"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, February 11, 2009

Peluang Untuk UMNO/ BN Menang Di Bukit Gantang, Bukit Selambau Hampir MUSTAHIL - Datuk Rauhainie Ahmad, Ex Pengerusi BNBBC


PRK BUKIT GANTANG: HARAPAN DAN REALITI
PRK Parlimen Bukit Gantang akan mengukur dampak kemelut siasah di Perak baru-baru ini kepada BN dan perpaduan serta ketahanannya.
PRK ini juga akan menutup episod kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam UMNO, BN dan Kerajaan Malaysia.
Majoriti warga UMNO setempat pula berazam untuk menebus kembali maruah BN menerusi PRK ini kerana Parlimen Bukit Gantang di era pra PRU12 adalah kubu tradisi BN. Tetapi, bagaimanakah kerjasama oleh lain-lain komponen BN, dan bagaimana pula corak sokongan pengundi bukan Melayu?
Sementara itu, banyak pemerhati di Kuala Lumpur menganalisis senario terkini politik Perak sebagai tidak akan memihak kepada BN dalam PRK berkenaan.
Sudikah pembesar BN menerima ramalan suram ini secara ikhlas? Mungkinkah ramalan ini mendorong BN menangani PRK ini menerusi pendekatan yang khusus, bijaksana, komprehensif dan berkesan? – Ruhanie Ahmad

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia