"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, February 11, 2009

100% Penonton Ntv7 Sokong Kerajaan PR Selangor Ambil Alih 4 Syarikat Konsesi Air

oleh nazmi, Webmaster MahasiswaMalaysia
Tahniah kepada penonton- penonton Ntv7 terutamanya penonton Edisi 7, 7 malam tadi kerana menyokong usaha pengambilalihan 4 syarikat konsesi Air di Selangor
Dalam bancian yang dilakukan oleh Ntv7 melalui Edisi 7, 100% responden ( penonton edisi 7 ) bersetuju bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor wajar mengambilalih konsesi pengurusan air di Selangor.

Dengan hasil tinjaun ini sekaligus membuktikan UMNO dan media- media pengampunya gagal meyakinkan rakyat dengan dakyah- dakyah berniat jahat UMNO. Untuk makluman, UMNO hingga hari ini menolak usaha murni kerajaan Selangor mengambilalih pengurusan air atas alasan melibatkan kos yang besar.
Kini terbukti hanya UMNO dan pemimpinnnya mempunyai pemikiran cetek dan tidak berpandangan jauh. Hasil survey ini juga jelas membuktikan Pakatan Rakyat masih kekal parti paling popular di kalangan rakyat.

Mahasiswa Malaysia berpendirian bahawa tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Tan Sri Khalid adalah tepat pada masanya.

Dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, saham 4 syarikat konsesi tersebut sudah tentu berada di bawah paras nilai sebenar. Usaha pembelian pada waktu sekarang adalah tepat sama sekali.

Lagipun terbukti perniagaan pengurusan air adalah antara perniagaan yang menjanjikan pulangan tinggi pada kos operasi yang rendah.

Kejayaan pengambilalihan ini insyaallah akan menambahkan pendapatan kerajaan negeri Selangor pada masa hadapan sekaligus kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dapat menjalankan lebih banyak agenda kebajikan untuk rakyat termasuk pembinaan hospital dan rumah untuk rakyat miskin.
TAHNIAH PAKATAN RAKYAT DAN RAKYAT MALAYSIA
...........
Kerajaan Negeri Sudah Bersedia Struktur Semula Industri Air



SHAH ALAM, 11 Februari - Kerajaan negeri sudah bersedia membuat tawaran sebutharga untuk mengambil alih aset dan ekuiti yang dimiliki empat syarikat konsesi air bagi melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan surat kepada empat syarikat berkenaan; Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam masa dua hari.

Abdul Khalid berkata tawaran yang dibuat kepada semua syarikat konsesi berkenaan adalah berpatutan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Katanya, ia juga tidak merugikan mana-mana pihak selain kadar keuntungan yang diberi kepada syarikat tersebut amat munasabah.

“Sebelum membuat keputusan ini, kerajaan negeri melalui panel khas yang ditubuhkan untuk mengkaji proses penyusunan semula industri air di Selangor telah membuat kajian terperinci dalam penilaian dan pengiraan nilai aset dan ekuiti semua syarikat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) petang tadi.

Kerajaan negeri berharap tawaran itu akan dipersetujui agar proses penstrukturan semula yang sudah berlangsung sejak enam bulan lalu itu dapat dilaksanakan sebelum 31 Mac ini seperti yang ditetapkan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

“Kerjasama semua pihak boleh mengelakkan kenaikan tarif air yang sudah tentunya akan membebankan rakyat lebih-lebih lagi sewaktu keadaan ekonomi meruncing ketika ini,” katanya.

Menyedari penstrukturan semula itu melibatkan kepentingan rakyat, Abdul Khalid berkata Pejabat Menteri Besar akan mengadakan satu taklimat kepada orang ramai pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Katanya, taklimat berkenaan bertujuan memberi penjelasan mengenai latar belakang proses penstruturan semula itu dan hala tujunya.

Beliau berkata kerajaan negeri serius dalam memastikan rancangan penstrukturan itu dapat dilaksanakan dengan baik bagi faedah rakyat.- NOOR ALLIA KASSIM

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia