"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, December 14, 2008

ProtonPerdana Kereta Cap Ayam... KOS SELENGGARA PUN RM 30, 000.00 SEBULAN

Kedah
Mohammad Nizar ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Kedah, berkata keputusan membeli kenderaan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri membuat kajian lebih empat tahun mengenai penggunaan serta kos membaiki kereta proton Perdana terdahulu.
Katanya dalam tempoh itu, kos untuk membaiki kereta Perdana telah mencecah lebih RM1 juta."
Jadi apa guna kita ikut balik sejarah lama, kita kena buat perubahan untuk menjimatkan wang rakyat," kata beliau.
Perak
Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini menyalahkan kerajaan pusat sebagai penyebab kerajaan negeri Perak terpaksa membayar harga tinggi bagi pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 untuk anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.
Beliau berkata, keengganan kerajaan pusat memberikan pelepasan cukai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar harga RM167,000 untuk sebuah Toyota Camry berbanding harga sebenar hanya RM97,000 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.
Sambil menegaskan peruntukan untuk membeli kereta baru itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang lepas, Ngeh berkata, keputusan pembelian itu adalah untuk mengelakkan wang rakyat dibazirkan bagi membayar kos penyelenggaraan tinggi kereta rasmi sedia ada.
"Adalah lebih menjimatkan menyenggara kereta-kereta Toyota Camry daripada kumpulan Proton Perdana V6. Kami mahu menjimatkan wang dengan membeli kereta baru oleh kerana kos senggara tidak begitu tinggi," katanya kepada pemberita selepas konvensyen DAP Perak di sini.
Pada Jumaat, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan RM2.7 juta bagi membeli kereta baru itu, dan menyatakan menyenggara Perdana melibatkan kos tinggi.
Pengumuman Menteri Besar itu mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang menyifatkan kerajaan negeri tidak menepati janji untuk berbelanja secara berhemah.
Pulau Pinang
"Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana).
"Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry.
Bagaimanapun pihaknya akan menukar kereta sedia ada apabila tiba masa untuk berbuat demikian.Ketua Menteri berkata, pihaknya ingin memastikan kerajaan negeri memperoleh nilai sebenar bagi setiap pembelian dibuat.
"Toyota Camry adalah pilihan tetapi apabila tiba masa untuk menukar kereta, kami akan mendapatkan kereta yang paling ekonomikal dan syarikat mana yang boleh memberi pilihan terbaik," kata beliau sambil menyifatkan kereta nasional sebagai teruk.
Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau.
Kalaupun anda enggan percaya dengan kata- kata pemimpin Pakatan Rakyat...
cuba anda buka semula akhbar- akhbar Utusan Meloya dan Berita Hairan dan teliti pendapat Menteri - menteri Besar Kerajaan Barisan Nasional Terengganu, Perlis dan Pahang.
Lagipun Camry terbukti sebuh kereta yang cantik, berprestasi tinggi dan kos penyeleggaraannya lebih menjimatkan berbanding Proton. Jika dibeli tanpa cukai import, nescaya harga TOYOTA CAMRY JAUH LEBIH MURAH BERBANDING KERETA PROTON PERDANA CAP AYAM yang mudah rosak kotak gear nya, mudah kemek apabila kemalangan dan kurang berprestasi.
Inilah harga dan produk kereta keluaran PROTON ilham Tun Mahathir. Hanya mampu menjual kereta di dalam negara itupun kerana pelbagai dasar- dasar kerajaan yang melindungi syarikat kereta tersebut termasuk dasar mengenakan cukai terlampau tinggi terhadap kereta diimport.
Contoh mudah anda cuba beli Toyota Estima di Jepun dan Malaysia. 4-5 kali ganda beza harganya.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia