"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, December 12, 2008

90 Projek Lereng Bukit Dilulus Di Zaman Khir Toyo Berkuasa


Kira-kira 90 projek yang melibatkan pembangunan di cerun bukit yang telah kerajaan dibawah kepimpinan Barisan Nasional di Selangor sebelum ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim kerjaan negeri akan sentiasa memantau projek-projek ini dengan teliti supaya syarikat memenuhi semua syarat–syarat bagi memastikan rumah yang akan diduduki selamat
Perlu ditegaskan disini, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengkaji semula mana-mana projek jika didapati ada bukti bahawa alam sekitar dan keselamatan penduduk disekitar telah terancam akibat projek. Projek-projek di kawasan sensitif kepada bencana tanah runtuh akan diberi syarat-syarat yang lebih ketat,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan 7 Disember lalu
Selain itu, menurut Khalid kerajaan Negeri juga telah mengarahkan setiap syarikat perumahan memberi laporan bulanan berkaitan setiap projek yang dijalankan.
Sebagai langkah pro-aktif, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak menyenarai hitam syarikat yang lalai menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.
Tambahnya, oleh kerana bukan hanya cerun bukit yang sensitif kepada kejadian tanah runtuh, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan Jabatan Pengaliran Sungai (JPS) untuk mengetatkan penguatkuasaan sungai dikawasan hutan simpan bagi mengelakkan bencana alam yang boleh mengancam keselamatan penduduk
Kerajaan Negeri Selangor, tambah Khalid, bukan sahaja sedih dengan apa yang berlaku, tetapi lebih merasakan ianya satu pengajaran penting untuk menujukkan betapa pentingnya pemantauan terhadap pembangunan perumahan di cerun bukit (hill slope development).
Bahkan larangan pembangunan cerun bukit kelas 3 dan adalah antara polisi awal yang dibuat Kerajaan Pakatan Rakyat setelah mengambil alih pemerintahan daripada Kerajaan terdahulu,” menurutnya
Khalid juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada DYMM Sultan Selangor atas keperihatinan Tuanku untuk hadir memberi sokongan semalam
juga mengucapkan terima kasih kepada barisan pimpinan tinggi tertinggi Negara terutama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sempat meluangkan waktu untuk turut hadir melawat tempat kejadian.Negeri juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamat yang sedang giat dijalankan termasuk anggota polis, tentera, bomba, pasukan penyelemat SMART dan pasukan dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Bantuan dari sukarelewan dari pelbagai badan bukan kerajaan NGO dan Bulan Sabit Merah juga amat dihargai,” ucap Khalid.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia