Saya salin juga di sini beberapa petikan menarik perbahasan itu:Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidakapa kita turun sama-sama dan... [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding
Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding.
oleh penarik becaTuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu.Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai. Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidur dengan saya. Salah.... [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk.
Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh dipakai langsung, tidak boleh diterima.
Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sekiranya tiada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan mempertingkatkan daya berfikir mahasiswa, adakah kementerian ada kajian saintifik menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa.
Sekiranya kementerian juga tidak ada kajian saintifik dalam area ini, pada pendapat saya marilah kita membenarkan mahasiswa untuk terlibat dalam politik kerana ini adalah hak asasi mereka. Sekiranya setiap orang selepas mereka mencapai umur 21 tahun mereka boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti politik, kenapa mahasiswa kita tidak ada kebebasan ini?
Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat Menteri, kalau betul hujah Menteri itu parti politik ini bersifat emosi dan akan mengancam kestabilan masyarakat, lebih baik kita haramkan semua parti politik. Ini kerana kalau betul satu budaya parti politik ini tidak baik untuk pelajar, sudah tentu tidak baik untuk orang yang tak ada pelajaran. Kalau anak-anak kita yang masuk universiti pun akan terpengaruh dengan sifat emosi, sifat yang tidak rasional ini apatah lagi kita membenarkan anak-anak muda yang tak masuk universiti. Mereka boleh menyertai parti politik dan mereka akan bertindak secara waras, tak beremosi, rasional kalau dia tak masuk universiti dan itu logik yang kita hadapi sekarang.
Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Anak saya dua orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia, pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya, semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah kami di pihak pembangkang.
No comments:
Post a Comment