"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, December 30, 2008

DAP Anti Melayu dan Islam ????? Kah.. Kah.. Kah...


che'GuBard telah menerima email tulisan seorang teman ; YB Antony Loke yang menyentuh mengenai DAP Anti-Melayu?. Rasanya ramai perlu berkongsi artikel ini.
DAP anti-Melayu! DAP anti-Islam!
Inilah tohmahan-tohmahan yang sering disumbatkan oleh propagandis UMNO ke dalam pemikiran masyarakat Melayu Malaysia selama lebih 40 tahun ini. Memang saya memperakui bahawa propaganda UMNO begitu effektif sekali selama ini sehinggakan DAP berjaya digambarkan sebagai “musuh” orang Melayu dan justeru itu orang Melayu memerlukan UMNO untuk mempertahankan hak-hak mereka daripada “dirompak” oleh kaum lain khasnya DAP.
Mengapa mereka berjaya sebelum ini?
Media arus perdana Bahasa Melayu yang menjadi agen propagandis kepada UMNO memainkan peranan utama ini. Rata-rata masyarakat Melayu bergantung kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai akhbar paling utama mereka. Untuk media elektronik pula, saluran RTM dan Buletin Utama TV3 merupakan sumber informasi yang paling utama.
Bayangkan, pernahkah sesiapa membaca atau mendengar apa-apa berita yang positif mengenai parti ataupun pemimpin DAP dalam media-media ini? Kebiasaannya, DAP ditonjolkan sebagai sebuah parti chauvinis Cina yang sering kali mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu. Tambahan pula, rencana-rencana yang ditulis dalam Mingguan Malaysia mengemudi pemikiran masyarakat Melayu ke arah itu.
Apa sahaja yang dilakukan ataupun penerangan daripada DAP selalunya akan berkesudahan dalam tong sampah di pejabat editor. Ini yang menjadi modus operandi parti UMNO selama ini untuk cuba menguburkan DAP daripada berkembang menjadi sebuah parti yang mendapat sokongan berbilang kaum rakyat Malaysia. Namun, transformasi masyarakat Malaysia dalam sedekad yang lalu yang dipacu melalui gelombang teknologi internet telah membantu sedikit sebanyak memecahkan tembok pemikiran negatif tersebut terhadap DAP di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini.
Apakah falsafah perjuangan DAP?
Adakah kebangkitan DAP dalam arena politik negara dan pentadbiran kerajaan yang disertai oleh DAP akan menghakis kedudukan orang Melayu dan justeru itu kepentingan dan kebajikan mereka akan tergadai? Saya merasakan persoalan-persoalan ini perlu diperjelaskan untuk menyakinkan masyarakat Melayu sekiranya kita ingin melihat kewujudan sistem pentadbiran dua parti di Malaysia. DAP bertunjangkan ideologi sosial demokrasi. Apa maksudnya? Di antara prinsip-prinsip penting yang diperjuangkan ialah keadilan sosial, kesamarataan peluang (equality of opportunity), kebebasan dan solidariti. Demokrasi maksudnya kita membawa obor perjuangan kita melalui sistem pilihanraya dan bukannya melalui sebarang cara yang tidak mengikut lunas perlembagaan.
Hakikatnya, DAP bertanding dalam sistem pilihanraya di Malaysia sejak tahun 1965 lagi dan walaupun sering kali bersaing di atas padang yang tidak samarata, kami tetap menerima setiap keputusannya.Mungkin prinsip-prinsip yang saya perkatakan tadi terlalu abstrak bagi masyarakat umum. Namun keadilan sosial boleh ditakrifkan sebagai keadilan untuk masyarakat dari segi layanan, pertimbangan dasar dan bantuan kepada mereka yang miskin dan terpinggir tanpa melihat warna kulit dan latarbelakang agamanya.
Adakah prinsip-prinsip ini bertentangan dengan ajaran agam Islam? Jawapannya tentu tidak!
Perdebatan dalam perkara ini sering menjadi hangat di Dewan Rakyat. Setiap kali Ahli Parlimen DAP bangun menimbulkan isu ini, ada sahaja YB dari UMNO yang bangun yang cuba memutar-belitkan bahawa DAP menentang bantuan kerajaan untuk orang Melayu. “Smash” ini cukup mudah dibalas. Sekiranya prinsip ini dipratikkan, kan ramai yang mendapat bantuan itu terdiri daripada masyarakat Melayu juga yang benar-benar memerlukannya.
Perbezaannya, golongan Cina dan India atau apa-apa kaum yang lain yang juga memerlukan bantuan tetap diberi perhatian. Adakah masyarakat Melayu di akar umbi akan berasa dengki? Saya cukup yakin tidak. Kita juga mengejar kesamarataan dari segi peluang. Peluang untuk belajar di universiti, peluang untuk mendapat biasiswa, peluang untuk berniaga, peluang untuk menduduki apa-apa jawatan penting dan peluang untuk berjaya dalam segala aspek hidup. Orang UMNO menggunakan alasan bahawa orang Melayu masih di belakang dalam pelbagai aspek dan tidak mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain dan justeru itu memerlukan “perlindungan” daripada kerajaan. Yang pertamanya, persepsi seumpama ini seolah-olah merendahkan keupayaan masyarakat Melayu sendiri. Masyarakat Malaysia hari ini telah banyak berubah.
Kini sudah wujud satu kelas menengah Melayu yang besar dan anak-anak Melayu mempunyai akses dan kapasiti untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa apa-apa “handicap”. Bukankah itu semangat yang cuba dihidupkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan slogannya “Malaysia Boleh”? Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pemikiran UMNO inilah yang akhirnya akan membantutkan perkembangan dan kebangkitan masyarakat Melayu dalam persekitaran global zaman ini.
Keduanya, alasan memberikan peluang untuk orang Melayu sebenarnya telah lama “diperkosa” oleh orang UMNO sendiri dengan menganugerahkan sebarang kontrak kerajaan kepada kaum-kerabat dan sahabat handai mereka yang dalam pengertian ekonomi ditakrifkan sebagai kronisme. Saya nak tanya rakan-rakan Melayu yang langsung tidak ada “kabel” dengan pemimpin UMNO, mampukah saudara mendapat sebarang projek kerajaan dengan usaha sendiri? Memang tidak dinafikan bahawa masih ada golongan yang kurang mampu untuk bersaing dalam padang yang samarata.
Kemungkinan juga mereka ini sebahagian besarnya dari masyarakat Melayu di luar bandar. Namun, mereka yang tergolong dalam kategori ini juga meliputi anak-anak India yang membesar di ladang dan estet, budak-budak Cina di ratusan kampung baru di pekan-pekan kecil dan mereka-mereka yang dilahirkan di pendalaman Sabah dan Sarawak.
Memang kami bersetuju golongan ini perlu diberikan sedikit kelonggaran dan perhatian khusus untuk turut mendapat peluang dalam segala aspek mobiliti ke atas (upward mobility) seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka di kawasan Bandar. Namun, kayu pengukur untuk diberikan “diskriminasi positif” ini tidak seharusnya berdasarkan warna kulit tetapi sebaliknya berlandaskan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka.
Persoalannya, adakah masyarakat Melayu yang miskin akan terpinggir dan dilupakan dalam pelaksanaan dasar seumpama ini? Sudah tiba masanya kita melihat setiap insan manusia yang lain itu sebagai kaum manusia (humankind) terlebih dahulu dan bukannya warna di atas kulitnya. Sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai daya pemikiran tersebut ditambah pula dengan pelaksanaan segala dasar kerajaan berasaskan prinsip ini, maka Malaysia tidak memerlukan Kementerian Perpaduan Nasional untuk mencapai perpaduan yang sejati di kalangan rakyat berbilang kaum kita.
Kesimpulannya, tidak ada alasan langsung bagi DAP untuk melihat orang Melayu sebagai musuh atau sebaliknya? Apa yang boleh kita kecapai daripada itu? Kita tidak pernah mempertikaikan beberapa perkara yang asas seperti Islam sebagai agami rasmi, Perkara 153 kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja Berlembagaan. Yang kita perjuangkan ialah supaya dasar-dasar kerajaan bersifat lebih Malaysia dan supaya setiap rakyat Malaysia merasakan “semangat kepunyaan” atau “a sense of belonging” dalam negara kita ini.
tulisan ;
YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah dan Pengarah Pendidikan Politik DAP

2 comments:

bungaraya said...

UMNO bukan sekadar bercakap saja. Bukan UMNO yang menggerakan hati dan fikiran Pemimpin DAP.
Melainkan pemimpin DAP sendiri.
UMNO kah yang menyuruh pemimpin DAP menghapuskan DEB di Pulau Pinang.
Apa Tujuan Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia. Anda harus bersikap prejudis dalam menjawab. Sama seperti penulisan anda yang sangat prejudis akan perjuangan UMNO memertabatkan bangsa dan agama.
Usaha untuk meng999tahunkan tanah orang DAP majoritinya di Perak. UMNOkah yang mengarahkannya.
Bila PAS berjuang untuk melaksanakan Hukum Hudud, apa DAP kata? UMNOkah yang menasihatikan DAP.
Dan anak-anak di Menara Gading, sedarkah anda darimana asal usul anda? Mungkin sebahagian besar bapa anda tak mampupun menghantar anda sebegitu tinggi. Usaha siapa? DAPkah?
Jangan Dangkal dan penganalisaan anda. Kadang tinggi mana sekolah anda, belum pasti anda tahu mana satu yang prioriti.

nazmi said...

UMNO menyuruh menghapuskan DEB ???

1) apakah kejayaan DEB selepas lebih 3 tahun ???

- dimana kedudukan peninaga2 melayu
- bumiputra ( melayu + peribumi sabah sarawak ) hny mengusasi 18.% % kekayaan selepas 30 tahun DEB
- org melayu hanya memeilki beberapa peratus sahaja premis2 perniagaan di bandar2
- dimana org melayu pulau pinang, johor bahru, kuala lumpur dan badar2 besar lain selepas 30 tahun DEB

DEB gagal bukan krana dasarnya tapi kerana UMNO yang mengkhianati DEB.. selagi ada DEB selagi itu lah akan adanya ketidak adilan. Bahkan ketidakadian sesama melayu sendiri. Sedarlah pak cik mampukah peniaga melayu yang bukan kroni UMNO atau ahli UMNO merebut projek kerajaan walaupun berkelayakan. Sudah tentu jawapannya tidak kerana projek kerajaan hanya untuk mereka yg rapat dengan pembesar UMNO.. x percaya tanya saja mana2 kontraktor. Jangan mimpi nak dpt projek kalau x da kabel besar dari parti UMNO. itulah hasilnya bangunan yang harga KURANG rm 100, 000. 00 melonjak menjadi RM 500, 000. 00. Dahla mahal kualitinya macam HARAM.. baru 2 tahun dan ada yg belum siap pun dah runtuh dan bocor sana sini.

2) kenapa saudara tidak mempertikaikan kenyataan BAKAL PM iaitu si najib altantuya yang DEB akan dihapuskan beransur2 ?

3) Teresa Kok menyaman Utusan kerana Utusan memfitnahnya.. baca penerangan isu Azan dari blog Khalid Samad ( MP Shah Alam ), Zuraidah ( MP Ampang ) dan Teresa sendiri. Kalau anda degil untuk mempercayai, tanyalah dengan penduduk tempatan dan ahli jawatankuasa masjid tersebut sendiri. Teresa Kok tidak pernah mengharamkan azan sama sekali. Logikkah Teresa Kok membuat aduan kepada ADUN BN yang tiada kuasa ke atas masjid ??? Kalaulah betul apa yg diddakwa lebih mudah dan lebih baik dan lebih tepat Teresa Kok menyuarakan isu Azan pd Exco Agama yang boleh saja dia jumpa bila2 masa berbanding ADUN BN yang lebih sukar utk dijumpai dan x ada kuasa pun. Tapi kenyataannya x pernah pun timbul isu Azan. AMAT WAJAR KITA MENYMAN MEREKA YANG MEMFITNAH KITA.


3) 999 tahun tanah kg baru yang majoritinya org cina..

- saya kira ia wajar kerana mereka telah menetap di situ lebih 30 tahun.
- Islam mengajar umatnya adil pada semua org tanpa kira kaum atau agama dan sbb itulah maka berduyun2 org bukan Islam berminat memeluk Islam di zaman Rasulullah dan para- para Khalifah. keadilan islam pd semua agama dan kaum lah yg membezakan kami org islam berbanding yahudi dan lain2.

- lagi pun kalau anda membuka Kanun Tanah Negara. tanah adalah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri berhak memberi milikan tanah pd mana- mana pihak dan individu. Bahkan ia disokong oleh panel 10 peguam + bekas hakim MAHKAMAH RAYUAN.

- UMNO memberi tanah kepada org cina di Pulau Pinang dalam jumlah yang bezar dan meibatkan rizab melayu pula kenapa anda membisu dan tidak mempertikaikannya ???

- peiknya diberi tanah bukan pd org miskin tapi pd kroni yang sudah mempunyai harta puluhan juta malah ada yang sudah bergelar Billionaire. Ini diberikan pada orang Cina yang kurang senang kenapa harus anda mempertikaikan ???

- 999 tahun milikan tanah berbanding hak milik kekal. Mana lebih lama.. di Pulau Pinang dan bandar2 besar lain UMNO secara rakus memberi tanah milikan kekal pada Tauke2 Cina.. Kenapa anda diam membisu ????


4) ISU HUDUD

- siapakah yang menghalang kerajaan Kelantan dan Terengganu mewartakan Huduh ???

- UMNO lah wahai saudara..

- di Kelantan, Hudud tlah diwartakan dan dipersetujui majoriti ADUN kelantan untuk dilaksanakan, malangnya UMNO menyaman kerajaan PAS Kelantan di zaman Mahathir kerana ingin melaksanakan Hudud...

- soal DAP.. Biarlah dia bersuara kerana dia belum paham apa itu Hudud oleh kerana mendapat penjelasan yang salah dari UMNO..

- DAP itu org Cina bukan Islam tapi UMNO itu melayu yang mengaku Islam.. Lebih pelik UMNO mempertikaikan Hukum Hudud bukan mahu sama2 PAS melaksanakan hudud.

- Jika DAP kurang paham isu Hudud, ayuh sama2 awk org UMNO berganding bahu dengan PAS pahamkan MCA dan DAP tentang Huduh..

- LAGIPUN hudud hanya untuk orang Islam, org bukan Islam diberi kebebasan memilih samada Hudud atau undang- undang sivil


5) ISU PENDIDIKAN

- saya anak Malaysia yang belajar di Universiti

- perbelanjaan saya bukan DUIT UMNO tapi duit cukai rakyat Malaysia..

- kerajaan fungsinya menguruskan wang rakyat dan saya sebagai salah seorang rakyat yang membayar cukai berhak mendapat apa yang saya bayar

- lainlah kalau saya belajar di Universiti 100% tanggungan UMNO/ BN.. mungkin saya harus sujud pd UMNO/ BN.. tapi saya di IPTA milik rakyat malaysia... sesiapa pun yang memerintah, mereka hanya mengurus IPTA2 ini bukannya pemilik IPTA ini kerana IPTA ini miliknya rakyat Malaysia yang membayar cukai, yang menyumbang kepada negara

lagu hot@mahasiswa malaysia