Ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.Exco kanan kerajaan Selangor itu berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur tengah hari ini. Sebelum ini Teresa telah dua kali menyaman fitnah akhbar berpengaruh itu.Pada 12 Disember lalu, beliau menfailkan saman terhadap penulis terkenal Datuk Chamil Wariya dan akhbar itu dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas. Sementara pada 9 Oktober lepas, Teresa menyaman dengan jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan. Teresa mendakwa dua defendan itu telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu
Tuesday, December 23, 2008
Teresa Kok Saman Utusan dan Khir Toyo RM 30, 000, 000. 00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment