"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, December 15, 2008

Ketua Menteri Sarawak dan Keluarga Punyai Harta RATUSAN JUTA, Kuasai CMS Berhad Group


Ahli Parlimen DAP Kuching membangkitkan mengenai kemungkinan wujudnya unsur rasuah dan conflict of interest berikutan adanya kepentingan Ketua Menteri Sarawak, Timbalan Menteri Pelancongan, isteri dan anak- anak Ketua Menteri Sarawak dalam Kumpulan Cahaya Mata Sarawak Berhad ( CMS ) yang merupakan sebuah konglomerat antara terbesar di Sarawak dan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia.
Dakawaan ini benar kerana telah dilaporkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge Australia yang berpusat di Malaysia. Menurut laporan The Edge Australia, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak memiliki kepentingan sebanyak 37 juta ( 37, 000, 000 ) unit saham dalam kumpulan CMS manakala ke2-2 anak Ketua Menteri Sarawak masing - masing memiliki 29 juta ( 29, 000, 000 ) . Ini menjadikan keluarga Ketua Menteri Sarawak memiliki 95, 000, 000 unit saham dalam konglomerat CMS.
Apa yang lebih memelikkan kebanyakan daripada projek- projek mega kerajaan Sarawak dan kerajaan Malaysia diberikan kepada Kumpulan Cahaya Mata Sarawak. Apakah ini caranya seorang Ketua Menteri Barisan Nasional membina kekayaan ?????
Dilaporkan juga anak- anak Ketua Menteri Sarawak juga memiliki kepentingan dalam sebuah syarikat besar di Australia. Hairannya Ketua Menteri Sarawak tidak pernah mengisytiharkan hartanya kepada rakyat Sarawak.
Paling menghairankan Badan Pencegah Rasuah tidak pernah mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak sungguhpun kekayaannya secara terang- terangan diceritakan daam sebuah akhbar perniagaan terkemuka dan terkenal.
Mungkin inilah permainan politik Barisan Nasional yang diketuai UMNO. BPR hanya berperanan untuk melindungi jerung- jerung tetapi bersemangat besar untuk menangkanp bilis- bilis kecil.
Apakah tertubuhnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan membantu menangkap jerung- jerung besar ini. Bagi Mahasiswa Malaysia, akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah satu akta yang baik yang membawa kepada tertubuhnya satu badan bebas pencegahan rasuah iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM.
Apapun selagi ketua pesuruhjaya SPRM masih dilantik oleh Perdana Menteri, maka selama itulah SPRM tidak bebas dan hanya akan menurut arahan daripada Perdana Menteri. Jika demikian bilakah masanya kita mampu menangkap jerung - jerung besar termasuk Pak- pak menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri jika benar mereka terlibat dalam rasuah.
Sebalinya Mahasiswa Malaysia berpendapat Jawatankuasa penasihat dan ahli - ahli SPRM haruslah ditambah fungsinya supaya bukan sahaja menasihat Ketua Pesuruhjaya juga mengetengahkan calon - calon yang layak untuk dilantik Perdana Menteri sebagai Ketua Pesuruhjaya bahkan Jawatankuasa ini haruslah bertindak sebagai jawatankuasa yang bertanggungjawab melantik Ketua Pesuruhjaya bagi memastikan ia benar- benar sebuah badan bebas.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia