oleh nazmi, webmaster Mahasiswa Malaysia pemikir99 said...
oi.. dia tu doktor la kot.. kja dia asalnya doktor, doktotr ni kalo umo 55 org len dah pencen, doktor kna keja lagi tau x???? smpi mati doktor kja.. dia brenti ngn mosti bkannya xkja ngan krajaan dah, dia kja ngn kementerian kesihatan lg.. jgn suka ati asyik maen bantai je, pk la dulu nak tulis, nama pon mahasiswa, pk dulu!! Benarlah dia doktor dan tetap perlu berkhidmat dengan kerajaan sungguhpun memilih untuk menamatkan kontrak dengan MOSTI. Namun demikian, angkasawan negara hakikatnya mengikuti program angkasawan negara di bawah program tajaan MOSTI dan bukannya di bawah kementerian kesihatan Malaysia. Oleh itu Mahasiswa Malaysia berpendapat angkasawan negara wajar untuk terus memberi khidmat kpada MOSTI dan rakyat Malaysia. Mahasiswa Malaysia juga berpendapat MOSTI tidak wajar memberi pilihan kepada Angkaswan Negara untuk menyambung kontrak ataupun tidak. MOSTI haruslah tegas dan terus mengikat Angkasawan Negara untuk tempoh sekurang- kurangnya 10 tahun sesuai dengan jumlah pelaburan MOSTI dalam program angkasawan ini. dimana ia menelan belanja yang amat besar ( ratusan juta ). Sekali lagi... Mahasiswa Malaysia tegas dengan pendirian bahawa Angkasawan Negara wajar terus diikat untuk berkhidmat dengan MOSTI. Ini adalah penting ke arah matlamat negara dan MOSTI sendiri untuk membangunkan program angkasawan kita sendiri. Kepakaran Sheikh Muzaffar haruslah diggunakan sepenuhnya ke arah menjayakan matlamat ini.
No comments:
Post a Comment