makin menipis, diganti rasa mual dan meluat. Yang musykilnya, perasaan meluat itu sebenarnya lebih layak saya tempekkan kepada muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak. Tapi, dek kerana Sultan Azlan sendiri sanggup menempekkan muka Najib Monggolia...eh, Najib Razak di istana, sanggup mengenepikan penasihat sebenar iaitu MB Nizar, maka kemeluatan saya berjangkit pula ke bawah duli tuanku...
Itulah, para sultan dan pembesar negara pun kena belajar hadis nabi. Jangan asyik belajar hingga ke luar negeri, dapat degree sampai PhD, tapi buta agama sendiri. Walhal, esok-esok mereka akan jadi ketua agama. Ketua agama apakebendenya, mengaji al-Quran pun salah tajwid dan herot makhrajnya!
Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, pilihlah kawan! Orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi tak sama dengan orang yang bergeng dengan tukang besi. Seorang dapat bau wangi, sorang lagi dapat tempias api besi. Mana sama.
Sultan Azlah Shah saya ibaratkan tersalah memilih kawan. Kawan dia dah baik sangat, MB Nizar...seorang penjual minyak atar yang terkenal. Kebaikannya merata-rata dijaja orang. Tak ada sedikit pun pernah kita dengar, MB Nizar pegi rampas anak bini orang, pegi letup anak dara orang dengan C4 atau C5, pegi ambik komisen berjuta-juta, pegi beli helikopter tak ikut prosedur, pegi beli kapal selam second hand, pegi beli kapal perang sudah usia 25 tahun, pegi ajak orang masuk parti dengan upah berjuta dan macam-macam cerita yang tak best didengar.
Tapi, Sultan Azlan Shah pegi juga berkawan dengan kaki onar...si Najib Toya...eh, Najib Razak! Najib yang dibenci rakyat dan disayangi kerabat. Yang sayang kat Najib hanyalah mereka yang dapat habuan, dapat projek dan komisen, dapat pangkat. Majoriti rakyat, meluat ya amat dengan Najib Toya...eh, Najib Razak. Meluat tahap cipan kata Din Rambu!
Itulah kesilapan paling besar yang dibuat oleh tuanku di negeri Perak. Mujurlah kesilapan ini dipelajari dengan cepat oleh Sultan Idris Shah dari Selangor. Dalam isu YB Eli, ha...dia serah bulat-bulat kepada MB Khalid. Yang best lagi...dia murka kerana ada orang suka intervence privacy orang lain. Ini kerja orang gila. Dan tuanku beri kata-kata perangsang kepada YB Eli agar tabah hati. Kan best gini...be gentle in any issue, do not show your bias becoz peoples will judge you easily…and they will not respect you at all!
Kesimpulannya, Sultan Azlan Shah kena buat U-Turn segera. Pegi anto jemputan kepada Nizar dan semua Exconya, kembalikan kekuasaan kepada MB Nizar dan insya-Allah selepas itu, tuanku akan dikenang sebagai sultan yang berjasa besar kepada rakyatnya…insya-Allah.

Friday, February 27, 2009

Najib Lebih Lemah Mengatasi Pak Lah : Aset Syarikat Kerajaan Berkurang RM 17.8 Bilion atau 20.18 %


oleh Nazmi
Dah gagal tadbir kewangan tapi tak nak mengaku. Orang kampung hang kat Pekan Pahang BOLEHLAH hang kecing habis- habisanan Najib woi. Kami rakyat Malaysia dah bijak pandai dan cerdik. Kalau kita ada RM 100. 00 kita labur kemudian saham kita merosot jadi RM 88. 00. Itu namanya untung ke Najib woi. Dah tentu la bukan kan Najib woi. Itu namanya kita sudah kehilangan atau kerugian RM 22.00.
Samalah macam kes Khazanah. Saham - saham Khazanah jatuh menjunam sebab kau tak pandai urus tadbir kewangan negara. Harap ada ijazah ekonomi ja dari UK lak tu. Tapi faktanya Pak Lah yang raja zzzzz tu lagi cekap urus ekonomi banding ang. Tak da la rugi teruk sampai camni. 22% turun dari nilai asal. Teruk.. teruk.. teruk.. Dah la isteri kau ratu boros duit negara. Shoping kalah Queen Elizibeth. Macam nak beli semua gedung di UK dan Dubai. Maybe ni ijazah beli kat pasar malam kot.
Nak tahu apa cerita baca di bawah ini ...

KEMEROSOTAN nilai portfolio pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
sebanyak RM17.8 bilion atau 20.18 peratus bukan kerugian sebenar, kata Datuk
Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan
berkata,
ia adalah kemerosotan nilai saham syarikat berkaitan kerajaan
(GLC)
tersenarai
di bawah Khazanah yang keseluruhannya berpunca akibat
kemerosotan
pasaran saham global.

Secara dasarnya, beliau berkata, kedudukan kewangan
syarikat GLC yang
dikuasai Khazanah kekal kukuh dengan nilai aset boleh
direalisasikan (RAV)
berbanding liabiliti sebanyak 1.9 kali ganda, hasil
pengukuhan kedudukan
kewangan GLC berkenaan sejak Program Transformasi
GLC
dilaksanakan pada
2004.

“Penyusutan nilai aset tidak boleh disamakan dengan
kerugian kewangan kerana nilai itu belum direalisasikan dan akan hanya
dicatat sekiranya Khazanah melepaskan pegangannya dalam pelaburan berkenaan
pada masa ini," katanya. “Kerugian RM18 bilion yang dicatat Khazanah seperti
dilaporkan akhbar pada 20 Januari 2009 merujuk kepada RAV bagi portfolio
pelaburan Khazanah yang susut RM17.8 bilion, iaitu daripada RM88.2 bilion
pada 31 Mei 2008 kepada RM70.4 bilion pada 31 Disember 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada
soalan Wee Choo
Keong (PKR-Wangsa Maju) pada sesi soal jawab di Dewan
Rakyat, semalam.
Sebagai pelabur strategik jangka sederhana dan panjang,
Najib berkata,
Khazanah komited mengekalkan pegangan strategiknya dalam
syarikat GLC di
bawahnya, terutama yang berkepentingan nasional dalam
usaha
memelihara
kepentingan syarikat terbabit. Sehingga 31 Disember
lalu,
katanya, Khazanah
memiliki pegangan dalam kira-kira 50 syarikat,
sembilan
daripadanya berada dalam
kelompok 20 GLC tersenarai yang
terbesar.

Beliau berkata, pegangan Khazanah dalam sembilan
syarikat GLC itu ialah Bumiputera-Commerce Holdings Bhd (BCHB) dengan ekuiti
28.42 peratus, Malaysia Airports Holdings Bhd (72.74 peratus), Malaysian
Airline
System Bhd (MAS) (69.33 peratus), Pos Malaysia Bhd (32.21 peratus).
Proton
Holdings Bhd (42.74 peratus), Telekom Malaysia Bhd (41.78 peratus),
TM
International Bhd (44.51 peratus), Tenaga Nasional Bhd (37.81 peratus)
dan
UEM Land Bhd (77.1 peratus).

Bagi prestasi kewangan sembilan syarikat GLC yang
tersenarai di bawah Khazanah bagi tahun kewangan berakhir 2006 hingga 2008,
Najib berkata, BCHB untung RM1.504.43 juta pada 2006 dan RM2.793.27 juta
(2007).

Seterusnya, Malaysia Airport untung RM170.33 juta
(2006) dan RM288.86 juta
(2007); MAS rugi RM136.43 juta (2006) dan
untung
RM851.42 juta
(2007). Pos Malaysia untung RM108.23 juta (2006)
dan rugi
RM33.66 juta (2007),
Proton untung RM46.69 juta (2006), rugi
RM589.53 juta
(2007) dan untung RM184.55
juta (2008). Telekom Malaysia
untung RM2,068.80
juta (2006) dan RM2,547.70
juta (2007); TM
International untung RM683.52
juta (2007), TNB untung
RM2,126.90 juta
(2006), RM4,061.10 juta (2007) dan
RM2,594.00 juta (2008)
serta UEM
World untung RM128.89 juta (2006) dan
RM739.38 juta (2007).


Dah tak reti urus kewangan negara. Baik letak sahaja jawatan cepat2.

Sivakumar, Speker DUN Perak Hero Hindustan Kita


Oleh sujudterakhir"
Itulah Sivakumar, Speaker Dewan Undangan (DUN) Perak yang tegas, konsisten, dan berani. Jerat yang dipasang oleh Najib terlepas pula kepada Sivakumar menyebabkan kerajaan haram BN Perak tidak kukuh. Kehadiran Sivakumar di saat akhir menewaskan 'penyangak-penyangak' persis seorang hero dalam filem hindustan atau lebih terkenal dengan istilah 'Bollywood'
Setelah Nizar ditendang BN, Nizar percaya ia tidak mampu bangkit seorang diri bagi menyelamatkan Perak dari terus dicabuli.
Atas sebab itu, seluruh adun dari Pakatan Rakyat bersatu dan menyusun cara yang nyilu sekali untuk mengembalikan kuasa rakyat.Zambry, MB haram ini yang disebut-sebut juga sebagai 'mamak' masih tidak berpuas hati dengan tindakan Sivakumar menggantung diri dan konco-konconya. Maka mereka bertindak pada 3 Mac 2009 nanti untuk merempuh dewan undangan negeri ketika semua adun yang sah sedang mengadakan sidang tergempar.
Segagah manakah Zambry ini? Jika mereka benar-benar tekad untuk merempuh sidang dewan, maka wajib ada FRU untuk menghalang mereka. Sebagaimana FRU yang menghalang rakyat Perak beberapa minggu lalu, maka begitu jualah terhadap Zambry dan konco-konconya. Tetapi, berat rasa hati untuk mempercayai FRU akan tunggu di depan dewan negeri bagi mengahalang Zambry sebab polis ini sentiasa kamcing dengan mereka.
Pedulilah apa pun, FRU mesti turun halang mereka yang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan ini. Kerana itu perintah Speaker DUN. Siapakah Speaker DUN itu? Sekali lagi diingatkan dia ialah Sivakumar.Sivakumar telah menetapkan tarikhnya, dan dua usul paling penting akan dipanjangkan. Pertama ialah mengesahkan jawatan MB buat Nizar dan kedua membubarkan DUN. Kedua-dua usul ini sangat besar impak dan momentumnya pada negeri dan negara. Semuanya ini tidak akan berlaku jika katak-katak itu tidak melompat.
Sivakumar datang pada saat akhir bagi menyelamatkan keadaan. Biasalah seorang hero hindustan pada awalnya akan kalah serta ditangkap oleh polis-polis Bombay yang sudah dimakan suap. Selepas itu, dia keluar dari kekalutan itu untuk menyelamatkan orang-orang kampungnya dari dianiaya dan dizalimi. Akhirnya, hero berjaya dan pergi menemui kedua-dua mak ayah mereka meminta restu. Ayo ma, ayo pa....!
lawati www.sujudterakhir.blogspot.com

Tindakan SPRM Menghina Dewan Undangan Negeri


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.
Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.
Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.
Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya “tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat”.
Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.
Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. BERNAMA

Hasil Judi Untuk Kebajikan Rakyat. Itu Jawapan Kementerian Isteri Romah


KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi.
Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu.
Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini.
"Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan.
"Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta.
PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya.
Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya.
"Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta.
Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008.
Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04.
Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

Sunday, February 22, 2009

Siri - siri Pembohongan UMNO Sejak Tahun 1998


tok iskandar
Pembohongan sekiranya dilakukan berulang-ulang akan menjadi sesuatu yang benar.
Helah politik inilah yang digunapakai oleh mantan PM,Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu dengan menjatuhkan imejnya dengan siri-siri pertuduhan yang tidak masuk akal iaitu rasuah,salahguna kuasa,seks,ejen asing dan pengkhianat negara.
Dr Mahathir mahukan rakyat semua percaya Anwar adalah seorang yang rendah moral dan tidak layak menggantikannya menjadi PM.
Strategi liciknya itu tidak menjadi kerana rakyat lebih melihatnya sebagai permainan politik Dr Mahathir untuk menumbangkan Anwar.
Rakyat mempersoalkan tindakan Dr Mahathir dengan hujah seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehinggalah mahkamah membicarakan dan membuktikannya.
Muncullah gelombang kebangkitan rakyat dengan laungan reformasi kerana merasa jijik dan berang apabila melihat Dr Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain sanggup mengaibkan Anwar dengan manipulasinya ke atas media,polis,BPR dan institusi kehakiman negara.
Ramai juga pemimpin UMNO yang cuba membela UMNO dan ada di antaranya yang telah ditahan di bawah ISA termasuklah MB haram ketika ini,Zambri Abdul Kadir dan Zahid Hamidi yang cuba membentuk gelombang reformasi ketika negara sedang menghadapi sukan Komanwel.
Dalam politik sudah menjadi lumrah kawan makan kawan seperti yang dilakukan oleh Zambri dan Zahid Hamidi.
Lawan pula akan menjadi kawan seperti hubungan Anwar dengan pemimpin PAS dan DAP sekarang.
Sepuluh tahun sudah berlalu gelombang reformasi,parti pembangkang kini telah membentuk gandingan jitu yang lebih sinonim dengan rakyat sebagai Pakatan Rakyat.
Lebih memeranjatkan lagi,Pakatan Rakyat berjaya merampas 5 negeri daripada kerajaan UMNO-BN.
Selain berjaya mengekalkan penguasaannya ke atas Kelantan,Kedah,Perak,Selangor dan Pulau Pinang berjaya dirampas daripada kerajaan UMNO-BN.
Bukan itu sahaja majoriti 2/3 kerajaan UMNO-BN di parlimen turut berjaya dinafikan dan laluan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan semakin hampir dan hanya memerlukan majoriti mudah sebanyak 30 kerusi parlimen sahaja.
Gelombang kebangkitan rakyat tidak terhenti setakat itu sahaja tetapi membentuk tsunami politik dengan kemenangan berganda di Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Pemimpin-peminpin UMNO-BN semakin lemah dan menangisi kekalahan demi kekalahan yang dialami dan mengenangkan nasib dan kenyataan pahit rakyat sudah tidak mahu UMNO-BN memerintah Malaysia.
Mentor politik UMNO,Dr Mahathir turut memainkan peranan menumbangkan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang memerintah Perak setelah mendapat mandat rakyat negeri itu melalui kaedah jijik dan samseng iaitu rampasan kuasa. Kerjasama algojo-algojo politik dalam versi 6 Jahanam ialah Najib,Zahid,Anuar Zaini,Abdul Rahman Hashim(SUK Perak),Ahmad Said Hamdan(Pengerusi SPRM) dan Abdul Aziz Yusuf(Pengerusi SPR) telah berjaya menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak selain berjaya membeli ADUN Behrang,Changkat Jering dan Jelapang.
Enam jahanam ini akan sentiasa dikenang oleh generasi akan datang dan dikutuk sepanjang zaman.
Dr Mahathir tentulah merasa lega kerana bukan beliau sahaja yang menjadi penerima tunggal menerima sumpah seranah rakyat Malaysia.
Perak telah berjaya dirampas secara haram dan sasaran terbaru UMNO-BN ialah negeri Selangor.
Kaedah pembohongan yang berulang-ulang akan menjadi sesuatu yang benar digunakan sekali lagi oleh peminpin-pemimpin UMNO.
Skrip sama tetapi episod yang kedua.
Sama seperti Anwar yang cuba diaibkan oleh UMNO-BN melalui pertuduhan liwat ke atas Saiful,pemimpin Pakatan Rakyat Selangor telah diburukkan di dalam media totok UMNO dengan skandal seks,rasuah dan salahguna kuasa seperti yang dialami Elizabeth Wong dan Khalid Ibrahim dna dijangkakan mangsa seterusnya ialah Ronnie Liu dan Dr Hassan Ali.
Sekali lagi mahkamah akan menjadi alat UMNO dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim yang baru dibentuk akan menjadi neraca penilaian rakyat apakah adil atau tidak setelah dr Mahathir mencemar institusi kehakiman negara dengan insiden pemecatan ketua hakim negara,Tun Saleh Abbas.Kes V.Sivakumar(Speaker Perak) mengantung MB haram selama 18 bulan dan 6 exconya selama setahun merupakan satu tindakan yang terpuji dan UMNO-BN tidak ada hak mempertikaikan tindakan beliau yang turut mendapat sokongan Seaker Kedah, Majlis Peguam Malaysia dan MUBARAK Melaka.
UMNO-BN cuba memanipulasikan isu derhaka terhadap speaker Perak dan MB haram dan 6 exconya berdegil untuk menghadiri persidangan DUN Perak yang dijangkakan bermula pada bulan April ini.
Keangkuhan UMNO-BN juga menjadi kebencian rakyat sehingga sanggup mengenepikan kehendak rakyat asalkan dapat berkuasa biarpun melanggar undang-undang negara.
Tok cadangkan pada hari DUN Perak bersidang rakyat berkawal dan menghalang MB haram dan 6 exconya daripada menghadiri persidangan DUN Perak jika polis tidak menjalankan tugasnya menghalang MB Perak dan 6 exconya.
Pertarungan sebenar ialah rakyat menentang Dr Mahathir yang masih lagi ingin berkuasa walaupun telah bersara.
Inilah pemimpin yang sanggup menyusahkan rakyat dan ada sumber yang mengatakan Dr Mahathir telah memberitahu pemimpin luar di AS,Britain dan Kesatuan Eropah tentang Pakatan Rakyat menyokong perjuangan Hamas sedangkan simpati dan bantuan diberikan kepada mangsa rakyat Palestine di Gaza yang telah memilih Hamas sebagai wakil mereka melalui proses demokrasi.
UMNO-BN sedari dulu mengiktiraf kerajaan Fatah yang dipimpin oleh Mahmud Abas.
Al Jazeera sendiri pernah melaporkan Fatah yang mendapat pengiktirafan daripada AS dan Israel pernah membekalkan pasir yang diperolehi daripada Mesir kepada rejim Yahudi untuk membina tembok pemisah.
Muhammad Dahalan seorang daripada pemimpin Fatah adalah dalang kepada sindiket pasir itu.
Sumbangan wang dan makanan yang diberikan kepada duta Fatah di Kuala Lumpur diragui akan sampai ke Gaza dan kemungkinan besar diagih-agihkan sesama pemimpin Fatah.
UMNO seperti Fatah telah lama menipu rakyatnya untuk berkuasa.
Tok nak tanyalah kepada pemimpin UMNO sejuta tanah rizab Melayu yang dirampas daripada kaum Melayu atas alasan pembangunan menjadi bukti UMNO bukannya pejuang Melayu.
Selepas ini Kampung Baru,Wilayah Pembangunan Iskandar akan menyusul Singapura dan Pulau Batu Putih menjadi korban kerakusan pemimpin UMNO. Bahasa Melayu sendiri dianaktirikan dan Bahasa Inggeris yang dimegah-megahkan
.UMNO-BN telah menjangkakan akan tewas di Bukit Selambau jika menggunakan logo BN dan ketika ini muncullah ramai calon bebas termasuk bekas penasihat KIMMA(persatuan mamak malaysia) yang menawarkan diri untuk menjadi calon bebas dalam PRK Bukit Selambau.
Jika calon bebas yang ditaja BN ini menang,dia akan menyertai BN.Rakyat Malaysia perlu sedar setiap undi yang diberikan kepada UMNO-BN akan membawa kesengsaraan kepada mereka dan anak cucu mereka.
Apa pelan pemulihan ekonomi yang dibawa oleh Najib selain membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat.
Gula akan dinaikkan harga sebanyak 30 sen sekilo dan alasan yang diberikan nanti ramai rakyat Malaysia kena kencing manis dan untuk mengawalnya harga gula dinaikkan.
Harga petrol akan dinaikkan 50 sen seliter bermula bulan Julai depan.
Pengguna air di Lembah Kelang akan menghadapi kenaikan air sebanyak 30% jika kerajaan negeri Selangor dihalang oleh kerajaan pusat UMNO-BN mengambil alih pengurusan air negeri Selangor.
Tambang bas ekspres dan teksi juga akan mengalami kenaikan sebanyak 30%.
Ketika ini Indeks komposit di BSKL mengalami penurunan,pengangguran meningkat kepada 85 ribu orang dan nilai matawang semakin merosot.
Inilah projek terbaru BN untuk rakyat semua.
Sudah tiba masanya rakyat semua menghukum keangkuhan kerajaan UMNO-BN.

Anak Ketua Pesuruhjaya Rasuah Malaysia Kena Tangkap di Australia


SIAPA DREBAR KAPAL TERBANG INI ? Abc - Australia
ADELAIDE - A Malaysia Airlines pilot who was caught importing child pornography to Australia yesterday has faced court. When Ahmad Said, 25, arrived at Adelaide Airport yesterday he said he did not have anything to declare. But customs officers searched his laptop and found child sex videos. A handcuffed Said has faced court. Magistrate Simon Smart told him the videos were cruel and violent and it was a disgrace that the married father of two had brought the material to Australia. The magistrate said people like Said encouraged the market for child pornography. Said, whose wife is expecting their third child, was fined $6,000. He left court with a jumper over his head because of television camera crews
.woit… SIAPA YANG PANDAI BAHASA JAWA TOLONG TERJEMAHKAN TULISAN INI….kah kah kah..
kah kah kah…. TENGOK NAMA MACAM KENAL…..kah kah kah….
woit…. NI BUKAN KES BAWA DUIT KE ? …. MI SPIK NO INGLIS … MI NO PIL POM KE…. kah kah kah…
woit…. NAMA NI MACAM ORANG YANG JAGA LEMBU DAN JAGA KERETA MB SELANGOR KE…..
kah kah kah
-tukartiub-

20 Bukti Khir Toyo Salah Guna Kuasa


1. Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal di Sekinchan, Selangor sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenarai hitamkan iaitu Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa, di miliki oleh Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.
2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/Tirai Gemilang/Samasys dan Usahasewa Sdn.Bhd.) dan setiap daripada syarikat tersebut salah seorang dari pengarahnya adalah Samsuri Rahmat. seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.
3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen
.4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.
5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun Menteri Besarnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.
6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.
7. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn.Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam, malah reban pun tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.
8. Pada 17hb. -18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn.Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.
9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn.Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapakah keuntungan JAKS?
11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.
12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50%. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.
13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuarters kakitangan SUK di Shah Alam.
14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn.Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku janji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.
15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.
16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25 tahun 2001 pada 26hb. September, 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.
17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."
18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn.Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.
19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac, 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.
20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

lagu hot@mahasiswa malaysia