"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, December 21, 2008

15% Diskaun Pembelian Rumah, 50% Diskaun Sewa Rumah PKNS... TERBUKTI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PRIHATIN MANGSA TANAH RUNTUH


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor menawarkan insentif diskaun kepada keluarga yang secara langsung dan tidak langsung kehilangan tempat tinggal ekoran tragedi tanag runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu.
Bagi 14 keluarga yang rumah mereka ranap, kerajaan negeri menawarkan mereka membeli rumah yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada potongan harga 15 peratus atau menyewa mana-mana rumah disediakan agensi itu dengan potongan 50 peratus.
Potongan sewa itu adalah untuk tempoh setahun.
Malah, tawaran yang sama diberikan kepada 81 keluarga yang belum boleh pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat lokasi tragedi sebentar tadi dan mengumumkan tindakan susulan ekoran laporan geoteknikal dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya.
“Namun buat masa ini, bagi 81 keluarga berkenaan kerajaan negeri akan membiayai kos sewa rumah sehingga RM1,000 sebulan sekeluarga sehingga mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“PKNS juga menawarkan 14 buah rumah di Cheras untuk disewa dengan kadar minimum RM100 sebulan untuk tiga bulan pertama dan seterusnya RM500 setelah tamat tempoh tiga bulan tersebut,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, beberapa kawasan perumahan berhampiran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa selamat untuk diduduki mulai semalam manakala beberapa lagi masih memerlukan penilaian tentang tahap keselamatannya.
Ia mungkin memakan masa sebulan ataupun lebih.
Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) merumuskan bahawa status keselamatan di lima kawasan “merah” sebelum ini adalah selamat dan boleh diduduki penghuni.
Kawasan tersebut ialah:
- Jalan Bukit Antarabangsa 5 unit rumah rumah nombor 1 hingga no 5
- Jalan Bukit Mewah 2 30 unit rumah rumah nombor 5 hingga 38
- Jalan Wangsa 11 38 unit rumah rumah nombor 2 hingga 76
- Kondominium Impian Selatan: Keseluruhan Blok A 81 unit dan Keseluruhan Blok B 28 unit
- Jalan BJ, 6A Taman Bukit Jaya, 6 unit rumah nombor 1, 3, 5, 7, 9 dan 11
Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu yang berlaku pada kirakira pukul 4 pagi, 6 Dis lepas, mengakibatkan 14 buah banglo ranap di Bukit Mewah dan empat orang terkorban.
Dianggarkan 1,000 penduduk masih tidak boleh menduduki kediaman mereka sehingga kawasan perumahannya diisytiharkan selamat untuk diduduki, kerana Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR masih menjalankan penilaian ke atas kedudukan tanah di kawasan yang tidak selamat. — MStar

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia