IPOH- 15 Dis. – Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini meminta orang ramai agar tidak mempolitikkan isu pembelian Toyota Camry 2.4 yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan dan pegawai kanan kerajaan negeri. Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan orang ramai khususnya rakyat negeri Perak sepatutnya tidak mudah mempercayai laporan media arus perdana dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggujawab, sebaliknya mereka perlu mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kerajaan negeri mengapa tindakan tersebut diambil. “Alhamdulillah, kita telah pun mendengar penjelasan daripada pihak kerajaan negeri dan kita merasakan tindakan tersebut adalah wajar memandangkan kos untuk membaiki serta menyelenggara Proton Perdana adalah begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat program motivasi Sekolah-sekolah Agama Rakyat Negeri Perak di sini hari ini. Mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari kononya tindakan tersebut sebagai tidak patriotik, beliau menjelaskan keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk menjimatkan duit rakyat dan mengelakkan pembaziran ekoran penyelengaraan kereta Proton Perdana berkenaan begitu mahal dan merugikan. “Pembaziran adalah amat dilarang dalam Islam, malah ia dikaitkan dengan saudara syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Maka, langkah kerajaan negeri untuk membendung pembaziran adalah lebih utama dan lebih dituntut daripada patriotik” katanya. Dalam pada itu, mengenai dakwaan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd Firdaus Abdullah kononnya tindakan tersebut sebagai mengkhianati Negara apabila menggunakan kereta buatan luar, beliau mengatakan pihak PPPM sepatutnya mengajukan nasihat tersebut kepada pemimpin-pemimpin negara dan menteri-menteri kabinet lain yang lebih gemar menggunakan kereta buatan luar yang lebih mahal. Ini termasuklah langkah kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini yang bukan sahaja merupakan jenis kereta buatan luar malah jauh lebih mahal dan membazir wang rakyat. “Saya cadangkan pihak PPPM lebih baik ajukan nasihat tersebut kepada bapak-bapak menteri yang suka beli kereta-kereta import yang jauh lebih mahal bukan sahaja untuk mereka bahkan untuk anak beranak mereka” tegas beliau. KOMEN PEMBACA : Shahir said… Saya sebelum ini telah beberapa kali berkesempatan mendengar persidangan parlimen secara langsung di Dewan Rakyat. Apa yang saya lihat isu penggunaan Proton yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hanya propaganda politik semata-mata. Mereka gesa kerajaan negeri Perak untuk gunakan Proton Perdana dan tidak kurang ada pula cadangan untuk menggunakan Proton Waja .Ini cadangan yang baik, tapi apa guna bagi cadangan tapi tak buat? Mereka suruh guna Proton, tapi mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) semuanya menggunakan kereta import yang sangat mewah ketika hadir sidang Parlimen... Jika saudara tidak percaya, saya cadangkan saudara pergi sendiri ke Parlimen dan lihat kereta apa yang digunapakai oleh Menteri-menteri UMNO-BN. Sepanjang pemerhatian saya di Parlimen, saya tidak pernah pun melihat walaupun seorang Menteri atau Ahli Parlimen UMNO yang menggunakan Proton Perdana apatah lagi Proton Waja... Bila saudara ada masa, pergilah ke Parlimen dan lihatlah gelagat 'bermewah-mewahan' menteri-menteri kita... wallahu a'lam...
Tuesday, December 23, 2008
Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak : Jangan Politikan Pembelian CAMRY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment