"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, February 13, 2009

Usahawan Kroni UMNO vs Usahawan Melayu Tulen : Dasar2 Diskriminasi UMNO Terhadap Usahawan Melayu Tulen


Umum melihat barisan pimpinan parti diulit kemewahan, terserlah pada kediaman yang tersergam, deretan kenderaan mewah, jenama pakaian yang menghiasi diri, anak isteri tak kurang juga melaram. Mereka ini berselindung disebalik nama syarikat yang berdaftar, mungkin atas nama mereka atau tidak kurang juga yang melantik proksi.
Apakah mereka ini sebenarnya usahawan tulen sepertimana usahawan-usahawan lain yang berhempas pulas mencari peluang demi menyara keluarga dan pekerja syarikat? Di bawah ini disenaraikan beberapa perbezaan yang ketara antara usahawan tulen dan usahawan parti X.
1. Usahawan tulen kena ada pejabat, kakitangan, pelbagai jenis pendaftaran untuk melayakkan mereka menyertai (belum lagi memperolehi) projek kerajaan.
Usahawan parti X memadai mempunyai kad nama dan alamat tumpang.
2. Usahawan tulen perlu menyertai pelbagai sebutharga dan tender secara terbuka dan dengan saingan terbuka.
Usahawan parti X hanya perlu berjumpa menteri yang menjaga projek berkaitan, dan memohon rundingan terus.
3. Usahawan tulen yang Berjaya ditawarkan sebutharga/tender akan berhempas pulas pula dengan bank, pembekal untuk menjayakan projek.
Usahawan parti X hanya menyerahkan projek kepada `baba’ dan terus mendapat komisyen walau projek belum bermula. Mereka inilah sebenarnya yang dikatakan alibaba, bukan usahawan tulen.
4. Usahawan tulen terpaksa meletakkan harga yang tendah kerana saingan yang sengit, ini bermakna peratus keuntungan juga akan rendah.
Usahawan parti X tidak perlu bersaing harga kerana rundingan terus membolehkan mereka menentukan berapa untung yang diperlukan.
Seorang kenalan yang dikategorikan sebagai usahawan parti X telah berjaya memperolehi projek bernilai ratusan juta daripada sebuah kementerian, sudah semestinya melalui menteri. Sebaik sahaja surat tawaran diterima, ia mendapat habuan komisyen sebanyak tiga juta ringgit tunai.
Untuk seorang usahawan tulen yang mahu memperolehi keuntungan sebanyak itu, sekurang-kurangnya hendaklah ia memperolehi projek bernilai RM30 juta (jika dikira keuntungan sebanyak 10%). Dia juga perlu menyediakan modal sebanyak RM27 juta, bon jaminan perkhidmatan sebanyak RM1.5 juta (5% daripada nilai projek). Untuk mendapatkan kemudahan bank sebanyak RM27 juta bukanlah satu perkiraan yang mudah. Bank tidak semudah yang disangka meluluskan pinjaman, mereka pasti meminta cagaran.
Pendeknya, usahawan tulen akan melalui rliku-liku yang hebat sebelum berjaya menjalankan projek yang ditawarkan dengan sempurna. Mereka yang berjaya melalui proses inilah sebenarnya yang layak kita gelar USAHAWAN.
Bagi usahawan parti X tadi, untuk melayakkan usahawan ini mendapat peluang berjumpa menteri, ia mestlah seorang yang ada jawatan dalam parti dan semakin tinggi peringkat pemilihan bermakna semakin kuatlah hubungan degan para-para menteri atau timbalan. Ahli biasa bukan mudah untuk berjumpa menteri, walaupun sekadar pegawai khas menteri.
Justeru, tidak hairanlah mengapa mereka sanggup melakukan apa sahaja demi meletakkan diri mereka sebagai barisan pemimpin parti samada di cawangan, lebih-lebih lagi di bahagian. Andai ada ahli parti X yang terbaca rencana ini, biar hati anda yang menjawab akan kebenaran fakta ini sebab hati yang bersih tidak akan berbohong pada diri sendiri.
Fenomena ini rata-rata berlaku di pelbagai peringkat. Kalau di cawangan, jumlah wang yang terlibat mungkin tidak besar. Tetapi jika di peringkat bahagian, apa lagi diperingkat nasional, kita sebenarnya memperkatakan jumlah wang yang terlalu besar jumlahnya.
Jumlah wang ini jika diagihkan melalui prosedur yang tersurat, akan dapat dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Majikan akan mendapat membayar gaji yang baik kepada pekerja. Pekerja pula mempunyai tanggungan masing-masing, ada yang kecil dan ada yang besar. Kekayaan negara harus dinikmati bersama secara saksama.
Masyarakat usahawan amat memahami sindrom ini sejak berdekad yang lalu. Mereka yang mempunyai prinsip (iman dan taqwa), tidak akan tergamak melibat diri dalam hal-hal sebegini. Slogan membela bangsa dilaung berapi-rapi, namun hakikatnya parti X inilah pemusnah agama dan bangsa.
dipetik dalam blog www.anwaribrahimblog.com ( anwar ibrahm ), tulisan PR Forever

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia