"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 29, 2008

UCAPAN DASAR PRESIDEN PKR - Memukau dan Menggegarkan Stadium


29 November 2008 ( Sabtu )

Kongres Tahunan Nasional

Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Bismillahir rahmaa nirrahim,
[iftitah kata]
Para Perwakilan dan Pemerhati sekalian,
Assalamualaikum w.b.r, salam sejahtera.
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah swt kerana dapat kita bertemu sekali lagi bagi mengadakan Kongres keADILan 2008. Sejak Kongres di Negeri Sembilan tahun lalu, pelbagai cabaran dan perubahan telah berlaku kepada parti kita dan juga negara. Justeru, Kongres kali ini adalah peluang untuk kita menilai pencapaian dan memetakan masa depan parti kita dalam menjana Harapan Baru untuk Malaysia.
PKR – Parti Untuk Semua
KeADILan telah memainkan peranan yang signifikan dalam reformasi politik, sosial dan ekonomi negara. Malah dalam muafakat Pakatan Rakyat bersama Pas dan DAP; kita hanya setapak sahaja lagi untuk membentuk sebuah kerajaan baru. Namun sebelum itu, izinkan saya mengambil sedikit masa menekankan prinsip keadilan yang menjadi asas kepada perjuangan parti. Nilai keadilan merangkumi segala aspek kehidupan dan ia tuntas dengan ajaran Islam serta keluhuran agama-agama lainnya.
KeADILan tertubuh hasil dari hasrat perjuangan dan doa rakyat yang inginkan perubahan dalam politik negara. Agenda kita adalah agenda rakyat. Gerakan kita adalah gerakan parti politik yang berlandaskan sistem demokrasi. Justeru kita tidak akan mampu mencapai kemajuan sekiranya kebebasan berfikir dan hak untuk mengemukakan pandangan dinafikan. Kita harus mengekalkan fikrah murni dan menggilap semangat juang dan budaya kerja profesional. Setiap ahli harus mempunyai semangat juang yang kental, langkah gerak cergas, hemah bertindak dan santun berbicara.
Agenda reformasi telah menjadi inspirasi dan harapan kepada setiap rakyat Malaysia. Kita suburkan semula obor perjuangan yang dinyalakan tokoh-tokoh besar negara; Dr Burhanuddin al-Helmy, Dato Onn Jaafar, Ahmad Boestamam, Datu Mat Salleh dan Rosli Dhobi.
Saudara saudari sekalian,Satu dekad berlalu sejak gelojak September 1998. Kita kenangkan jasa dan pengorbanan semua- termasuk yang meninggalkan kita. Dan kini, kita berhadapan dengan cabaran baru. Parti Keadilan Rakyat perlu lebih mantap; merangkumi semua kaum dan wilayah. Perlembagaan Parti perlu dikemaskini; dan saf pimpinan parti harus lebih berwibawa, peka dan bertanggungjawab. Maka untuk maksud tersebut, satu konvensyen khas akan diadakan pada akhir Febuari, insyaAllah.
Pilihanraya Umum ke-12: Satu Kejayaan Gemilang bagi Parti kita, Pakatan Rakyat, dan Fajar Baru untuk Malaysia
Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu dianggap oleh pemerhati politik tempatan dan luar negara, sebagai tsunami politik. Parti kita berjaya memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri. Bersama dengan PAS dan DAP, kita berjaya menghalang UMNO-Barisan Nasional daripada mencapai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan menubuhkan Kerajaan Negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak di samping menyaksikan Umno tersungkur di Kelantan.
SETERUSNYA....

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia