"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 29, 2008

CAJ PTPTN 1% : Mahasiswa Ditipu Hidup2 Oleh Kementerian Pengajian Tinggi


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Pengenaan caj satu peratus terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan dan bukan 1 Jun tahun ini seperti yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.
Beliau berkata penundaan tarikh penguatkuasaan itu adalah disebabkan beberapa perkara yang perlu diteliti dan diselesaikan oleh PTPTN termasuk proses dokumentasi.
“Kita telah menyatakan ia (caj) bermula 1 Jun tahun ini tetapi memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diteliti dari segi dokumentasi, penerimaan dan sebagainya, maka pelaksanaan itu ialah pada 1 Januari depan,” katanya.
Walaubagaimanapun perubahan tarikh tersebut disanggah oleh beberapa orang pimpinan mahasiswa.Setiausaha Agung Economics Student Leaders Council (ECONS) saudara Ahmad Fahmi Salleh dalam kenyataannya kepada mahasiswakini berpandangan bahawa kerajaan tidak sepenuhnya jujur terhadap penurunan kadar caj tersebut.
“Sebelum ini diumumkan bahawa semua peminjam akan memperolehi kadar caj yang baru bermula jun 2008.Sekarang, menteri KPT sendiri mengakui bahawa tarikh jun 2008 telah diubah kepada januari 2009 kerana sebab-sebab tertentu.”
“Saya yakin selepas ini menteri akan buat kenyataan lagi bahawa kadar baru itu hanya untuk peminjam yang akan mula meminjam pada kemasukan 2009 iaitu julai 2009.Nampaknya kenyataan menteri semakin murah sekarang”katanya.
Selain itu Timbalan Presiden Kelab Perakaunan Universiti Malaya, saudara Hizami Hadri pula berpendapat bahawa kerajaan perlu membuat pengumuman yang jelas dan tidak cuba memperbodohkan mahasiswa. - Mahasiswakini

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia