Di pautan ini, saya hanya salin hujah-hujah pembangkang sahaja ketika berbahas mengenai Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan). Tak laratlah nak salin semua. Jika anda mahu membaca apa yang dikatakan oleh menteri dan ahli-ahli Parlimen penyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), sila baca hansard Dewan Rakyat. Anda juga boleh membaca ulasan mengenai perkara itu di sini. Saya salin hujah-hujah mereka untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri. Saya sendiri menyokong pendapat orang yang buat AUKU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan, "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU". Semua orang tahu, Dr Mahathir suka bercakap sinis dan berlapis-lapis maknanya. Jenis cakap sampai lima enam puluh makna. Itu hobi dia. Tetapi, saya nak ambil yang tersurat sahaja. Mungkin berbangkit persoalan, adakah penuntut kita lebih dewasa dan bertanggungjawab? Ukuran dewasa atau tidak, bertanggungjawab atau tidak, adalah subjektif. Lain orang, lain cara penilaiannya. Persoalannya, sampai bila Umno dan BN hendak menghina para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai budak-budak yang tidak bertanggungjawab? Adakah para pelajar pusat-pusat pengajian tinggi semuanya budak-budak yang tak bertanggungjawab? Antara lain, mungkin AUKU berpunca dari ketakutan Umno dan BN hendak bersaing dengan pembangkang di kampus. Sebab itulah calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "saya tidak takut kalau kita hendak bersaing dengan pembangkang di kampus... "Saya petik sebahagian ucapannya:
. Saya salin juga di sini beberapa petikan menarik perbahasan itu:Kita buka untuk semua dan kita compete base on ideas, berdasarkan kepada idea dan biar serahkan kepada mahasiswa untuk pilih siapa dia hendak ikut dan siapa dia hendak bantah. Itulah yang kita hendak melihat kerana ini membukakan minda mereka, menjadikan mahasiswa bukan hanya mahasiswa, bukan hanya academic students tetapi rakyat Malaysia yang terbuka minda mereka untuk buat pilihan. Saya tidak takut kalau terpaksa turun ke padang berdepan dengan sahabat saya daripada Rasah, tahniah kerana baru sahaja menang tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda DAP, tidak ada demokrasi dalam DAP menang tanpa bertanding tetapi tidak apa kita turun sama-sama dan... [Dewan riuh] Saya bertanding, saya bertanding Pemuda dengan Yang Berhormat Jerlun tidak apa, saya tetap bertanding
Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua,oleh : penarik beca
terima kasih Yang Berhormat. Baguslah itu jaminan maknanya kita boleh tubuh
tetapi saya hendak sebut bahawa ini masalah yang dihadapi oleh pelajar. Jangan
kata hendak tubuh, saya pergi makan nasi rumah seorang pensyarah universiti buat
PhD di sana, pensyarah itu dipanggil balik oleh universiti untuk beri jawapan
kenapa Mahfuz Omar pergi rumah kamu. Saya pergi makan nasi, pergi ziarah dia. Tak akan pergi
makan nasi, macam mana kalau saya menikah seorang lagi. Isteri saya belajar buat
PhD di UK, sebulan sekali saya pergi, nanti dia tanya pasal apa Mahfuz mai.
Maknanya isteri saya jawab, dia mai bukan sahaja setakat mai, tidur dengan saya.
Salah.... [Ketawa] Makna kena jawab kepada pihak universiti. Ini saya kata apa
punya undang-undang. Jadi saya hendak kata bahawa Yang Berhormat beri jaminan
tetapi apa dari segi praktikalnya tidak berlaku begitu. Tekanan kepada
pelajar-pelajar di luar negara cukup teruk. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sambung sedikit Yang
Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi beberapa alasan
yang diberi oleh menteri menyatakan universiti tidak mahu campur tangan parti
politik dalam urusan universiti, tidak mahu pelajar dipengaruhi oleh mana-mana
parti politik. Saya juga hendak tahu apakah pihak kementerian membuat
kajian di mana negara-negara yang top 100 universities dalam Times Higher
Education Ranking ini mana universiti yang ada AUKU ala Malaysia ini. Mereka
tidak ada, mereka top 100 universities. Umur mengundi di sesetengah negara
seperti US dan UK ialah 18 tahun, mereka boleh mengundi, boleh terlibat dalam
politik tetapi universiti mereka top 100. Jadi, alasan yang diberi tidak boleh
dipakai langsung, tidak boleh diterima. Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya Yang
Berhormat Menteri, sekiranya tiada kajian saintifik yang menunjukkan bahawa
penglibatan dalam politik akan mempertingkatkan daya berfikir mahasiswa, adakah
kementerian ada kajian saintifik menunjukkan bahawa penglibatan dalam politik
akan menjejaskan daya berfikir mahasiswa. Sekiranya kementerian juga tidak ada kajian saintifik
dalam area ini, pada pendapat saya marilah kita membenarkan mahasiswa untuk
terlibat dalam politik kerana ini adalah hak asasi mereka. Sekiranya setiap
orang selepas mereka mencapai umur 21 tahun mereka boleh terlibat dalam
aktiviti-aktiviti politik, kenapa mahasiswa kita tidak ada kebebasan ini? Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Yang Berhormat Menteri,
kalau betul hujah Menteri itu parti politik ini bersifat emosi dan akan
mengancam kestabilan masyarakat, lebih baik kita haramkan semua parti politik.
Ini kerana kalau betul satu budaya parti politik ini tidak baik untuk pelajar,
sudah tentu tidak baik untuk orang yang tak ada pelajaran. Kalau anak-anak kita
yang masuk universiti pun akan terpengaruh dengan sifat emosi, sifat yang tidak
rasional ini apatah lagi kita membenarkan anak-anak muda yang tak masuk
universiti. Mereka boleh menyertai parti politik dan mereka akan bertindak
secara waras, tak beremosi, rasional kalau dia tak masuk universiti dan itu
logik yang kita hadapi sekarang. Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Anak saya dua
orang belajar di luar negara, saya tahu sangat isu ini dan saya tahu sangat
diskriminasi, malah Timbalan Perdana Menteri pernah pergi ke Indonesia di mana
tempat universiti anak saya belajar, dicari anak saya malah orang yang ikut dia,
pegawai-pegawai dia mencari dan secara single out daripada ramai-ramai itu dan
memberi orang kata, ugutan-ugutan kepada anak saya, kerana dia anak saya,
semata-mata kerana dia anak Dr. Lo’Lo’. Jadi saya kira ini adalah satu sikap
yang boleh diteruskan sebab saya kata, yang mendapat political mileage adalah
kami di pihak pembangkang.
No comments:
Post a Comment