"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 24, 2008

Perubahan Kepimpinan PAS Selangor.... Penjelasan Oleh Bekas Timb Pesuruhjaya II PAS Selangor


Ramai yang telah mengajukan soalan berhubung dengan perubahan di dalam barisan pimpinan negeri Selangor iaitu pengantian saya sebagai Timbalan YDP (2) Negeri dan Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan Negeri. Banyak penjelasan telah diberikan oleh berbagai pihak, ada yang hampir tidak masuk akal.
Beginilah, cukup sekadar saya nyatakan bahawa terdapat perbezaan pendapat di atas beberapa isu dengan sebahagian dari pucuk pimpinan negeri, yang mana penjelasan terperinci disini adalah tidak relevan. Saya telah mengkritik beberapa isu berbangkit semenjak penubuhkan kerajaan negeri dibawah PR. Selepas 8 bulan dan kami masih lagi tidak dapat mempersetujui tentang beberapa perkara, saya percaya adalah lebih baik agar saya digantikan dalam barisan pimpinan negeri. Perkara ini telah dibincangkan didalam mesyuarat Dewan Harian yang dihadiri seramai 11 orang, yang mana saya turut hadir. Bila mana Pesuruhjaya Negeri mencadangkan agar saya diganti, saya setuju. Dato Dr. Hassan Ali berhak untuk mempunyai kumpulan yang memberi sokongan penuh kepadanya agar beliau dapat melakukan apa yang difikirkan terbaik untuk memenuhi objektif yang telah dipersetujui parti di dalam muktamar lepas. Iaitu; memastikan agar kerajaan PR Selangor berjaya. Beliau tidak boleh mempunyai orang seperti saya, yang sering kali mempersoalkan keputusan dan polisi yang dibuat, yang akhirnya mengakibatkan beliau tidak dapat melakukan apa yang difikirkan perlu.
Namun demikian, saya masih kekal sebagi YDP Shah Alam. Kami masih akan bertemu didalam mesyuarat badan perhubungan negeri yang diadakan setiap bulan. Saya tetap boleh mempersoalkan polisi dan kesan polisi yang telah diambil semasa mesyuarat tersebut. Oleh itu, perkara ini bukanlah soal mengongkong perbedaan pendapat ataupun menerap sifat ‘ya tuan’ dikalangan ahli. Ia adalah soal memberikan Dato’ Dr. Hassan Ali peluang sepenuhnya untuk membuktikan keberkesanan kepimpinan beliau dalam menjayakan kerajaan negeri PR dengan kumpulan yang beliau senangi. Walaubagaimanapun, saya akan sentiasa memantau, terutamanya sekiranya dilihat polisi yang diketengahkan akan mengundang masalah kepada PR. Adalah perlu disedari bahawa cuma tinggal 3 tahun lebih lagi untuk pilihanraya akan datang. Kita perlu mula menunjukkan peningkatan!
Dalam soal Saudara Shaari adalah sedikit berbeza, walaupun secara dasarnya adalah sama.
WalLahu 'Alam

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia