oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia Berita Ntv7 jam 7 petang hari ini ( selasa 25 november 2008 ) membuktikan majoriti rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan keputusan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang enggan merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas dakwaan mengeliru dan menipu dalam dewan rakyat. Buktinya dalam satu undian yang dibuat oleh ntv7, 86% responden tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat untuk tidak merujuk Nazri Aziz ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen. Kan dah terbukti dengan terang- terangan majoriti rakyat Malaysia tak bersetuju pun ngan keputusan timbalan speaker. Orang bodoh sekalipun tahu keputusan timbalan speaker hanya untuk menyelamatkan menteri bukannya menegakkan kebenaran. Bukankah jelas keputusan Timbalan Speaker menyebelahi Menteri memperlihatkan sikap berat sebelah Speaker dan timbalan speaker dewan rakyat. Apakah nasib yang akan diterima sekiranya ada Ahli Parlimen dari kalangan Pakatan Rakyat menipu di dalam dewan sebagaimana dilakukan Nazri Aziz ? Mahasiswa Malaysia berpendapat Nazri Aziz harus dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Nazri Aziz juga wajar dipotong gaji sebanyak RM 10.00 kerana menipu dalam dewan sebagaimana diperuntukkan dalam peraturan dewan. Apakah kita rela membiarkan dewan rakyat menjadi tempat Menteri dan Ahli Parlimen sebebasnya mengeluarkan fakta palsu lagi mengelirukan. Oleh itu, sekali lagi Mahasiswa Malaysia menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat mengambil peranan dan perhatian untuk merujuk Nazri Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ini perlu dalam memelihara nama baik nama Parlimen Malaysia dan menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi penggubal undang- undang yang terus dihormati 26 juta rakyat malaysia.
Tuesday, November 25, 2008
86 % Penonton Edisi 7 Menolak Keputusan Timbalan Speaker
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment