"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, March 18, 2009

Seorang Ahli Parlimen, 3 Adun dari Pahang Disahkan Rasuah. SPRM Perlu Segera Buat Tangkapan - PAHANGDAILY


KUANTAN - Apa sudah jadi dengan politik UMNO di Pahang agaknya. Jika dulu nama popular dari negeri ini yang pernah dikaitkan dengan politik wang dan dikenakan penggantungan oleh Lembaga Displin UMNO iaitu Shahiruddin Moin yang ketika itu merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Beliau dikaitkan dengan politik wang agen kepada bekas Naib Presiden UMNO yang turut digantung iaitu Isa Samad. Selepas kejadian memalukan itu, kita sangkakan gejala politik wang dalam UMNO akan pulih. Ternyata kes tersebut tidak menjadi pengajaran kepada puak-puak UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun kita dikecohkan dengan tindakan Lembaga Displin UMNO menghalang Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam bertanding gara-gara dikatakan terlibat dengan politik wang. Namun setelah diamati betul-betul ternyata satu perkhabaran yang lebih memalukan lagi buat UMNO Pahang sebenarnya. Siasatan kami mendapati seramai lima dari dua belas orang pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO semalam adalah dari negeri Pahang. Tambah memilukan ialah seorang digantung tiga tahun, seorang digantung satu tahun dan tiga diberi amaran. Bertambah parah lagi ialah apabila mereka yang terlibat itu ialah seorang bergelar Ahli Parlimen dan tiga lagi bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri dari bahagian yang sama iaitu Paya Besar. Manakala seorang lagi dari UMNO Bahagian Maran.
Nama-nama mereka yang dikenakan tindakan itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran iaitu Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas. Ahli UMNO dan Ahli Parlimen Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (foto) yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Najib Razak (1986-1994) pula digantung keahliannya selama setahun. Manakala tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Sungai Lembing iaitu Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Panching iaitu Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang juga merupakan ADUN Lepar iaitu Mohd Sohaimi Jusoh. Sesungguhnya ini adalah merupakan sejarah paling pahit untuk dikenang buat UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun ada yang diberi amaran dan sebagainya, namun ternyata dan terbukti bahawa mereka sebenarnya memang terlibat dengan rasuah dan tidak layak untuk bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang lagi sebenarnya. Mereka menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dulu. Apakah kita mahu terus bersekongkol dengan pemimpin yang ternyata pengamal rasuah yang ditegah oleh agama Islam
Harapan rakyat semoga Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob dapat memantau dan mengambil serius akan perkara ini. Kesemua mereka jelas sekali telah memalukan UMNO Pahang dan dengan itu mereka tidak layak lagi untuk dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang. Daripada keempat pemimpin terbabit hanya YB Md.Sohaimi Mohamed Shah (ADUN Sg.Lembing) sahaja yang sudah beberapa penggal menjadi Wakil Rakyat. Sementara yang lainnya adalah muka baru yang dicalonkan dalam pilihanraya umum yang lalu. Apapun, kami amat bersimpati dengan Ketua Pemuda UMNO Maran yang telah dikenakan tindakan penggantungan selama tiga tahun oleh Lembaga Displin UMNO semalam. Ini memberi sedikit kelegaan kepada lawannya yang dikatakan telah menghabiskan wang sebanyak RM130,000 semata-mata untuk berkempen menentang Ketua Pemuda Maran itu sebenarnya

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia