Lewat petang Ahad lalu saya menerima panggilan telefon dari Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusof.
“ Saya kena hentam teruk dalam internet Din,” rungutnya pada saya.
“ Kenapa prof?” saya seperti tak tahu bertanya balik.
Semenjak dua menjak ini prof memang kerap diwawancara oleh media. Saya hanya sempat membaca sepintas lalu kenyataan-kenyataannya melalui akhbar dan internet sahaja.
Berita TV sekarang memang tak tengok sangat. Kalau tengok pun sekejap sahaja. Pertamanya sebab waktu tu banyak berada di masjid. Huhuhu.. bukan nak riak tu, memang kewajipan.
Kalau dulu saya memang rasa ketinggalan kalau tak tengok berita TV, terutama TV3. RTM yang nama dia tak pernah tetap itu saya jarang tengok. Sudahlah laporannya merapu, penyampainya yang terlebih aksi selepas dikritik kaku. Kadang-kadang aku pun boleh ketawa tengok penampilan diaorang. Woi! Aku bukan nak merepek pasal itulah.
“Ooo.. berat kena..,” sambungnya prof Agus lagi.
“ Isu prof ulas krisis di Perak ke,” balas saya.
Laporan media :
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata menderhaka kepada Raja memang jenayah berat dan di Thailand boleh dihukum bunuh atau penjara seumur hidup.
“Tidak timbul soal sama ada kesalahan itu di Thailand atau Malaysia kerana perbuatan terbabit sememangnya jenayah berat. Di Thailand, sesiapa menghina Raja boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup,” katanya, ketika dihubungi semalam.
Sememangnya ulasan dan analisis Dr Mohamad Agus Yusof pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (unikambing kata prof. hehe..) itu sehari dua ini kelihatan pro kepada pemerintah.
Saya mengenali Dr Mohamad Agus Yusof.atas kapasitinya seorang ahli akedemik dan penganalisis politik. Dia bukan ahli politik.
Sebagaimana kata Profesor Dr Abd Aziz Bari ketika merujuk kepada dirinya sendiri.
“ Saya bercakap bahasa undang-undang dan perlembagaan.”
“ Hakikatnya tidak ada roh politik dalam diri saya,” kata professor Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia itu.
Itu pun beliau tidak terlepas daripada menerima kutukan dan dihentam kerana dikatakan pro pembangkang.
Arakian bila seorang ustaz mengajar di masjid tentang kewajipan melaksanakan hudud dan politik Islam, maka dicap pembangkang.
Ustaz yang mengkritik program-program maksiat maka disekat daripada terus mengajar.
Kalau ada kalangan mahasiswa yang mempertikai AUKU maka dikatakan tidak berterima kasih pada kerajaan.
Kalau ada pakar undang-undang dan penganalisis politik mengulas daripada aspek perlembagaan, waqie’ dan ia tidak memihak kepada pemerintah mulalah diberi amaran dan gam.
Saya bukan mempertahankan Dr. Agus kerana mengenali beliau. Beliau dilihat tidak memihak ketika mengendalikan rancangan talk show Hujah berbanding Johan Jaafar yang sentiasa mencari peluang untuk memerangkap panelis pembangkang dalam rancangan Debat suatu ketika dahulu.
Kalangan kita sendiri kekadang nampak fanatik apabila menganalis sesorang. Sifat fanatik dan taksub kita pulangkan sahajalah kepada Umno yang berjuang atas nama kebangsaan itu.
Individu-individu yang kelihatan berkecuali perlu ada dalam suasana politik hari ini bagi memberi pandangan berhubung dengan isu-isu politik negara. Sifat keterbukaan perlu ada pada mana-mana pengamal politik sekiranya kita mendakwa pendokong demokrasi.
Apa yang kita mahukan ialah demokrasi yang disebut sebagai terpimpin kalaulah demokrasi yang terpaksa kita ikut dalam negara tercinta ini. Bukan demokrasi yang pincang dan bersifat berat sebelah. Harakah dan Suara Keadilan dirampas kerana tidak menyiarkan berita parti, tetapi menyiarkan isu dan kenyataan yang dikatakan tidak tepat dan berunsur fitnah.
Sedangkan Utusan Merapu dan Berita Hampeh yang berterus-terusan menjadi lidah rasmi Umno memutar belit isu dan sebebasnya menghentam pembangkang.
Bukti putar belit lihat sahaja senario di Perak. Dato Seri Nizar digambarkan penderhaka besar. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak disifatkan gila kuasa. Rakyat diwar-warkan memberi sokongan padu pada kerajaan korup lagi haram Barisan Nasional.
Manakala MB baru haram dijulang dengan setiap hari, dimuatkan berita kehebatan Zamry yang kelulusan itu ini, pengalaman begitu begini. Nak tunjuk lebih hebat dari Nizarlah tu.
Apa pun tiada siapa yang boleh melawan ketentuan dan hikmah Allah. Anggaplah Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 59 Bukit Gantang dan N. 25 Bukit Selambau adalah sebahagian daripada ketentuan dan hikmah Allah. Selepas menerima ujian di Perak, Allah mentakdirkan PRK di di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Biasanya kita mengharapkan tidak berlaku kekosongan Parlimen dan DUN kita, tetapi pastinya ia adalah kubu kita. Sekarang masa untuk kita membuktikan bahawa rakyat bersama kita.
http://annasru.wordpress.com/2009/02/12/saya-kena-hentam-teruk-dr-agus/
No comments:
Post a Comment