Saturday, February 14, 2009
Karpal Singh Rakyat Malaysia Pertama Tersenarai Dalam WORLD GUINESS BOOK OF RECORDS
Peguam Karpal Singh satu-satunya warga Malaysia telah diistiharkan sebagai manusia yang paling banyak mendapat laporan polis dilakukan terhadap dirinya. Ajensi-ajensi berita luar negara telah melaporkan bahawa wakil Rakyat dari Pulau Pinang ini bukan sahaja telah melintasi Book of Record Malaysia tetapi telah mencatatkan namanya dalam World Guiness Book of Records. Hingga ke hari ini rekod Yang Berhormat dari Bukit Gelugor ini masih unggul dan mungkin akan bertahan untuk beberapa dekad. Tercatitnya nama Karpal Singh ke dalam World Guiness Book of Record ini pasti akan mengharumkan lagi nama Malaysia. Ianya juga akan membawa lebih banyak pelancung untuk datang melawat Malaysia. Ajensi Berita juga telah melaporkan beberapa Ngo Bumiputera dari Malaysia telah meminta World Guiness Book of Record agar 30% rekod-rekod yang dirakamkan oleh badan antarabangsa ini hendaklah di khaskan untuk Bumiputera sahaja. ( TT) lawak oleh Tukar Tiub
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment