"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 24, 2008

Surat Terbuka Untuk UIAM - oleh Pelajar Terkilan


Oleh mahasiswa_united
"SAYA adalah seorang daripada ribuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Saya mewakili pelajar lain ingin menyatakan ketidakpuasan hati kami berikutan tindakan UIA mengadakan kelas pada Sabtu.Pihak UIA seharusnya peka terhadap perkara ini. Jika UIA mengadakan kelas pada hari itu sudah pasti akan mengganggu kualiti dan keselesaan hidup pelajar. Pelajar tidak dapat mengadakan aktiviti lain seperti berehat dan pulang ke kampung.
Pelajar juga memerlukan masa berkualiti bersama keluarga di kampung. Meluangkan masa bersama keluarga sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan pelajar.Jika jumlah jam kredit menjadi masalah bagi UIA lalu membuat kelas pada Sabtu, mengapa universiti lain di Malaysia, contohnya Universiti Malaya (UM) tidak mengadakan kelas pada hari itu? Pelajar di kedua-dua universiti dihadkan mengambil jam kredit dalam lingkungan 21 jam. Tetapi pelajar di UM tidak mempunyai kelas pada hari itu.
Saya berharap pihak pengurusan universiti menyusun jadual dengan cekap tanpa membebankan kehidupan pelajar.
Saya percaya, setiap kursus mempunyai tugasan yang banyak. Jika UIA tidak mengadakan kelas pada Sabtu, kami boleh memperuntukkan Sabtu dan Ahad untuk membuat tugasan dan mengulangkaji pelajaran. Ini membolehkan kami meningkatkan produktiviti kami dalam tugasan mahupun pelajaran.
Oleh itu, kami berharap pihak pengurusan UIA dapat mengambil tindakan sewajarnya. Kehidupan seharusnya seimbang seperti rohani dan jasmani. Begitu juga proses pembelajaran dan keluarga.
Saya percaya, jika pelajar seronok belajar, produktiviti juga akan meningkat, sekali gus akan meningkatkan nama UIA.
PELAJAR TERKILAN,Petaling Jaya, Selangor.
Mahasiswa Malaysia berharap pihak pentadbiran UIAM segera bertindak di atas permasalahan yang disuarakan pelajar terkilan. Mahasiswa Malaysia juga berpendapat majoriti pelajar UIAM sependapat dengan Pelajar terkilan. Oleh yang demikian Mahasiswa Malaysia merasakan cuti 2 hari seminggu adalah bersesuaian ke arah matlamat melahirkan mahasiswa yang lebih produktif dan fleksible.

1 comment:

Anonymous said...

Memang diakui yg kelas pd hari sabtu agak menganggu terutama bg pelajar kuliyyah economy sbb mereka takda kelas pd hari jum. Ramai yg merungut tak dapat balik sebab ada kelas. Setahu sy, tiada kuliyyah yg adakan kelas utk subjek core course selepas solat jum jadi klu ditukar tarikh pada hari jum mungkin lebih elok.

lagu hot@mahasiswa malaysia