oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia Nampaknya Ahli- ahli Parlimen dari UMNO dan BN masih degil untuk menerima tuntutan ahli- ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili suara dan kehendak mahasiswa- mahasiswa Institusi - institusi pengajian tinggi di Malaysia agar akta rimba AUKU ( Akta Universiti Dan Kolej Universiti ) dirombak secara besar- besaran. Buktinya Ahli Parlimen Pasir Salak, Pontian, Kinabatangan dan lain- lain yang mewakili Barisan Nasional terus- terusan menyokong agar perkara- perkara dalam AUKU yang mengekang penglibatan mahasiswa dalam pertubuhan luar kampus dan pertubuhan politik terus dipertahankan. Perkara ini jelas membuktikan kejanggalan cara berfikir ahli- ahli Parlimen Barisan Nasional oleh kerana AUKU itu sendiri jelas terbukti melanggar hak kebebasan bersuara rakyat yang dijamin Perlembagaan Malaysia. Mujurlah Malaysia tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan ataupun doktrin pengasingan kuasa diantara badan kehakiman dan eksekutif, jika tidak Mahasiswa Malaysia yakin 100% bahawa undang- undang AUKU itu akan terbatal secara automatik dan UMNO akan diisytiharkan sebagai PARTI/ PERTUBUHAN HARAM oleh kerana melanggar Perlembagaan Malaysia. Tambahan AUKU juga menyimpang daripada semangat Perlembagaan dan Akta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang menetapkan rakyat berumur 21 tahun layak mengundi. Bagaimana mahu mengundi jika Mahasiswa tidak dibenarkan untuk mengikuti perkembangan politik negara secara dekat. Namun apa yg sungguh menghairankan kenapakah Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan pembabitan mahasiswa- mahasiswa Malaysia di luar negara untuk menyertai parti politik. Buktinya kelab- kelab UMNO secara terang- terangan ditubuhkan di luar negara bagi membolehkan pembabitan mahasiswa dalam politik. Kelab- kelab UMNO ini terdapat di merata tempat di Indonesia, Australia, New Zealand, Amerika, England, Jepun dan seumpamanya yang keanggotaannya terdiri dariapada pelajar- pelajar Malaysia yang belajar di sana. Apakah dalam perkara ini SIKAP DOUBLE STANDARD KEMENTERIAN DIBENARKAN ????? Mahasiswa Malaysia ingin menegaskan jika inilah pendirian ahli- ahli Parlimen Barisan Nasional yang diketuai UMNO, Mahasiswa Malaysia yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus ditolak oleh majoriti mahasiswa dan rakyat dalam pilihanraya akan datang. Bahkan Mahasiswa Malaysia menggesa agar rakyat Kuala Terengganu termasuk mahasiswa yang layak mengundi bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu memberi pengajaran bermakna kepada kerajaan UMNO/ Barisan Nasional dengan menumbangkan mereka dalam pilihanraya kecil tersebut. Mahasiswa Malaysia percaya hanya dengan Tsunami rakyat sahaja UMNO dan Barisan Nasional akan sedar dari mimpi indah mereka.
Wednesday, December 10, 2008
AUKU Hangat Dibahaskan Di Parlimen Hari Ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment