"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, December 23, 2008

Economics Student Leader Council (ECONS) Sokong Hasrat Gantikan PERDANA Dengan CAMRY


Kuala Lumpur: Setiausaha Economics Student Leader Council (ECONS), Saudara Ahmad Fahmi dalam temubual tidak rasmi bersama wartawan Mahasiswakini.com dipetik sebagai berkata pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin dilihat tidak patriotik dan membazir bagi sesetengah golongan. Namun beliau menyifatkan tindakan Kepimpinan negeri Perak sebagai implikasi pasaran dalam pembangunan dan pemerkasaan industri automotif Negara.
“Sememangnya ramai yang memberi respon dari sudut politik, tetapi kita bercakap tentang kualiti bukan jenama. Ahli masyarakat terutamanya mahasiswa perlu melihat isu ini dari aspek sejauhmana Malaysia memacu Industri Automotif. Industri Automotif kita masih lagi ditahap yang rendah malah memerlukan pemerkasaan dari aspek teknologi dan tenaga pakar. Bagi saya, kerajaan Perak lebih mementing nilai wang (value of money) berbanding aspek Jenama Malaysia. Sememangnya kita perlu menyokong industri Negara, tapi kalau barang tak bagus, kos selenggara tinggi dan tak mencapai standard, pelanggan tetap akan lari. Ini hukum pasaran” ujar beliau panjang.
Beliau yang diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri juga menyatakan pasaran automotif dunia dalam keadaan tenat akibat krisis kewangan Amerika Syarikat. Syarikat automotif seperti Ford dan DaimlerChrysler terpaksa menuntut bantuan dari Pusat dalam usaha menyelamat syarikat tersebut daripada bankrup.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.
Saudara Ahmad Fahmi juga menyarankan kepada kepimpinan Negara supaya mementingkan pembangunan Negara dari aspek ekonomi dan kualiti eksport. Beliau juga menambah kerajaan tidak boleh merasa selesa dengan pencapaian industri automotif Negara malah perlu berusaha meningkatkannya.
“Di samping matlamat politik, saya menyarankan pemimpin Negara perlu melihat dengan lebih jauh dalam aspek ekonomi Negara. Kerajaan jangan merasa ‘syok’ (seronok) sendiri dengan pencapaian industri automotif yang ada sekarang, pasaran semakin kompetetif tetapi kita masih lagi dengan teknologi yang lama. Kualiti kereta kita juga masih rendah jika nak dibanding dengan syarikat gergasi dari Jepun dan Korea Selatan.
Isu perkauman dan pelbagai isu picisan lain semakin menjadi tidak relevan tetapi pembangunan ekonomi yang rakyat inginkan” tambah beliau santai.Isu pembelian kereta berkenaan mendapat respon hangat daripada golongan mahasiswa. Isu ini semakin panas apabila kerajaan Kedah juga dijangka akan mengumumkan tindakan tersebut dalam masa terdekat. Kepimpinan mahasiswa di kedua-dua negeri termasuk Bersatu Perak dan Persada dijangka akan bertemu dengan kepimpinan peringkat negeri bagi mendapat penjelasan kukuh tentang isu ini.-mahasiswakini

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia