YB Dato' berkata beliau tidak pernah ubah pendirian.Pas dan UMNO dari dulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing di mana Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud manakala UMNO tetap menolaknya. "Sebagai umat islam kita kena menerima hukum hudud ini kerana hukum hudud adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah,"kata beliau. Katanya,dari segi pelaksanaan,Islam membenarkan hudud dilakukan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.Dato' Husam memberi contoh seperti solat zohor,di mana solat tersebut tidak boleh ditunaikan selagi belum masuk waktunya. Menurutnya, sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan UMNO menolak hukum hudud walaupun mereka beragama Islam. "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu,dan sekarang ini saya lebih risaukan UMNO berbanding DAP kerana UMNO mendakwa mereka Islam. Macam mana orang Islam boleh menolak hukum hudud dan sekali lagi, tahniah kepada UMNO kerana konsisten menolak hukum hudud dari dulu,"katanya. Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa beliau tidak tetap pendirian mengenai keputusan dalam pelaksanaan hukum hudud.
Tuesday, December 30, 2008
ISU HUDUD... Ini Pendirian Sebenar Husam Musa, Naib Presiden PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment