"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, February 15, 2009

Bagaimana Sultan dan Raja Harus Dihormati ?



Oleh taufan "
Pada saya soal menderhaka pada sultan tidak timbul. Kerana sultan atau raja adalah manusia biasa. Penghormatan yang masyarakat berikan kepada sultan atau raja seringkali disalah faham.
Nabi Muhammad sendiri mengakui baginda adalah manusia biasa yang perlu makan, minum dan lain-lain keperluan. Baginda tidak diminta dilayan seperti raja.Para sahabat sendiri yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda hidup dalam keserhanaan tanpa mengharapkan disanjung dan dimuliakan seperti raja.
Sejarah Melayu pernah mengajar kita bahawa raja yang membuat keputusan yang salah dalam peristiwa Todak Melanggar Singapura, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan sebagainya. Bahkan dalam sejarah Malaysia Merdeka tidak terlepas dari peristiwa kematian yang terjadi kepada caddy golf di Johor.
Bagaimana yang sepatutnya rakyat malaysia memuliakan sultan atau raja? Adakah dengar akur segala perintah? Atau akur yang benar dan sanggah yang salah? Jika dilihat kembali sejarah, sebelum ini sultan dan raja tidak boleh disaman ini kerana memiliki kekebalan raja-raja. Namun Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr Mahathir telah mencabut kekebalan raja-raja dan akibatnya, sultan dan raja-raja boleh disaman oleh sesiapa sahaja. Siapakah yang bersalah dalam hal sebegini?
Begitu juga dengan Anuar Musa di Kelantan yang melantik sultan baru. Perlukah cerita ini dipebesarkan? Bagaimana pula dengan cerita Dato Ghazali Jawi iaitu Menteri Besar Perak yang juga bapa kepada Dato’ Tajol Rosli. Beliau juga engkar dengan perintah SUltan Idris dari meletak jawatan?
Bagaimana pula dengan penyokong Idris Jusoh yang mengangkat sepanduk yang menghina sultan Terengganu dalam hal pelantikan menteri besar terengganu yang baru?
Sama juga dengan keadaan Dato’ Seri Nizar yang enggan meletakkan jawatan dengan alasan beliau masih Menteri Besar yang sah dan sultan tidak berhak untuk mengosongkan jawatan.
Isu sekarang ialah setakat manakah perlu rakyat kebanyakkan seperti kita semua dalam menghormati keputusan Sultan atau raja? Apa kah yang perlu dilakukan sekiranya sultan membuat keputusan yang salah? Adakah mempertikaikan sultan dianggap sebagai menderhaka? Kalau benar perlu dianggap sebagai menderhaka, maka seharusnya sebelum sudah ramai pihak yang perlu dihukum. Mengapa hanya pihak PR yang perlu dihukum?
Atau mungkin benar apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir apabila beliau membuang kuasa kekebalan raja-raja. Ini kerana semakin berkuasa seseorang itu, semakinlah berlaku penyalahan guna kuasa.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia